Saturday, March 20, 2010

Sri Mersing...

Salam...

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu.

Wah gitew! Melayu klasik sangat kan? Sesuai ngan rambut aku yang ikal lebat nih, ha3x...Malam semalam, aku berkesempatan tengok teater Sri Mersing kat Istana Budaya. Teater yang di adaptasi dari filem klasik Melayu terhebat sepanjang zaman arahan Allahyarham Salleh Ghani, Sri Mersing. Frankly, aku dah tak ingat sangat filem lakonan Allahyarham Nordin Ahmad ni sebab masa tengok filem ni pon taim aku kecik lagi. Dan masa ku dapat tahu filem ni nak di pentaskan, aku macam tak baper konfiden, ada ker orang nak pi tengok ek? Kalo ada, mesti pakcik2 makcik2 yang seangkatan dengan zaman tu la kot, tahun 1960 kalo tak silap. Tapi ternyata tanggapan tu silap bila ku sampai jer kat parking, memang ramai umat manusia yang memenuhi kawasan Istana Budaya, even yang beratur beli tiket sebelum show pon still ada. Walaupun dalam Panggung Sari tak penuh, tapi hampir penuh la, kira cukup bagus dah tu. Teater ni di terbitkan oleh Keno Production, penerbit eksekutifnya adalah anak pengarah filem itu sendiri dan arahan Rosdeen Suboh.

Oh ya, ku tengok teater ni bertiga; aku, Sha Tuyee dan Mala. Dengan tiket RM 53, puas hati dapat tengok kat depan, yeah! Watak hero di pegang oleh Ady Putra sebagai Damak dan Elly Mazlein sebagai Sri Mersing. Ada penampilan istimewa Dato' Mustapha Maarof dan Datin Hajjah Rosnani Jamil. Aku cakap ngan kowang, Dato' Mustapha Maarof still maintain segak and handsome ok! Karisma dia atas stage sama jer macam tengok dalam filem. Kalo tak silap aku, dalam filem dulu, dia pegang watak Deli, adik pada Damak, tapi dalam teater ni dia sebagai Pak Sireh. Yang lain tu, ada A. Galak sebagai Pak Malau, Azizah Mahzan (Mak Dara), Melissa Saila (Siantan) - dia memang excellent!, Rusdi Ramli (Bentayan), Abu Bakar Juah (Penghulu), Leez AF4 (Sri Melati), Hairi Anak Wayang (Merah) dan lain2 lagi.

Isi cerita? Aisey, tak larat plak nak citer, sure panjang lebar, he3x...Hmm...patut la DYMM Tuanku Sultan Pahang jadi penaung teater ni sebab rupanya watak Damak tu, anak Pahang. Pada aku, cerita ni banyak mesej pengajaran yang bagus untuk kita fikirkan. Pasal fitnah, hasad dengki sesama manusia, cinta dan juga maruah diri. Macam watak Damak, seorang pemuda yang ikhlas dan jujur, di senangi ramai tapi macam2 dugaan yang di tempuh terutama fitnah dari orang yang tak senang dengan dia hanya sebab dia orang merantau. Bila cuba mempertahankan diri, orang yang tak senang dengan dia, kata besar kepala pulak kat tempat orang. Bercakap benar pun orang tak percaya. Tapi bila kebenaran dah terbukti, sudah terlambat nak betulkan keadaan bila ada hati yang terluka, keputusan tegas harus di ambil untuk mengembalikan maruah yang tercalar walaupun keputusan itu mungkin menuntut pengorbanan besar untuk di lakukan. (Hmm...macam situasi kat ofis tet....)

Owh, fizikal Ady Putra sangat sesuai untuk watak Damak! Dengan ketinggian nya, I loike! Ku pernah bertembung ngan dia masa cuti Maulidur Rasul ari tu, sweet jer bila dia senyum kat aku. Aku memang suka tengok dia since dia berlakon drama 'Mya Zara' kat TV3. Acting nya ok cuma aku rasa macam tak cukup umpphhh bila adegan melibatkan pertarungan, silat segala tu. Rasa macam tak cukup 'fight' dan movementnya macam tak 'sharp'. Yus Raja Lawak yang pegang watak antagonis sebagai Awang Sulung pun tak mengecewakan, ada unsur humor jugak. Elly Mazlein sebagai Sri Mersing memang best! Penghayatan dia bagus! Kalo tak, takkan scene last sekali tu, mata aku pun berair sekali ngan dia kan, ha3x...Dia memang comel! Harusla taim hero-heroin berduet lagu 'Gurindam Jiwa' kat atas stage tu, aku pun turut berangan sama aku sekali ada kat situ macam Latifah Omar, wah! Tiba2 aku rasa aku dalam filem hitam putih! Berangan sangat ko ni kan!

Teknik penceritaan menggunakan 2 latar masa iaitu tahun 1870 (zaman Damak Ady Putra) dan tahun 1900 iaitu 30 tahun kemudian (zaman Merah anak Damak). Plot cerita kedatangan Merah ke Mersing dan cerita asal zaman Damak bergerak seakan selari dan pengakhirannya tetap sama di mana kedua-dua mereka akan pulang semula ke Pahang. Rekaan pentas memang di reka untuk menzahirkan 2 latar masa ni; antaranya ada set muara sungai depan pentas utama. Yang lain2, ok jer, takde hal. Cerita yang bagus!

Habis show dalam pukul 11 malam, pastu gerak pi Sentul ngan Sha Tuyee, lepak2 ngan Budi sampai pukul 1.30 pagi...sambil sms ngan Abang Nazim jugak, ha3x..."Rawan Seorang Perempuan"...

Nota Kaki: Selagi belum kering Sungai Pahang, selama itulah saya akan tetap menunggu...sengal!


2 comments:

  1. erk..berapa lama nk tunggu sg pahang tu kering??

    ReplyDelete
  2. haha..sg pahang boleh kering..? seri mersing best!

    ReplyDelete