Saturday, April 24, 2010

Full Time Housewife!


Salam...

Pagi Ahad, 25 April 2010...now jam 10.30 pagi. Pagi2 lagi aku terjaga, aku dah terbayang2 kojo2 opis yang aku bawak balik sejak semalam yang aku tak sentuh lagi. Semalam dah 4 jam kat ofis, pastu agak2 tak larat sebab penat mental, dalam 2.45 petang, aku cau.

Aku baru lepas ngemas umah, tak lah ngemas beria, setakat menyapu sampah, susun rak buku dan cuci bilik air jer. Berpeluh2 aku, tapi natural sauna takper, kena usaha untuk susut lagik. Sambil2 menyapu, aku sempat online ngan salah sorang kawan lelaki yang rapat ngan aku yang bley di consider 'diari bergerak' aku, iaitu tak laen tak bukan, Bajet! Ha3x...aku dah cakap ngan ko, yang aku nak update dalam blog kan, hik3x...

Antara isi perborakan kitaorang ialah aku tanya satu soklan kat dia, sebab dia kenal aku lama, so mesti dia leh evaluate aku ni camner kan? So aku tanya dia, aku ni sesuai tak jadik Full Time Housewife sebab aku dah biasa kerja. Surprise betul aku bila dia cakap aku SESUAI! Aku surprise sebab majoriti kawan2 aku kata aku tak sesuai sebab sure aku boring nanti dok umah. Tapi Bajet cakap aku ni ada gaya jadik housewife yang ada part time bisnes sikit2 macam jual tudung ker, tak pon bukak nursery. Hu3x...tang nursery tu aku suka betul sebab tu antara mende yang aku suka and teringin nak wat; yang berkaitan ngan child development. Pastu dia cakap lagi, sebab umur aku dah 30-an, so aku sesuai ada 2 anak jer, wawawa...Hmm...masa aku 20-an dulu, aku nak 9 orang anak taw!

Tapi dah jadik 'remaja purba' ni, aku nak setakat 4 orang jer kot termasuk sepasang kembar bongsu aku, ha3x...Yang sulung, lelaki nama Akmal (maknanya sempurna), yang no2 pompuan nama Aisya (sempena nama isteri Rasulullah) dan kembar aku nama Amir dan Amira (maksudnya leader kan?). Wah, syoknya berangan! Suka! Suka! Aku nak ikut nasihat ustazah aku, menyusukan anak sampai umur derang 2 tahun, bley? Banyak benefitsnya; antaranya, tubuh ibu akan maintain, yeah! Dan jugak menjarakkan kelahiran. Oh ya, yang ni aku tak borak ngan Bajet ek?

Dia cakap lagi, aku sesuai ngan lelaki yang lagi tua dari aku (aiseyy...sebaya takleh ek?). Apa2 hal, dia cakap aku sesuai jer jadik full time housewife, I loike! Nowwa, dalam hal ini, ko lah idola aku, ha3x...Pengurus rumahtangga yang berjaya! Oklah, aku nak mandi dulu, basuh kain. Pastu nak gi makan nasi minyak kat Puchong, staff aku kawen. Babai!

Nota kaki: '"Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya dan Allah maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". Surah An Nur:32

Pasti ada suatu ketika, ada satu daerah dalam hati kita yang akan merasa sunyi walaupun di kelilingi ramai orang di sekeliling kita. Nabi Adam A.S dalam syurga pon memohon untuk seorang teman pengubat kesunyian lalu terciptalah Hawa dari tulang rusuk dia kan? Fitrah kejadian lelaki dan perempuan memang untuk saling lengkap melengkapi...

1 comment: