Monday, July 19, 2010

Weekend Seorang Dara...

Salam...

Last Saturday, 17 Julai 2010, aku membawa diri agak jauh dari Kuala Lumpur. Gi tido khemah dan mandi air mineral dari gunung, yeah! Actually, since last week, aku tak sure pasal apa, macam takde mood jer, tubuh pun lesu, kalo kat ofis, aku macam takleh fokus langsung dengan kerja, fikiran aku kosong. Ada mende yang aku fikir maybe, tapi tatau apa. Tapi bila jadik cenggini, memang selalunya ada la yang hati aku terusik ker, fikiran terganggu tanpa aku sedar. Dan keadaan tu masih berlangsung sehingga ke hari ni; fikiran ku kosong walaupun orang tengok aku gelak ketawa macam biasa.

Aku memenuhi jemputan kakak senior sekolah menengah aku-Kak Elen, gi lepak2 kat Adventure Community, Sukabumi, Rembau. Tempat ni milik husband dia. So, kitaorang just bayar RM 30 jer; aku angkut sekali Kache ngan Yie. Kitaorang gerak dalam lepas Zohor dari KL. Tak susah sangat nak carik tempat ni, just exit Simpang Ampat, then ikut Taboh Naning, dah sampai, memang sempadan N9 dan Melaka. Oh ya, Kak Elen ni satu dorm ngan aku masa aku Form 1, dia Form 2. Pastu, dia kuar after SRP, langsung tak jumpa dia dah sampai la dia add aku kat Facebook last year. Dia photographer, dah ada Masters pon in Photography dari UiTM. Dah pernah wat pameran solo kat Bangsar last year. So, sesaper nak guna khidmat dia, leh la aku kasik contact number, he3x...Wat promo plaks.

Waaaaaahhhhhh!!! Jangan tak caya, ni gambar aku tengah berenang, ok? Aku sendiri pon tak percaya, muahahahaha...Perkara yang aku tak pernah terfikir dan aku takut nak buat, now aku dah leh wat sikit2 walaupun tak terer. Actually, lepas siap2 pasang khemah segala, dalam kol 5 petang tu, semua pakat dok berendam dalam kolam, syok giler! Air dari gunung plak tuh, sampai ngilu2 la dada aku sebab bley tahan sejuk. Dekat2 nak pukul 7 tu, Pakcik Nor yang jaga tempat ni, tanya kat aku, Yie dan Kache reti berenang ker tak. Sebab kitaorang tatau, dengan senang hati pakcik tu ngajar kitaorang, free2 jer. Dia soh wat floating, yang terbaring dalam air tu, tapi aku memang FAILED! So, Pakcik Nor soh try dengan cara telangkup muka dalam air sambil cuba bernafas ikut mulut. Aku pon try dan I did it, beb! Tangan kaki semua dah gerak sikit2 dan Pakcik Nor cakap lagik, kalo aku rajin praktis, memang konfem aku leh berenang sebab taim aku try tu pon dah nampak smooth cuma kaki aku still kena improve. Terus aku meroyan nak berenang sampai ke Maghrib, muahahahaha...Pakcik Nor memang galakkan kitaorang belajar berenang sebab dia kata skill ni penting. Dia ajar memang senang faham, serius tak tipu! Hmm...dah berangan nak amik diving licence nih....lalalalalalalala...

Pakcik Nor kata, memula nak belajar berenang, lagi senang kalo bukak baju. Tapi biar la Yie sorang jer yang wat, but not me, he3x...Kang terbukak 'hijab' aku kang, haishhh!

Qaisyyyyyy!!! Anak kedua Kak Zura, derang satu family dari Ipoh, hu3x...Qaisy ni umur 4 tahun, sangat banyak cakap sebab tu aku pantang nampak kelibat dia, mesti nak kacau dia. Dan dia memang suka menjawab soklan2 yang kita tanya. Antara soklan aku, "Qaisy minat Lady Gaga tak?" Dengan konfiden senyum panjang lebar dia jawab, " Minat! Qaisy dah add dia dalam Facebook!" Adehhhh..."Besar nanti Qaisy nak kerja apa?" "Hmmm...Qaisy nak jadik pirates! Qaisy nak tembak dua2 telinga orang biar derang pekak!" Huh! Sangat pengaruh media! Qaisy jugak bley berbahasa Mandarin sikit2. Aku pon tanya, "Qaisy, cuba cakap Cina?" Dia pon lantas menjawab, "CINA!" Muahahahahahaha...Loyar buruk ini budak! Qaisy ada baby umur 8 bulan nama Qaer. "Kenapa Qaisy tak bawak baby datang sini?" "Kalo bawak baby, nanti dia buat bising kat sini, baby tinggal ngan Opah." Sesungguhnya, melayan kanak2 itu, satu theraphy yang sangat menghiburkan!

Ini Lukman, anak Pakcik Nor yang berusia 3 tahun setengah. Giler pandai berenang nih! Aku tak tipew! Dia tak main mandi kat tepi2 kolam takat dalam 4-5 meter nih...Dia punyer level tuhhh...yang dalam 8 dan 9 meter! Ko mampu??? Dia punyer speed kalo swimming, macammm...Hah! Kowang pernah tengok memerang berenang dalam air? Macam tu la lajunya, sangat licik! Suka bergambar gak nih, pantang nampak kamera, terlari2 dia nak bergambar, he3x...

Ini adik Lukman, Nisa, berusia 2 tahun setengah. Ni pon pandai berenang. Sangat tidak takut air, tak takut tergelincir segala. Dia bley berlari2 tepi kolam dan terus lompat ke kolam yang ke dalamannya 8 meter dengan sangat selamba! Tenggelam seketika dan tup2 muncul kat permukaan air. Kalo dia penat, dia akan floating yang ala2 baring atas air tu dengan tangan kiri kanan di depakan sambil kedua2 ibu jari tunjuk tanda best! Itu maksudnya dia cool dan tengah rileks, wawawawawa...Memang sempoi ini budak! Masa kitaorang tengah bukak khemah, dia lalu dan tanya, "Nak alik dah ke?" Ramah dan suka posing!

Ni anak sulung Kak Elen, Danial Fitri, umur 7 tahun. Danial ni tak banyak cakap dan sangat quiet. Untuk pengetahuan, Danial ni dah pernah buat pameran fotografi Bicara Alam kat Galeri Shah Alam, kalo tak silap Februari ari tu. Ada 30 hasil kerja fotografi Danial ni di pamerkan dan di rasmikan Ketua Pengarah Pelajaran. Hmmm...ke mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi kan? Parents Danial, dua2 jurugambar profesional dan dia dah berjinak2 amik gambar sejak usia dia 4 tahun. Dan sejak itu, mana2 pon dia pergi, Nikon D100 sentiasa bersama ngan dia. Menurut Kak Elen, Danial ni suka amik gambar apa jer yang cantik terutama pemandangan dan perempuan. Dia juga berbakat besar dalam melukis. Ayah dia kata, Danial strong dalam melukis, tapi mama dia cakap plak, Danial strong in photography, he3x...pening2...Hmm....minat melukis dan fotografi ni mengingatkan aku pada sorang kawan rapat aku tuh, he3x...

Amjal, abang kepada Lukman dan Nisa, juga terer swimming. Dia yang akan bertanggungjawab jaga adik2 dia kalo berenang kat kolam tu. Budak2 nih, dah penat mandi kolam, gi main pasir plak kat sungai kecik ni, memang meriah!

Akhirnya kitaorang bertiga jer yang datang. Sepatutnya ada lagi 3, 4 orang tapi tak muncul2 sebab yer lah, masing2 dah ada family, beranak pinak segala, susah la siket kan. Segan aku di apit kedua2 hot mama yang masih cun melecun walaupun masing2 dah ada anak 2 dan 3 orang. Macam Kak Zura tuh, perghhh! Anak 3 tapi macam cun macam anak dara lagi tuh...Masa aku Form 4, dia Squad Leader Kadet Polis skolah aku, then, lepas dia abis skolah, aku plak yang ganti, gitew!

Sempat singgah beli rambutan kat Tabuh Naning untuk pot luck tengahari tu kat Setapak. Kakak yang meniaga tu sangat ramah yang teramat. Takper, kak, ku tolong promo gerai ko dalam blog nih, free jer. Muka aku memang sesuai jadi duta produk kan kalo amik gambar dari sisi tepi, ngeh3x...Tapi produk2 yang berasaskan makanan la...

Adrinnnnnn!!! Si comel yang pemalu dan sangat sweet, tapi banyak jer cakap kalo borak ngan dia. Hujung tahun ni dah nak masuk 3 tahun. Mamanya kawan aku masa kat UIA, satu kelas ngan aku masa amik English Level CCU, hik3x...Ayah Adrin pulak, aku first taim kenal masa aku wakil UIA ke Pekan Teater Selangor tahun 1999 kalo tak silap, senior aku 2 tahun. Adrin memang mirip ayah dia kecuali warna kulit, he3x...Kot2 Along terbaca nih, jangan marah aaaa..."Adrin, papa mana?" Cool jer dia jawab, "Dubai!"

Hik3x...ada sesaper kenal tak mamat pakai t-shirt kaler merah itew? Kalo tengok fizikal, aku rasa macam cloze frenz aku tuh...tapi aku jadik musykil sebab dalam gambar tu, mamat tu nampak comel siot sebab kulitnya bak telur di kupas, siyes! "Yie! Yie! Cuba ko tengok jap saper dalam gambar nih?" Kurus giler seyyyy...

Pon sepatutnya, beberapa yang laen join we all, tapi akhirnya bertiga jugak! Ni sesi bergosip di meja makan. Nazli memang sangat CNN, TERBAEKKKK!!! Hopefully, ko berjaya tamatkan DBA dengan cemerlang, beb! Mesti Encik Mohamad sangat bangga dengan ko! Jangan luper jemput kenduri kat Kuala Terengganu, aku nak gi! Aku nak gi! Aku dah terbayang Setiu nih, hik3x...

Tunggula aku beli umah dalam masa 2 tahun ni, nanti aku ajak kowang datang umah plak ek? Kowang datang masak umah aku, amacam? Untuk Adrin, nanti Aunty bawak jenjalan gi The Curve, tapi naik Kenari jer la, tak mampu lagi nak pakai Honda Jazz, isk3x...Tak pon, kita swimming kat bawah apartment Adrin tu jer, ok?

Nota Kaki: "Terimalah seseorang seadanya, kebaikannya di syukuri, kekurangannya di redhai...Erti sebuah perkahwinan..." Saya telah berjaya menghabiskan buku Aku Terima Nikahnya pada weekend ini juga, syabas!

2 comments:

  1. Tu memang gambar aku. Along kat tengah. Faizul kat sebelah kiri dia. Aku cerah skit dulu, sebab jarang gi pulau. Skrg ni makin gelap dah. Then parut jerawat takyah criter la, makin prominet. Aku rasa aku dah tua... eh, rasa ke, memang hakikat?
    takpe, hope with age, comes wisdom.

    ReplyDelete