Thursday, April 23, 2009

Puasa Ganti...


Salam.

Aku pose ganti ni ari. Still ada balance 4 hari, he3x...dekat2 nak balik tadi, tetiba terpikir, nak makan per ek bukak pose nanti? Aku bukannya cerewet sangat psl makan ni. Orang bujang yang simple, bukak pose bersesak2 dalam Putra LRT, dalam keta, setakat makan beberapa bijik tamar,sekotak Milo, dah ok bagi aku. Kebetulan time tu tengah berbalas email ngan Che Pi, dia baik hati menawarkan diri nak meneman aku, ok gak, tapi aku tak tau nak makan per. Aku decide kitaorang jumpa after Maghrib jer, since dia sendiri abis kije kol 6, naik LRT dari Kelana Jaya lagi, kol baper nak smpai tuh? Hmm...gi Nasi Lemak Antarabangsa, Taman Melati jer la...Gumuk lagi...

Dah maju Nasi Lemak ni. Dah bukak outlet cafe kat merata2, maju sungguh. Actually aku takdela suka sangat nasi lemak dia, pada aku tak sedap pon. Tapi aku suka ngan concept cafe dia yang kaler ijau tu, selesa, setakat nak lepak2, berborak tak henti2 (macam aku tadi, excited bercerita, kowang tau la style aku, siap tangan naik la kan bila bercakap...tetiba...ting! mak aii!!sudu aku terpelanting ke lantai, malu siot...Che Pi wat muka tak kenal aku jer, ha3x...mesti sentap dia tadi bila sumer mata tengok kitaorang,he3x...) Kita orang lepak jap jer, dalam kol 10.15 camtu, dah blah. Che Pi dah ngantuk, nampak sangat dia penat tadi. Patutnye aku yang belanja dia, sebab dia teman aku, tapi dia plaks yang nak bayar sebab aku pose, rezeki...jangan tolak...

Siapakah Che Pi? Next time la aku citer, ek...after kitaorang balik dari Pulau Tioman nanti, insya Allah.


No comments:

Post a Comment