Salam...
Hai! Lama giler dah aku tak update blog, sedar2 jer ni usaha merepek aku yang pertama untuk bulan September 2010. Dan taim aku bukak blog ni, sudah masuk 4 Syawal, lagi 4 minit jam 1 pagi. Aku actually dah mengantuk tapi tahan jer sebab nak tengok siaran ulangan Stylista Siti Nurhaliza, semalam tak sempat tengok. Ni anak sedara aku, Cik Pya yang umur 3 tahun 2 bulan pun tak tido lagi, ke hulu ke hilir, ntah apa yang dia buat.
Cerita raya? Ntah, this year first taim aku tak teruja langsung nak menyambut Aidilfitri, takde feel langsung. Setakat tempah kuih raya, carik baju raya tu, adalah sesiket tapi feeling tu takde. Maybe sebab sibuk dengan kerja yang menimbun kot, so takde masa nak fikir pasal raya. Hari terakhir bekerja, 8 September 2010, aku wat kerja macam biasa, siap ada 3 meeting lagi on that day; dari pagi sampai petang. Ofismate aku pun pelik sebab derang tengok aku macam tak excited pun. Hmmm...ni first taim tau aku takde rasa nak raya, sebelum ni tak pernah pun. Btw, hari terakhir kat ofis tu, kitaorang staff2 HR datang awal sebab nak distribute kuih raya dan duit raya pada staff2 production yang kerja night shift yang abis kerja 6.10 pagi. Ni memang tradisi kat company aku. Then, sebelah petang, distribution untuk staff2 normal shift, office staff, Exec segala, bermula jam 4.45 petang. Masa sesi nak start, bergema satu ofis ngan lagu2 raya thru PA system. Start dengan Executive level dulu, sumer pakat beratur masuk bilik CEO; meriah taim tu. Untuk Executive level, kitaorang dapat RM 100 sorang dan Non Exec - RM 50 sorang. Dah settle kat ofis, turun bawah plak untuk production staff yang beratus2 orang tu.
Settle sumer, dalam pukul 6 lebih, hmmm...aku dapat duit raya dari somebody sebanyak RM 500! Siyes tergamam gilo aku taim tuh...seumur hidup aku tak pernah terima duit raya sebanyak tuh...Btw, aku bercadang untuk pulangkan balik duit raya tu sebab aku kira ni ada kaitan dengan kerja aku...Ari tu dia ada nak sponsor aku jugak pi diving kat Pulau Redang, tapi aku tolak. Yang ada lagi sorang tu, kasik aku barang2 kosmetik macam set penjagaan kulit wajah, then ada ajak pi dinner kat luar. He3x...ni sumer bisnes punyer hal. Maybe betul agaknya aku ni 'dewi kayangan' bagi derang kat situ, muahahahaha...(owh, ni statement kawan aku, ek!)
Then, balik jap berbuka KFC ngan Sha Tuyee kat umah Batu 3. Pastu gerak balik Keramat, sampai umah dalam 9 malam. Tetiba rasa nak demam, siot...Plan nak kemas beg balik kampung tak terbuat sebab akhirnya aku tergolek depan tv lepas makan ubat, dah la selsema teruk. Tapi sempat layan drama 'Syurgamu Ramadhan' @ TV3 & filem omputeh tajuk apa ntah kat 8tv tu, 'Saving Milly' kot...Kedua2 cerita ni telah berjaya membuatkan saya menitiskan airmata walaupun mamai makan ubat, muahahaha...Aku tido dalam pukul 12 jugak la. Ingat nak bangun 2.30 pagi, nak gerak awal, tapi tubuh aku tak larat giler. Jam 3.30 pagi baru aku bangun dan terhegeh2 nak packing barang.
Dalam 5.10 pagi, aku bergerak balik ke Kota Bharu. Thanks to Encik Zul yang sudi mengupdate keadaan trafik di Lebuhraya KL-Karak few times sebelum ku gerak balik. Dalam keadaan yang still mengantuk, aku meredah kesejukan pagi tu dengan memandu sendirian. Mujur keadaan trafik sangat ok, tak teruk sangat jam walaupun banyak kereta. Plus keadaan enjin kereta aku dah stabil setelah lebih sebulan 'sakit' dan membuatkan aku sentiasa susah hati. Duit dah terbang RM 3000 plus untuk kereta ni dalam masa sebulan lebih, patut ker aku nak teruja untuk beraya, he3x...Finally, selamat sampai ke Kota Bharu sekitar jam 2.30 petang. Ada member2 aku cakap, "Ko giler ek balik Kelantan driving sorang2?" Hmm...gila tak gila, aci redah jer la kan, dah banyak kali aku balik sorang2 driving. Cuak memang ada, tak di nafikan, selain berdoa, tawakal sajalah semoga perjalanan kita di lindungi, insya Allah.
Oklah, esok sambung citer lagi (macam la ada orang nak baca entry aku, hik3x...). Sudah mau tido, esok nak bangun pagi, basuh kain, then tolong Cik Zah wat nasi minyak ngan ayam masak merah dan maybe kurma juga, gitew!
No comments:
Post a Comment