Sambung celoteh semalam ek...
1. Seperti tahun2 sebelum ni, aku tak berkesempatan nak menunaikan solat sunat Aidilfitri sebab 'uzur syar'ie', adehhhh....Tahun ni cuma sempat puasa 20 hari jer, tapi susut la jugak sebab aku leh pakai seluar size 29 kan, , ceh! Kalo ada kesempatan, aku suka gi Masjid Kubang Kerian tu, tapi parking memang susah la siket, penuh. Raya tahun ni tak cukup korum sebab adik aku Yie 'beraya kat oversea'! Yang laen sumer ada dan warna tema tahun ni adalah KUNING! Terasa macam kerabat di raja plaks, hu3x...Macam biasa, raya pertama, kitaorang akan balik kampung kat Machang; ziarah kubur arwah papa n sedara mara sebelah sana. Seperti biasa, petang jer dah settle. Citer pasal juadah raya, macam biasa ketupat palas ngan rendang daging. Serta kuih2 raya versi tunjuk tajaan Mek Divers. Actually, pagi2 lagi aku dah makan nasi putih dengan ikan kering. Kelantan sangat kan aku nih, he3x...Subuh tu dah lelah tapi masih terkawal.
2. Lelah lagi pagi nih...actually memang tiap kali raya every year, memang aku akan lelah, cuma kuat ngan tak kuat jer. Plan raya kedua tak ke mana cuma lepas tengahari, aku gi jenjalan umah Ayah Pi kat Kampung Raja, Besut. Di temani 2 orang adik aku; Le dan Muzi. Sampai lebih kurang 2.45 petang, lepak borak2 sampai pukul 5 petang. Borak2 ngan mak Ayah Pi; Puan Maznah yang sangat sempoi dan lemah lembut bila bercakap. Still nampak muda walaupun dah 66 tahun. Oleh kerana aku tak pandai sangat berbual ngan orang tua, so aku layan jer cerita2 Puan Maznah dalam versi Terengganu. Phewww...mujur kebanyakan story Ayah Pi dah pernah cerita kat aku, so memudahkan aku untuk faham. Well, Ayah Pi, aku dah jumpa Mi finally, yeah!
3. Raya ketiga jugak lepak kat umah; tapi ada tetamu datang; kawan aku La ngan mak dia dan best fren arwah papa aku, Pakcik Ripin satu family (owh, dia ada ramai anak teruna yang bujang, ok? Aku kenal sejak kecik masa arwah papa aku kerja kat Temerloh, Pahang.) Harusla aku usaha goreng mee and buah cempedak sambil di pantau oleh Cik Zah. Hmm....hati aku sudah terikat dengan Honda CRV yang Pakcik Ripin baru beli lepas pencen polis setahun lebih, kaler itam berkilat pulok tuh, sangat menggugat imanku! Aku sempat tanya, baper harga, dia kata dalam RM 150k, ayyo mahal jugak tuh. Dia soh aku beli jer, budak graduate mesti mampu bayar, ceh! Dan aku tambah tergugat bila La citer, member kitaorang, Miss Z yang kerja PTD Gred M48, now pakai Honda Jazz, uwaaaaaaa....
4. Raya ke-4, lepak umah juga, tolong Cik Zah sesiket prepare nasi minyak, ayam masak merah dan kurma ayam. Kawan2 Muzi yang sumernya lelaki datang beraya kat umah. Hmmm...malam ni nak pi jenjalan KB Mall lah, baru la urban kan?
No comments:
Post a Comment