Monday, August 2, 2010

Minggu Dukacita...

Salam.

Sepanjang minggu lepas, bley di consider sebagai Minggu Dukacita aku. Takde la maksud family members aku yang 'pergi' ker apa tapi lebih kepada feeling yang tak berapa best dalam hati aku, bley? Kalau aku yang biasa kowang jumpa, maybe lebih kepada wajah yang tertera kat atas, he3x...

26 Julai 2010 - Tak masuk ofis pun sebab attend National Return To Work Conference organized by Perkeso @ Sunway Convention Centre. Aku dan Mr.V represent my company. Mr.V Indian guy kat ofis aku, sangat suka menyakat aku. Perasmian oleh Menteri Sumber Manusia. Seawal jam 11 pagi dah settle perasmian dan kitaorang free sampai pukul 2 petang, hu3x...Semua pakat pi jenjalan kat Sunway Pyramid. Lunch provided tapi serius sangat tak sedap, weh! Presentation start pukul 2 petang dan taim ni aku tak baper paid attention sangat, he3x...Peserta ramai, lebih kurang 400 orang, penuh la dewan tu. Abis dalam kol 5 petang, aku singgah ofis jap. Pastu balik umah Batu 3. Memandangkan Nisfu Syaaban, maka mengambil kesempatan baca Yassin after Maghrib sampai la taim Isyak. Then, layan tv; suatu mende yang aku jarang wat since kerja kat Shah Alam. Kejap2 tukar channel tu, channel ni; drama Kau Laksana Bulan la, filem Seniman Bujang Lapok termasuk filem Hindustan Dil Chahta Hai pun aku layan sampai 12 tengah malam. Siap nanges tuh, tak tahan...he3x...Then, baru nak terlelap, dalam 12.19 pagi, aku dapat sms dari kawan rapat aku, Si Bajet," Mak aku baru meninggal." Uiks, terus bulat mata aku! Dan aku seperti biasa, kalo dapat info pasal orang meninggal, aku memang tak lena tido...

27 Julai 2010 - Hari kedua konvensyen. Dengar presentation; masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Dan aku sibuk bersms dengan macam2 orang dari pagi, he3x...Taim lunch break, aku telah terbabas shopping sebanyak RM 450, owh, kenapakah? Event abis dalam 4.30 petang, lepas collect certificate, terus cau! Aku balik Keramat, mandi2, solat Maghrib, terus gi tahlil umah Bajet kat Danau Kota. Stay sampai 11 malam, terus balik Shah Alam. Lepas solat Isyak, aku terus terlelap dengan jayanya, rasa penat laen macam...

28 Julai 2010 - Sedikit demotivated di tempat kerja...Taim lunch pun opismate aku perasan yang fikiran aku ke laen. Owh, sempat share ngan derang pasal kerja HR kat Ipoh itew...Petang ada Division Meeting, aku rasa few colleague perasan yang aku tak paid attention dalam meeting, banyak termenung, haishhh...Abis waktu kerja ingat nak stayback tapi after Maghrib, semua orang dah cabut balik. Hmmm...contact member kat Alam Flora, ajak makan; gi makan masakan Padang kat Selero Nogori @ Subang. Tercapai hasrat mengidam nak makan masak lemak cili padi daging salai, ngan sambal hijau, layannn...

29 Julai 2010 - Still 'down beat'... Tubuh rasa semacam jer. Aku tak pernah curik masa gi tido kat surau tapi hari ni aku buat. Sakit kepala pun ada. Letak kepala, aku lena trus...Balik awal sebab ada kelas muzik yang ke-9 iaitu yang terakhir sebelum 2nd audition. Abis kelas cabut terus balik umah Keramat. Layan lagu Maher Zain "For The Rest of My Life' 46x sebelum tido.

30 Julai 2010 - Colleague ajak makan luar taim lunch break, tapi malas nak keluar, makan kat kantin jer. Pastu, aku sambung tido kat meja, lena plak tuh! Penat mental yang melampau rasanya. Petang, ada besday celebration untuk department. Bos aku kasik hadiah buku. Bila koyak wrapping paper tu, tergamam jap aku dapat buku bertajuk, "Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia", terbitan Al Hidayah. Sampai umah dalam 9.30 malam, 10.30 malam aku dah pengsan, sangat tak sedar sampai la jam 6 pagi esoknya.

31 Julai 2010 - @ JKKN, then Putrajaya, then Pandan Jaya, then, Kondo Sri Maya, Jelatek.

1 Ogos 2010 - @ Kolam Memancing Ikan Masin, Shah Alam, then Pretty Flair Boutique Opening kat Bangi, received sms dukacita tapi takper, then ke Gombak, balik umah....

2 Ogos 2010 - Seperti di duga, pagi ni aku sedikit lelah. Ingat nak apply half day leave, tengahari nak gi ofis. Tup2, enjin kereta aku problem, uwaaaaa...'Terbang' lagi RM 1300, so far dalam masa sebulan ni, aku rasa dah RM 3k, abis untuk kereta jer. Dah la aku tak pakai kad kredit, korek la mana2 patut, terpaksa la bayar cash, susut duit akaun kahwin aku, he3...Terpaksa la amik EL, kelam kabut aku wat kuar duit kat Bank Islam. Dah la akaun dah tak aktif sejak 2008, mujur leh wat kuar. Dah siap keta, ajak Cik Nat makan kat Ayam Penyet @ Wangsa Walk. Dah takde perasaan nak fikir duit yang 'terbang' itew...Ni pun enjin kereta bau hangit lagi...memang bocor lagi la nih...

Nota kaki: Gambar kat atas actually kad raya peribadi aku tahun 2007, untuk send kat kawan2. Ntah macam mana salah satunya terlepas kat sorang mamat ni somewhere kat Nilai. Few months after dia pegang kad ni, dia sms or call aku cakap pasal hal ni. Yang aku tak tahan, dia nak berkenalan ngan aku sebab dia suka tengok gambar aku, nampak manis. Kowang sure bley agak respons aku camner kan? Dia memang usaha la nak kenal aku, kontek segala bagai, tapi aku layan tak layan jer, jahat tak? Dia pernah cakap hati aku keras. Ntah, yer la kot. Dan bila respons aku sejuk jer, ada satu kali tu dia mintak permission nak simpan gambar aku. Harusla aku tak kasik kan dan soh dia pos balik. Kowang rasa dia pos balik??? Aku dah banyak 'tolak' orang, so kalau aku kena 'curse' ngan derang pon, terima jer lah, he3x...


No comments:

Post a Comment