Friday, May 21, 2010

Salam Sabtu!

Salam pagi Sabtu!

Wahhhhh! Best betul golek2 pagi ni dalam keadaan cuaca kat luar hujan turun renyai sebagai tanda "Eh, gi la sambung tido...apa susah2 bangun awal!" Cadangnya nak gi ofis, tapi bila Assistant aku sms advice datang lepas lunch sebab kat ofis ada wat floor scrubbing, wah! lagi malas la aku nak gi ofis kan? Nak plak kepala aku macam 'ting tong' sikit sebab malam tadi, aku lepak ngan Ayah Pi dari jam 11 malam sampai 3 pagi kat NZ Wangsa Maju, wawawa...Hairan bin ajaib macam mana 2 orang yang pendiam bley borak sampai 4 jam kat kedai mamak kan? Kalo Abang Nazim join, mungkin kitaorang akan sembang sampai Subuh sebab dia sorang jer yang akan mendominasi sesi itu, ngeh3x...Manakala aku ngan Ayah Pi akan menjadi panel juri seperti biasa...Kalo aku cakap mesti korang tak caya, tapi kalo 'geng2 pulau' ni berkumpul, memang Sha Tuyee juga mengakui aku la ahli yang paling diam sekali dalam grup! Thanks Sha atas pengiktirafan mu itew!

Cerita pasal 'geng pulau', next week, kitaorang akan bertolak ke Pulau Lang Tengah, Terengganu. Owh, sungguh teruja bila melihat air laut yang membiru itu. Walaupun aku tak reti berenang, gayat snorkeling dan berkemungkinan besar aku akan jadik 'Supervisor Boat' jer, tapi sebab nak gi bercuti ngan kawan2 kan, mesti la rasa syok! Kat sana, kitaorang akan stay kat Lang Sari Resort, semua dah siap booking oleh Cik Puan Organizer, saper lagi kalo bukan AKU! Cuma ada rasa terkilan sikit la bila beberapa orang ahli asal tak dapat join sebab masalah2 tertentu, isk3x...Kecik ati aku tau! Dah berangan ni nak bawak dress putih, amik gambar tepi pantai, suka! suka! (tu pon kalo larat dan bergantung pada kulit wajah kalo still leh maintain tak tukar kaler, haishhh!)

Seminggu lepas gi Lang Tengah, awal Jun, insya Allah, aku ada company event kat Rebak Island Resort, Pulau Langkawi. Aku macam tak percaya bila CEO aku confirmed nak wat kat sini sebab bajet kitaorang nak wat kat hotel2 area Shah Alam or Subang jer. Tapi giler mahal harga resort nih...kalo tak silap the one and only 5 star hotel kat Langkawi, private island lagik, menghadap Laut Andaman kalo tak silap. Company aku ngan resort ni memang 'adik beradik', selain Lake Kenyir Resort n Spa. Lenlain, nanti aku citer kemudian, ok?

Oklah, ku mahu mandi. Jap lagi nak gi tukaq tayar, next week dah nak jalan jauh. Kowang tau tak, dah 2 bulan kot aku selamba mak nenek bawak kereta dengan 2 tayar dah 'botak', ayyo! Cau cin cau!

Nota kaki: Tahniah to Encik Zul OCC dan twin aku Jie @ Kuantan atas kelahiran ahli keluarga baru! Best kan ada baby, syoknya! Patut la sehari sblom tu aku mimpi aku mengandung, rupanya derang ni dah dapat baby, he3x...

1 comment: