Sunday, August 8, 2010

Ramadhan Datang Lagi!

Salam.

Rabu ni, 11 Ogos 2010, insya Allah, kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak sekali lagi. Syukur rasanya dapat bertemu dengannya lagi kan? Personally, aku memang suka ngan bulan mulia ni terutama suasana pada bulan ni. Terutama lepas berbuka sampai la ke waktu sahur, suasana ketenangan tu lain macam. Sangat cool...Definisi or pengertian puasa tu, yang aku hafal sejak aku umur 8 or 9 tahun, masih terlekat kat kepala aku, weh! Alah, kowang pun mesti familiar statement ni sama macam aku sebab kita semua memang hafal statement ni untuk jawab peksa, he3x..."Berpuasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perakara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari." Hah, ingat tak? Pastu antara yang aku ingat lagi, antara 2 kegembiraan yang Allah yang janjikan bagi orang2 yang berpuasa ni ialah ketika berbuka dan dapat melihat wajah Allah ketika akhirat kelak, kalo tak silap aku lah. He3x...mesti Ustazah Jamilah, Ustaz Ibrahim, Ustazah Wan Maziyah bangga ngan anak murid derang sebab ini jer yang aku ingat sampai la, hu3x...

Kowang ada prepare apa2 tak untuk menyambut Ramadhan ni? Hmm...kat ofis aku, last Friday ada jemput ustaz dari luar kasik ceramah agama pasal puasa; lepas solat Asar. Bagus jugak AJK Surau wat akitiviti camni sebab refresh apa yang perlu sebab kita ni nama pun insan, selalu lupa banyak perkara kan? Antara perkara yang di titikberatkan adalah kepentingan kita mendirikan solat, kena jaga solat barulah ibadah puasa kita rasa 'complete'. Cuba perbanyakkan aktiviti2 seperti membaca Al-Quran, bertadarus, melakukan ibadah2 sunat yang lain seperti mengerjakan solat sunat tarawih, solat sunat Dhuha, solat sunat hajat, solat sunat tahajud, etc, bersedekah, menjauhkan percakapan dan perbuatan yang sia2 dan tak berfaedah, etc. So, sepanjang ceramah tu, aku take notes la apa2 yang patut untuk peringatan sendiri. Esok 9 Ogos, department aku akan distribute buah kurma untuk semua staff. Then 17 Ogos ni, insya Allah ada Iftar Ramadhan untuk semua staff jugak wat kat area kilang aku.

Dalam suratkhabar la ni pun dah sibuk promo pasal buffet berbuka puasa, memang bulan rezeki! Aku personally kalo bab berbuka ni, lebih senang berbuka kat rumah; walaupun sorang2, takde hal. Selalunya aku akan beli juadah berbuka kat bazar Ramadhan la kan. Last year aku cuma masak sekali jer; mee goreng, ngeh3x...Owh, tapi semalam aku sempat beli satu buku resepi pasal Masakan Udang, wah! Aku memang kurang gemar nak berbuka kat luar sebab nanti nak berebut2 solat Maghrib, urghh, rimas! Nak plak kalo lepas waktu kerja, rushing segala...apatah lagi ofis aku balik 5.30 petang macam biasa. Tapi kalo taim aku 'uzur syar'ie', ok jer, he3x...Ada satu tempat yang aku teringin nak gi try berbuka kat situ, sejak beberapa tahun lepas tapi tak berkesempatan sampai la ni. Alah, bukan kat mana pun, cuma kat Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay, mahal jugak, RM70. Ada sesaper nak belanja aku? Ok, kat bawah ni aku share sikit info kalo sesaper nak berbuka kat luar, ek?

a) Dewan Perdana Felda & Merak Kayangan - RM 50-RM 55, 03-2698 8302
b) Sunway Resort Hotel & Spa - RM 85 - RM 98, 03-7495 1888
c) One World Hotel - RM 98, 03-7681 1159
d) Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam - RM 89, 03 -5511 8811
e) Red Box Ria (arh, yang ni I loike!!!) RM 35, 03- 2694 7788
f) INTEKMA Resort - RM 43, 03-5522 5001

Ni jer lah so far yang aku jumpa, nanti ada yang laen, aku share lagik. Aku sangat jarang sesangat gi makan buffet2 ni, apatah lagi kawan2 pun takde yang ngajak ker apa kan. Tapi dalam sebulan tu, adala satu dua kali jer la, he3x...Selalunya aku tunggu orang yang ajak, aku jarang ajak orang bab2 makan nih.

Apa lagi nak cerita pasal bulan puasa ni ek? Oh ya, aku telah membeli CD Maher Zain semalam yang lagu2 nya semuanya sangat best! Lagu2 yang memberi inspirasi sesuai dengan mood Ramadhan! My faveret adalah Baraka Allahuma Lakuma, For The Rest of My Life, Always Be There, Insha Allah, Thank You Allah. Sepanjang menaip ni pon, aku rasa dah 46x aku dok ulang lagu Baraka Allahuma Lakuma tu, ngeh3x...Kalo bulan 10 ni, Maher Zain datang Malaysia, aku nak gi tengok show dia! Itu santapan rohani kategori muzik, untuk kategori Bacha @ Ramadhan, existing books yang aku still tak terbaca lagi yang maybe aku leh baca bulan ni adalah seperti Aisyah Ummul Mukminin: Keanggunan Sejati (dah 2 tahun tak abis2 lagi, apa daaaa...), Indahnya Hidup Bersyariat, Lambaian Kaabah, Jangan Bersedih Lagi-Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia atau Berubat Dengan Solat. Aku ni baca jer, tapi penghayatan 'kurenggg...', camner nih?

Oklah, mau stop dulu, lapaq perut...Sepanjang hari dok umah jer Ahad ni, sambil ada wat kerja ofis siket tadi, malam nanti sambung balik. Cau!

Nota kaki: 13-16 Ogos, balik Kota Bharu, berbuka ngan mama dan adik2 saya, yeah! Sudah ku belikan kain baju raya kaler kuning untuk Cik Zah dan Adik Muzi. Eh, cuti aku dah approve ker blom, ek? Cik Nat, bila nak berbuka umah Cik Jah ni aaaaaaaaaaa...Btw, ko jangan luper 28 & 29 Ogos taw, Jalan2 Raya @ Jalan TAR & Pavilion!





No comments:

Post a Comment