Sunday, April 26, 2009

Kursus Pengacaraan Majlis 2

Salam.

Hai! Hari ni complete 2 hari Kursus Pengacaraan Majlis. Pagi tadi start ngan aktiviti penghayatan, tapi tak sumer involve la. Kena wat monolog - petikan dari teater Dejavu Seorang Perempuan, part conversation antara Narti dan suaminya Yanto. Lagi satu, petikan dari teater Lantai T. Pinkie, monolog Nyai Sunarti.

Then, continue kuliah macam biasa, ari ni lebih kepada pengurusan majlis, protokol terutama yang melibatkan pembesar2 negara macam Yang Di Pertuan Agong n Sultan. Pastu, kesilapan2 yang biasa di lakukan oleh pengacara. Ari ni aku tak banyak cakap, participants lain terlebih aktif la plak ari ni, smpai tak larat aku nak dengar soklan2 derang, aku wat muka boring jer. Then, after lunch, ada amali macam biasa, tapi ari ni berduet.


Ni partner aku masa berduet jadik juruacara. Nama dia Encik Rasshidi. Nun jauh datang dari Kuantan, dok kat Permatang Badak. Masa aku tunjuk bisnes kad aku, dia tengok jer logo company aku, trus dia kata...cam kenal jer company ni, he3x...Tak sangka plak Alloy ni orang kenal. Trus aku reply camnih, cik, kalo ada sedara mara yang nak kije kontek la saya, hik3x...dengan konfidennya aku berkata2. Encik Rasshidi ni kije tourist guide, so saper2 yang kat Kuantan tu, kalo nak bercuti ke mana2, aku bley kasik contact no pakcik ni. Aku dah tanya2 pakej nak gi Pulau Redang tadi, yezza!



Ni time amik sijil ngan Tuan Haji Chuari Selamat, fasilitator kitaorang. Dia best! Lagi best bila dia kata aku ni macam budak skolah n dia ingat aku ni study lagi, nampak muda, beb! Kat sijil tu ada cop RTM and Penyiar, so ni yang rasa nak jual sijil aku ni, he3x...La ni RTM tengah wat siri jelajah seluruh negara, nak cari pembaca berita n pengacara. Kalo tak silap audition kat KL, bulan Julai nanti, aku ingat aku nak gi, saja amik pengalaman. Dapat tak dapat tu lain citer.


Time ni tekejut gilo, tapi still maintain sengih sampai ke telinga. Dapat hadiah antara Top 3 students, based on performance sepanjang kursus 2 hari. Tuan Haji kata ketiga-tiga kitaorang, sama jer, tapi nama aku di baca dulu, so aku tau la, aku yang no. 3 tuh, ahaks! 3 out of berbelas orang, kira ok la kot kan? Lagi 2 orang tu, kualiti suara derang memang bagus, semalam aku 1st time dengar pun, aku dah bley hidu bakat derang. Yang no. 2 tu, cikgu dari Sri Manjung, dah biasa gak jadik mc. Suara dia sesuai jadi voice over dokumentari kat TV. Yang no. 1 tu, orang Seremban, experience gak jadik mc even kat peringkat antarabangsa pun, class kan? Aku? Kodok jer...tak hebat sangat cam derang, dah berkarat...



Gambo kelas. Top 3 dok kat depan, he3x...Jangan fokus sangat kat jeans aku yang senteng n kaki aku yang pendek itew! Kaki aku memang tak jejak lantai, weh! Hantu ker? Dah la stoking pun tak pakai, huish, huduh la...



Gambo dalam aksi tak skema. Jumpa lagi dalam next kursus Tahap 2, insya Allah! Actually, penganjur tu baru 1st time organized event ni. Yang membuatkan aku lagi tersentuh, bila organizer ni actually bisnes family yang committee nya terdiri daripada mak ayah n 7 orang anak. Kagum sungguh aku...kagum dari segi, ini salah satu cara menghabiskan masa dengan keluarga bersama2. Cuma anak sulung, anak kedua, no. 4 yang takde. Kak Long, pegawai tentera pangkat Mejar, umur 29 tahun. Yang no 2, Timbalan Pendakwaraya kat Sabah. No 3, merangkap tukang click powerpoint presentation, final year Electrical Engineering kat Universiti Teknikal Malaysia, Ayer Keroh, Melaka. No. 4, tengah tunggu nak sambung Diploma Pengurusan Hotel kat UiTM-lelaki. No.5 tahun ni SPM, no. 6 Form 1 (dua2 ni tukang amik gambar, handle registration, fotostat handout, balut hadiah, print sijil, balut hadiah, etc). Yang bongsu, baru 7 tahun, lelaki pun di angkut sekali. Bagus kan, merapatkan hubungan kekeluargaan...aku suka!

Nota Kaki Kiri: Kalo ada rezeki, aku teringin nak wat part time ngan RTM, tak kesah la jadik pembaca berita ker, pengacara ker or even penyampai radio. Kenapa aku nak buat part time? Coz bila wat mende yang kita minat, akan release siket stress kat tempat kije. Penat? Bak kata Tun Dr Mahathir sebelum resigned, kita takkan penat buat benda yang kita minat. Plus nak carik extra income juger...untuk majlis resepsi kat Taman Tasik Perdana, ahaks!

2 comments:

  1. amy,
    senyuman mu masih sama... hehehe...

    ReplyDelete
  2. saya teringin nk join kursus ni camner erk..nk meningkatkan keyakinan diri

    ReplyDelete