Hik3x...ni adalah faveret dialog yang Uda ucapkan pada Dara yang paling aku suka ketika aku menonton Teater Muzikal Uda & Dara kat Istana Budaya malam tadi. Sangat la puitis dan romantis. Dan lagi best, bila dialog ni turut di 'quote' atas poster Uda & Dara dalam buku program yang ku beli RM 10.
Actually, aku tak pernah pun baca naskhah ni. Sekali pon tak pernah. Tapi berdasarkan maklumat, naskhah ni bermula dari sebuah puisi yang bertajuk 'Gadis Di Kuburan', dan berkembang menjadi cerpen, drama televisyen dan akhir sekali 'Muzikal Uda & Dara' pada tahun 1972, which taim tu teater muzikal yang pertama di Malaysia. Dan kesemuanya adalah hasil nukilan Allahyarham Dato' Usman Awang. Dan teater muzikal yang pertama dan yang sedang berlangsung di Istana Budaya sekarang ini, masih pengarah yang sama iaitu Dato' Rahim Razali. Penerbit Eksekutif teater ini ialah UA Enterprises Sdn Bhd; kalo tak silap aku, anak pada Sasterawan Negara tu juga. Bagus jugak di pentaskan bermula 10 Julai - 20 Julai sebab 12 Julai tu tarikh lahir arwah Usman Awang, which is sama tarikh lahir dengan aku, hik3x...
Well...semua dah maklum yang pemain watak Dara adalah Misha Omar dan Uda yang susah giler nak dapat tuh, berbulan2 carik tak jumpa sampai la sebulan sebelum pementasan baru jumpa, menjadi milik pelakon Razali Hussain. Basically, naskhah ni merupakan kisah cinta yang tragis. Seorang anak tani bernama Uda di lamun cinta dengan seorang gadis berada bernama Dara. Tema cerita berlatar belakangkan suasana hidup di kampung yang aman penuh dengan adat dan budaya Melayu yang santun.
Tapi tu lah, bercinta ni bukannya jalan mudah kan...apatah lagik melibatkan soal darjat; maka tak dapat larik mempersoalkan harta dan wang ringgit, kemewahan segala. Apabila ini di persoalkan sesetengah pihak terutamanya golongan yang berada, maka suasana aman menjadi huru hara dan semuanya berpunca dari cinta murni sepasang kekasih yang tidak di restui. Walau bagaimanapun, masyarakat petani miskin kampung tersebut nerestui dan menghargai percintaan mereka dan berharap impian Uda & Dara untuk sehidup semati bersama tercapai. Yang menjadi halangan ialah dari pihak keluarga Dara iaitu Ibu Dara (lakonan Betty Banafe) dan bapa saudaranya Alang Bakhil (lakonan Mazlan Tahir).
Komen saya? Hmm...not meet my expectations! Frankly, ku sedikit kecewa, takde rasa kepuasan yang total bila menonton. Rasa tak puas sebab naskhah yang bagus tapi bila menonton feeling tu takde sangat untuk menghayati cerita dan tak excited nak tunggu dari satu babak ke babak lain. Nak plak, ada kesilapan teknikal selama 20 minit dan pementasan terpaksa di berhentikan seketika. Owh, sangat kacau mood, apatah lagik kitaorang gi tengok taim malam pembukaan, ok? Dari segi rekaan set, takdela grand sangat, biasa2 ajer. Dan banyak di ulang pakai sebab latar tempat repeated contohnya; tempat dating Uda & Dara, umah Ibu Dara, tempat masyarakat petani berkumpul, etc.
Dari segi kostum, owh, sangat kesian pada Dara sebab sebagai heroin, dia cuma pakai baju yang sama dari mula sampai habis! Aku rasa penari pengiring lagi banyak tukaq baju. Dan taim watak Utih (Rosdeen Suboh) keluar sebelum ending tu, aku rasa kemeja yang di pakai tu tak kena zaman; plus kat dalam tu nampak dia pakai t-shirt merah. Btw, aku tertarik dengan baju kebaya potongan kembang yang di gayakan Ibu Dara dan Ibu Uda dalam teater ni. Tapi aku tak sure ni costume negeri mana. At least kalo aku tau, aku leh agak jugak la latar tempat cerita ni kat negeri mana kan? Material kostum, aksesori Ibu Dara dan Alang Bakhil at least berjaya menonjolkan derang ni dari golongan berada. Owh, tang rambut panjang palsu yang Misha Omar pakai tu, aku rasa dia telah menjadi 'fashion victim'! Sangat tak sesuai dan nampak sarat untuk dia yang bertubuh rendah dan baju yang berlapis2 kembang yang dia kena pakai, dengan selendang lagik, phewww...Tapi aku patut bangga sebab warna costume dia sama ngan warna tudung n baju kurung yang aku pakai malam tu, yeay! "Dara" sangat!
Dari segi audio, agak kureng, suara tenggelam timbul. Tapi lagu2 dalam teater muzikal ni pada aku best! Tak boring dengar. Sebab bahasa, dialog yang di gunakan dalam teater ini sendiri memang halus, sopan beradab, puitis, berirama segala, so sama jugak dalam lirik lagunya. Cuma sometimes aku rasa pronounciation Uda, kurang kedengaran, maybe sebab dia tak 'bukak mulut' kot. Memang tak clear. Dan taim menyanyi, aku kurang gemar bila Misha Omar buat bunyik 'menekan' tu, sound macam keras (walaupun kita dah biasa dengar dia nyer style nyanyi cenggitu...). Sebab untuk perwatakan Dara ni, aku rasa ciri2 lembut tu perlu ada. Dan bila aku cakap ngan Nat, part lembut tu maybe aku lagi sesuai dari Misha, dan ternyata kawanku tu sangat bersetuju dengan pendapat aku, wawawawa...
Tadaaaaaaaa....!!! Presenting to you...Mak Uda dan anaknya Uda! Muahahahahaha...Aku rasa dalam banyak2 karakter dalam teater tu, aku paling cemerlang menangani watak Ibu Uda kot sebab kalo berlakon teater, aku memang dah biasa bawa watak 'ibu'. Sesuai la ngan bentuk tubuh aku yang 'boom boom pow' ni. Ok, komen aku tentang watak2 dalam teater ni pulak ek:
Personally, aku tak terasa 'kechemistry-an' antara watak Uda & Dara lakonan Razali dan Misha. Tatau kenapa. Tapi dari segi fizikal, aku rasa ketinggian hero-heroin tu ok sebab aku memang suka kalo heroin tu rendah dan kalo berdiri, peluk hero ker, ala2 takat dada hero tu jer, ada sifat perlindungan di situ, I loike! Kira taste aku la, hik3x...Hmm...masa scene perchentaan Uda dan Dara yang memula tu, aku macam rasa tak best dengan perwatakan 'childish' Misha, rasa tak sesuai. Ku kira sifat manja, gurau senda dengan hero yang di lakon tu tak mencerminkan sifat wanita Melayu zaman itu yang sepatutnya ciri2 gurauan tu patut di sertakan dengan sifat pemalu yang amat, dan halus santunnya; walaupun Dara tu di gambarkan masih belum matang. Yang lain, aku kira Misha boleh improve dari segi pergerakan dia on stage, penguasaan pentas supaya nampak lebih 'strong and presence', gerak tari, selain bersandarkan kekuatan vokal nyanyian dia semata2. Part yang aku suka cuma masa dia menangis meratapi kematian Uda yang mati di bunuh, taim tu nampak bagus feel dia.
Uda di tangan Razali Hussin, ok jer. Dari segi fizikal, ada la ciri2 hero tapi still tak nampak 'strong'. Bersilat cantik, movement sharp, lontaran dialog tu rasanya kena improve lagi la, bro! Suara husky mu itew sungguh best di dengar, rasa sexy, hik3x...Aku suka part dia bergurau dengan Dara tu, kiut giler! Dan lagi bila everytime Dara memanggilnya begini..."Bang Uda..." dan dia membalas, "Hmmm..." dengan perlahan dan lembut sambil memegang dagu atau membelai rambut Dara, GILER SUKA AKU! Sangat bersifat sedia mendengar dan melayan karenah manja si kekasih.
Watak2 pembantu yang aku kira menonjol adalah Malim; kawan baik Uda lakonan A. Aris A. Kadir, Utih lakonan Rosdeen Suboh dan Alang Bakhil lakonan Mazlan Tahir. Tak heran la kan sebab derang memang banyak experience dalam teater. Penampilan Betty Benafe sebagai Ibu Dara juga walaupun sekejap, tapi acting dia tak mengecewakan. Begitu juga Ibu Uda (owh, lecturer UiTM rupanya dia...). Aku suka bahasa yang Ibu Uda guna taim dia memahami maksud Ibu Dara menolak lamaran Uda sebab darjat. Masa dia minta izin nak balik, Ibu Dara berbahasa ngajak dia stay dulu untuk makan sirih berkapur. Ibu Uda menolak dengan menyatakan, " Tak mengapalah, pijar rasanya tekak kita bila makan sireh berkapur, panasnya terasa sehingga ke dalam hati..." Giler halus bahasa tu, weh!
Hmmm...apa lagi ek? Maybe kalo naskhah ni tidak di muzikalkan, aku rasa feel untuk merasai tragiknya cerita ni lebih berkesan, seperti mana macam aku tengok Sri Mersing. Sebab kisah ni di gambarkan kisah cinta tragik, tapi 'jiwa' tu tak sampai pada aku. Contohnya, scene masa Uda dan Dara berpisah sebab Uda ke kota mencari wang ringgit dan emas, then bila jumpa balik, aku tak rasa sangat feel sepasang kekasih tu menanggung rindu yang sarat. Tak leh predict berapa lama derang berpisah. Tak di gambarkan betul2 sebab adegan sblom tu lebih kepada isu darjat, harta oleh Alang Bakhil dan Ibu Dara dan masyarakat petani. Cuba kalo ada adegan yang sesuai menunjukkan bagaimana keadaan Uda dan Dara selepas berpisah, maybe kita leh follow 'feeling' tu bila derang jumpa balik, melepas rindu sekejap tup2 derang kena serang dengan orang2 Alang Bakhil dan Uda mati di bunuh ketika Dara mencari pertolongan. Baru ada rasa kisah cinta tragik! Chewah! Banyak songeh plak aku kan? Tapi oklah...cuma aku rasa, based on performance Elly Mazlein dalam Sri Mersing, dia sesuai bawak watak Dara ni. Dan untuk watak Uda, aku memilih pelakon Zul Huzaimy Marzuki.
Sekian ulasan dari saya yang kodok nih...(hampir 2 jam aku ngadap laptop ni weh...)