Sunday, August 29, 2010

Manja Alone...


Salam...

Hik3x...title entry ni bukan sequel filem Aiman Alone arahan Dato' Rahim Razali taw! Ni description untuk aku weekend ni. Menghabiskan masa ujung minggu ni sorang2 sebab aku tak sanggup nak kuar gi shopping sebab umat manusia memenuhi hampir semua kompleks membeli belah, ayyo! Aku rimas tahap lemas segala! Aku menci ngan suasana ramai orang, tolak menolak, terlanggar bahu segala, berebut telekung kat surau, erghhh...lemas! Asalnya aku nak gi shopping hari ni kat Jalan TAR nak carik baju raya kaler kuning. Tapi semalam, taim aku merewang kat Wangsa Walk dan try nak masuk Carrefour Wangsa Maju, parking pun susah nak carik, aku jadik fed up yang amat! Huh, konfem kat Jalan TAR esok, jam gilo! Pusing2 satu Wangsa Walk, satu baju kaler kuning pun aku tak berkenan. Akhirnya aku terbabas abis RM 180.00 beli mende laen; 1 seluar kaler itam, 1 kemeja putih dan 1 cardigan hitam, hik3x...Finally, aku beli baju kurung kaler kuning tu ngan adik aku sebab ada cikgu skolah dia yang jual. Mujur ada size aku. Dan kebetulan, design nya simple dan tak serabut. Dah settle!

Berbuka? Sorang2 jer la mengadap tv, beli jer kat Bazar Ramadhan. Tapi Jumaat ari tu, walaupun aku kuar opis on taim, tapi jalan jam gilo kat MRR2! Aku sampai area Setiawangsa pun dah dalam 7.10 malam. Hmm...gi KFC, orang que pun panjang, last2 aku gi kedai makan mana ntah area situ, order jer apa2 yang patut. Tu pun 3 minit lepas azan baru dapat kurma 3 bijik. Nasi goreng yang aku order pun, separuh jer aku makan sebab dah kenyang. He3x...simple jer idup orang bujang ni, tak cerewet pun. Macam last Tuesday, aku berbuka ngan 3 biji kurma, air milo kotak dan sebuku roti ikan bilis, pun dah kenyang. Kalo nak ikutkan, sesaper pun nak berbuka ala2 proper kan, tapi bila sorang2, asal makan jer ok, takde hal. Cuma boring jer sebab makan sorang2, feel agak kureng. Ni aku baru balik Bazar Ramadhan Taman Melawati, aku suka beli agar-agar, memang suka. Tapi lagi best kalo Kache ada sebab dia yang selalunya nak beli itu ini, aku biasa jer. Btw, patutnya ari ni aku ada jemputan berbuka puasa kat Bukit Kemuning Golf & Country Club, tapi atas sebab2 tertentu, big boss aku tak kasik pegi, isk3x...frust betul!

Oklah, mau cau dulu. Eh, aku nak berangan jap nih ngan kowang. Aku rasa aku nak jadik ala2 wanita Italy kat Rome; seksi tapi tidak terlalu terdedah, berkeyakinan dan chic. Ni semua gara2 America's Next Top Model yang aku tengok Jumaat baru nih, wawawawa...Aku suka tengok fesyen derang yang menepati selera aku, antaranya pakai but ngan dress takat lutut, simple tapi seksi siket few parts, mak suka uols!

Nota kaki: Masih mencari kasut ala Gladiator yang sesuwei...

Saturday, August 28, 2010

Shimpan..

Salam.

Salah atau tak kalau kita rasa kita ada sedikit masalah, maksudnya masalah ahli keluarga, dan kita share ngan orang2 yang kita percaya, macam kawan? Tak salah kot kan? Aku rasa macam tak salah sebab sometimes masalah tu, kita tak leh nak layan sorang2 dan perlukan pendapat orang laen, so kita leh tengok dari various perspectives.

Bila taim2 cenggini, memang aku cepat jer teringat arwah papa aku. Kalaulah dia ada lagi, mesti tak jadik camnih kot. Personally, sejak dari zaman belajar lagi, aku memang sangat jarang cerita pasal family kat orang. Sampaikan masa kat UIA Gombak, roommate aku sendiri bley cakap, "Eh, Mi, jarang dengar ko cerita pasal family ko kan?" Mmm...takde cerita, watper nak cerita kan? Family aku bukan artis pun, he3x...Cuma lepas arwah papa aku meninggal jer, kalo ada mende yang aku blur, baru aku cerita ngan kawan, tu pun bley kira; si Shahril n Kache. Dengan 2 orang ni kira yang maybe tahap agak2 PnC jugak la yang aku tak citer ngan orang lain. Ntah la, aku tak rasa kalo aku cerita ngan kawan laen, derang sudi dengar sebab aku rasa derang pun ada hal sendiri. (Untuk pengetahuan, aku memang observe kawan dulu sblom aku nak cerita apa2...) Sha Tuyee cakap aku ni reserve, eh ye ker? Aku rasa dia lagik reserve tahap penyimpan mohor besar, hu3x...

Selebihnya, aku lebih suka simpan sendiri, kalo tak tahan dok mikir jer, tu yang menangis tu, isk3x...Sure emotionally disturbed tu kan? Taim driving pun bley lost (owh, Kache selalu tegur aku pasal hal ni, pastu mesti dia usap kepala aku sambil cakap, "Budak...budak...", hu3x...manja gediks skal!) Mamat yang aku suka zaman skolah tu pun pernah cakap, "Jangan shimpan, nanti lemah jantung!" Ceh!

Tapi apa2 hal, ni semua baru sikit ujian. Pagi semalam aku dapat sms dari sorang kawan lelaki aku, bila baca sms dia, aku jadik insaf sebab ujian dalam keluarga dia lebih hebat dari aku. Apa yang penting, aku kena bijak handle ujian yang mendatang, kena tahu apa nak buat. Hmm...kalau la arwah papa ada...(aku terngiang2 suara best friend arwah papa aku masa jenazah nak di bawa turun ke liang lahad, pakcik tu tengok aku dan cakap kat mama aku, "Kesian dia..."


Saturday, August 21, 2010

Bukan Diriku...

Salam...

Saya sangat suka dengan mamat sorang ni, Shaheizy Sam! Sangat suka tengok dia especially kalo dia berlakon gaya yang sempoi2. Tapi actually, kasik la watak apa pun kat dia, memang menjadik! Kalo tak, takkan orang gelar dia 'Johnny Depp Malaysia' kan?

Btw, cerita yang aku nak story kat sini bukan la pasal jejaka pelakon kesayangan aku ni. How to start ek? Camni...aku ada sorang kawan pompuan aku ni yang suka sorang mamat ni. Bila dia citer, aku selalunya akan bagi galakan soh dia kawan jer dulu ngan mamat tu. Tapi bila penyakit 'sayu hati' dia datang, mesti dia akan rasa down sebab dia rasa dia tak cukup 'kompeten' sebab konfem mamat tu tak tengok dia sebab maybe dia takde ceciri yang mamat tu nak. Tapi cuba taim mamat tu kasik 'respons' baik punyer, sifat natural gediks dia tu akan terserlah, toksah citer la, muahahahahaha...mesti aku ngan dia akan gediks sesama, hu3x...

Hmm...aku pun pernah rasa cam kat tempat kawan aku tu jugak. Yer lah, aku suka sorang mamat tu tapi aku suka senyap2. Baik senyap dan tak perlu kasitau pun mamat tu sebab aku memang takde ciri-ciri yang dia nak. Takde langsung! Ciri-ciri fizikal atau ceciri yang lainnya. Yang aku tahu, aku cuma perlu maintain kawan ngan dia supaya aku tak hilang dia terus...Kalo dia tau aku suka dia, konfem kena reject dan aku paling tak tahan, akan menjadi mangsa gelak ketawa dia, uwaaaaaa!!! Btw, dia bukan ensem sangat pun, aku ngan dia pun kontra sesangat! Ceciri yang aku nak pun maybe takde pada diri dia. Tapi kowang tau tak, sometimes perkara yang kontra tak kira dari segi cara berfikir, lifestyle, atau apa2 jer, boleh membuatkan kita cuba untuk memahami diri dia atau tolerate ngan dia atas sebab apa tu? Sebab suka jer ker? Atau ada sebab lain? Pelik tapi kita memang tak pernah tahu apa yang akan berlaku di masa depan walaupun sebelum ni kita beria2 mengatakan tak mahu yang macam tu, tak mahu yang macam ni, bla...bla...bla...Tapi percaya atau tidak, somebody yang mungkin tak pernah terlintas langsung dalam kepala kita tapi indirectly kehadirannya, kelakuannya telah menyentuh hati kita dalam diam. Kita merasai 'sesuatu' tu tapi di sebabkan knowing him, ko tau perkara itu adalah mustahil, dan tau bukan diri kita jadik pilihan, so baik kita diam jer, ok? Memohon petunjuk dari Nya adalah lebih baik dan menghargai saat2 yang simple tapi sweet ngan dia, alhamdulillah! Bila ada citer2 best pasal dia, just share ngan kawan2 pompuan yang leh naik gediks jugak, layannnnn!!!

Nota kaki: Bukan semua orang bertuah dan bernasib baik...

Monday, August 16, 2010

Erkk...

Salam...

1. 16 Ogos 2010 @ Kg. Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan. Kat umah mama aku lagi nih, malam ni, gerak balik Lembah Klang dengan menaiki pesawat Bas Ekspres Mutiara jam 9 malam. Tengahari tadi sempat wat draft speech CEO untuk Majlis Iftar Ramadhan 2010 kat ofis aku esok. Sambil2 draft, sempat berbalas sms ngan Cik Nat. Then, jam 1.45 tengahari, trus email draft tu kat PA CEO, settle! Malam tadi aku mimpi ngeri! Aku mimpi aku di paksa bertunang dengan lelaki yang aku tak kenal, uwaaaaaaaa...Ngeri siot!

2. 15 Ogos 2010 - Tak wat apa2 pun, lepak jer kat umah. Layan buku baru beli, Travelog Cinta Abadi karya Raudzah Roslan. Ok buku ni, gaya penulisan kena dengan jiwa aku. Sesungguhnya yang datang dari hati, memang akan singgah di hati kan?

3. 14 Ogos 2010 - Seharian perjalanan dengan bas Transnasional dari Hentian Putra ke Kota Bharu. Agak malang sebab bas tu rosak sebelum sampai terowong kat Genting Sempah, hampeh! Mujur ada bas ganti. Baru aku perasan, rupanya dalam giler gaung kat area Genting Sempah tu...Taim tu aku terbayang nahas helikopter Nuri few years back yang mengorbankan 6 anggota TUDM tu. Seram pulek...Sepanjang perjalanan, aku cuma tertido dan layan novel "Bini Aku Tomboy Ke?" Hmmm...gaya bahasa adala macam aku sesiket, so aku 'kureng', he3x...Beli sebab teringat zaman aku skolah dulu. Sampai umah, adik2 aku Muzi dan Le tak abis2 ngata aku gumuk, uwaaaaaa...

4. 13 Ogos 2010 - Start Annual Leave tapi aku pegi ofis jap, dalam kol 10 pagi. Wat aktiviti 5S sebab Isnin audit. Clear meja aku akhirnya! Petang agak2 free, ajak Ayah Pi berbuka kat luar (actually aku bukan puasa pun, muahahaha...). Lepak kat Secret Receipe Wangsa Walk. Sempat berabis RM 100 plus beli few books kat Popular.

5, 12 Ogos 2010 - Full schedule kat ofis. Walaupun tak puasa tapi aku macam orang puasa, bukan makan pun. Sempat kuar jap gi check enjin kereta yang problem tu dengan bantuan Sha Tuyee. Petang, teman Sha berbuka kat Bistro Qaseh, buffet harga RM 19.90, banyak gak food dia, not bad lah. After makan, aku balik ofis, sambung wat kerja siket sampai 9.30 malam. Aku cau sebab nampak kelibat 'kaler itam' sepintas lalu few times, ntah apa ntah, malas nak fikir sebab aku memang sorang2 kat ofis...

6. 11 Ogos 2010 - Berbuka sorang2 kat ofis...Pun tak stay lama sebab ternampak kelibat 'kaler itam' sepintas lalu few times setiap kali aku angkat muka bila tunduk wat kerja. Hmm...perasaan sendiri jer kot ni. Ok pas ni, jangan balik lewat lagi bulan puasa ni, semua orang balik awal!

Sunday, August 15, 2010

Together Gether...

Salam.
Sajer nak tepek gambar2 gi tengok Cuci The Musical 2 ari tu, 7 Ogos 2010 @ Istana Budaya. Malas nak komen banyak tapi personally, aku lagi suka yang 1st, lagi kelakar sebab ada AC Mizal dan Adibah Noor. Tapi Nabil dan Jaclyn Victor pun oklah, not bad. MOJ! Afdlin tetap di hati, yeah!

Antara 'ahli jemaah', geng2 pulau seperti biasa. Well...Abang Long memang suka bermanja ngan aku kalo posing, muahahahaha...Jangan marah, Kakak Seripah!

Saya suka ini gambar!

Pemegang tiket mengikut bulan kelahiran - Y06 milik Sha Tuyee, Y07 milik Mek Ani dan Y08 milik Abang Long Ensem! Dan hasilnya, aku menjadi mangsa tumbukan Abang Long di lengan sebelah kiri aku bila dia 'kerasukan' gelak tak hengat...'gedebuk'! di tumbuknya aku, adehhh...Abang Long! Adik telah mengadu tentang kelakuanmu pada Abang Ngah Ensem Jugak melalui sms seperti biasa! Sakit taw!

Sesi autograph! Saya suka sama itu Vanidah Imran dan mau rebonding rambut seperti dia lepas raya ni. Tolong la kuatkan azam untuk susut seperti dia juga, ok? Jumpa Jaclyn Victor untuk ajak duet lagu Cinta kat Red Box tapi tak terluah ngan kata2, cuma dalam hati jer. Akhirnya dapat jumpa in person Afdlin Shauki dan Awie; both of you memiliki vokal yang best siot! Hans Isaac, giler ensem! Lagi bersemangat aku nak amik diving licence pas ni, hu3x...KKN!

Nota kaki: Mau jumpa Tun Dr Siti Hasmah...kitaorang sama tarikh lahir!





Blaja swimming...

Salam.
Hai! Hari ni dah 5 hari umat Islam berpuasa, cepat jer kan? Aku? He3x...aku tak berkesempatan berpuasa lagi ni, uzur syar'ie plak Subuh 1 Ramadhan tu, frust betul aku, siyes! Awal seminggu plak bulan ni. Mujur aku sempat ganti 1 hari lagi hari Isnin tu, 9 Ogos, bley? Malam sblom tu, aku tak bley tido, tatau kenapa. Kejap2 terjaga, padahal aku dah golek2 atas katil sejak 10.30 malam. Hmm...macam2 mende aku pikir. Mujur jat ofis siang tu, aku tak mengantuk. Balik awal, berbuka ngan Sha Tuyee kat area dekat2 umah. Oh ya, since July 2010, saya sudah sewa bilik kat umah Sha, somewhere kat Batu 3. Dekat sesangat ngan ofis aku. Weekend aku balik Keramat. Tengokla, lagi 2 tahun, aku plan nak beli umah sendiri; tak sure lagi kat area mana. Kalo taim tu dah kawen, maybe ku carik area Shah Alam la kot, especially yang dekat ngan skolah. Eh, ni apa merepek citer umah ni, he3x...
Hu3x...akitiviti lepas solat Isyak, sebelum Ramadhan menjelang! Berendam di kolam renang! Aku kan nak blaja swimming after raya, insya Allah. So, ni cuba2 berendam kat swimming pool kat Tingkat 1 apartment Sha nih. Di bawah pengawasan Cikgu Sha Tuyee. Ok, memula blaja floating la dulu la, ek? Oleh kerana gayat, aku bergayut kat tepi kolam tu dulu, hik3x...Cuba kalo lepas tangan tu, konfem tenggelam balik! Sejam jugak la aku berendam, dari 9 - 10 malam. Balik, mandi2 shower, cuci rambut, tengok tv jap, 11 malam aku dah tido, zzzzzz...penat swimming, muahahaha...Kesannya, esok aku travel ke Pekan, mabuk sampai malam!
Nota kaki: Adik2 aku cakap aku makin gumuk, uwaaaaaa...Kena cepat blaja swimming nih!

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan Datang Lagi!

Salam.

Rabu ni, 11 Ogos 2010, insya Allah, kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak sekali lagi. Syukur rasanya dapat bertemu dengannya lagi kan? Personally, aku memang suka ngan bulan mulia ni terutama suasana pada bulan ni. Terutama lepas berbuka sampai la ke waktu sahur, suasana ketenangan tu lain macam. Sangat cool...Definisi or pengertian puasa tu, yang aku hafal sejak aku umur 8 or 9 tahun, masih terlekat kat kepala aku, weh! Alah, kowang pun mesti familiar statement ni sama macam aku sebab kita semua memang hafal statement ni untuk jawab peksa, he3x..."Berpuasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perakara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari." Hah, ingat tak? Pastu antara yang aku ingat lagi, antara 2 kegembiraan yang Allah yang janjikan bagi orang2 yang berpuasa ni ialah ketika berbuka dan dapat melihat wajah Allah ketika akhirat kelak, kalo tak silap aku lah. He3x...mesti Ustazah Jamilah, Ustaz Ibrahim, Ustazah Wan Maziyah bangga ngan anak murid derang sebab ini jer yang aku ingat sampai la, hu3x...

Kowang ada prepare apa2 tak untuk menyambut Ramadhan ni? Hmm...kat ofis aku, last Friday ada jemput ustaz dari luar kasik ceramah agama pasal puasa; lepas solat Asar. Bagus jugak AJK Surau wat akitiviti camni sebab refresh apa yang perlu sebab kita ni nama pun insan, selalu lupa banyak perkara kan? Antara perkara yang di titikberatkan adalah kepentingan kita mendirikan solat, kena jaga solat barulah ibadah puasa kita rasa 'complete'. Cuba perbanyakkan aktiviti2 seperti membaca Al-Quran, bertadarus, melakukan ibadah2 sunat yang lain seperti mengerjakan solat sunat tarawih, solat sunat Dhuha, solat sunat hajat, solat sunat tahajud, etc, bersedekah, menjauhkan percakapan dan perbuatan yang sia2 dan tak berfaedah, etc. So, sepanjang ceramah tu, aku take notes la apa2 yang patut untuk peringatan sendiri. Esok 9 Ogos, department aku akan distribute buah kurma untuk semua staff. Then 17 Ogos ni, insya Allah ada Iftar Ramadhan untuk semua staff jugak wat kat area kilang aku.

Dalam suratkhabar la ni pun dah sibuk promo pasal buffet berbuka puasa, memang bulan rezeki! Aku personally kalo bab berbuka ni, lebih senang berbuka kat rumah; walaupun sorang2, takde hal. Selalunya aku akan beli juadah berbuka kat bazar Ramadhan la kan. Last year aku cuma masak sekali jer; mee goreng, ngeh3x...Owh, tapi semalam aku sempat beli satu buku resepi pasal Masakan Udang, wah! Aku memang kurang gemar nak berbuka kat luar sebab nanti nak berebut2 solat Maghrib, urghh, rimas! Nak plak kalo lepas waktu kerja, rushing segala...apatah lagi ofis aku balik 5.30 petang macam biasa. Tapi kalo taim aku 'uzur syar'ie', ok jer, he3x...Ada satu tempat yang aku teringin nak gi try berbuka kat situ, sejak beberapa tahun lepas tapi tak berkesempatan sampai la ni. Alah, bukan kat mana pun, cuma kat Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay, mahal jugak, RM70. Ada sesaper nak belanja aku? Ok, kat bawah ni aku share sikit info kalo sesaper nak berbuka kat luar, ek?

a) Dewan Perdana Felda & Merak Kayangan - RM 50-RM 55, 03-2698 8302
b) Sunway Resort Hotel & Spa - RM 85 - RM 98, 03-7495 1888
c) One World Hotel - RM 98, 03-7681 1159
d) Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam - RM 89, 03 -5511 8811
e) Red Box Ria (arh, yang ni I loike!!!) RM 35, 03- 2694 7788
f) INTEKMA Resort - RM 43, 03-5522 5001

Ni jer lah so far yang aku jumpa, nanti ada yang laen, aku share lagik. Aku sangat jarang sesangat gi makan buffet2 ni, apatah lagi kawan2 pun takde yang ngajak ker apa kan. Tapi dalam sebulan tu, adala satu dua kali jer la, he3x...Selalunya aku tunggu orang yang ajak, aku jarang ajak orang bab2 makan nih.

Apa lagi nak cerita pasal bulan puasa ni ek? Oh ya, aku telah membeli CD Maher Zain semalam yang lagu2 nya semuanya sangat best! Lagu2 yang memberi inspirasi sesuai dengan mood Ramadhan! My faveret adalah Baraka Allahuma Lakuma, For The Rest of My Life, Always Be There, Insha Allah, Thank You Allah. Sepanjang menaip ni pon, aku rasa dah 46x aku dok ulang lagu Baraka Allahuma Lakuma tu, ngeh3x...Kalo bulan 10 ni, Maher Zain datang Malaysia, aku nak gi tengok show dia! Itu santapan rohani kategori muzik, untuk kategori Bacha @ Ramadhan, existing books yang aku still tak terbaca lagi yang maybe aku leh baca bulan ni adalah seperti Aisyah Ummul Mukminin: Keanggunan Sejati (dah 2 tahun tak abis2 lagi, apa daaaa...), Indahnya Hidup Bersyariat, Lambaian Kaabah, Jangan Bersedih Lagi-Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia atau Berubat Dengan Solat. Aku ni baca jer, tapi penghayatan 'kurenggg...', camner nih?

Oklah, mau stop dulu, lapaq perut...Sepanjang hari dok umah jer Ahad ni, sambil ada wat kerja ofis siket tadi, malam nanti sambung balik. Cau!

Nota kaki: 13-16 Ogos, balik Kota Bharu, berbuka ngan mama dan adik2 saya, yeah! Sudah ku belikan kain baju raya kaler kuning untuk Cik Zah dan Adik Muzi. Eh, cuti aku dah approve ker blom, ek? Cik Nat, bila nak berbuka umah Cik Jah ni aaaaaaaaaaa...Btw, ko jangan luper 28 & 29 Ogos taw, Jalan2 Raya @ Jalan TAR & Pavilion!





Saturday, August 7, 2010

For The Rest of My Life...


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Nota kaki: Can't deny the fact that my heart is missing him...

Wanita Itu Rumput Semalu...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Nota kaki: Aku dah takleh kuar malam la cenggini...balik sebelum senja, sangat Seripah2!

Pretty Flair Boutique!

Salam.

Sebelum masuk hari Ahad esok, meh aku tepek dulu gambo2 yang aku amik last Sunday, 1 Ogos 2010. Ahad lepas, lepas aku menyibuk kat pertandingan memancing kat Shah Alam, aku terus gi Bangi. Kiranya last week, most of my activities were ad hoc basis, bukan yang plan awal. Dalam gambo tu, 2 orang idola aku yang kira kategori kerja sendiri, not really full time housewife la sebab masing2 sibuk bisnes. Hebat derang nih, aku kagum ngan derang. Yang paling ujung kanan tu, tuan punya butik yang baru launched on that day, Puan Eliza. Last year, dia dah bukak kedai jual handbag segala-Elyzzmode which is depan butik baru ni jugak, rezeki kan? Senang nak manage.

Cik Puan Tengah tu, pemilik Nowwa Chocs (sesaper yang gi Lang Tengah dapat gift coklat dari aku tuh, ni la tukang buatnya, he3x...thanks, ek!) Puan Nowwa ni pandai sungguh berbisnes, macam2 dia wat; jual Crocs la, Jusmate 5 la, bukak kelas ngaja wat coklat la, etc, cemerlang! Dia berjaya merealisasikan cita2 dia yang nak kerja dari umah jer walaupun memiliki BBA dari IIUM dan Master in Corporate Communications dari UPM last year, syabas bete! Dan aku kira, mereka ni bertuah sebab dapat sokongan penuh dari pasangan masing2, seronok tengok kowang! Siyes! Oh ya, Cik Puan Kenit tudung ijau paling ujung kiri tu, takde apa2 bisnes lagi, he3x...Aku memang tak minat bisnes walaupun aku selalu berangan nak bukak tadika bila umur aku 40 tahun, camner tuh?

Baju2 yang di jual kat butik, mostly menepati selera aku (walaupun aku tak shopping sebab standby duit takut kereta aku rosak lagik, uwaaaaaa...) Dan aku cakap ngan kowang, harga sangat2 berpatutan, siyes! Dekorasi butik juga sempoi dan menawan! Saper2 singgah Bangi, mesti singgah beli taw! Kalo ada masa sebelum raya ni, maybe aku nak gi singgah shopping jap kat sini, he3x...Oh ya, jangan luper tambah legging ek!

Ada sikit aksesori pelengkap gaya. Masa opening ada diskaun, ok? Facilities lain macam fitting room pun ada, dun worry. Para pembantu kedai, tuan butik, suami tuan butik juga sangat peramah melayan pelanggan, so konfem kowang pueh ati! Paper bag juga menarik!

Door gift sempena boutique launching! Puan Nowwa, aku memang tak tahan nak gelak bila teringat mimpi ko kawen ngan Fahrin Ahmad itew! Lepas lepak2 kat butik Eliza ni, aku menyertai Puan Nowwa dan husband dia, makan2 kat Wadi Hana Islamic Kitchen. Siyes best kentang lecek dia! Nak tengok review, sila ke blog 'bini askar' tu ek, he3x...Dia memang replacement Maria Tunku Sabri, sesuwei!

Nota kaki: Minggu sibuk...report la, apa la, outsation ke Pekan la...next Tuesday gi Pekan lagik, isk3x...Baru berangan nak pi terawih kat Masjid Shah Alam.

Tuesday, August 3, 2010

Kawan Lama...

Salam...

Actually, lepas abis 2nd audition JKKN ari tuh, aku takde plan ke mana2. Ingat nak lepak umah jer, sambil wat kerja ofis yang aku bawak balik. Abis audition, makan KFC dulu ngan classmates sumer, tup2 terjumpa kawan lama masa kat UIA, Nuwal Fadhilah Ku Azmi. Lama gak kitaorang borak kat tepi jalan tuh, adala sejam berdiri kot. Btw, thanks atas tawaran ko untuk menjadi student vokal aku yang pertama kategori Red Box, he3x...Siyes aku terkejut bapak beruk masa dapat sms ko itew! Tapi ko pon tau kan, aku tak baper pandai teknikal vokal ni, so terpaksa la aku tolak walaupun ko sanggup nak bayar. Tapi penghargaan bagi aku tuh, he3x...

Sampai umah dalam 3 petang, online jap. Tup2 terbaca invitation birthday party kat Putrajaya; anak junior skolah aku. Wah! Menarik nih...dah lama tak jumpa, adala 14 tahun kot. Yang invite tu, adik dorm aku dulu, Si Syam. Tapi macam tak best gi sorang2, hmmm...ku ajak budak batch dia lagik sorang, dok kat Kondo Sri Maya depan umah aku ni jer. Yang ni pon dah 14 tahun tak jumpa. Kebetulan dia free, so ada la kawan nak gi sana; makan la...apa lagik.

Lepas Maghrib, gerak pi wedding reception kat Pandan Jaya; classmate aku masa Form 4 & 5, sama2 pengawas sekolah dan anak buah aku taim kadet polis. Tahniah yer, Puan Sabrina...Ko masih maintain vogue seperti dulu. Welcome to KL, beb! Semoga perkahwinan kali ini kekal sehingga ke akhir hayat, aminnnn...Walaupun invitation last minutes, kawan lama punyer pasal, aku datang jugak walaupun hujan non stop. At least ko ingat untuk ajak, aku hargai itu. Dalam 9 lebey, antar Diza balik, sempat lepak umah dia. Cantik Kondo Sri Maya tu, berkenan aku....

Nota kaki: Seronok dapat borak ngan Abang Ijat just now...

Monday, August 2, 2010

2nd audition @ JKKN.

Salam...

31 Julai 2010, 2nd audition untuk Koir Kebangsaan after completed kelas intensif Solfege Class sebanyak 9 kali. Aku tak sempat wat revision pun, pagi tu baru terhegeh2 nak revise bukak buku segala. Malam sebelum tu, aku penat pengsan sampai ke pagi. Start dalam 11 pagi, kitaorang sumer sekali ada la dalam 13 orang. Panel penilai terdiri dari cikgu aku, Encik Fairuz, Syafinaz Selamat dan pengurus, Tunku Marina. Derang test dari segi baca rhythms dan sight sing. Tak susah mana pun, kalo cukup revision, sangat senang. Macam aku yang lembap ni, memang terjejas la, he3x...

Berdasarkan gerak hati aku sebanyak 2x after the audition, memang ternyata tepat telahan, aku failed audition ni. TM sms aku tengahari Ahad tu. Sedih? Sedih la jugak sebab mesti dah tak jumpa classmate aku ni dalam kelas lagi. Kitaorang support each other, tu yang best. Kalo tak faham apa2, kitaorang discuss sesama. Tapi memandangkan progress aku pun tak baper bagus sebab aku memang slow, so aku tak cukup kompeten la untuk join. Lagipun, effort aku pun tak cukup, betul tak? Takper, cuba lagi tahun depan!

Antara 2 orang classmate aku yang berbakat besar! Yang sebelah kiri tu, Juara Bintang Idola Berita Harian (Zon Tengah) 2010, baru grad dari UiTM, Degree in Music, majoring Vokal. Dah biasa menyanyi sejak dari sekolah, datuk ayah pun pemuzik. Yang sebelah tu, still study kat UiTM jugak, amik TESL. Naib Juara Bintang Inner Shine, ko mampu? Pitch suara dia memang tinggi, achieve apa tu orang kata, octave? Owh, yang tersandar kat dinding baju kaler merah tu, "Bintang Malap", he3x...Yang tu, so far takde apa2 achievement lagi, maklumla kodok kan....

Nota kaki: Teringin sangat nak gi Red Box this week, mau lepas gian...

Minggu Dukacita...

Salam.

Sepanjang minggu lepas, bley di consider sebagai Minggu Dukacita aku. Takde la maksud family members aku yang 'pergi' ker apa tapi lebih kepada feeling yang tak berapa best dalam hati aku, bley? Kalau aku yang biasa kowang jumpa, maybe lebih kepada wajah yang tertera kat atas, he3x...

26 Julai 2010 - Tak masuk ofis pun sebab attend National Return To Work Conference organized by Perkeso @ Sunway Convention Centre. Aku dan Mr.V represent my company. Mr.V Indian guy kat ofis aku, sangat suka menyakat aku. Perasmian oleh Menteri Sumber Manusia. Seawal jam 11 pagi dah settle perasmian dan kitaorang free sampai pukul 2 petang, hu3x...Semua pakat pi jenjalan kat Sunway Pyramid. Lunch provided tapi serius sangat tak sedap, weh! Presentation start pukul 2 petang dan taim ni aku tak baper paid attention sangat, he3x...Peserta ramai, lebih kurang 400 orang, penuh la dewan tu. Abis dalam kol 5 petang, aku singgah ofis jap. Pastu balik umah Batu 3. Memandangkan Nisfu Syaaban, maka mengambil kesempatan baca Yassin after Maghrib sampai la taim Isyak. Then, layan tv; suatu mende yang aku jarang wat since kerja kat Shah Alam. Kejap2 tukar channel tu, channel ni; drama Kau Laksana Bulan la, filem Seniman Bujang Lapok termasuk filem Hindustan Dil Chahta Hai pun aku layan sampai 12 tengah malam. Siap nanges tuh, tak tahan...he3x...Then, baru nak terlelap, dalam 12.19 pagi, aku dapat sms dari kawan rapat aku, Si Bajet," Mak aku baru meninggal." Uiks, terus bulat mata aku! Dan aku seperti biasa, kalo dapat info pasal orang meninggal, aku memang tak lena tido...

27 Julai 2010 - Hari kedua konvensyen. Dengar presentation; masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Dan aku sibuk bersms dengan macam2 orang dari pagi, he3x...Taim lunch break, aku telah terbabas shopping sebanyak RM 450, owh, kenapakah? Event abis dalam 4.30 petang, lepas collect certificate, terus cau! Aku balik Keramat, mandi2, solat Maghrib, terus gi tahlil umah Bajet kat Danau Kota. Stay sampai 11 malam, terus balik Shah Alam. Lepas solat Isyak, aku terus terlelap dengan jayanya, rasa penat laen macam...

28 Julai 2010 - Sedikit demotivated di tempat kerja...Taim lunch pun opismate aku perasan yang fikiran aku ke laen. Owh, sempat share ngan derang pasal kerja HR kat Ipoh itew...Petang ada Division Meeting, aku rasa few colleague perasan yang aku tak paid attention dalam meeting, banyak termenung, haishhh...Abis waktu kerja ingat nak stayback tapi after Maghrib, semua orang dah cabut balik. Hmmm...contact member kat Alam Flora, ajak makan; gi makan masakan Padang kat Selero Nogori @ Subang. Tercapai hasrat mengidam nak makan masak lemak cili padi daging salai, ngan sambal hijau, layannn...

29 Julai 2010 - Still 'down beat'... Tubuh rasa semacam jer. Aku tak pernah curik masa gi tido kat surau tapi hari ni aku buat. Sakit kepala pun ada. Letak kepala, aku lena trus...Balik awal sebab ada kelas muzik yang ke-9 iaitu yang terakhir sebelum 2nd audition. Abis kelas cabut terus balik umah Keramat. Layan lagu Maher Zain "For The Rest of My Life' 46x sebelum tido.

30 Julai 2010 - Colleague ajak makan luar taim lunch break, tapi malas nak keluar, makan kat kantin jer. Pastu, aku sambung tido kat meja, lena plak tuh! Penat mental yang melampau rasanya. Petang, ada besday celebration untuk department. Bos aku kasik hadiah buku. Bila koyak wrapping paper tu, tergamam jap aku dapat buku bertajuk, "Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia", terbitan Al Hidayah. Sampai umah dalam 9.30 malam, 10.30 malam aku dah pengsan, sangat tak sedar sampai la jam 6 pagi esoknya.

31 Julai 2010 - @ JKKN, then Putrajaya, then Pandan Jaya, then, Kondo Sri Maya, Jelatek.

1 Ogos 2010 - @ Kolam Memancing Ikan Masin, Shah Alam, then Pretty Flair Boutique Opening kat Bangi, received sms dukacita tapi takper, then ke Gombak, balik umah....

2 Ogos 2010 - Seperti di duga, pagi ni aku sedikit lelah. Ingat nak apply half day leave, tengahari nak gi ofis. Tup2, enjin kereta aku problem, uwaaaaa...'Terbang' lagi RM 1300, so far dalam masa sebulan ni, aku rasa dah RM 3k, abis untuk kereta jer. Dah la aku tak pakai kad kredit, korek la mana2 patut, terpaksa la bayar cash, susut duit akaun kahwin aku, he3...Terpaksa la amik EL, kelam kabut aku wat kuar duit kat Bank Islam. Dah la akaun dah tak aktif sejak 2008, mujur leh wat kuar. Dah siap keta, ajak Cik Nat makan kat Ayam Penyet @ Wangsa Walk. Dah takde perasaan nak fikir duit yang 'terbang' itew...Ni pun enjin kereta bau hangit lagi...memang bocor lagi la nih...

Nota kaki: Gambar kat atas actually kad raya peribadi aku tahun 2007, untuk send kat kawan2. Ntah macam mana salah satunya terlepas kat sorang mamat ni somewhere kat Nilai. Few months after dia pegang kad ni, dia sms or call aku cakap pasal hal ni. Yang aku tak tahan, dia nak berkenalan ngan aku sebab dia suka tengok gambar aku, nampak manis. Kowang sure bley agak respons aku camner kan? Dia memang usaha la nak kenal aku, kontek segala bagai, tapi aku layan tak layan jer, jahat tak? Dia pernah cakap hati aku keras. Ntah, yer la kot. Dan bila respons aku sejuk jer, ada satu kali tu dia mintak permission nak simpan gambar aku. Harusla aku tak kasik kan dan soh dia pos balik. Kowang rasa dia pos balik??? Aku dah banyak 'tolak' orang, so kalau aku kena 'curse' ngan derang pon, terima jer lah, he3x...