Monday, April 27, 2009

Teringin...


Salam.

Ari ni little bit mentally tired at ofis, so I'm thinking of nak rehat2 selama 2,3 bulan gi bejalan ke tempat2 impian aku, bestnye berangan...Salah satunya aku nak kembali ke tempat di atas. Walaupun, aku dah pernah menjejakkan kaki ke sini hampir 4 tahun yang lalu, tapi masih jelas terbayang2 kat mata aku keseronokan berada di sana selama lebih seminggu. Memang lapang sangat fikiran, tak ingat langsung pasal kerja (ni the best part). Paling aku suka suasana waktu solat Subuh, so syahdu...Just imagine la, bila kita perform solat, the real Kaabah, betul2 depan mata, tak berkelip, beb, dibuatnya...Believe me, if hati memang ada niat nak ke sini, insya Allah, Tuhan akan permudahkan, aku dah rasa feeling tu, yang paling penting, ikhlas...


Bila dah ke Mekah, of coz kena pi ziarah sekali ke Madinah Al Munawwarah. Aku nak datang lagi ke sini sebab masa 1st time datang, aku cuma sempat 3 hari jer kat sini. Pemandangan kat Masjidil Nabawi sangat mengasyikkan, cantiknya...masya Allah. As usual, aku paling suka suasana waktu Subuh. Next time, aku citer pasal pengalaman aku kat sana, ek. Gamba2 sumer hardcopy daa...


New Zealand...Teringin nak gi coz pada aku negara Burung Kiwi ni cukup cantik. Tapi kena tunggu gaji besar dulu la, pakej ajer at least kena ada RM 9k, blom duit belanja lagi tu...Takkan nak beli gula2 jer bawak balik, hik3x...Lagi bagus kalo dapat kumpul duit datang sini sebelum kawen, melainkan kalo kawen ngan anak raja, tak lekeh ni...


Baru jer 'usha' tempat ni tapi macam dah 'jatuh cinta' ngan Krabi Island, Thailand. Memandangkan aku dah penah smpai kat Phuket and Phang Nga yang sangat cantik tu walaupun panas, so hopefully 1 day aku akan sampai kat sini gak. Kalo tengok dalam map, Krabi ni belah kanan, Phang Nga tengah2, Phuket belah kiri. AirAsia ada flight ke Krabi, so dah senang, simpan duit jer. Lagi la teruja nak gi, bila tengok finalis Pengacara Jemputan Nona last week, berdiri dalam laut sambil kasik ikan makan, best siot! Tengok la camner, by next year ke datang sini, chewah!

Sorry, yang tengah berenang tu bukan aku, ek. 18SX gitew! Kalo dapat honeymoon kat sini, memang best gilo la...Maldives! Nak plak dapat hotel yang ke tengah laut, bath tab kat luar, lantai bilik hotel yang kaca bley nampak ikan berenang kat bawah, then kuar jer pintu blakang, ada tangga terus turun ke laut nak snorkelling kan. Nampak jer jernih tu, tapi dalam. Selain sini, Mauritius pun bley di consider, survey2 mau pakej nya nearly RM 5k gak la...nak makan megi ke jawabnya?




Lambang cinta agung Shah Jehan pada Mumtaz nya...Taj Mahal...Kalo bab citer2 romantik, memang mak suka layan, noq! Tapi asal Paris tak masuk list aku, ek? Dulu masuk list, tapi now dah jatuh tergolek ke tangga bawah2...


Ni tak romantik, tapi asal aku teringin nak jejak kaki kat sini? Ye lah, antara 7 keajaiban dunia (aku keajaiban dunia yang no 8, tapi tak di announcekan secara official lagi, tak caya?), plus aku peminat subjek Sejarah Peradaban Dunia Tingkatan 4, pasal 4 Tamadun Awal di dunia; Tamadun Mesopotamia @ Sumeria antara Sungai Tigris dan Euphrates, Tamadun Mesir kat Sungai Nil, Tamadun Hwang Ho (alah nama sungai tu tak sure plak, sama ker?) and Tamadun Indus kat Sungai Indus, India. Di tambah aku ni suka citer Ayat Ayat Cinta yang berlatar belakangkan Mesir, lagi la aku suka. Hmm...bak kata Maria pada Fahri, " Mesir dan Sungai Nil itu ibarat jodoh, tiada Nil, tiada Mesir" (lebey kurang camtu aarrr...)


Pulau Lang Tengah, Terengganu. Aku kalo datang sini, memang aktiviti utamanya adalah tido sepanjang hari, zzzzzz...Insya Allah, dalam perancangan dengan geng2 merewang nak ke sini tahun depan.




Ni Pulau Redang, dekat jer ngan Pulau Lang Tengah. Memula aku tak amik port sangat, tapi terpengaruh ngan gambo yang Che Pi email bila dia gi sana last week. Siap mencandat sotong lagi, jelezzz...Kalo gi tempat2 camni, apa lagi aktiviti, snorkeling tak abis2...aku ni dah la tak pandai berenang, semput plak tu...



The one and only negeri kat Malaysia ni yang aku tak jejak kaki lagi, Sabah Negeri Di bawah Bayu. Tak tau lagi bila nak pi, hopefully boleh plan sekali datang kat sini, Pulau Sipadan. Gunung Kinabalu? Tak kot...ngeh3x...Gunung aku tak penah panjat, bukit selalu...gayat aaarrr...

No comments:

Post a Comment