Salam...
Minggu yang memenatkan...terutama mental. Tapi masih boleh cool compared to last week. Oh ya, ni gambar aku ngan Sha Tuyee kat PWTC 2 minggu lepas. Aku, dia, adik aku Yie dan Encik Budi gi Matta Fair kat PWTC. Ku cuma nak gi tengok2 pakej ke Pulau Lang Tengah. Takde la rewang sangat sebab gi pon dah petang jugak. Pastu, gi singgah pameran pengantin kat level mana ntah, kat sitew jugak. Suka aku belek2 brochures kat pameran pengantin tu sampai Budi pon tanya, "Eh, dah nak kahwin ker ni?" Jeng3x...
Ahad lepas, still ke PWTC ngan orang yang sama, plus Kache except Yie, ke Pesta Buku Antarabangsa. So far, aku memang tak pernah miss event ni every year. Aku memang suka beli buku, pegang, belek, terus amik bayar, senang habiskan duit kan, he3x...Walaupun kat rak buku umah aku ni, rasanya ada lebih 50 judul buku yang aku still tak habis baca atau lebih tepat tak baca lagi, tapi aku dah berjaya menghabiskan dalam RM 300 untuk beli buku lain lagi, ngeh3x...Buku apa yang aku beli? Hmm...sebab aku tak pandai omputeh, so aku beli buku BM jer dan bacaan saja nak seronok2, tak ilmiah sangat pon ku rasa, ikut mood aku.
Buku yang pertama sekali aku beli ialah "Natrah-Cinta, Rusuhan, Airmata" karya Datin Fatini Yaacob terbitan UTM Press. Sempat mintak autograph pengarangnya jugak. Pastu ku ada beli buku terbitan UUM pasal HR Costing. Then, kat gerai faveret aku, PTS Publishing, macam tak banyak buku best yang ku nak beli; tapi ada la beli 5 bijik buku resepi yang comel2 yang harga RM 5.50 satu, ha3x...syok tengok gambar, tapi masak tak reti2 jugak, camner nih? Pastu, ada la beli buku ala2 'santapan rohani' ni kan..."Berubat dengan Solat" dan "Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah". Last year ku ada beli buku "Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah", tak abis baca pon lagi.
Memandangkan aku suka gak baca biografi pasal tokoh ker apa, so masa singgah kat booth Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, ku sempat beli "Siri Tokoh Anugerah Seni Negara" tapi cuma sampai tokoh kelima jer la. La ni kita dah ada 7 penerima which is the latest Dato' Ahmad Nawab. Last sekali, singgah kat Karangkraf, beli buku2 pasal 'chenta' ni, aku memang suka layan, wah! Dah juga koleksi ketiga aku "Lambaian Kaabah-Himpunan Kisah Benar". Suka baca pengalaman tetamu Allah kat Tanah Suci, buat pengajaran untuk diri sendiri yang memang kurang penghayatan agama ni, isk3x...
Nota Kaki: Mencambah kasih persis bayangan kasih hati nabi, membugar cinta tanpa sangsi. Iman dirai, perjalanan hidup bertambah kukuh lagi. Bagaikan cinta Aisyah, pengorbanan buat pencinta agung yang membawa cinta terus kepada Ilahi.

Terima kerana sudi membaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah.
ReplyDeleteSama2!
ReplyDelete