Monday, July 5, 2010

Ibu! Chill la siket!


Salam.

Jam 10.15 malam tadi ku baru kuar ofis. 45 minit kemudian, aku sudah sampai di umah Keramat. Nak kata penat mental tak jugak, pelik...Di sebabkan aku berazam untuk happy sepanjang Julai ini, maka segalanya dapat di kawal dengan baik so far. Hidup bujang ni so far ok lagik la...cuba bayangkan aku dalam situasi di bawah ini plaks:

Jam menunjukkan 10.45 pagi. Aku sedang mengandung sembilan bulan anak kedua (oh, ya, dah scan, Akmal bakal dapat adik pompuan, wawawawawa...). Kebelakangan ini, aku cepat berasa letih. Aku baru jer terjaga daripada tidur di atas kerusi di ruang tamu setengah jam yang lalu. Hari tetiba gelap tanda hujan mau turun. Aku mula menutup tingkap sambil tertanya-tanya di mana anak lelaki ku yang berusia 2 tahun setengah tu berada. Selalunya dia tidak akan pergi ke mana-mana atau mendiamkan diri sebegini lama.

Tiba-tiba aku terdengar tangisan meminta tolong. Suaranya datang dari tingkat atas rumahku (wah! dah dok umah sendiri, ok?). Aku tercungap2 memanjat tangga, memanjat 2 anak tangga setiap langkah sambil memanggilnya berulang kali sehinggalah aku menemuinya sedang berpaut pada gril pintu setinggi 8 kaki. Aku cuba menenangkan diri sendiri dan mula memujuknya,"Jangan takut, sayang. Turun sikit lagi ke bawah jadi Ibu boleh pegang dan turunkan." Tetapi dia tetap tidak bergerak kerana terlalu takut. Aku mula panik. Aku teringat tangga yang tersimpan di dalam bilik stor. Aku memberitahu si kecilku, " Tunggu sekejap, ya, Ibu pergi ambil tangga." Aku bergegas ke tingkat bawah. Jantung berdegup kencang. Aku berdoa dan berharap si kecilku itu boleh bertahan buat seketika...

Uwaaaa...banyaknya tenaga yang perlu di curahkan untuk membesarkan seorang anak! Itu belum lagi mengambil kira kesabaran dan ketabahan seorang ibu. Aku mungkin boleh merancang setiap perkara tetapi tidak semua perkara berlaku seperti yang di rancang kan?

Kring...kring...jam 9.30 pagi beberapa tahun kemudian...Guru tadika anak ku memberitahu bahawa anak sulungku itu menggigit rakan sedarjahnya di sebabkan sebiji getah pemadam yang hilang. Aku terpaksa 'brain storming' (maybe terpaksa menggunakan method Ishikawa diagram' untuk memastikan perkara ini tak berulang lagik?) He3x...

Tu baru siket, giler penat kan nak membesarkan anak2 nih.. Tu ada hati nak 9 orang, ko mampu? He3x...Hmm...secara peribadi, anak-anak harus di besarkan oleh kedua-dua ibu bapa, bukan salah seorang. Suami atau isteri adalah pasangan utama kita dalam membesarkan anak-anak sebab pasangan kita memenuhi keperluan emosi yang paling penting iaitu kasih sayang, perbualan dan kemesraan (owh! ternyata saya memenuhi semua kriteria ini, ahaks!). Dan pasangan kita juga mungkin satu-satunya orang yang tidak akan berasa jemu mendengar anda bercerita mengenai anak, gitew! Sokongannya juga sangat penting ketika kita mahu mendisiplinkan anak2 malah berperanan sebagai model atau contoh terbaik untuk mereka. Pasangan harus memainkan peranan sebagai pendorong antara satu sama lain; bijak lah mengambil hati pasangan, hormati dan hargailah dia dan luangkan masa untuk bersama.

Ewah...ko tu bujang lagik, kemain cakap pasal kekeluargaan ek? Ko 'mabuk' dah nih....dah2x...gi tido ek.

Nota kaki: Miss 'him' lah! Selamat malam kasih...

2 comments:

  1. Nowwa, aku 'mabuk' minggu ni sebab opismate2 aku sumer citer pasal pregnant, taim bila sesuai nak wat anak, ibu mertua, emosi bila pregnant, karenah anak, bla...bla...bla...bla...bla...bla...bla...penat la berkeluarga ni, kan?

    ReplyDelete