Saturday, August 21, 2010

Bukan Diriku...

Salam...

Saya sangat suka dengan mamat sorang ni, Shaheizy Sam! Sangat suka tengok dia especially kalo dia berlakon gaya yang sempoi2. Tapi actually, kasik la watak apa pun kat dia, memang menjadik! Kalo tak, takkan orang gelar dia 'Johnny Depp Malaysia' kan?

Btw, cerita yang aku nak story kat sini bukan la pasal jejaka pelakon kesayangan aku ni. How to start ek? Camni...aku ada sorang kawan pompuan aku ni yang suka sorang mamat ni. Bila dia citer, aku selalunya akan bagi galakan soh dia kawan jer dulu ngan mamat tu. Tapi bila penyakit 'sayu hati' dia datang, mesti dia akan rasa down sebab dia rasa dia tak cukup 'kompeten' sebab konfem mamat tu tak tengok dia sebab maybe dia takde ceciri yang mamat tu nak. Tapi cuba taim mamat tu kasik 'respons' baik punyer, sifat natural gediks dia tu akan terserlah, toksah citer la, muahahahahaha...mesti aku ngan dia akan gediks sesama, hu3x...

Hmm...aku pun pernah rasa cam kat tempat kawan aku tu jugak. Yer lah, aku suka sorang mamat tu tapi aku suka senyap2. Baik senyap dan tak perlu kasitau pun mamat tu sebab aku memang takde ciri-ciri yang dia nak. Takde langsung! Ciri-ciri fizikal atau ceciri yang lainnya. Yang aku tahu, aku cuma perlu maintain kawan ngan dia supaya aku tak hilang dia terus...Kalo dia tau aku suka dia, konfem kena reject dan aku paling tak tahan, akan menjadi mangsa gelak ketawa dia, uwaaaaaa!!! Btw, dia bukan ensem sangat pun, aku ngan dia pun kontra sesangat! Ceciri yang aku nak pun maybe takde pada diri dia. Tapi kowang tau tak, sometimes perkara yang kontra tak kira dari segi cara berfikir, lifestyle, atau apa2 jer, boleh membuatkan kita cuba untuk memahami diri dia atau tolerate ngan dia atas sebab apa tu? Sebab suka jer ker? Atau ada sebab lain? Pelik tapi kita memang tak pernah tahu apa yang akan berlaku di masa depan walaupun sebelum ni kita beria2 mengatakan tak mahu yang macam tu, tak mahu yang macam ni, bla...bla...bla...Tapi percaya atau tidak, somebody yang mungkin tak pernah terlintas langsung dalam kepala kita tapi indirectly kehadirannya, kelakuannya telah menyentuh hati kita dalam diam. Kita merasai 'sesuatu' tu tapi di sebabkan knowing him, ko tau perkara itu adalah mustahil, dan tau bukan diri kita jadik pilihan, so baik kita diam jer, ok? Memohon petunjuk dari Nya adalah lebih baik dan menghargai saat2 yang simple tapi sweet ngan dia, alhamdulillah! Bila ada citer2 best pasal dia, just share ngan kawan2 pompuan yang leh naik gediks jugak, layannnnn!!!

Nota kaki: Bukan semua orang bertuah dan bernasib baik...

6 comments:

  1. Siapakah dia? siapakah dia? siapakah dia????

    Tapi mana tau dia pun suka ko? Ko jgn percaya sangat lelaki ni bila dia kata dia nak org pompuan yg mcm tu macam ni, yg fizikal mengalahkan Cameron Diaz, dan baik lembut ayu mengalahkan Maizurah Hamzah! Sebab lelaki secara semulajadi takkan mengaku suka bende/org yang kurang sesikit sana sini (walaupun diri sendiri banyak kekurangan). Kalau cakap, sure tak nak kalah. Sure cakap nak itu ini.

    Tapi kan, bila dalam keadaan otak waras, dan tak ikut sangat kehendak hati, maka akan timbullah pengakuan "aku sebenarnye takde le fussy sangat pasal rupa paras ni. Asalkan dia boleh get along ngan parents aku, then kira ok lah tu". Ataupun, "eh, dulu aku tak minat dia sangat, sebab ye la kan, rupe camtu, mana mungkin nak 'cinta pandang pertama', tapi rupenye dia tu baik yg amat sangat, maka sekarang aku berkenan kat dia.".

    So, dah penat melalut tulis itu ini, my point is, lelaki tak cakap ape yg dia rasa. Ape yg dia nak sebenarnye. Yg cakap gah tu, ego dia, bukan otak dia.

    Maka saya mengesyorkan anda bagitau kat saya sapa mamat tu. Nanti saya tolong santaukan.

    ReplyDelete
  2. Owh, bley get along ngan your parents? Hmm...apa kata ko just proceed ngan kawan Suhana yang ada Honda itew? Sama2 ada Honda, sama2 suka baca buku, sama2 speaking Engrish, etc, sekufu, beb! Anda boleh request Suhana santaukan untuk anda!

    ReplyDelete
  3. Mak kasik suggestions jew uols, jangan marah taw! Kalo tak suka kelip mata 2 kali, hik3x...

    ReplyDelete
  4. mana ada marah... MOJ!

    By the way, balik kg nanti, jemput dtg ke rumah (tu pun kalau family aku balik kg). Ajak Yie skali. Tapi mintak maaf in advance, sebab aku tak rasa family aku akan buat makanan itu ini, sebab sure balik sekejap je. Nak kemas rumah pun tak tau sempat ke tak (alasan teguh kalau time ko dtg, rumah aku still dalam konsep bali (lepas tsunami)).

    ReplyDelete
  5. Yie tak balik, dia beraya kat oversea. Ok jer aku nak gi umah ko tapi bila ko balik KL? Isnin dah kerja kan?

    ReplyDelete