Sunday, July 4, 2010

Baiti Jannati...


Salam.

Semalam, aku sempat baca front page Harian Metro. Mengurut dada aku di buatnya dan membuatkan aku termenung sejenak. Hmm...apa sudah jadik ngan budak2 sekarang ek? Berita tentang sepasang kanak2 perempuan bersaudara berusia sekitar 4 dan 5 tahun, berkelakuan ghairah seperti sepasang suami isteri amat memeranjatkan! Dan lebih memeranjatkan derang tahu pasal mende2 ni sumer melalui seorang kanak2 lelaki berusia 8 tahun yang merupakan jiran mereka jugak. Dan kanak2 lelaki tersebut pernah memasukkan jarinya ke dalam kemaluan kanak2 perempuan tersebut...Ya Allah! Menggigil plak aku nak tulis nih...sangat menakutkan! Sangat2!

Aku terfikir, siapa agaknya yang patut di salahkan dalam hal cenggini? Mak ayah ka? Keadaan sekeliling ka? Pengaruh media ka? Atau saper lagik yang bley di sabitkan? Sometimes aku terfikir, kadang2 parents dah mainkan peranan dengan baik pun blom tentu dapat menyekang faktor2 lain yang leh contribute pada development budak2 ni. Contohnya, ibu bapa dah kasik didikan agama secukupnya, tapi ada jer anak2 yang terbabas wat mende2 yang bukan2. Kalau di kawal, nanti anak memberontak, kasik nasihat, nanti derang kata tak memahami derang plak. Kalo di turut, naik lemak, silap2 kita di tipunya. Kalo macam hal yang berlaku kat kanak2 tersebut, derang ni wat senyap2, kalo tak kena 'cekup' ngan mak salah sorang budak tu, rasanya sampai la kot parents derang tak tahu. Owh, sangat memalukan...Hmm...mencabar sungguh menjadi ibu bapa dalam dunia serba mencabar nih.

Aku memang jadik takut bila terfikir hal2 cenggini. Mampu ker aku sok? Apatah lagi, aku ni bukan bijak sangat buat 2 kerja dalam satu masa; walaupun aku tengok la ni ramai jer ibu hebat yang wat 2,3 mende dalam satu masa. Tu yang aku bercita2 nak jadik surirumah jer kalo kawen sok, he3x...Membesarkan anak2 dengan tangan sendiri. Bangun pagi wat sarapan, hantar anak gi skolah, kemas umah, basuh baju, pegi pasar, masak makan tengahari, ambik anak dari skolah, makan tengahari sesama, hantar gi skolah agama (taim ni aku leh tido jap, he3x...ibu juga perlukan rehat yer...), then wat minum petang, amik dari skolah agama, then minum petang sesama sambil dengar derang citer macam2 (owh, yang ni saya suka!), then biar derang kuar umah main2 ker, pastu malam, check kerja sekolah derang, kecuali Maths maybe terpaksa serah pada ayah derang la, ha3x...(eh, saper ek???). Kan dah penuh satu hari tuh? Apatah lagi, aku kan nak 9 orang anak, muahahahaha...konfem aku kurus gilo nanti!

Oh, ya. Kat bawah ni ada sikit tips yang aku baca dalam Majalah Nur (my faveret magazine) keluaran bulan Julai 2010. Dan tips ni pon di share oleh ibu pada salah sorang sister batch aku masa kat UIA dulu. Jom baca:

1. Menjaga solat
2. Bersabar dan berlapang dada terhadap anak-anak; jangan cepat melenting
3. Berkomunikasi secara baik dan terbuka antara suami isteri dan ahli keluarga
4. Memahami Al-Quran
5. Kualiti masa
6. Memasak dengan ikhlas dan air tangan ibu sendiri
7. Fleksibel dengan anak2
8. Berhibur tidak salah tapi tidak melalaikan
9. Sentiasa bermusyawarah jika ada masalah
10. Wujudkan aktiviti bersama keluarga

Ya Allah, Ya Tuhanku, semoga aku di pertemukan dengan Si Dia yang bertanggungjawab, amin...

Nota kaki: Tahniah untuk sahabatku, Norziati Mohd Rosman kerana memenangi Hadiah Ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, Kategori Novel Remaja dengan karya 'Dayung Sudah di Tangan'. Teruskan berkarya! (Aku jer tak sempat nak join bengkel penulisan nih, he3x...)

1 comment:

  1. Jadi surirumah?
    Aku rasakan, pompuan kalau boleh try keje gak. Bukan ape, at least ada duit sendiri. Kalau jumpa husband baik, yg boleh hidup sama sampai tua, alhamdulillah, at least kurang cabaran.
    Tapi kalau jumpa husband yang makin lama makin berubah, there would come a time when u wish u don't depend so much on him.
    Ataupun, kalau husband umur tak panjang, at least, kalau isteri ada sumber rezeki sendiri, anak2 akan terbela. Yg ni jadi kat kawan aku sendiri. Dia meninggal, isteri dia walaupun ada keje, terpaksa buat byk adjustment. Walaupun ada duit insurans, somehow ada certain things yang dah berubah bila dia takde.

    Tapi kalau nak senang, ko kawin ngan mamat bolkiah tu. Dia baru cerai. Yg tu memang kompom, ko tak payah keje.

    ReplyDelete