Saturday, July 18, 2009

Abang Ijat!!!

Salam....

Abang Ijatttttttt!!! Huargh3x...eyyyyyy.....pompuan giler!!!(Mesti bila ko terbaca ni, akan terkeluar statement ni dari mulut ko, kan bang?) Tengah godek2 Facebook tadi, tetiba ternampak add blog ko, bang. Wah, abang tutorku ini sempat menjadi blogger di celah2 kesibukan kerja2 seninya n sebagai student Seni Persembahan (Drama) UM, ko lah idola ku, bang, ha3x... Ya, saya ingat saya masih hutang nak belanja gi karaoke, ya saya ingat, walaupon besday mu itew sudah 2 bulan berlalu...Takde kije production ker, bro? Teringin sangat nak involve sejak sekian lama meninggalkan ASK, tapi as belakang tabir la. Jadik ur assistant ka, as Penolong Pengurus Pentas. Bila lagi nak menimba ilmu ngan antara Stage Manager terbaik Malaysia ni, hu3x...Kalo nak pangge saya berlakon, make sure watak saya tu, jadi adik Vanidah Imran or Nasha Aziz jer, ek. Timakacih....

Ok, tutup citer Abang Tutor ASK ku ini. Hari ni aku watper? Hmmm...pegi ofis kejap dalam 2 jam. Pastu teman Che Pi lunch kat Seri Gombak sebelum kitaorang gerak pi Batu...eh, batu berapa ek? Tapi kat area Gombak jugak la, together2 with Angkasiwan n Shahril. Kitaorang gi satu tempat bernama Rumah Penyayang Raudah. Nak tau bakal watper kat situ, next time jer la update ek, tapi ada berkaitan ngan kerja2 amal yang bakal kitaorang lakukan, insya Allah. Tapi ni takde kaitan ngan niat mamat 3 orang ni yang kononnya nak hantar aku masuk sini, ek. TIDAK SAMA SEKALI!!! Kalo aku masuk, mungkin aku akan jadi penghuni no 91??? Siket info yang maybe bley share (sebab gambo takde...), tempat ni kira macam tempat persendirian yang menempatkan budak2 or remaja, untuk pemulihan. Yang paling muda berusia 2 bulan dan paling tua 23 tahun. Sebab2 penghuninya masuk sini antaranya gadis2 yang terlanjur, budak2 yang hisap dadah, amik ganja, hidu gam, anak2 yatim, etc. Ada yang tak sekolah, tak pandai membaca pon ada, sedey kan? Melayu Islam....Aku setuju ngan pendapat Umi (yang jaga penghuni2 kat situ) yang kita ni manusia mana tak pernah buat salah dalam hidup kan? Cuma mungkin mereka ini, tersalah memilih jalan asalnya, that' s y hidup derang jadi cenggitu sekarang ni. Mujur keluarga masih sayangkan mereka, lalu di hantar ke rumah ni untuk di pulihkan. Kalau kita cuci baju, sekejap jer kita boleh bersihkan, tapi ini manusia, kena sangat tinggi kesabaran nak 'bersihkan' mereka ini, bak kata Umi pada kitaorang tadi. Kami berempat insaf seketika, isk3x...By the way, memang kita patut sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan dalam hidup kita sekarang sebab ada orang lain yang lebih malang nasibnya, serius...

Nota Kaki: Bila dah kerja ni, dah lama tinggal aktiviti Caring For The Society ni, he3x...Bagus juga untuk lebih mengenali dan muhasabah diri sendiri, insya Allah...Yer, Che Pi...betul sekali tekaan mu bahawa akan ku update dalam blog tentang citer kita ke Raudhah tadi. Sambil update, sambil dengar lagu Hush Hush-Pussycat Dolls, uiks, insaf???

No comments:

Post a Comment