Saturday, April 10, 2010

Cukur Jambul @ Kapar.

Salam...

Heh...oleh kerana semalam tak jadik turun kenduri kawen Jai kat Muar, Johor, so pagi tu, dalam pukul 10 pagi, aku ngan Kache gi breakfast kat Leha Kelfood ngan Shahril n Pok Li. Kitaorang lepak sampai pukul 1 tengahari, he3x...Breakfast ker apa tuh...Biasalah, bila jumpa, borak macam2. Pastu, gi TM Point Ampang jap, bayar bil tepon. Pastu, dalam 3.30 petang, aku amik Nat, saja ajak pi cukur jambul anak kawan aku kat Klang. Janji ngan housemate Putra Heights, kat Esso tepi Jusco Bukit Raja, dalam lepas Asar. Sambil tunggu, bley singgah beli coklat, Twisties wat makan dalam kereta dulu, he3x...macam la jauh sangat KL-Klang tu kan? Tu sebab tubuh aku makin 'boom boom pow' sekarang! Asyik nak makan jer...Nat kata aku stress? Uiks? Apatah lagi aku asyik mengidam nak makan coklat!

Tapi tak sesia jugak makan coklat tuh, sebab aku tak sangka plak yang lokasi tempat cukur jambul tu kat Kapar, owh, jauh rupanya...Jalan nak ke Kuala Selangor, Teluk Intan belah sana. Tapi takde la jauh beria, macam 20km kot dari lokasi Jusco Bukit Raja tuh. Kalo tak silap, nama kampung tu, Kampung Tok Muda. Yang nak kena bercukur berjambul tu, baby gurl yang atas riba aku tuh, Chahaya Amanda. Bonda pada Chahaya ni, ex-housemate aku masa sewa umah kat Keramat ni. Dan housemate kat Putra Heights aku kenal thru Bonda Chahaya ni jugak. Bonda Chahaya ni, kawan sekolah ex-roommate aku masa kat UIA, he3x...Cool jer anak kawan aku ni, pegang pon tak nanges, rileks giler! Muka fotostat sejibik ayah dia, Jawa sejati!

Baby Rayyan...sebaya ngan Chahaya, 5 bulan kalo tak silap. Pipi labuh yang wat geram tuh! Asyik nanges jer kalo orang tak kenal dekat ngan dia, malu kot! Ada sekali tu jer, lepas dia hisap susu, kitaorang main2 sekali, dia gelak suka, comel! Sebab mata dia sepet, hik3x...

Anak saudara housemate Putra Heights aku; Aiman; 5 tahun dengan adik nya Kak Chik, 3 tahun. Ada adik lagi sorang, Jannah 7 bulan. Jangan tak caya, Aiman ni suka lagu Saleem;Tinggal Kenangan, jiwang kan?

Dengan 'ayam muda', auw! Btw, aku suka betul ngan rumah mak mertua kawan aku ni. Very the kampung, bila jalan pon, berderap2 bunyik papan tuh, so tradisional. Siap ada pokok ciku lagi kat tepi tingkap, I like!!!

Nota Kaki: Seronok layan budak2...bila nak bertambah bilangan anak saudara aku nih?

3 comments:

  1. kalo raya ni mesti meriah.. pasang pelita keliling.. cantik cantik.. umah mcm ni x telan jaman.. cantik sokmo

    ReplyDelete
  2. Nowwa, he3x...

    Shin!!! Thanks sudi singgah blog ku yang 'kodok' ini! Enjoy reading ur blog, good storyteller!

    ReplyDelete