Tuesday, July 13, 2010

Ikut Suka Kowang Nak Letak Title Apa..


Salam...

Sudah ku tinggalkan cemburu
Di sudut kamar gelap
Sudah ku hanyutkan duka
Pada sungai kecil yang mengalir daripada mataku
Sudah ku khabarkan lewat angin gerimis
Mengenai segala catatan hati
Yang terhampar pada setiap jengkal sejadah
Dalam tahajud dan sujud panjangku

Saat cinta berpaling
Saat hati menjelma serpihan-serpihan kecil
Saat huru hara terjadi
Saat ujian demi ujiannya terasa terlalu besar
untuk di tanggung sendiri
Ke manakah seorang isteri mahu mencari kekuatan
Supaya hati mampu terus bertasbih...

Wahai suami...kamu adalah pelindung utama buat isteri
Wahai isteri...kamu adalah inspirasi kejayaan dan kebahagiaan buat suami
Suami dan isteri adalah gabungan 2 insan yang bersatu dengan akad suci...

Nota kaki: Perkahwinan merupakan anugerah Allah SWT kepada insan terpilih. Pasangan pula merupakan amanah Allah SWT, maka sewajarnya segala isu yang timbul dalam perkahwinan perlu dikembalikan dan di kongsi dengan Allah SWT. Allah sendiri ada menyebut dalam kalamnya bahawa pasti ada kebahagiaan dalam perkahwinan bagi mereka yang mahu berfikir. Jangan gaduh2, ek. Selamat beramal, he3x...

No comments:

Post a Comment