Friday, March 12, 2010

Supported Employment OKU.

Salam.

Huh, ni curi2 masa nak update cerita minggu sebelum ni. Ku rasa ku start penat sejak awal Mac ari tu, terdrag sampai ke minggu ni. Teruk kan kalo tidur pon bley mimpi kerja, hik3x...Btw, 4 Mac lepas, hari Khamis, aku ada Seminar Sokongan Pekerjaan (Supported Employment) OKU kat The Legend Hotel, KL, anjuran Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) dengan Japan International Cooperation Agency (JICA). Actually, aku malas nak pi sebab nak settle kojo2 opis, tapi bos dah soh pegi, layan jer la.

Majlis perasmian oleh Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Gambar ni purposely aku snap untuk my kache, Chew Mei Kuen, ngeh3x...Lepas perasmian, ada pembentangan 45 minit by Dr Kenji Kuno pasal "What is Disability and JKM-JICA Project". Dr ni dah 10 tahun dok Malaysia, not bad la BM dia. Suka sangat dengan durian, boleh? Memandangkan aku ni 'kepenatan', dengan konfidennya, aku tertido sambil peluk tubuh dan menundukkan sedikit kepala tanda ala2 khusyuk mendengar. Tapi makcik2 kat belakang aku tu, perasan aku tido sebab time tea break, derang citer balik kat aku, muahahahaha...Qaypo sangat makcik2 tu kan? Taim tea break, aku seronok makan tak hengat; roti canai, bihun goreng 2x tambah ngan tart kastard, owh sedap betul food dia! Pas tea break, sambung ngan pembentangan kedua pasal "Supported Employment and Job Coaching" by Prof. Hiroshi Ogawa dari Otsuma Women's University, Tokyo. Lagi sekali, akak terbabas tido, deq non, ha3x! Cuma taim dia pasang video sikit2, baru aku bukak mata. Contents? Ok lah, cuma senario kat Jepun ngan Malaysia lain, so aku tak baper 'feel' sangat la nak layan. Tapi Prof tu macam ensem jugak!

Sesi ketiga, yang ni aku layan sikit, "Supported Employment: The Malaysian Experience" dari wakil majikan, GCH Retail (M) Sdn Bhd atau nama glamernya Giant, wakil NGO; United Voice dan wakil dari OKU sendiri; staff Giant Batu Caves, Aslam Sulaiman. Giant start projek ni since Oktober 2007, bermula dengan pengambilan seramai 12 orang, but now derang dah employed 110 OKU yang di tempatkan kat cawangan seluruh Malaysia sebagai Cashier, Sales Assistant, Customer Service Assistant, Bakers dan Data Entry Clerk. Aku suka motto derang " We Transformed Their Lives". Gambar yang kat atas tu, wakil OKU, Aslam Sulaiman. Aku tak baper pasti jenis disability dia tapi masa dia present ti, dia cuba communicate dalam Bahasa Inggeris. Sikit yang aku sempat take note pasal dia; dia habis sekolah Pendidikan Khas tahun 2003, then ada amik kursus mekanik tahun 2004, pastu kerja as mekanik tahun 2006, then 2006 unemployed. Tahun 2007, dia joined NGO, United Voice , tahun 2008 joined Giant sampai la ni. Sambil present tu, ada la tunjuk gambar dia. Tersentuh betul aku ngan effort dia nak present in English tu, satu perkataan BM pon aku tak dengar. Masa dia tunjuk gambar dia dengan parents dia kat depan pintu supermarket Giant, berair plak mata aku. Dari gambar tu, nampak betapa parents dia memberi sokongan penuh pada dia. Dan aku tak silap bila gambar tu di tayang, antara statements dia yang ku ingat," My father taught me how to ride the motorbike to work", "My parents give me advice to be patient and learn from mistakes"...Bertuah sungguh dia sebab dia sama sekali tidak di abaikan dan di beri sepenuh sokongan untuk menjalani hidup sama macam orang lain. Jika di beri peluang, mereka memang boleh buat.

Lunch time! Mujur terjumpa kawan2 HR masa kat Jusco; Kak Ellea n Anis. Makanan yang di sediakan memang lazat2 dan banyak gilo sampai tatau nak pilih yang mana! Anis tu pandai makan, sumer dia try dan sungguh berselera betul dia, macam Maria Tunku Sabri. Sesi petang, agak2 boring sikit. Ada perbincangan panel dari JPA, Jabatan Tenaga Kerja, Bahagian Pendidikan Khas, LHDN, Jabatan Pembangunan OKU, PSMB dan United Nations. Well...masa sesi soal jawab, aku memang tak berpuas hati dengan jawapan2 yang di berikan oleh seorang Puan Penolong Pengarah dari satu jabatan tu. Hmm...ini ker kualiti pegawai kerajaan yang di banggakan sangat tu? Sorry la, maybe sebab derang ni 'group elit', so aku sebagai orang luar punya expectations pun tinggi jugak la kan pada derang. Yer lah, cara pemilihan pon terpaksa bersaing kaw2 yang terpaksa melalui beberapa proses yang aku rasa sesetengah tu tak perlu pun dan tak menggambarkan personaliti sebenar, so bila tengok 'hasilnya' macam tu, owh, sungguh mendukacitakan aku! Serius! Agak memalukan la kalo dia kasik jawapan yang tidak menggambarkan kematangan, dan macam blur2 dan tak pasti. Apa lagi, kalo mende2 macam ni, orang yang aku sms untuk bergosip adalah Shahril, ha3x...kita memang suka ngutuk derang ni kan, tak baik betul! Tapi bukan semua, still ada yang bagus.

Nota Kaki: Dah lama tak apply kerja gomen...

No comments:

Post a Comment