Friday, May 21, 2010

Salam Sabtu!

Salam pagi Sabtu!

Wahhhhh! Best betul golek2 pagi ni dalam keadaan cuaca kat luar hujan turun renyai sebagai tanda "Eh, gi la sambung tido...apa susah2 bangun awal!" Cadangnya nak gi ofis, tapi bila Assistant aku sms advice datang lepas lunch sebab kat ofis ada wat floor scrubbing, wah! lagi malas la aku nak gi ofis kan? Nak plak kepala aku macam 'ting tong' sikit sebab malam tadi, aku lepak ngan Ayah Pi dari jam 11 malam sampai 3 pagi kat NZ Wangsa Maju, wawawa...Hairan bin ajaib macam mana 2 orang yang pendiam bley borak sampai 4 jam kat kedai mamak kan? Kalo Abang Nazim join, mungkin kitaorang akan sembang sampai Subuh sebab dia sorang jer yang akan mendominasi sesi itu, ngeh3x...Manakala aku ngan Ayah Pi akan menjadi panel juri seperti biasa...Kalo aku cakap mesti korang tak caya, tapi kalo 'geng2 pulau' ni berkumpul, memang Sha Tuyee juga mengakui aku la ahli yang paling diam sekali dalam grup! Thanks Sha atas pengiktirafan mu itew!

Cerita pasal 'geng pulau', next week, kitaorang akan bertolak ke Pulau Lang Tengah, Terengganu. Owh, sungguh teruja bila melihat air laut yang membiru itu. Walaupun aku tak reti berenang, gayat snorkeling dan berkemungkinan besar aku akan jadik 'Supervisor Boat' jer, tapi sebab nak gi bercuti ngan kawan2 kan, mesti la rasa syok! Kat sana, kitaorang akan stay kat Lang Sari Resort, semua dah siap booking oleh Cik Puan Organizer, saper lagi kalo bukan AKU! Cuma ada rasa terkilan sikit la bila beberapa orang ahli asal tak dapat join sebab masalah2 tertentu, isk3x...Kecik ati aku tau! Dah berangan ni nak bawak dress putih, amik gambar tepi pantai, suka! suka! (tu pon kalo larat dan bergantung pada kulit wajah kalo still leh maintain tak tukar kaler, haishhh!)

Seminggu lepas gi Lang Tengah, awal Jun, insya Allah, aku ada company event kat Rebak Island Resort, Pulau Langkawi. Aku macam tak percaya bila CEO aku confirmed nak wat kat sini sebab bajet kitaorang nak wat kat hotel2 area Shah Alam or Subang jer. Tapi giler mahal harga resort nih...kalo tak silap the one and only 5 star hotel kat Langkawi, private island lagik, menghadap Laut Andaman kalo tak silap. Company aku ngan resort ni memang 'adik beradik', selain Lake Kenyir Resort n Spa. Lenlain, nanti aku citer kemudian, ok?

Oklah, ku mahu mandi. Jap lagi nak gi tukaq tayar, next week dah nak jalan jauh. Kowang tau tak, dah 2 bulan kot aku selamba mak nenek bawak kereta dengan 2 tayar dah 'botak', ayyo! Cau cin cau!

Nota kaki: Tahniah to Encik Zul OCC dan twin aku Jie @ Kuantan atas kelahiran ahli keluarga baru! Best kan ada baby, syoknya! Patut la sehari sblom tu aku mimpi aku mengandung, rupanya derang ni dah dapat baby, he3x...

Monday, May 17, 2010

Kisah Hujung Minggu...

Salam.

Hai! Dah seminggu tak merepek kat sini kan? Hurm...aku memang dah bertekad, weekend bebaru nih, aku tamau fikir pasal kerja, LETAK TEPI! Wiken bebaru nih, adalah wiken my personal life, so buatlah apa2 aktiviti yang aku suka nak buat ek? Penat mental sepanjang minggu lepas, huh! Dah la pagi Jumaat tu, termenangis teresak2 macam budak kecik, wawawa...Tapi takper, bila menangis, leh release! Ceria weekend ku bermula dengan:

a) Jumaat 14 Mei - 8.30 malam
Yeay! Best dapat berkumpul ngan Che Pi, Sha Tuyee untuk mengenakan Abang Nazim, muahahaha...Ku heret sekali opismate aku, si Noorul join makan kat Flaming Steamboat, Sunway. Kitaorang lepak sampai pukul 11 lebih. Then, ku sampai umah dalam 12 lebih, online jap, sambung chatting ngan adik Che Pi, Suhana, hu3x...

b) Sabtu 15 Mei - 8.00 pagi
Sudah bangun bersiap2 nak gi meredah audition Koir Kebangsaan kat Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara kat bekas Bangunan MAS @ Jalan Sultan Ismail. Aku di temani photographer aku, Pok Yie. Lebih kurang 9.15 pagi, kitaorang dah sampai kat tempat audition. Aku macam kompius kejap sebab bila aku sampai ada la dalam 4,5 orang budak2 perempuan sekolah rendah pon ada kat situ. Rupanya ada audition untuk Koir Permata Seni Negara jugak, kategori yang umur 7-11 tahun. Untuk group Koir Remaja pon ada.

Tak ramai sangat yang datang audition tu. Untuk Permata Seni, adalah dalam 5 orang, Remaja dalam 4 orang dan dewasa dalam 5 orang, masa pagi tuh. Lepas isi form, aku dok lepak baca Harian Metro, yang lain2 semua sibuk praktis, huh, sentap aku! Sekitar jam 11 pagi, derang pangge aku untuk audition kat tingkat bawah, dengan 2 orang yang lain. Sampai tingkat bawah, duduk jap dalam 10 minit, aku belek2 bahan2 bacaan yang ada kat situ. Tetiba, perempuan sebelah aku tegur, nama dia Anne, student TESL UiTM.

Anne: U nyanyi lagu apa?
Aku: Hmmm...tatau lagi nak nyanyi lagu apa?
Anne: (Muka macam surprise...)
Aku: Awak nyanyi lagu apa? (Sebab aku tengok kat tangan dia ada kertas, tengah hafal lirik...)
Anne: I nyanyi lagu Yuna, Dan Sebenarnya...
Aku: I see...
Anne: U ni nampak konfiden lah! Macam tak takut pon! Macam dah biasa menyanyi jer...
Aku: Uiks! Takdelah! Ni my first audition kalau bab menyanyi nih! Malas nak fikir sebab nanti nervous...

Then, tak lama lepas tu, nama aku di panggil untuk audition. Hik3x...tercapai jugak aku nak face to face ngan Syafinaz Selamat, chantek sangat dia! Aku memang admire tengok dia sebab dia stylo, elegan dan bijak. Dalam audition ni, ada 4 bahagian. First sekali, kena menyanyi apa2 lagu yang kita pilih tanpa muzik, kira acapella la. Aku tatau nak nyanyi lagu apa; sama ada lagu Ella, Krisdayanti ataupun macam yang di suggest Che Pi, lagu Shima. At last, aku nyanyi lagu Shima, 'Setelah Aku Kau Miliki'. Mula2 memang nervous tapi bila aku terpandang Syafinaz dah start ngangguk2, dah rasa konfiden sikit, gitew! Pastu ada 'sight reading in parts', kalo tak silap aku, ala2 kena ikut key piano tu, sebut 'la....la...la...'. Pastu, ada tepuk2 tangan, macam ikut bit rhythm yang derang wat and last sekali dia soh aku menari, lagu 'Mercy', adehhh...part ni yang aku paling segan sekali! Sebab aku memang terkenal sebagai seorang yang pemalu kalo dalam environment yang aku tak biasa. Result tatau lagi, nanti derang call.

Abis audition, aku gi lunch kat my faveret Kelantanese warung at Kg. Baru, depan KL International; ayam percik, gulai daging, ikan masin, ulam dan budu, burppp! Perut Kelantan sangat kan? Pastu balik umah, huh...tertido sampai 4.30 petang. Terlepas taim nak gi birthday party anak kawan aku kat Taman Puncak Jalil. Lepas Maghrib, just lepak2 makan kat Bangi Kopitiam, Setiawangsa, then balik umah layan Cerekarama 'Sebelum Akhirat'.

c) 16 Mei Ahad
Selamat Hari Guru! Dan Hepi Besday untuk kawan skolahku, Shidah juga! Bangun pagi, basuh kain dulu. Pastu, siap2, dalam 11 lebey, gi melalak kat Red Box Plus, Pavilion ngan Che Pi n Noorul. Phewww...selepas 3 bulan 11 hari tak melalak, akhirnya tercapai jugak ini hari! Memang rasa ketat habis tekak aku. Abis dalam kol 3 petang, hmmm...on the way balik tuh, macam terfikir nak layan, 'A Nightmare On The Elm Street', lantas menghalakan keretaku ke MBO Cinema, Galaxy Ampang, layan citer seram sorang2, yeay! Berjaya juga aku menghakis ingatan aku dari memikirkan pasal kerja!

Nota Kaki: Sudah kecut perut untuk Management Meeting esok dan lusa, isk3x...

Monday, May 10, 2010

Lagu Gajah...


Gajah hidung panjang
Badan hitam besar
Kaki macam tiang
Dua telinga lebar
Telinga macam kipas
Jalan bongkok-bongkok
Gajah tidak malas
Boleh tolak pokok!

Nota Kaki: Anak saudara aku bley menyanyi macam2 lagu, termasuk Lagu Gajah ni! So comel! Aku sangat kagum bila first taim dengar dia menyanyi lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan melodi yang betul dan sebutannya kurang pelat, dengar sebutir2 pronounciation dia. Yer la, untuk kategori budak umur 2 tahun 9 bulan, kalo leh hafal lirik lagu, kagum sungguh aku! Lagu lain yang dia suka nyanyi macam lagu Kucing, Pelangi, Anak Nabi Kita, Rukun Islam, etc. Aku pun tak sangka yang the one and only anak saudara aku ni, suka menyanyi. Amat genetik aku kan, ha3x...Kalo tak silap, adik aku pernah cakap, pernah terdengar dia nyanyi korus lagu Mila, yang berbunyi, "Dalam cinta harus saling percaya..." gitew! Kena bawak pi karaoke nih! Dan adik aku pernah jugak terdengar Cik Pya ni sebut perkataan "gedik!". Bila adik aku tanya, "Mana Pya tahu 'gedik' tu?" Dengan selamba, Cik Pya menjawab, "Mak Long!", adeh3x...Salah aku meh?

Sunday, May 9, 2010

Jejaka Pertama! Eksklusif!


Salam...

Kebabow! Eksklusif nih! Tadi aku citer pasal menantu Cik Zah kan? Wooooo....rileks! rileks! Bukan bermakna aku dah jumpa bakal menantu Cik Zah, ok? Yang aku nak citer kat sini, kat celah2 4 orang jejaka terpampang itew, memang ada terselit sorang mamat yang first sekali aku suka dalam hidup aku, gitew! Aku suka mamat ni sejak aku Form 5, tapi kitaorang start kenal penghujung tahun 1993. Parents aku, adik beradik aku, kawan skolah aku, kawan2 UIA aku, kawan Jusco MV aku, tau jer betapa sukanya aku kat mamat nih, muahahaha...

Kenapa aku suka dia? Hmm...dia seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab; terutama pada keluarga. Walaupun orang cakap lelaki sebaya tak matang, tapi dia laen, dia lagi matang dari aku yang childish, kuat majuk segala ni, ha3x...Lagi satu, knowing him, dia seorang yang berjimat cermat (Cik Zah suka tuh!) Oh ya, kitaorang takde apa2 hubungan tau, melainkan rapat as sahabat baik jer. Alah, macam cerita Kuch Kuch Hota Hai tu...aku la yang watak Kajol jadik Anjali tu! Sebab masa aku kenal ngan dia, memang aku ala2 tomboy cuma aku tak main basketball jer. Tomboy jiwang, sengal! Muahahahaha...Dia tau aku suka kat dia sebab pertengahan tahun 1995 tu, memang aku ada cakap ngan dia, aku hantar kaset, ha3x...ni semua pengaruh filem 'Kekasih Awal dan Akhir' lakonan Zizie Ezette taim tuh! Btw, itulah kali pertama dan terakhir aku cakap yang aku suka kat seorang lelaki. Lepas dari tu, until now, kalo aku suka, aku simpan jer feeling tu dan yang tahu pon, kawan2 rapat jer.

Kitaorang kawan lama, dari zaman skolah, zaman universiti (dia ex-UTM, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah, ingat lagi nih!), zaman kerja sampai la dia dah kawen dan jadik ayah pada sorang anak perempuan pon, kitaorang still baik. Tapi yer lah, status dia dah bertukar kan, so kena la behave accordingly. Hmm...aku ingat lagi, minggu pertama bulan puasa tahun 2004, dia nak sangat jumpa aku sebab taim tu dia baru kehilangan arwah tunang yang sangat di cintainya. Dia nak jumpa aku sebab dia perlukan sokongan dari seorang kawan dalam keadaan dia yang sedih taim tu. Memang kesian la tengok dia taim tuh...Oh ya, gambo yang kat atas ni, aku ciluk kat dalam Facebook dia sebab dia pernah kasik aku gambar ni jugak bila dia grad tahun 2001 kalo tak silap, ngeh3x...Dia jemput aku gi kenduri kawen dia tahun 2007 kat Ipoh, tapi aku tak sempat pergi sebab taim tu aku ada kerja kat KL. Wife dia cantik, muka lembut jer.

Paling last aku contact dia masa aku sms wish besday dia 23 Januari lalu, dia sempat tanya, "Bila ko nak kawen nih?" Adehhhh...tunggula anak ko besaq sok, leh jadik flower gurl wedding aku, bley? Hurmm...kalo tak silap dah 16 tahun 5 bulan la usia persahabatan kitaorang, lama jugak tu kan? Btw, semoga berbahagia di samping isteri tercinta dan anak kesayangan, sukses dalam kerjaya yang memang idaman ko sejak sekolah lagi dan juga anak yang baik pada parents ko. Aku ingat lagi lagu yang pernah ko kasik kat aku tahun 1997, "Jangan Ada Benci-Casey", berserta sekeping kad raya dan 4 helai surat bertulis tangan kertas kaler biru itew, muahahahaha...Cerita budak2!

Nota Kaki: Masih sendiri...

Saturday, May 8, 2010

Cik Zah Saya!

Halluuuuuu!!!

Sebuah syair Arab ada mendendangkan:

"Seorang ibu adalah ibarat sebuah sekolah. Jika engkau persiapkan dia dengan baik, maka sungguh engkau telah mempersiapkan sebuah generasi yang unggul."

Hebat ker tak kalo seorang wanita bergelar ibu di ibaratkan macam sebuah sekolah, kan? Besar betul tanggungjawab seorang ibu terutama tanggungjawab dalam mendidik anak2 tu kan? Macam Cik Zah, mama aku ni la kan...Kalo pasal anak2 jer, bley la membuatkan dia tak tido sampai ke pagi sebab fikir macam2. Pastu, kalo ada apa2, suka 'shimpan' sorang2, he3x...Ni ada la aku inherit dia sikit.

Hmm...mama aku ni belajar tak tinggi pon, maklumlah family mama aku memang orang miskin. Sekolah setakat Darjah 6 jer, kat Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh, Machang, Kelantan. Tapi apa ada pada kelulusan akademik kan? Walaupun mende2 lain maybe la dia tak terer, tapi kita takleh nafikan mak kita akan ajar kita macam2, buruk baik satu2 perkara sejak dari kita kecik lagi sampai la dah besar panjang ni, dia tak putus2 membebel dan kasik nasihat kan? Semuanya untuk kebaikan kita jugak, walaupun aku ni memang terkenal dengan status anak degil dan keras kepala, hu3x...Setakat kena kurung kat luar rumah sebab balik lambat tu, memang biasak la. Cuma aku tak pernah kena ikat kat pokok yang penuh kerengga lagi, scary arghhh!!! Tapi masa aku Darjah 3, aku pernah melawan, menjawab mama aku, sampai dia geram, dia cilikan mulut comel aku ngan lada burung, gilo pedas seyyyyyy....ha3x...Ingat lagi, masa tu kat berek polis kat Ipoh. Pastu ada la lagi mende2 jahat yang aku wat, haishhh! (tu agaknya Tuhan campakkan aku kat UIA kan?)

Tahun ni mama saya sudah pun berusia 51 tahun. Hmmm...sudah tua pun...Walaupun, aku tak berapa cloze sangat ngan mama aku, tak macam anak perempuan lain yang share macam2 ngan mak derang, tapi sebagai anak, aku memang cepat tersentuh dengan apa saja cerita pasal parents. Korang pun sama kan? Mana tak tersentuh kalo taim kita sakit, dia yang bersengkang mata jaga ko siang malam, beb! Ko nak makan apa pon, dia yang terkial2 masak kat dapur (owh, saya sangat suka sambal tumis ikan bilis petai mama ku itew!), anak buat salah pon, backing baik punyer...etc.

Untuk Cik Zah saya, Selamat Hari Ibu! Tahun ni kain baju raya kaler kuning ku beli kat Jakel, ek, he3x...Tentang permintaan bakal menantu yang kerap di hilite Cik Zah sejak tahun lepas, insya Allah, akan ku usahakan sebelum umur dia 53 tahun, hah, bley? Sesaper yang berminat, leh bercakap terus dengan Cik Zah ek sebab nak harap aku cakap sendiri, maybe aku akan pengsan 46x depan Cik Zah sebab sememangnya aku takde kekuatan nak cakap pasal future aku yang satu ni depan parents aku, wawawawa...Nak cakap aku ada boipren pon, pikir 88x!

Kawan Bujangan Saya!

Salam!

Perkenalkan kawan2 bujangan saya! Mesti kowang pon dah kenal kan 2 orang kawan aku ni, sebab nama2 derang antara yang paling kerap di sebut dalam blog aku nih! (Sorry, takde royalti!) Kalo aku serabut kepala hotak, hmmm...2 orang ni la antara kawan yang aku carik untuk release, selain my Kache dan Kak Mok-Natrah (owh, yang lain tu kalo nama tak di sebut, hanya sebab kowang adalah status tunangan orang, suami orang, bukan bujangan ek, ha3x...)

Dengan Ayah Pi, aku selalu communicate thru email or sms (he3x...aku actually yang selalu ngaco dia, cerita macam2!!) Sesuai dengan kerja nya dalam penerbitan buku, susunan bahasanya sangat bagus dan best di baca, tak tipew! Walaupun dia garang dan serius, tapi dia adalah orang yang sangat kelakar! Kalo kowang leh ternampak aku senyum sensorang depan PC opis, maksudnya aku tengah menahan ketawa baca tulisan emailnya yang sengal dan kreatif. Kowang ada tak adik pompuan yang cun macam Nasha Aziz, Scarlett Johansson, takpon macam Rita Rudaini, leh la tolong forwardkan kat dia, mesti dia teruja!

Ngan Sha Tuyee, aku selalu habiskan masa ngan makan lepas waktu kerja sebab kitaorang selalu balik lewat. Lagipon umah dia dekat ngan opis aku, dalam 10 minit jer. Kalo weekend aku gi opis, ada tendency kitaorang akan breakfast nasi goreng cili padi kat area Giant Shah Alam. Kalo ngan Sha, aku akan jadik pendiam sebab dia cakap lagi laju dari aku, ek! Maklumla Cik Lawyer! Lepas balik opis tadi, sempat jer dia teman aku makan roti canai kat Seksyen 20. Selalunya sambil borak2, kitaorang akan terfikir macam2 mende nak wat dalam masa beberapa bulan ni, antaranya:

a) Nak carik boyfriend; deadline September dan Oktober, wah!
b) Nak lepak kat Hard Rock Cafe bulan Jun ni; ngan Encik Budi & Kak Mok!
c) Beli kain baju raya tahun ni kat gedung Jakel terbesar kat Malaysia!
d) Memikirkan bila nak redeem plan nak pi Kuantan yang dah 2x tertangguh!
e) Celebrate our besday dengan ATV ride dan mandi air terjun @ Kemensah, yeay!
f) Shopping @ Pavilion, takpon SACC Mall, rebonding rambut?
g) Pot luck Hari Raya untuk kawan2, aku masak??? Biar betik???

Derang ni sokmo sibuk, masing2 ada life sendiri, tapi kalo ada waktu terluang, kitaorang akan lepak together2. Jangan luper next Friday!

Nota kaki: Pulau Rebak selat selari, Tiga dengan Kuala Cenang, Sudah nampak sahabatku mari, Hati di dalam rasa senang...Nikmati kebahagiaan bersahabat, ok?

Hectic...

Salam...

Ni adalah meja kerja aku kat opis. Bersepah kan? Ni adalah keadaan meja pada hari Khamis, 29 April 2010 sejam sebelum aku gerak ke Teluk Batik. Keadaan meja ni lagi horror selepas aku balik dari Teluk Batik jugak! Terutamanya hari ni! Hmm...hari ni seharian aku kat opis, dari jam 10.45 pagi sampai 7.45 malam. Kojo banyak seyyy...silap2 esok aku sambung lagi kat opis, ni pon wat balik kojo gak ni. Sejak balik dari sana jugak, aku tak cuti2 lagi, kiranya dah 2 minggu aku kojo direct, nak wat camner...awal2 bulan ni, banyak report nak kena wat, internal audit plak datang, bos cuti bersalin, assistant cuti kawen 2 minggu, kalo Exec aku tak sempat wat kojo, aku jugak kena cover sikit2 sampaikan aku questioned balik one of my big boss bila dia cakap, aku kena support staff aku kalo dia lambat, aku tanya balik soklan nih, " Abis tu, kerja2 saya saper nak buat, cik?" Terus terdiam 2nd man itew...selamba jer aku tanya kan?

Dah la kerja2 bos aku, dia tak sempat nak handover bila tetiba bersalin, 'sakit' aku seyyy nak keep track balik mende2 yang aku tatau progress nyer apa, tak pasal2 aku temporarily kena cover Training Section jugak. Pasal manpower status pon, definitely aku. Moral of the story, since pertengahan April, bley la di simpulkan aku sort of cover 4 orang punye kerja, tak tercirit ker? Tapi tu lah, macam biasa, redah jer...Mentally tired toksah citer la, tapi mujur la aku suka wat kerja aku sekarang, cuma membebel sekali sekala tu, biasak la...Wah, dah nak masuk 5 bulan aku kat company ni, bulan depan dah abis probations, tatau la confirm ker, extend ker or terminate, scary arhhh...banyak tatau lagi nih...

Nota Kaki: KPI saya tahun ini adalah untuk menjadi tunangan orang bulan September ini, bley?

Monday, May 3, 2010

Hepi Besday, Bro!

Ex-tutorku, Abang Ejat,

Selamat Hari Lahir ke 38 tahun! Semoga berjaya menghabiskan Bachelor Degree in Performing Arts (Drama) tahun ni, amin...(sure score punyer nih...), usia tidak menghalang kita untuk menuntut ilmu, ok? Semoga sentiasa murah rezeki, ada masalah kita boleh share, takde hal punyer, I'm willing to listen, he3x...(walaupun ko selalu ngata aku "Eeeeeee...pompuan giler...", ha3x...). Thanks for being a good elder brother masa ku study kat ASK dulu (sebab ko yang sudi hantar aku balik tiap kali abis production kat Matic dengan naik Wira Aeroback kaler grey plat no WJV 5472 sebab aku fobia kena kacau ngan orang gila seks, isk3x...). Aku jugak masih ingat ko pernah sepak punggung aku taim tengah rehearsal Teater Klasik 'Taufan' sebab aku 'terleka' tak ingat skrip, hu3x...Dan jugak, ada satu kali aku sangat bengang ngan ko, lalu aku merajuk tamau bercakap ngan ko, taim break ko datang makan dekat ngan aku sambil tanya," Awak marah kat saya yer?" Ha3x...kelakar kalo ingat balik sebab taim tu aku memang cover habis tamau kasik ko tahu yang aku memang tengah majuk ngan ko, ha3x...(gelak ala2 Siddiq Segaraga!) Dan aku jugak masih ingat betapa terkejutnya aku bila dapat sms dari ko yang menyatakan best friend ko, arwah Abang Mie meninggalkan kita semua (masa tu aku terngiang2 statement arwah yang nak tolong buat alas dulang hantaran untuk wedding aku nanti, isk3x...) sebab beberapa minggu sebelum tu, ku sempat tanya khabar dengan arwah pasal kesihatan dia. Eh, ternostalgia plak aku. Btw, hope our friendship kekal sampai bila2, kalo ada masa saya memang akan gi tengok show2 ko sebagai tanda sokongan (ku sempat tau tengok 'Ribut' ari tu!). Oh ya, nanti ku belanja ko karaoke, yeah! Kita ajak yang lenlain skali!

Nota Kaki: Masih ramai yang ingat aku ni anak bongsu, yang ada ramai abang atas aku, he3x...so 'budak' meh aku ni?

Penat Tak Hengat...

Salam...

Hu3x...lama tak update, aku sibuk dan penat tak hengat! Actually, aku baru balik dari Teluk Batik malam tadi setelah 4 hari 3 malam berkampung kat sana, ada company event. At the same time, kerja pun memang tengah banyak, memang hectic. Hari ni pon terus masuk kerja walaupun kepala dah 'ting tong' sebab tak cukup tidur, sakit kaki lagi, memang exhausted. Mujur la sebelum gi ofis, aku amik 2 sudu teh Jus Tok Guru n lepas breakfast sejibik multivitamin. Itu jer la yang support aku sikit. Memandangkan hari ni bos2 besar semua pi HQ coz derang ada meeting ngan GCFO, so tepat 5.30 petang, kitaorang cau, yeah! Masing2 muka toya kepenatan...Ok lah, aku nak mandi dulu, apa yang aku wat kat Teluk Batik, ku citer kemudian, tapi so enjoy sebab 127 staff yang pegi, semua kepala gila2 dan sporting, best! best!

Nota Kaki: Cik Pya saya sudah pandai menyanyi 'Tanya Sama Pokok' walaupun baru berusia 2 tahun 9 bulan, kagum! Btw, Selamat Hari Pekerja!