Sunday, May 9, 2010

Jejaka Pertama! Eksklusif!


Salam...

Kebabow! Eksklusif nih! Tadi aku citer pasal menantu Cik Zah kan? Wooooo....rileks! rileks! Bukan bermakna aku dah jumpa bakal menantu Cik Zah, ok? Yang aku nak citer kat sini, kat celah2 4 orang jejaka terpampang itew, memang ada terselit sorang mamat yang first sekali aku suka dalam hidup aku, gitew! Aku suka mamat ni sejak aku Form 5, tapi kitaorang start kenal penghujung tahun 1993. Parents aku, adik beradik aku, kawan skolah aku, kawan2 UIA aku, kawan Jusco MV aku, tau jer betapa sukanya aku kat mamat nih, muahahaha...

Kenapa aku suka dia? Hmm...dia seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab; terutama pada keluarga. Walaupun orang cakap lelaki sebaya tak matang, tapi dia laen, dia lagi matang dari aku yang childish, kuat majuk segala ni, ha3x...Lagi satu, knowing him, dia seorang yang berjimat cermat (Cik Zah suka tuh!) Oh ya, kitaorang takde apa2 hubungan tau, melainkan rapat as sahabat baik jer. Alah, macam cerita Kuch Kuch Hota Hai tu...aku la yang watak Kajol jadik Anjali tu! Sebab masa aku kenal ngan dia, memang aku ala2 tomboy cuma aku tak main basketball jer. Tomboy jiwang, sengal! Muahahahaha...Dia tau aku suka kat dia sebab pertengahan tahun 1995 tu, memang aku ada cakap ngan dia, aku hantar kaset, ha3x...ni semua pengaruh filem 'Kekasih Awal dan Akhir' lakonan Zizie Ezette taim tuh! Btw, itulah kali pertama dan terakhir aku cakap yang aku suka kat seorang lelaki. Lepas dari tu, until now, kalo aku suka, aku simpan jer feeling tu dan yang tahu pon, kawan2 rapat jer.

Kitaorang kawan lama, dari zaman skolah, zaman universiti (dia ex-UTM, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah, ingat lagi nih!), zaman kerja sampai la dia dah kawen dan jadik ayah pada sorang anak perempuan pon, kitaorang still baik. Tapi yer lah, status dia dah bertukar kan, so kena la behave accordingly. Hmm...aku ingat lagi, minggu pertama bulan puasa tahun 2004, dia nak sangat jumpa aku sebab taim tu dia baru kehilangan arwah tunang yang sangat di cintainya. Dia nak jumpa aku sebab dia perlukan sokongan dari seorang kawan dalam keadaan dia yang sedih taim tu. Memang kesian la tengok dia taim tuh...Oh ya, gambo yang kat atas ni, aku ciluk kat dalam Facebook dia sebab dia pernah kasik aku gambar ni jugak bila dia grad tahun 2001 kalo tak silap, ngeh3x...Dia jemput aku gi kenduri kawen dia tahun 2007 kat Ipoh, tapi aku tak sempat pergi sebab taim tu aku ada kerja kat KL. Wife dia cantik, muka lembut jer.

Paling last aku contact dia masa aku sms wish besday dia 23 Januari lalu, dia sempat tanya, "Bila ko nak kawen nih?" Adehhhh...tunggula anak ko besaq sok, leh jadik flower gurl wedding aku, bley? Hurmm...kalo tak silap dah 16 tahun 5 bulan la usia persahabatan kitaorang, lama jugak tu kan? Btw, semoga berbahagia di samping isteri tercinta dan anak kesayangan, sukses dalam kerjaya yang memang idaman ko sejak sekolah lagi dan juga anak yang baik pada parents ko. Aku ingat lagi lagu yang pernah ko kasik kat aku tahun 1997, "Jangan Ada Benci-Casey", berserta sekeping kad raya dan 4 helai surat bertulis tangan kertas kaler biru itew, muahahahaha...Cerita budak2!

Nota Kaki: Masih sendiri...

No comments:

Post a Comment