Sunday, July 25, 2010

Tiring Week...

Salam...

Minggu ni adalah minggu yang sangat memenatkan mentalku, siyes! Dan this week jugak, aku rasa masa sangat cepat berlalu. Dan perkara2 yang membuatkan aku sangat penat mental adalah kerja2 opis. Banyak sangat mende nak wat; 2 hari aku conduct interbiu kat salah satu subsidiary group yang bakal close down, sangat membuatkan otak aku letey yang teramat. Meja aku usah citer la, bersepah gilo ngan fail2 segala. Semalam hari Sabtu, dari pagi sampai ke Maghrib kat ofis, tu pon, ada tak siap lagik. Siap bawak balik 2 paper bag kerja tapi sampai jer umah semalam, dalam 9.30 malam aku dah tertido sampai ke pagi. My Kache sempat pesan, "Esok Ahad, rehat sajalah, budak...tak perlu fikir kerja."

Hari ni Ahad, bangun pagi, aku basuh kain macam biasa, sidai kain segala, then siap2 nak gi kelas muzik. Sempat breakfast nasi dagang dulu. Pagi ni sempat mencarut dulu kat sorang pakcik tu sebab dia kurang ajar ngan aku, memang sial! Memang kuat sangat aku jerit perkataan 'bxxx' tu kat dia, tapi dalam kereta jer la. Pastu, wife dia ada senyum segan ngan aku bila turun kereta, tapi aku leh balas ngan muka kerek tanpa senyum yang sangat takde perasaan. Then, taim aku nak naik ke kelas, bertembung lagi depan2, aku leh terus alihkan pandangan aku ke tempat laen, ok tak? Ok jer kan? Dan semua ni sebab parking jer!

Ayyo! Hari ni kelas muzik ku yang ke-8, sebelum 2nd audition Koir Kebangsaan 31 Julai depan. Takut seyyy...sebab aku tak ingat apa2 lagi. Cikgu aku tanya, kenapa dah 2x berturut aku tak datang kelas, so aku pun explain dan dia accepted. Yer la, sebab aku tak pernah tak datang lagi, so tetiba takde, mesti la dia tanya. Sebelum kelas start, borak2 jap ngan my classmates. Aku dengar citer, yang sorang mamat ni macam nak withdraw sebab this week dan next week nyer class dia takleh datang sebab ada komitmen laen. Aku rasa mesti dia tension sebab yer la, tup2 terus audition jer nanti. Hmm...aku pun tak terer lagik tapi aku redah jer taim audition nanti dan aku kena curik masa study dulu sblom audition tu. Memang la ada rasa tak konfiden (sebab notes still tak ingat lagi, isk3x...), tapi takkan aku nak 'patah balik' sedangkan aku dah kasik komitmen dengan attend kelas kan? At least cuba dulu. Taim audition nanti, cikgu aku terlibat sama ngan sorang konduktor koir tu kot. So aku rasa cool siket. Rasanya derang akan test dari segi rhythm, pitch segala. Participation, attendance dalam kelas pun akan di ambil kira. Aku kalo bab2 theory ni, aku leh la sikit2 tapi practical memang kureng, he3x...Dan lega, derang takkan test bab2 menari, he3x...Bukan apa, aku segan sebab taim ni yang evaluate aku semuanya lelaki, he3x...Mak malu, uols! Masa nak start kelas tadi, aku sempat tanya kawan sebelah aku, Miss L, yang umur dalam 30-an, tua siket dari aku dan still single. Aku tanya dia,"Dah study?" She replied, "Adala siket..." Actually sblom tu, aku macam perasan, dia nampak lain dari kebiasaan. Then, lepas aku tanya, dia terus bukak buku, so aku pun bukak buku aku. Tup2, dia hulur satu kertas yang dah di koyak dari bukunya bertulis cenggini, " My mom masuk hospital, dia sakit. After class, I kena balik Melaka. I have to be strong!" Gulp! Aku macam tergamam, tatau nak reply apa sebab actually kitaorang borak2 gitu jer dalam kelas sebab dia pon wat HR macam aku. Tak sangka plak dia nak share ngan aku siket problem dia. Rupanya, mak dia sakit kencing manis, dah 3 hari masuk wad. Actually, dia baru jer balik dari Melaka tengok mak dia, then balik KL sebab kelas, then balik Melaka balik. Kalo tengok dia, memang nampak fikiran dia kat hospital. Taim2 cenggini, aku selalu muhasabah diri aku balik compared ngan life orang lain, macam2 aku fikir.

Oh ya, yang kat dalam gambar atas ni, Encik R, bos kat Melaka plant. Aku baek ngan dia sebab dia rajin tegur aku kat Facebook, rajin chatting ngan aku. Sangat fatherly maybe sebab dia ada anak dara 2 orang yang sedang meningkat dewasa. Best kalo borak ngan dia sebab kitaorang akan citer pasal drama2 Melayu, pasal family, pasal lagu2 lama, muahahahaha...Kartina Dahari-Sayang Di Sayang, Eddie & Hamidah Ahmad - Lagu Gembira & Mawarku, Latifah Omar & Nordin Ahmad - Gurindam Jiwa, Rafeah Buang - Disebut Jangan Dikenang Jangan, Bisikan Hati, etc, Sanisah Huri - Sejakku Bertemu Padamu, lagu2 duet Ahmad Jais, macam2 lagik, hu3x...Dia rajin kasik aku galakan pasal koir ni. Dan dia jugak soh aku blaja main golf, muahahahaha...Tengok jer yang spesis perut buncit ni, memang cepat jer aku teringat arwah papa aku, isk3x...

Hmm...dari segi kesihatan, cuma semalam jer aku rasa macam nak demam dengan selsema segala. Dan 2 weeks ago, aku sedikit terganggu dengan 'ketumbuhan kecil' kat salah satu anggota tubuh aku. Aku perasan since taim besday aku tu tapi wat cool lagik. Tapi semakin membengkak masa 20 Julai ari tu. Sakit gak terutama bila aku tunduk, bergerak segala. 'Kak Bidan' aku soh try mandi air sireh. Soklan Sha Tuyee paling best," Beb! Ada 'benda halus' masuk ker?" (bila dia tengok aku bawak balik daun sireh, muahahahahaha...) "Takper, bukan kanser kan, beb?" Owh, mujur ko berpendapat sama macam aku! Phewwww...Btw, untuk Nat & Sha Tuyee, kowang memang kawan yang baik, terutama bab2 nak menenangkan emosi aku, tenkiu!

Nota kaki: Belajar bertenang...


No comments:

Post a Comment