Sunday, July 26, 2009

25 Julai 2009.


Salam...

1. Sabtu minggu ni, mak malas nak gi ofis sebab mende2 penting banyak dah settle, so yang lenlain tu tunggu Isnin jer lah. Mood untuk merehat2kan diri, spend time ngan kawan2, lagi best! Semalam, sampai dari Kuantan jam 9.30 malam. 10 minit lagi sebelum 11 malam, tetiba handset ku berbunyi. Uiks, nama Wan Sufian appeared, cuak gak aku. He3x...apa lagi, ajak aku karaoke la tuh...Kitaorang bertiga ngan opismate dia Hafiz @ Red Box Ria, Sogo. Tapi Hafiz tak lama sebab mak dia pangge balik awal, hik3x...comey jer. So tinggal la ku ngan Che Pi ku itew sampai 1.30 pagi, antaranya berduet lagu2 lama seperti lagu Uji Rashid @ Hail Amir, layannnnnnnn!!! Balik dia tumpang aku, so memandangkan kat umah dia takde orang sebab sumer housemate dia gi Pulau Perhentian, tinggal dia sorang, malam minggu masih muda, he3x...dan kebetulan aku tak ngantok lagi, so kitaorang gi lepak2 kat NZ Wangsa Maju sampai pukul 3 pagi.

2. Selamat Hari Lahir yang ke 31 tahun pada kawan aku masa blaja kat UIA - Mohd Fairuz Mohd Ali. Lama tak jumpa, paling last jumpa pon masa dia wat majlis aqiqah anak sulung dia kat Kuala Selangor 2 tahun lepas rasanya. Now dia ada legal firm sendiri, opis kat Shah Alam kalo tak silap. Tuan lawyer, sibuk...Aku pon lupa camner aku bley baik ngan dia, tapi kira dia antara budak KISAS yang ok.

3. Gambar kat atas takde kaitan ngan event aku ari Sabtu. Tapi salah sorang yang ada dalam gambar tu ada kaitan. Dua dari kiri, yang cover perut dia ngan tangan silang itew, huargh3x...Kawan aku, Wan Shahril Wan Hasan. Pagi Sabtu tu aku menyibuk jadik dayang pengangkat dulang untuk majlis pertunangan dia. Hmmm...1st taim aku folo majlis tunang kawan lelaki aku, sebelum ni kalo join pun, sumer kawan2 pompuan. 6 tahun kawan ngan Shahril, baru Sabtu tu aku first time jejak kaki masuk dalam rumah dia, he3x...Selama ni, kat luar umah jer, beraya pon rasanya sekali pon tak pernah. Tepat jam 11.30 pagi, aku dah terpacul kat umah dia, tunggu lagi sorang member kitaorang, Pok Li (yang tangan nya kat dinding tu...), so aku ngan Pok Li jer pengiring Shahril. Then aku naik keta Pok Li, lead konvoi pi umah tunang Shahril kat Ukay Perdana. Aku jarang berborak ngan Pok Li 'in private' sebab selalunya kitaorang lepak or bercuti ramai2. So tumpuan topik perbualan kitaorang ari tu lebih berkisar pada topik kahwin. Ye lah, dia pon bakal menamatkan zaman bujang dia, hujung November ni, insya Allah, so lebih kepada shared experience. Aku rasa ada la dalam 3,4 kali dia ulang cakap kat aku, " Manja, nak kahwin ni, banyak pakai duit...". Bla...bla...bla...bla...bla...bla...So aku dengar, take note apa2 yang patut sebagai panduan aku juga. Sampai umah Mas, tunang Shahril, tak tunggu lama, majlis pun bermula. Hmmm...berprotokol jugak. Sambil dengar orang2 tua berbincang macam2 hal, fikiran aku pon menerawang, hmm...kalo taim giliran aku sok, saper ek nak lead? Papa aku dah takde? Pakcik2 aku? I don't think so...Maybe aku kena upah Tuan Haji Chuari Selamat dari RTM sebab dia pandai berpantun seloka jenaka untuk memeriahkan majlis pertunangan yang manis itew, he3x...On the way balik sekitar pukul 3.30 petang, dalam kereta, aku, Pok Li n Shahril sambung bercerita lagi pasal alam pertunangan. Berguna pada aku sebab aku mendengar lelaki nyer point of view. Nanti sambung lagi cerita di waktu lepak2 yang lain, ek.

4. Walaupun menyibuk di majlis orang lain, sempat lagi bergosip ngan Encik Zul OCC melalui tepon, he3x...sorry, tak leh keco2 kat sini, P n C! Just keep it to myself! Oh, Chef Tony nyer sms tak sempat reply lagi, pelik aku bila apek ni tanya aku apa plan bulan puasa nanti. Kawan skolah rendah aku, Zarina sempat 'menyelit' informed, jumpa balik ustaz yang ngajo kitaorang masa Darjah 1, Ustaz Hasan. Al-Fatihah untuk ex-classmate kitaorang masa Darjah 1 Kuning, Maisarah Hasan, merangkap anak Ustaz Hasan yang dah meninggal dunia 3 tahun lepas sebab leukimia. So, gathering budak2 skolah rendah ni, maybe plan nak wat lepas raya, nak wat sekali tahlil untuk arwah kat umah Ina kat Chemor, Perak, kitaorang nak jemput Ustaz Hasan tu conduct tahlil, moga2 di permudahkan, insya Allah.


5. Ice Age 3 - Dawn of The Dinosaurs! Aktiviti jam 8.45 malam ku. Rasa dah lama tak tengok wayang! Che Pi mentioned since last week, tapi baru this week aku free. Kitaorang bertiga jer, aku, adik aku-Pok Yie n Che Pi. Sebelum ni aku tak pernah tengok pun filem ni. Tapi serius best! Kelakar seram n menghiburkan! Venue? MBO Cinema @ Galaxy Ampang, tiket yang murah, panggung yang selesa n parking free!!! Nak citer sinopsis, kowang search la sendiri, baca kat mana2, ek. Walaupun citer kartun, tapi aku suka dengan tema filem ni; kekeluargaan, kasih sayang, persahabatan walaupun karakter nyer sumer 'hayawanat' (plural untuk haiwan dalam bahasa Arab yer, wawawa...). Waktu scene si gajah betina nama Ellie tu nak bersalin, eh ker, beranak, then kuar la anak gajah betina nama Peaches (sebab bulat, berbulu dan seksi, yeah!) dengan husband si gajah tu nama Mollie pon ada taim tuh, huh, mak sudah mata berair, isk3x...tapi ku tahan sebab segan Che Pi duduk sebelah aku, huargh3x...Hati mak tersentuh ngan scene itu, sweet jer...Mollie si gajah jantan, aku rasa karakter dia macam 'loqlaq' siket tapi dia sangat2 concern ngan wife dia dalam keadaan tengah bunting tu, memang sayang gilo n chenta habis la orang kata. Dari segi sinematografi, memang SUPERB! Imej janaan komputer dia pada mata aku, sangat halus dan cantik! Movement setiap karakter kalo melibatkan scene berlari ker, mengejar ker, etc, memang smooth takde sangkut2 or nampak kaku. Che Pi kalo tak silap telinga aku, mau 2x dia ulang cakap. "Eyyyyy...cantiknya grafik dia....". So pandangan aku tak salah la, he3x...As a conclusion, filem ni memang menghiburkan! Saper yang ada anak2 kecik, anak sedara yang tengah membesar, bawak ler gi tengok citer ni, konfem budak2 suka!

Nota Kaki: Ogos plan nak tengok filem Setem arahan Khabir Bhatia n The Proposal, lakonan Sandra Bullock n Ryan Reynolds ngan Natrah. Lagi, nak melawat kawanku Dinah yang tak baper sihat, ziarah Alin n baby barunya, nak gi ngurut n mandi lulur bersama Makcik Rozi di Ampang,hik3x...Oh, servis kereta juga...Oh, kenduri adik Sha Tuyee 9 Ogos kat N9 juga! Makan2 bersama adik beradikku...So, weekend ku sudah penuh sehingga sebelum bulan puasa menjengah...

No comments:

Post a Comment