Friday, March 12, 2010

Abang2 Senior Saya...


Salam.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi...Ku baru sejam sampai rumah Keramat, maksudnya ku sampai sekitar jam 1.30 pagi tadi. Hmm...sepanjang minggu ni adalah minggu yang mentiredkan mental saya, penat tapi masih boleh terkejar2 ke hulu ke hilir. Banyak kerja nak kena cover, tak habis2. Isnin n Selasa, ku balik 9.30 malam, hari Rabu balik 10.15 malam. Hari Khamis, ku sudah tak larat (lagipon uzur syar'ie, so memang rasa tak selesa la kan...), ku balik awal dalam lepas Maghrib, mandi2, syampu rambut, layan TV ala2 santapan rohani dengan menonton Semanis Kurma di TV9. Dan hari ni Jumaat, abis jer meeting pukul 6 lebih petang tadi, aku memang dah rasa terduduk kat kerusi, otak penat giler seyyyy...Check documents pon slow2 jer. Sambil sms ngan Abang Ajim, hik3x...Bila dia ajak "Jom dinner?" Yeah, pucuk di cita ulam mendatang sebab aku memang terfikir nak release kepala jap ngan borak2 kat luar. (Bro, ku sengaja strech kan gambar ni panjang supaya ko nampak kurus dan ko tak perlu mandi sampai 2x untuk nampak kurus, ok?)

Dari Shah Alam, ku gerak ke Kelana Jaya, Abang Ajim tunggu kat Shell. Sampai jer aku terus tanya, " Bang, asal nak makan kat area opis Che Pi kat PJ, kat sini takde tempat makan ke?" Owh, rupanya, mamat yang lagi sorang ni pon join skali. Dari Shell, ku naik keta Abang Ajim, amik Che Pi kat opis dia, naik satu kereta pi makan somewhere kat Damansara. Memandangkan tu kedai Siam, so semestinya Ayah Pi akan mengorder tomyam dengan konfidennya sebab dia rasa terhina kalo tomyam tu di masak oleh 'bangsa' lain, hik3x...Makan2, borak2 dan kowang rasa antara kitaorang bertiga, saper yang paling dominan bercakap??? Semestinya yang paling tua antara kitaorang, hu3x...Dan dia menjadi bahan aku ngan Che Pi malam ni, yeah! Best giler menyakat orang tu, merangsang dia supaya terus bercakap dan bercakap dengan menggunakan objek2 di sekeliling kitaorang sebagai keyword; sebagai contoh BALDI dan TISU. Korang kasik jer 1 perkataan kat dia, konfem jadik 'panjang cerita', muahahahahahaha...dia senyap tak sampai 30 saat, ok? Pastu dia mula 'vibrate' nak bercakap balik, oh tidak! Dan dengan sangat tenang dan yakin, dia mengaku dia adalah kategori pendiam sampaikan Ayah Pi terpaksa menahan ketawa sehingga mukanya bertukar pink!

Kalo tak di sebabkan staff kat situ dah angkat kerusi susun atas meja, rasanya mau kitaorang lepak tatau sampai pukul baper. Rasa macam sekejap tapi rupanya dah 3 jam kitaorang berborak, dari 9.30 malam sampai 12.30 pagi. Sharing moments Abang Ajim yang paling banyak sekali malam ni dan sesi ini bakal bersambung di Pulau Lang Tengah Mei nanti dengan beberapa episod Abang Ajim yang blom selesai, di ikuti kisah Ayah Pi juga! Janji tau! Teruja ni nak lepak tepi pantai malam2, cool, beb! Btw, kowang memang best!

Nota Kaki: Sudah 3 hari sakit telinga...

2 comments:

  1. Patut le nampak semacam je muka Ajim... dah kene 'tarik'.. nampak ala2 kurus tapi tak kurus.

    ReplyDelete
  2. Kannnnnnn....nanti kita lepak2 lagi, ek?

    ReplyDelete