Saturday, May 8, 2010

Cik Zah Saya!

Halluuuuuu!!!

Sebuah syair Arab ada mendendangkan:

"Seorang ibu adalah ibarat sebuah sekolah. Jika engkau persiapkan dia dengan baik, maka sungguh engkau telah mempersiapkan sebuah generasi yang unggul."

Hebat ker tak kalo seorang wanita bergelar ibu di ibaratkan macam sebuah sekolah, kan? Besar betul tanggungjawab seorang ibu terutama tanggungjawab dalam mendidik anak2 tu kan? Macam Cik Zah, mama aku ni la kan...Kalo pasal anak2 jer, bley la membuatkan dia tak tido sampai ke pagi sebab fikir macam2. Pastu, kalo ada apa2, suka 'shimpan' sorang2, he3x...Ni ada la aku inherit dia sikit.

Hmm...mama aku ni belajar tak tinggi pon, maklumlah family mama aku memang orang miskin. Sekolah setakat Darjah 6 jer, kat Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh, Machang, Kelantan. Tapi apa ada pada kelulusan akademik kan? Walaupun mende2 lain maybe la dia tak terer, tapi kita takleh nafikan mak kita akan ajar kita macam2, buruk baik satu2 perkara sejak dari kita kecik lagi sampai la dah besar panjang ni, dia tak putus2 membebel dan kasik nasihat kan? Semuanya untuk kebaikan kita jugak, walaupun aku ni memang terkenal dengan status anak degil dan keras kepala, hu3x...Setakat kena kurung kat luar rumah sebab balik lambat tu, memang biasak la. Cuma aku tak pernah kena ikat kat pokok yang penuh kerengga lagi, scary arghhh!!! Tapi masa aku Darjah 3, aku pernah melawan, menjawab mama aku, sampai dia geram, dia cilikan mulut comel aku ngan lada burung, gilo pedas seyyyyyy....ha3x...Ingat lagi, masa tu kat berek polis kat Ipoh. Pastu ada la lagi mende2 jahat yang aku wat, haishhh! (tu agaknya Tuhan campakkan aku kat UIA kan?)

Tahun ni mama saya sudah pun berusia 51 tahun. Hmmm...sudah tua pun...Walaupun, aku tak berapa cloze sangat ngan mama aku, tak macam anak perempuan lain yang share macam2 ngan mak derang, tapi sebagai anak, aku memang cepat tersentuh dengan apa saja cerita pasal parents. Korang pun sama kan? Mana tak tersentuh kalo taim kita sakit, dia yang bersengkang mata jaga ko siang malam, beb! Ko nak makan apa pon, dia yang terkial2 masak kat dapur (owh, saya sangat suka sambal tumis ikan bilis petai mama ku itew!), anak buat salah pon, backing baik punyer...etc.

Untuk Cik Zah saya, Selamat Hari Ibu! Tahun ni kain baju raya kaler kuning ku beli kat Jakel, ek, he3x...Tentang permintaan bakal menantu yang kerap di hilite Cik Zah sejak tahun lepas, insya Allah, akan ku usahakan sebelum umur dia 53 tahun, hah, bley? Sesaper yang berminat, leh bercakap terus dengan Cik Zah ek sebab nak harap aku cakap sendiri, maybe aku akan pengsan 46x depan Cik Zah sebab sememangnya aku takde kekuatan nak cakap pasal future aku yang satu ni depan parents aku, wawawawa...Nak cakap aku ada boipren pon, pikir 88x!

3 comments:

  1. aku nk suh cik zah carikkan menantu kat ko la...

    ReplyDelete
  2. saya rasa kita ada byk persamaan..sama2 bleh pengsan 46x kalo nak berciter psl future nan satu itew...cpt2..bg cikzah menantu!:)

    ReplyDelete
  3. Cik Zah pon soh carik sendiri, he3x...Aku tamau la orang Kelantan, leh tak?

    Cik Taten, cepat2 kasik menantu kat Puan Emak juga!

    ReplyDelete