Sunday, July 25, 2010

Taman Laut...

Salam...

Last Wednesday kalo tak silap, lepas balik kerja, aku baca paper Kosmo dan aku tertarik untuk baca berita pasal penutupan beberapa taman laut kat Malaysia. Kalo tak silap aku, kat Pulau Redang saja dah 8 lokasi yang di tutup, 3 kat Pulau Perhentian Besar dan Pulau Tioman dan beberapa lokasi yang laen termasuk Pulau Payar, Langkawi. Sejujurnya, walaupun aku takde experience sangat pasal mende2 ni, tapi bila baca berita tu, hati aku ada sedikit sedih. Yer lah, something yang cantik di dasar lautan, tup2 jadik cenggitu; dari something yang berwarna-warni bertukar menjadi karang batu putih tanpa warna. Dan reasons yang di berikan adalah sebab pemanasan global yang dunia sedang hadapi sekarang. Dan kalo kowang baca paper Berita Minggu hari ni, artis Sarimah Ibrahim menyatakan bahawa keadaan taman laut kita sekarang dah jadik macam 'tanah perkuburan'. Dia dah ada 8 tahun pengalaman dalam menyelam termasuk kat luar negara seperti Dubai. Dan langkah yang di ambil oleh Jabatan Taman Laut untuk menutup sementara waktu taman2 laut ni untuk pemuliharaan, kiranya langkah yang baik la. Kalo tak silap, tutup sampai 31 Oktober ni. Mujur aku takde booking apa2 lagik kat Laguna Redang Island Resort, he3x...Tak best la kan kalo taman laut ni makin lama makin pupus sebab nanti dah tak ada tarikan pelancongan.

Sebetulnya, aku dan laut satu ketika dulu sangat la tidak sinonim sebab aku tak pandai berenang, so sangat la gayat laut! Tapi sejak aku try blaja snorkeling tahun 2008 kat Pulau Perhentian, dah jadik macam aktiviti tahunan plaks. Pulau Perhentian sangat chantek, serius! Termasuk pemandangan dasar lautnya, walaupun taim tu aku banyak menghabiskan masa kat atas bot dari snorkeling, muahahaha...Arus deras weh! Dan tahun 2009, ke Pulau Tioman, water confident aku dah increase siket, dah tak takut sangat. Dan tahun ni, kali ke 3 aku snorkeling di Pulau Lang Tengah, tapi frust yang amat! Tapi seminggu lepas balik dari sana, aku berkesempatan ke Taman Laut Pulau Payar dan aku mengambil peluang untuk mencuba satu aktiviti yang aku tak pernah terfikir nak buat sebelum ni iaitu DIVING!

Aku bernasib baik sebab payment untuk diving ni di bayar oleh company aku, he3x...Yang lain semua gi snorkeling, cuma Dato' BOD aku, sorang BOD lain dengan 2 anak perempuan dia yang berusia 9 & 14 tahun kalo tak silap, yang nak try menyelam nih. Aku tak amik port pon taim tu. Tapi masa nak tukar dari feri ke bot, tup2 aku tanya CFO aku kalo2 aku leh try gak dan dia kata ok dan company bayarkan sekali. Ni semua hasil 'racun' sorang mamat diver tuh! Sangat jahat dia menghasut aku! Tapi tulah, pucuk di cita ulam mendatang, rezeki weh! Tapi Allah sajalah yang tahu betapa jantung aku berdegup sangat kencang taim mamat2 divers tu kasik briefing camner nak guna peralatan tu sumer. Dan aku cakap ngan kowang, tong gas tu sangat berat dan taim instructor tu soh aku lompat dalam laut, aku memang jatuh tersembam dalam laut! Derang ingat aku dah lemas, hu3x...Aku tak menyelam sorang2 ek, ada instructor, sebab tu aku nak try. Gilo apa aku nak diving sensorang, haish! Memula, instructor soh snorkeling dulu, pastu slow2 dia bawak aku masuk dalam laut. Aku cakap ngan kowang, SANGAT SYOK GILER MENYELAM tu, beb! Walaupun aku cuma sempat menyelam di kedalaman 3 meter, tapi pengalaman di bawah sana, cukup mengujakan! Salah sorang instructor tu ada amik gambar aku kat dalam laut tu, tapi tu kamera BOD aku, so aku tak tengok la gambar tu. Aku sempat posing ala2 participants America's Next Top Model untuk shot dalam air, wah! Aku still kena improve banyak lagi terutama bab pernafasan. Kesan dari pengalaman menyelam selama 30 minit tu, membuatkan aku terasa nak belajar berenang, gitew! Dan aku nak try menyelam satu hari nanti sama ada kat perairan Terengganu atau Sabah. Sementara tengah single ni la nak try macam2 kan? Redah jer!

2 comments:

  1. salam taaruf. ziarah atas nama satu sekolah: SR Seri Kepayang.

    nostalgia lama...

    ReplyDelete
  2. Thanks, Yop! Dok Kepayang Fair Park ek? Anak Ketua Kampung, Encik Mukhtar tu kawan skolah kita, baik sampai sekarang.

    ReplyDelete