Salam.
Trip gi Bali awal Mac. Amik pakej ngan Sri Sutra gak, harga dalam RM385, half board (meaning dinner tak included). Walaupun, ada siket masalah, tapi aku tak peduliks, aku nak gi gak, coz dah bertahun aku nak gi sini tapi asyik tertangguh. 4 hari 3 malam jer, ari 1st takde aktiviti coz kitaorang nyer flight dah lewat petang. Smpai kat Ngurah Rai International Airport, tourist guide dah tunggu. Alamak, aku lupa la nama mamat tu. Aku ingat susah nak carik halal food, not really la, ada jer masakan Padang. Kitaorang stay kat hotel murah kat Legian.
Ari ke2, mula trip ngan tengok Barong and Kris Dance performance kat Batubulan. Dalam sejam gak la show dia. Cerita ni based on...hmm...aku lupa la kitab Hindu yang mana satu. 80% penduduk Bali menganut Hindu, memang alim derang nih. Tetiap ari semayang tak tinggal. Aku smpai naik pening la nak melayan citer tourist guide aku tu pasal dewa2. Fenin...fenin...Berbalik pada tari Barong tu, banyak guna gerak tangan, and expression mata. Kris Dance tu, sah2 la guna keris kan, cucuk2 kat badan, he3x...
Trip gi Bali awal Mac. Amik pakej ngan Sri Sutra gak, harga dalam RM385, half board (meaning dinner tak included). Walaupun, ada siket masalah, tapi aku tak peduliks, aku nak gi gak, coz dah bertahun aku nak gi sini tapi asyik tertangguh. 4 hari 3 malam jer, ari 1st takde aktiviti coz kitaorang nyer flight dah lewat petang. Smpai kat Ngurah Rai International Airport, tourist guide dah tunggu. Alamak, aku lupa la nama mamat tu. Aku ingat susah nak carik halal food, not really la, ada jer masakan Padang. Kitaorang stay kat hotel murah kat Legian.
Ari ke2, mula trip ngan tengok Barong and Kris Dance performance kat Batubulan. Dalam sejam gak la show dia. Cerita ni based on...hmm...aku lupa la kitab Hindu yang mana satu. 80% penduduk Bali menganut Hindu, memang alim derang nih. Tetiap ari semayang tak tinggal. Aku smpai naik pening la nak melayan citer tourist guide aku tu pasal dewa2. Fenin...fenin...Berbalik pada tari Barong tu, banyak guna gerak tangan, and expression mata. Kris Dance tu, sah2 la guna keris kan, cucuk2 kat badan, he3x...
Kat Bali ni, hasil kerja seni nya tinggi. Macam gambo atas ni, kat Celuk, well known ngan silver and gold nye kerja tangan. Mahal la nak beli pon, setakat cuci mata jer. Kat Tohpati, ada pusat kraftangan batik, pon cuci mata, he3x...
Ni lagi satu hasil seni derang, painting.Ni rumah artis tu sendiri, pelukis paling berbakat kat seantero Bali. Nama mamat tu Mardiana, tapi dia cacat siket after eksiden, budak muda lagi, still 20 an. Nama tempat ni tak silap aku, Desa Batuan. Kebanyakkan rumah kat sini, still kekalkan konsep rumah tradisional Bali. Setiap rumah, ada satu kawasan temple untuk derang semayang. Kalu pompuan uzur, tak bley masuk kawasan temple tu, kira suci gak arh, memang strict btol. Cantik2 lukisan diam bisa di tawar dehhh...Tak sangka jumpa lukisan gambo sendiri masa berlakon Ayat Ayat Cinta, he3x...Aku berminat nak beli lukisan ni, tapi sebab datang Bali takde intention shopping and tak bawak duit banyak, so setakat tumpang amik gambo jer la. Orang tu nak jual kat aku dalam 1.5 juta rupiah, not bad la.
Ni kat Kintamani, kawasan tanah tinggi gunung berapi. Dah penah meletus, tahun bila tak hengat, and dari situ, kuar lagi satu gunung baru. Kitaorang lunch kat sini dengan masakan Indonesia, hmm...tak bley masuk tekak aku weh...tapi pisang goreng sodap!Surau ada disediakan tapi telekung bawak sendiri ek, surau unisex. Belakang kitaorang tu, Tasik Batur. Kat bawah2 tu, banyak lagi kampung2. Kat sini pon, korang akan di serbu ngan orang2 yang berniaga souvenier, kena paksa beli, teruk kan? Siap nak lompat masuk van, k...Oh, ya, kitaorang gi ber3, aku HR Alloy, Hidayati HR Jusco n Chew @ Kache HR Hong Leong Bank.
Ni tempat orang buat kopi Bali. Rasa macam cliche gambo ni coz aku rasa kalo kita gi Langkawi tempat orang wat gamat kan, mesti nak amik gambo ala2 camni kan? Ni singgah masa on e way turun dari Kintamani. Bley la minum kopi or koko free, ada pondok dengan suasana sangat nyaman di sekeliling, ye la, area tanah tinggi kan. Nak plak time tu, hujan, layan jer minum kopi panas. Ada sejenis kopi, Luwak Coffee, arh...yang ni spesel dan harga pon mahal. Luwak tu nama binatang yang ala2 musang yang makan biji kopi ni, and then bila luwak ni berakkan biji kopi tu, diproses jadik kopi, sanggup?!Betul-betul kawwww!!! Ada gak jual buah salak, terung belanda kat sini. Buah salak kat sini best!
Ni namanya buah madja, rasanya pahit. So dari buah ni lah asalnya Kerajaan Majapahit dapat nama, btol...aku tak tipu...
Ni aku tak ingat nama temple nya, tapi salah satu Holy Temple kat sini la. Banyak btol kolam, ni sumer kira macam air suci la. Sejuk jer air dia, tak pernah kering. Ada satu kolam tu, untuk budak2 pompuan yang tak period2, bley di rendamkan kat situ, he3x...Ada satu kolam lagi, masa kitaorang lalu jer, ikan yang dok dalam kolam tu muncul kat permukaan, trus tourist kitaorang excited giler coz dia kata bila kitaorang balik Malaysia, kira ada good luck la. Ikan tu jarang sesangat nak timbul, so yang bernasib baik jer akan dapat. Hmmm...dah sebulan lebey, takde apa2 pon lagi jadik kat aku, hik3x...
Perusahaan wood carving kat Mas. Cantik2...yang 18SX pon ada, tapi kita tak bley la treat mende tu as pornografi kan, seni baru istilah yang btol, he3x...Macam2 style ada, tapi aku kagum dengan hasil kerja pengukir2 tu, daripada batang kayu yang macam takde apa2, menggerutu segala, derang bley hasilkan satu hasil kerja seni yang sangat halus dan menarik. Barang2 kaca, macam2 lagi la, memang impressed!
Yeah!!! Ni yang paling aku suka skali kat Bali, SPA!!! Best bangat, siot! Paid abour 300,000 Rupiah dalam masa 2 jam. Aku amik steam bath, sauna, massage, lulur, mangir segala, mandi bunga, pergh...best! Except jakuzi aku tak join sebab...hmmm...malulah. Dah la kitaorang amik bilik sorang satu, memang tip top la tempat dia, eksklusif. Bath tab, open shower ngan tempat massage in the same room, dengan cahaya lilin samar, bau aromatheraphy green tea, memang rileks...Untuk lelaki pon ada tau, tapi sah2 la bilik lain kan, memang totally separate. Kalo saper yang datang honeymoon tu, memang ada pakej husband and wife share 1 bath tab la, romantik gitew!
Ni hari ketiga, kat Turtle Island, takde mende sangat la. Setakat nak tengok penyu, aku rasa kat Cherating lagi best kot, penyu belimbing lagi.
Huish, tak berani aku nak pegang iguana tuh, kitaorang tumpang Hidayati jer, tapi dia pon terpaksa kontrol macho coz kawan2 dia penakut campoq geli, eyyyy...
Sentap aku ngan burung nih, ada ker masa aku nak letak dia atas tangan aku, dia berak cirit sebab makan buah betik, bengong!
Aku tak pueh ati coz bila nak kuar dari tempat ni, kena paksa kasik derma dalam tabung yang derang letak dekat exit, dengan alasan untuk beli makanan binatang2 tu, bohong la tuh! Aku siap membebel2 lagi masa nak kasik duit dengan niat yang memang tak ikhlas, ces!
Kat Nusa Dua, well known ngan water sports activities. Tak sempat nak berlama-lamaan kat sini coz tak bawak baju basah. Next time aku nak datang lagi Bali untuk main water sports, hah, bley? Sebab untuk orang penakut macam aku, kat sini naik jet ski ngan instructor, nak try parasailing walaupun gayat tahap cipan, ehmmm...scuba diving pon ngan instructor tanpa perlu lesen, ok la kan apatah lagi aku tak reti berenang. Kalo berani lagi, bley try Fly Fish, kalo ada duit lebey, bley try Sea Walker gak, menarik kan berjalan kat 15 kaki ke dalam laut tanpa rambut basah, memain ngan hidupan laut, mula la kau nak berangan jadik wartawan Majalah 3 ni, he3x...Lagi satu, aku nak join white water rafting, aku dah mula minat ngan aktiviti ni since 1st time aku joined last year kat Kuala Kubu Bharu, berakit di sungai mengalir deras, syiok giler!
Ni la parasailing tu...actually kat Malaysia pon ada, he3x...kat Pulau Beras Basah, Langkawi. Tapi ni still view kat Nusa Dua tau!
Pemandangan terrace padi field, aku tak ingat nama temapt ni. Kitaorang berenti lunch kat sini, restoran tu mengadap view ni, cantik sangat, sejuk jer...
Ni kat Bedugul, tasik tu nama Beratan. View ni korang bley tengok kat belakang duit 50,000 Rupiah. Kawasan ni lagi tinggi dari Kintamani. On the way tu, bley jumpa pasar jual buah2. Monkey Forest kat Alas Kedaton kitaorang tak gi pon. Aku bengang jer masa kat sini, tetiba bateri kamera abis, so trus takde mood nak bejalan. Dah la pas tu, kitaorang gi Tanah Lot, so gambo kat sana takde arrr...Kat Tanah Lot tu tempat orang tengok sunset n banyak bazar nak shopping gak. Kalo korang penah tengok gambo temple atas batu bertingkat kat tepi laut,ha...itu la Tanah Lot. Tak tengok pon sunset coz sibuk carik t-shirt Bali, he3x...pastu rushing gatai nak tengok Kecak Dance. Kecak Dance ni takde muzik, penari2 nyer sumer lelaki, wat bunyi cak...kcak..cak...kcak...cak..kcak...pakai mulut. Still ada acting gak macam Barong Dance. Cuma yang ni dari kitab Mahabrata, kalo tak silap aku. So, Barong tu Ramayana, kalau silap pon tertukar dua tu jer, takde lain dahhhh...Kecak Dance ni penah masuk Guiness Book coz guna 5000 orang untuk bunyikan cak...kcak...cak..kacak...tuh...
Hari terakhir di Hotel Prani Legian, aktiviti bebas sebelum gi airport petang tuh...KItaorang rewang sepanjang Jalan Legian yang sangat panjang tu. Shopping best la kat sini, kedai aksesories macam2 jenis rantai ada, imitation nyer barang pon ada, apparel, wood carving, barang2 spa macam sabun volcano, fruities, macam2 haruman, minyak aromatheraphy, scrub segala, berpuluh2 spa, macam2 lagi. Kedai jual vcd pirates pon ada, mat saleh beli smpai beratus2 keping. Nak plak time tu baru abis Oscar, so banyak la citer macam Slumdog Millionaire, The Reader, Milk, Revolutionary Road, etc. Aku jumpa plaks 1 cd yang aku tengah carik, citer lama Because I Said So, Diane Keaton and Mandy Moore berlakon, tapi aku beli original, k?
List nama mangsa kejadian tempat letupan bom kat Jalan Legian, ni kejadian yang sebelum Hard Rock kena. Mostly yang mati warga Australia.
Aku ada plan nak gi Bali lagi, ada tempat tak gi lagi, maybe next time carik hotel kat area Sanur plak. Then, gi Uluwatu, makan seafood kat Jimbaran, maybe ATV ride melalui sawah padi (ceh berangan lagi...), bungy jumping bila dah tak gayat lagi, water sports, SPA yang sangat aku gemari, shopping,etc. Kalo tak dapek honeymoon kat Mauritius, kat Bali pon bole lah, tak pon Krabi or Koh Samui, Thailand and last choice Pulau Redang campur Pulau Lang Tengah, he3x...
Heheh..betul Amy..aku suka sangat Bali..most tempat kita gi sama..cuma aku mmg nak satu hari FREE tak nak gi memana..so aku tak gi ke pulau penyu kau tu..
ReplyDeleteLain2 sama..tapi aku gi dinner kat Jimbaran.Hehhe..romantik gitewww...
Next year insya Allah pi Bali lagi..tapi dengan member2 plak..sebab hotel dah FREE..so aku crik tmbg murah je ni..
Kau nak pi memana kalau sri sutra boleh offer murah kasik tau sama saya ok!
Beb, ko nak gi Bali lagi? Nak ikot....
ReplyDelete