Saturday, April 24, 2010

Full Time Housewife!


Salam...

Pagi Ahad, 25 April 2010...now jam 10.30 pagi. Pagi2 lagi aku terjaga, aku dah terbayang2 kojo2 opis yang aku bawak balik sejak semalam yang aku tak sentuh lagi. Semalam dah 4 jam kat ofis, pastu agak2 tak larat sebab penat mental, dalam 2.45 petang, aku cau.

Aku baru lepas ngemas umah, tak lah ngemas beria, setakat menyapu sampah, susun rak buku dan cuci bilik air jer. Berpeluh2 aku, tapi natural sauna takper, kena usaha untuk susut lagik. Sambil2 menyapu, aku sempat online ngan salah sorang kawan lelaki yang rapat ngan aku yang bley di consider 'diari bergerak' aku, iaitu tak laen tak bukan, Bajet! Ha3x...aku dah cakap ngan ko, yang aku nak update dalam blog kan, hik3x...

Antara isi perborakan kitaorang ialah aku tanya satu soklan kat dia, sebab dia kenal aku lama, so mesti dia leh evaluate aku ni camner kan? So aku tanya dia, aku ni sesuai tak jadik Full Time Housewife sebab aku dah biasa kerja. Surprise betul aku bila dia cakap aku SESUAI! Aku surprise sebab majoriti kawan2 aku kata aku tak sesuai sebab sure aku boring nanti dok umah. Tapi Bajet cakap aku ni ada gaya jadik housewife yang ada part time bisnes sikit2 macam jual tudung ker, tak pon bukak nursery. Hu3x...tang nursery tu aku suka betul sebab tu antara mende yang aku suka and teringin nak wat; yang berkaitan ngan child development. Pastu dia cakap lagi, sebab umur aku dah 30-an, so aku sesuai ada 2 anak jer, wawawa...Hmm...masa aku 20-an dulu, aku nak 9 orang anak taw!

Tapi dah jadik 'remaja purba' ni, aku nak setakat 4 orang jer kot termasuk sepasang kembar bongsu aku, ha3x...Yang sulung, lelaki nama Akmal (maknanya sempurna), yang no2 pompuan nama Aisya (sempena nama isteri Rasulullah) dan kembar aku nama Amir dan Amira (maksudnya leader kan?). Wah, syoknya berangan! Suka! Suka! Aku nak ikut nasihat ustazah aku, menyusukan anak sampai umur derang 2 tahun, bley? Banyak benefitsnya; antaranya, tubuh ibu akan maintain, yeah! Dan jugak menjarakkan kelahiran. Oh ya, yang ni aku tak borak ngan Bajet ek?

Dia cakap lagi, aku sesuai ngan lelaki yang lagi tua dari aku (aiseyy...sebaya takleh ek?). Apa2 hal, dia cakap aku sesuai jer jadik full time housewife, I loike! Nowwa, dalam hal ini, ko lah idola aku, ha3x...Pengurus rumahtangga yang berjaya! Oklah, aku nak mandi dulu, basuh kain. Pastu nak gi makan nasi minyak kat Puchong, staff aku kawen. Babai!

Nota kaki: '"Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya dan Allah maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". Surah An Nur:32

Pasti ada suatu ketika, ada satu daerah dalam hati kita yang akan merasa sunyi walaupun di kelilingi ramai orang di sekeliling kita. Nabi Adam A.S dalam syurga pon memohon untuk seorang teman pengubat kesunyian lalu terciptalah Hawa dari tulang rusuk dia kan? Fitrah kejadian lelaki dan perempuan memang untuk saling lengkap melengkapi...

Friday, April 23, 2010

Idaman Kalbu?

Salam...

Huh! This week memang hactic ngan kojo, siyes! Aku rasa dalam minggu ni, 3 hari berturut2 aku balik 11 malam dan salah satu hari tu memang aku terasa nak demam, nak termuntah siap pening kepala pusing2 lagi, hu3x...Tapi aku tak lelah la plaks, maksudnya jadual ubatku memang tip top la aku jaga walaupun lately ni aku makin kerap minum ais, wawawa...(Baru tengahari tadi aku minum cendol, owh! lazat!) Oh, just now, aku makan rambutan jugak! Owh, jangan salahkan saya! Salahkan mild stress saya taw!

Ok, dalam stress2 kerja ni pun, masih sempat tergediks2 kat ofis borak certain2 issue. Aku wat kojo2 aku, sambil budak2 Compensation wat payroll. Topik best adalah cerita pasal boyfriend atau teman lelaki terutama bagi wanita2 bujang seperti saya, ha3x...Nak plak taim2 tengah serabut ni, perasaan nak ada boipren tu agak menebal dan sesuai di gunakan dalam situasi saya yang berikut:

1. Act as a 'kaunter pengaduan awam' di saat mulut aku ni tak sabar2 nak berceloteh for the sake of release, he3x...sebab bila dah ngadu, aku akan boleh sambung wat kerja macam biasa. Tapi mati kering la dia tak mau layan aku kalo dia pon tengah kojo gak, ngengada la pompuan ni!

2. Membuat surprise yang tidak di duga (atau saja buat2 terkejut...). Contohnya, taim tu aku tengah serabut wat kojo kat ofis, jam 9 malam (tak reti2 nak balik ker?) then dia called, "Awak! Awak kat mana ni?" Lalu ku jawab..."Awak....(dengan nada ala2 penat nak manja2, auw!), saya kat ofis lagi..." Tup2 dia cakap cenggini, "Awak! Saya ada hal penting nak jumpa awak ni. Saya ada kat security bawah ni, saya nak jumpa awak sekarang!" dengan nada cukup serius sambil terus meletakkan telefon. Aku? Uiks, asal boipren aku nih? Dengan tergesa2, aku berlari2 menuruni tangga (dalam fikiran mesti aku fikir"eh, aku wat salah apa, dia majuk ker aku balik lewat, dia nak break ngan aku ker, bla...bla...bla...) Then bila nampak jer kelibat dia di balai pengawal...hati aku makin berdebar dan dia lantas mendapatkan aku sambil berkata, "Awak! Awak lapar? Ni saya bawakan McDonalds dan Ferraro Roche kegemaran awak!" Arghhhh...pensan! pensan!

3. Oleh kerana hari Sabtu, aku kerap jugak menghabiskan waktu kat ofis, so hari dating yang aku pilih adalah hari Sabtu! Sebab lepas penat mental kat ofis, aku nak terus keluar dating dengan dia, gi makan2 ker, tengok wayang ker, lepak2 minum ker, teman dia shopping ker (owh, bukan aku ek? Takper, teman dia shopping baju kerja, he3x...)

4. In case, tak sempat dating hari Sabtu, jom kita breakfast sama2 pagi Ahad! Ok! Roti canai kuah gulai ngan teh o suam satu! Harus di ingatkan, berdating setiap minggu bukanlah satu perkara wajib bagi saya, sebulan sekali pon takper as long communication tak putus, wah! Mampu?

So far, itu jerla fungsi2 teman lelaki aku, ha3x...Eh, malam Isnin ari tu, sebelum tido, aku ada baca satu buku ni, 'Mencari Pasangan Hidup', tapi jangan tanya aku lebih2 sebab baru baca page 4, aku dah tertido dengan jayanya sampai ke pagi dengan lampu bilik terpasang, isk3x...

Oh ya! Aku pernah cerita ngan kowang tak yang aku pernah masuk program TV3, tajuk 'Idaman Kalbu' somewhere tahun 1997. Masa tu aku kat matriks UIA lagi. Aku saja gediks2 hantar penyertaan nak seronok2, tup2 TV3 called aku. Ha3x...gilo apa umur 19 tahun, masuk kuiz carik pasangan, sengal kan??? Pengacara rancangan tu Omar Abdullah. Masa hari rakaman tu, dia buat sekali untuk beberapa episod, so ada artis jemputan macam Arni Nazira, Ziana Zain ngan Farra Bagaikan Puteri. Masa tu rakaman kat Studio TV3 yang kat Bangsar lagi dan kebetulan taim tu cuti semester, aku turun dari Ipoh ke KL. Aku tak ingat sangat format program tapi kitaorang akan di pasangkan dengan berlainan jantina la kan? Partner aku tu mamat UM kalo tak silap. Ada la jawab2 soklan, ngan berbalas pantun. (Oh ya, ada crew rakaman yang ingat aku Pemantun Kebangsaan sebab intonasi aku sangat cemerlang, padahal aku reka pantun pun tak reti, ha3x...). Yang pastinya, markah aku rendah, ha3x...so dapatla hadiah periuk nasi, cerek elektrik, barangan kosmetik dan wang tunai RM 200. Dan aku tak sangka, junior2 sekolah aku yang kat asrama punyala kecoh "Kak Mirza masuk tv!" sebab sampai la ni kalo jumpa, ada yang hilite pasal mende ni, malu! malu! malu!

Dah! Dah! Takyah gelak2 kan aku! Aku khabo kat mama aku nanti, tak pasal2 kowang kena jadik menantu dia nanti, huargh3x...Hmm...makin serabut kepala otak, makin laju aku bercerita rupanya!

Nota Kaki: Jumpa kamu malam ini dalam mimpi saya, ok? Malam ni pakai baju kaler grey kan?

Nadiku...


Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

(korus)
Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikanku
Walau sezarah air mata

Biar ku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

(ulang korus)

Nota kaki: Suka lagu ini...

Monday, April 19, 2010

Realiti Dewi...



Adakah ku sedang mimpi
Dipuncak awan kita menari
Mungkin fantasi
Bagai ilusi
Hanya ku impi

Tawamu penawar hati
Buatku tenang dimalam sepi
Direaliti yang kuhadapi
Sepanjang hari

Hilanglah perasaan ini
Terpadam rindu bila kau kembali

Kaulah
Dewa yg aku puja
Bukakanlah hatimu
Untuk cinta

Aku
Dewi yang kau merindu
Pencinta yg setia
Oh sayangku

Dengarlah pintaku ini
Luahan hati tidak bertepi
Hasrat si dewi
Agarmu dewa ada disisi

Nota kaki: Saya ingin mendedikasikan lagu ini untuk dewa pujaan hati, saya amat senang dengan awak!

Saya Yang Padu...

Salam...

Isnin, 19 April 2010, 9.40 malam, ku baru sampai umah Keramat dari opis. Giler penat seyyy otak aku hari ni. Penat sebab hari ni first taim aku attend Management Committe Meeting (MCM), represent department aku sebab bos aku dah selamat bersalin last week. MCM ni buat 2 hari berturut2, tiap2 bulan. Selalunya yang masuk meeting ni HOD or Head of Section (HOS), tapi di sebabkan taim bos aku maternity ni, takde higher position yang lain, so aku la kena masuk. Memang aku kecut perut la nak masuk meeting ni sebab yer la takut arising matters tu kena soal macam yang aku tak familiar. Dah la aku baru 4 bulan kat sini, still under probations, banyak lagi yang aku tak familiar.

Meeting start 8.30 pagi, masuk kojo 8 pagi. Masuk jer ofis, aku handle morning briefing dulu untuk department aku, pastu baru masuk meeting. Untuk meeting ni, semua orang wajib pakai corporate jacket/blazer company yang kaler biru tu. Lepas pengesahan meeting minutes, terus ngan matters arising meeting bulan lepas. Pastu baru tiap2 department present report masing2, siap ada no siri paper lagi, ek, present ikut giliran. Start ngan department Finance & Sales, Safety & Health, Quality Management (ni pon dah 5 section kena present, sampai ngantuk2 la aku di buatnya; pasal Customer Service la, Quality Engineering, Supplier Quality la, Quality Planning segala, zzzzzz....), Supply Chain Management, pastu Manufacturing lagi cover Assembly, Stamping, satellite plant, and last sekali petang tadi ngan Engineering-Plant Maintenance. Walaupun aku tak present paper department lagi (maknanya esok la turn aku...), tapi ada jer isu yang berkaitan tadi, sampai sedikit stress la aku di buatnya! Walaupun seharian dok jer meeting, tapi serius penat otak, weh!

Keluar jer Board Room jam 5.40 petang tadi, dah di asak ngan macam2 mende lagi, adehhhh3x...Dah la ada mende yang tak di handover oleh boss aku (sebab dia bersalin awal), so memang rasa nak nanges memikirkan kat mana aku nak korek carik info tu. Mujurla budak2 department aku ni very helpful, so redah jer la mana patut. Kalo settle, maksudnya aku kena cakap kat diri sendiri, "Aku memang padu!", ha3x...Ala2 motivate diri sendiri kan? Alah, aku ni pon manusia biasa, memula memang la serabut, minor stress segala, tapi bila dah ngadu domba sikit2, merepek siket (Thanks, Che Pi!), dalam masa setengah jam, aku leh cover wat kojo balik, hu3x...

Uiks,banyak lagi kojo tak buat nih...tak tercapai dek akalku,uwaaaaaaa...Ni siap bawak balik 6 bundle documents payment untuk contract workers untuk verify, perlu ke bangun 3 pagi nak wat kojo ni, isk3x...Yang lain2 toksah cerita la, kalo nak cerita, nampak sangat hidup aku la ni, 24 jam kerja, wawawawa...

Nota Kaki: Next week ada Annual Management Meeting (AMM) or Management Gathering kat Teluk Batik Resort, presentation achievement KPI last year, new KPI tak siap lagi, teks emcee, kerja2 protocol lagi, phewww...Konfem esok balik lewat lagi...

Sunday, April 18, 2010

Muslimah Ayu...

Salam...

Semalam, lepas aku balik dari ofis pukul 6 petang, aku terus gi Ampang, amik Natrah sebab nak pi makan2 kat Danau Kota. Alang2 dah sampai kat umah dia taim Maghrib, so tumpang semayang la jap kat umah dia. Pastu siap2, jumpa ngan mak dia-Cik Jah yang baru abis solat Maghrib jugak, tanya khabar. Statement Cik Jah," Makin ayu kamu sekarang..." (Nat, ko pon dengar kan mak ko puji aku kan? kan?kan?) Aku tanya balik,"Uiks, kenapa makcik cakap saya ayu?" Cik Jah jawab ringkas,"Sebab baju kamu pakai ni kot..." Wah! Baru ku tahu rupanya Cik Jah suka aku pakai t-shirt Muslimah! Semalam aku just pakai t-shirtMuslimah kaler pink, tudung pink ngan seluar longgar kaler coklat harga RM 19.90, he3x...Hmm...budak ofis aku pon, tiap kali tengok aku pakai t-shirt Muslimah, mesti dia cakap cenggini, "Akak! Suka la tengok akak pakai baju cenggini, nampak UIA sangat!" Hu3x...adakah ini antara petanda yang aku kena banyakkan koleksi t-shirt Muslimah aku yang sebanyak 5 helai itu? Terus aku called adik aku, Angah yang la ni bergiat aktif bisnes t-shirt Muslimah kat blog dia. Berminat? Layari...http://thurfah2u.blogspot.com

Nota kaki: Pakaian tidak semestinya mencerminkan peribadi sebenar...


Saturday, April 17, 2010

Heaven Knows...


she's always on my mind,
from the time i wake up
'till i close my eyes
she's everywhere i go
she's all i know

though she's so far away
it's just keeps getting stronger
every day
and even now she's gone
i'm still holding on

so tell me where do i start
'cause it's breaking my heart
don't wanna let her go

chorus:
maybe my love will come back some day
only heaven knows
and maybe our hearts will find their way
only heaven knows
and all i can do is hope and pray
'cause heaven knows

my friends keep telling me
that if you really love her
you've gotta set her free
and if she returns in kind
i'll know she's mine

so tell me where do i start
'cause it's breaking my heart
don't wanna let her go

chorus

why i live in despair
'cause wide awake or dreaming
i know she's never there
and all these time i act so brave
i'm shaking inside
why does it hurt me so...

chorus

heaven knows

Nota Kaki: Mood jiwa romantis pagi ni bila dengar balik lagu ni, he3x...Oh, tu gambar aku dengan kereta pertama aku tau!

My Baby You...

Salam...

18 April 2010, yeah! My Baby sudah genap 6 tahun ini hari! My Baby yang sudah banyak berjasa pada aku; kalo Sabah Sarawak tu ada jalan darat, konfem aku dah sampai jugak kat sana dengan My Baby ni. Hmm...sama usia ngan My Baby, maksudnya sudah 6 tahun jugak la aku jadik pemandu kereta. Kira bley la dapat Long Service Award untuk kategori pemandu 5 tahun ke atas!

Asal aku lambat ek? Sebabnya aku gayat gilo nak bawak kereta, scary yang teramat! Aku dapat lesen 1 week sebelum aku masuk matriks UIA, sekitar penghujung Jun 1996. Lepas satu insiden, aku try bawak kereta Toyota Corolla arwah papa aku kat perkarangan parking Stadium Perak (papa aku dok sebelah, adik2 aku, mama aku jadik penonton kat luar, ha3x...), ntah macam mana blaja nak masuk parking, aku takleh kontrol, langsung langgar divider parking tu. Muka papa aku cuak gilo taim tu! (Eh, asal aku memang suka eksiden kat parking ek?) Sejak dari tu, rasanya 8 tahun jugak la tak bawak kereta, renew licence jer, hu3x...Kat UIA, memang tak pernah bawak! Bila start kerja pon, aku naik Putra LRT jer nak pi mana2. Sampai la tahun 2004, bila aku kena transfer untuk opening Jusco Kepong, aku berulang naik LRT sampai Masjid Jamek, pastu jalan kaki gi CM naik bas Selangor gi Kepong plak, ada sekali tu aku lelah teruk tapi gatai gak nak pi kerja, alih2 masa kat Masjid Jamek, 'putus nyawa' jap. Giler seyyyy...aku sesak nafas teruk, nak berjalan pon tak leh (dah la sorang2, orang lalu lalang tengok aku semacam jer...), tup2 escalator plak rosak, aku kena naik tangga, adehhh...seksa giler! Tawakkal jer takut 'kojol' kat situ ker apa. Takleh jadik, dah aku asthma tegar, kalo takde transport, naya aku...Sebelum tu, aku pernah jugak lelah teruk, sampai tengahari tak ok, (dah la tinggal sorang2 kat umah taim tu), aku berjalan turun dari umah aku dalam 10 minit untuk dapatkan teksi gi panel klinik kat Jusco Wangsa Maju. Pastu depan Jusco tu jalan jam plak, hah, menapak dari tepi jalan, gi klinik kat Level 1, seksa seyyy...

Aku nak beli kereta ni pon mintak permission mama aku dulu. Actually kereta idaman aku taim tu Proton Satria kaler hijau. Suka btol aku ngan Satria, sebab rasa sporty. Tapi memandangkan taim tu Kenari Aerosport baru kuar, kawan2 racun soh beli. Kebetulan taim tu ada exhibition kat kat bawah ofis aku, tak fikir banyak, aku terus on jer, simple jer. Tak wat survey apa pon, hik3x...Semestinya ku pilih kaler merah, tanda berani! (Owh, memang berani bila aku boleh mencarut pada driver lain kan????) Aku memang tak reti jaga kereta, habis calar balar My Baby ni...Tapi bab servis dia, memang aku folo schedule, tak pernah miss, itu jer la yang aku leh tolong, ha3x...Sebab tu aku memang cepat gubra kalo ada mende2 pelik jadik kat kereta aku, memang leh tak tenang la hidup aku!

Nota Kaki: Next year abis bayar kereta, leh la beli apartment comel plaks...setahun lepas tu, habis bayar PTPTN, habis hutang, yeah! Sedang elok umur 34 tahun, so leh la kawen, he3x...

My Awatif...

Salam...

Masih minggu kerja yang memenatkan...hari ni, Sabtu 17 April 2010, seharian jugak aku kat ofis. Tapi ku gi lewat la, dalam pukul 10 pagi baru sampai ofis. Nak bangun pagi tadi pon rasa tak larat nak angkat tubuh, ngantuk jer...

Btw, semalam, aku dapat panggilan telefon dari Makcik Halimah. Surprise jugak aku! Makcik Halimah ni, makcik yang gi umrah sama2 ngan aku 5 tahun lepas, orang Bachang, Melaka. Aku rasa kitaorang dah lost contact dalam 4 tahun jugak la. Tak sangka dia ingat aku lagi, dan dia terkejut bila until now aku still tak kahwin lagi, ha3x...

Antara yang menyebabkan dia called aku adalah sebab dia terpandang gambar ni dalam frame gambar umah dia taim dia tengah menjahit semalam, hah, bley? Aku pernah gi beraya umah dia sekali kat Melaka masa tahun 2005, so aku perasan gambar ni terpampang kat dinding umah dia. Alang2 dah called, terus aku tanya khabar si comel yang rapat denganku itew, Awatif @ Adik. Hmmm...dah besar rupanya si manja ku itew, dah 10 tahun, sekolah Darjah 4. Now jadik pengawas sekolah, aktif taekwando, nasyid, berzanji segala...Sepanjang Makcik Halimah bercerita tentang perkembangan Awatif, tetiba ada perasaan halus menyelinap masuk dalam hatu aku. Hmmm...rindunya aku kat si kecil ni...Macam mana agaknya rupa dia sekarang, dah besar panjang...Becok lagi ker mulut dia, manja lagi ker dia, makin bijak ker dia, maintain suka bergaya lagi ker, etc...Rindu plak aku ngan si kecil yang berusia 5 tahun dulu tuh...Kan best kalau ada anak perempuan, suka! suka!

Nota Kaki: Saya belum layak untuk sesiapa?

Saturday, April 10, 2010

Cukur Jambul @ Kapar.

Salam...

Heh...oleh kerana semalam tak jadik turun kenduri kawen Jai kat Muar, Johor, so pagi tu, dalam pukul 10 pagi, aku ngan Kache gi breakfast kat Leha Kelfood ngan Shahril n Pok Li. Kitaorang lepak sampai pukul 1 tengahari, he3x...Breakfast ker apa tuh...Biasalah, bila jumpa, borak macam2. Pastu, gi TM Point Ampang jap, bayar bil tepon. Pastu, dalam 3.30 petang, aku amik Nat, saja ajak pi cukur jambul anak kawan aku kat Klang. Janji ngan housemate Putra Heights, kat Esso tepi Jusco Bukit Raja, dalam lepas Asar. Sambil tunggu, bley singgah beli coklat, Twisties wat makan dalam kereta dulu, he3x...macam la jauh sangat KL-Klang tu kan? Tu sebab tubuh aku makin 'boom boom pow' sekarang! Asyik nak makan jer...Nat kata aku stress? Uiks? Apatah lagi aku asyik mengidam nak makan coklat!

Tapi tak sesia jugak makan coklat tuh, sebab aku tak sangka plak yang lokasi tempat cukur jambul tu kat Kapar, owh, jauh rupanya...Jalan nak ke Kuala Selangor, Teluk Intan belah sana. Tapi takde la jauh beria, macam 20km kot dari lokasi Jusco Bukit Raja tuh. Kalo tak silap, nama kampung tu, Kampung Tok Muda. Yang nak kena bercukur berjambul tu, baby gurl yang atas riba aku tuh, Chahaya Amanda. Bonda pada Chahaya ni, ex-housemate aku masa sewa umah kat Keramat ni. Dan housemate kat Putra Heights aku kenal thru Bonda Chahaya ni jugak. Bonda Chahaya ni, kawan sekolah ex-roommate aku masa kat UIA, he3x...Cool jer anak kawan aku ni, pegang pon tak nanges, rileks giler! Muka fotostat sejibik ayah dia, Jawa sejati!

Baby Rayyan...sebaya ngan Chahaya, 5 bulan kalo tak silap. Pipi labuh yang wat geram tuh! Asyik nanges jer kalo orang tak kenal dekat ngan dia, malu kot! Ada sekali tu jer, lepas dia hisap susu, kitaorang main2 sekali, dia gelak suka, comel! Sebab mata dia sepet, hik3x...

Anak saudara housemate Putra Heights aku; Aiman; 5 tahun dengan adik nya Kak Chik, 3 tahun. Ada adik lagi sorang, Jannah 7 bulan. Jangan tak caya, Aiman ni suka lagu Saleem;Tinggal Kenangan, jiwang kan?

Dengan 'ayam muda', auw! Btw, aku suka betul ngan rumah mak mertua kawan aku ni. Very the kampung, bila jalan pon, berderap2 bunyik papan tuh, so tradisional. Siap ada pokok ciku lagi kat tepi tingkap, I like!!!

Nota Kaki: Seronok layan budak2...bila nak bertambah bilangan anak saudara aku nih?

Ahad dan Rehat...

Salam...

Hai! Kejap jer...hari ni dah Ahad, 11 April 2010. Nak buat apa ek hari ni? Hmm...actually, kerja opis aku tengah belambak gilo, tapi aku malas nak fikir, bley tak? Sebab apa aku malas nak fikir? Sebab aku dah 3 minggu kerja tanpa cuti rehat, ok? Sabtu Ahad pon aku datang opis, wat kojo. Hari biasa usah citer la, tiap2 hari balik lewat. So memang patut kan aku rehat jer weekend ni, sebab lepas ni aku akan sibuk kaw2 punyer, sampai nak luruh jantung segala, isk3x...Bos nak marah pon, marah la, tadah telinga dengar jer, he3x...

Hari ni aku nak basuh baju, kemas bilik, merapu kat blog, baca suratkhabar, tengok tv, etc...Pagi tadi dah breakfast nasi dagang dengan teh o suam kat Setiawangsa. Ni dah rasa ngantuk balik nih, he3x...Hmm...dah 2 bulan 7 hari aku tak karaoke...macam mana agaknya rupa suara aku sekarang? Adakah masih macam Rossa?

Oh ya, untuk kawan aku, Zaidah @ Jai anak Wak Sikun (yang dalam gambar tu...), Selamat Pengantin Baru, beb! Sorry, tak dapat datang kenduri semalam. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu, amin...Eh, kenduri sebelah pihak lelaki, bila ek? Kat Perak kan?

Nota Kaki: Tido itu nikmat...

Sunday, April 4, 2010

Wanita Pilihan...Maskulin...

Salam...

Gediks tak title entry aku yang nih? Ha3x...Jom baca!

Apakah 5 perkara yang anda perhatikan bila bertemu seorang lelaki?
Saya akan melihat dari segi cara dia berfikir, kelakar atau tidak, cepat melenting ker apa, adakah kitaorang berkongsi beberapa perkara yang sama seperti hobi, minat, etc, dan kalau keluar, automatik aku akan usha, mamat tu gi surau ker tak bila taim waktu semayang, he3x...

Ciri lelaki bagaimana yang anda idamkan?
Saya tertawan dengan lelaki yang cakap lemah lembut dengan saya, penuh kesopanan dan kesusilaan, walaupun dia tak banyak cakap tapi dia tahu bila perlu bertegas dengan saya yang kadangkala sukar dikawal, romantis dan sayangkan saya, kelakar dan boleh buat saya ketawa naturally, menjaga perkara2 yang wajib seperti solat dan puasa, bijak dan berjimat cermat dalam menguruskan wang belanja, berkongsi minat yang sama seperti muzik, jalan2, etc, dan tinggi, yeah! Oh ya, lelaki manja juga!

Ciri lelaki yang bagaimana membuatkan anda jelik?
Pinjam duit perempuan! Poyo, perasan bagus!

Apakah sifat-sifat wanita yang boleh mengkagumkan lelaki?
Eh...patut tanya lelaki la kan soklan ni? Maybe derang suka pompuan yang pandai masak, bijak dan semestinya cantik kot! Physical attraction kena ada, rasanyalah...

Pengertian cinta dan adakah anda sedang bercinta sekarang?
Seumur hidup 32 tahun tak pernah rasa, so tatau nak komen apa, berangan banyak la, ha3x...Minat orang ada lah, tapi bercinta tarak. Status? Still available, ok?

Warna lelaki yang seksi bagi anda?
Hmmm...kaler apa ek? Putih ker hitam?

Jika di beri peluang berdampingan dengan selebriti lelaki tempatan, siapakah pilihan anda?
Semestinya my faveret Shaheizy Sam! Dapat watak jadik mak dia pon takper! Kalo menyanyi, nak duet dengan Anuar Zain lagu 'Kini Bebas' dan jadik model video clip 'Selamat Malam' Faizal Tahir, he3x...

Pewangi kegemaran anda dan untuk lelaki?
Aku sendiri pon pakai body spray Impulse jer tak pon perfume roll on Silky Girl, he3x...Paling mahal aku pernah beli pun Euphoria CK. Tahun ni maybe nak beli Be Delicious DKNY kaler ijau tu as besday present untuk diri sendiri. Kalo untuk lelaki? Tak kisah kot...janji wangi!

Apakah erti kemewahan bagi anda?
Banyak duit!

Apa yang anda lakukan ketika kecewa bercinta?
Mula2 mungkin menangis sampai sakit kepala, ha3x...Pastu menyibukkan diri dan cepat2 carik skandal baru, yeah rite!

Jika diberi peluang kembali ke masa lalu, apa yang ingin anda lakukan?
Nak pandai Matematik! I hate Maths!

Apakah perkara yang sudah lama anda tinggalkan dan teringin nak lakukan sekarang?
Menari! Menari! Menari! (Bukan clubbing yer...)


Sifat diri yang ramai orang tak tahu?
Kurang keyakinan diri, selalu rasa rendah diri, kuat membebel, garang wooo...

Apakah yang terdapat di dalam beg tangan anda?
Beg duit, handphone Nokia yang takde kamera, ubat lelah saya, kunci rumah dan kereta, bedak Baby Johnson, perfume roll on Silky Girl, lip balm perisa strawberry Nivea, lipstick Skin Food, mini organizer, Buku Rawatan Klinik, kad pekerja.

Sifat diri anda yang semua orang sedia maklum?
Banyak cakap? Memiliki sifat keibuan yang tinggi, piiiiiiirahhhhhh!!! Eh, membebel tu keibuan apa....

Apa aktiviti seharian anda sekarang?
Kerja, kerja, kerja...

Tempat dan aktiviti santai kegemaran anda?
Saya suka Pavilion sebab ada Red Box Plus. Saya suka menyanyi, walaupun sambil memandu, takde masalah bagi saya. Saya juga suka shopping yang tak di rancang. Walaupun tak pandai berenang, tapi saya suka mandi sungai, air terjun, bercuti ke pulau yang cantik2 atau mana2 tempat menarik. Dan saya paling suka menghabiskan masa dengan kawan2 dengan makan2, lepak kedai mamak, breakfast pagi minggu, etc. Saya juga suka beli buku walaupun tak habis baca, he3x...

Kereta idaman anda?
Ehmmmmm...Honda Jazz!

Sukan kegemaran anda?
Hoki (walaupun tak pandai main dan tak cukup stamina, hik3x...), badminton dan volleyball. Nak try futsal tapi sampai la ni takdo peluang laie...Dengan harapan, masa main futsal tu, ada orang usha nak amik aku jadik model Sunsilk, wah! Ko mampu?

Apakah konsep perkahwinan idaman anda?
Tradisional...nak pakai baju kurung songket bunga tabur kaler merah darah ikan, ada persembahan tradisional macam ghazal, tarian zapin segala, gamelan juga...Dan aku nak menyanyi jugak taim wedding tu tapi lagu balada, 'Janji Kasih', wah!

Destinasi bulan madu idaman anda?
Mauritius atau Maldives atau New Zealand. Kalo dalam Malaysia, maybe pulau2 yang saya tak pernah sampai lagi. Kalo Asia Tenggara, maybe pulau2 kat Thailand jadik pilihan, chewah...

Perancangan anda untuk masa depan?
Pengurus rumah tangga! Mahu membesarkan anak2 dengan tangan sendiri, wah! Terutama kembar bongsu saya; Amir dan Amira (ewah...bley tak ko berenti berangan, ha3x...)




Kilang Saya...

Salam...

Minggu yang meletihkan...sebab kojo banyak, tak mampu nak fikir banyak, nanti aku sakit kepala, tamau! tamau! Hari ni Ahad, sempat gi opis lagi tapi setengah hari jer la, balik umah jer aku pengsan...Hari Khamis, 1 April, sibuk ngan stock take. Dah lama tak involve sejak resign Jusco. Tapi stock take kali ni simple sikit, aku as 'verifier'. Start kol 8 pagi, dalam 11 pagi dah settle. Pas settle stock take, tengahari tu, kitaorang ada makan2, lunch percuma sebab result audit ISO segala on March, result cemerlang. So sebagai appreciation pada semua staff, makan free nasi beriani ngan satay. Pic yang kat atas ni, semua staff2 kat production.

Yang depan sekali tu, my CEO ngan YDP Union. CEO aku ni, concern dia ngan staff sangat tinggi, jenis down to earth ngan orang2 bawah. Alim pon yer, he3x...Kalau break hari Jumaat 2 jam tu, pasang lagu nasyid ok...kat kilang aku. Untuk program makan2 ni, takde specific committee, sebab kalo event2 camni, staff2 memang ringan tulang, ramai jer yang nak membantu, serius! Macam kitaorang, tolong angkat makanan, distribute segala, tolong hidang, seronok gotong royong ramai2.
Ni Assistant aku, sangat rajin, komitmen tinggi, buat kerja pon cepat. Dah nak kawen dah, hujung bulan April ni. Senior Exec dia bila lagi, ek?

Habis makan, masa untuk melipat tikar! Selalunya hari Khamis memang aku dah 'pancit' sikit sebab mentally tired...Mana tak 'pancit' kalo hari kerja biasa pon, tiap2 hari aku balik lewat, dalam pukul 9 lebih. Macam minggu ni, langsung tak cuti rehat lagi. Kojo jer 2 minggu berturut. Balik umah, lepas Maghrib aku dah 'pengsan' depan tv, zzzzzzzzzzzzzz....

Nota Kaki: Rasa macam sibuk shooting plak bila kerja tak henti...

Friday, April 2, 2010

CB @ PD.

Salam...

Hai! Lama tak update blog, seminggu lebih rasanya. Sibuk banyak la, bukan sikit. Hmm...esok Sabtu, 3 April 2010, so far, hari yang ke 13 ku kerja tanpa cuti rehat lagi. Last weekend, 27 Mac 2010, aku gi PNB Ilham Resort kat Port Dickson. Kojo ek, bukan bercuti tau!

Ni antara team members yang gi sana. Ada la 4 bijik kereta company, berkonvoi dari Shah Alam; yang terdiri dari 3 bijik Proton Waja dan 1 Odyssey. Kitaorang lepak kat sana 3 hari 2 malam, sampai Isnin.

Wah! Sampai jer kat lobby masa terhegeh2 nak carik toilet, aku sudah terpandang INI!!! So menarik perhatian la ini banner!

Ni lah kojo aku kat sana; Collective Bargaining (CB) atau dalam BM nya Rundingan Bersama antara wakil management dan kesatuan sekerja. Dalam rundingan ni, derang akan bentang proposal, nak revised apa2 yang patut dalam Collective Agreement (CA) atau Perjanjian Bersama yang terdahulu. Dalam CA dulu, ada 55 articles, so tu la yang dok discuss sepanjang 3 hari 2 malam tu yang meliputi benefits pekerja la. Paling hot semestinya salary adjustment dan all the allowances la. CA yang sebelum ni dah nak expired dah, tempoh 3 tahun. So, nasib aku memang baik sungguh la sebab bila aku join jer company baru ni, berkesempatan untuk participate dalam preparation team.

Ni adalah nama YDP union company aku, ngeh3x...Jawa sangat kan? Hmm...nak wat preparation segala ni bukan senang. Sebelum CB ni start pon, preparation amik masa lebih kurang 3 bulan. From our side, di bahagi pada 2 team; monetary dan non-monetary. Aku team monetary, simple sikit...kena baca CA yang terdahulu baris demi baris, check ejaan segala satu2. Pastu compile comparison antara company2 lain yang sama industri, wat proposal kalo nak revised, etc. Tapi aku tolong sikit2 jer taim tu sebab masa tu ada mende lain yang ku kena cover. Kalo monetary team, 'masak' sikit la sebab banyak study nak kena buat, kena study financial impact untuk 3 tahun akan datang; kena tengok expenses gaji, salary adjustment, promotion, OT, medical expenses, phewwwww! Pastu present kat CEO, BOD, HR Group, nak dapatkan mandat top management segala lagi, banyak proses...

Aku tak terlibat pon dalam bargaining team tu, semua bos2. Aku ngan lagi 2 orang ni, kitaorang typist meeting minutes, ngeh3x...Bila habis setiap satu sesi, note taker kat dalam akan passed minutes kat kitaorang la untuk taip. Mencabar woooo...sebab nak memahamkan apa yang derang tulis, check balik mana2 yang berkaitan, etc. Dan untuk pengetahuan, malam tu, aku ngan Miss J (yang pakai tudung merah tuh...) tido 5.45 pagi sebab nak siapkan minutes, hu3x...ngantuk gilo...42 articles, beb...

Hari kedua, kitaorang tak sanggup nak tido lewat lagik...penat seyyy...malam kedua, settle pukul 2 pagi. Patutnya malam tu lepas BBQ, free takde negotiation tapi sebab ada isu panas, derang sambung nego, adehhhh...frust btol takleh karaoke! Memang sibuk giler, sampaikan nak turun laut pun tak sempat, kolam renang yang depan apartment pon tak sempat jejak, bley? Lagi sekali frust!

Last day, settle dalam pukul 7 malam, lewat dari schedule asal sebab bukan senang nak dapat mutual agreement. Muka ceria gilo tak sabar nak balik KL!

Di ajak bergambar ngan salah seorang Exco Union, Pak Ya. Tak banyak cakap, sama macam aku jugak! Dia kata kalo aku nyanyi, suara aku sedap, ha3x...mana dia dengar, aku pon tatau!

Ha3x...ini mamat pon ajak aku amik gambar ngan dia jugak! Inilah YDP Union aku, Wak! So far, tak pernah lagi tengok dia serius sebab kalo jumpa dia selalu kitaorang beramah mesra jer, he3x...Yer lah, hubungan harmoni antara HR dan union, kena jaga tuh...

Barisan EXCO UNION...tanggungjawab besar, bawa harapan seluruh pekerja non-exec total company, bukan senang...Lepas CA ni settle, akan revised benefits untuk Exec level plaks, best kan?

Bergambar ramai2 sblom balik...

Sebelum balik Shah Alam, sempat singgah makan stemboat kat PD. Habis makan dalam pukul 10 malam. Pastu, geng2 aku singgah Senawang, hantar sorang member balik umah parents dia, makan lagi bila parents dia jamu kitaorang kuey teow goreng dan jemput2 ikan bilis, layannnnn! Pastu gerak balik dalam 11.30 malam, hantar yang lain2, pukul 1.30 pagi aku sampai umah KL. Memang pengsan tak hengat...Esoknya, kerja macam biasa...muka masing2 macam apa jer, hu3x...


Nota Kaki: Jadual kerja saya sudah penuh sehingga hujung tahun...