Thursday, March 25, 2010

Shopping @ PWTC...

Salam...

Minggu yang memenatkan...terutama mental. Tapi masih boleh cool compared to last week. Oh ya, ni gambar aku ngan Sha Tuyee kat PWTC 2 minggu lepas. Aku, dia, adik aku Yie dan Encik Budi gi Matta Fair kat PWTC. Ku cuma nak gi tengok2 pakej ke Pulau Lang Tengah. Takde la rewang sangat sebab gi pon dah petang jugak. Pastu, gi singgah pameran pengantin kat level mana ntah, kat sitew jugak. Suka aku belek2 brochures kat pameran pengantin tu sampai Budi pon tanya, "Eh, dah nak kahwin ker ni?" Jeng3x...

Ahad lepas, still ke PWTC ngan orang yang sama, plus Kache except Yie, ke Pesta Buku Antarabangsa. So far, aku memang tak pernah miss event ni every year. Aku memang suka beli buku, pegang, belek, terus amik bayar, senang habiskan duit kan, he3x...Walaupun kat rak buku umah aku ni, rasanya ada lebih 50 judul buku yang aku still tak habis baca atau lebih tepat tak baca lagi, tapi aku dah berjaya menghabiskan dalam RM 300 untuk beli buku lain lagi, ngeh3x...Buku apa yang aku beli? Hmm...sebab aku tak pandai omputeh, so aku beli buku BM jer dan bacaan saja nak seronok2, tak ilmiah sangat pon ku rasa, ikut mood aku.

Buku yang pertama sekali aku beli ialah "Natrah-Cinta, Rusuhan, Airmata" karya Datin Fatini Yaacob terbitan UTM Press. Sempat mintak autograph pengarangnya jugak. Pastu ku ada beli buku terbitan UUM pasal HR Costing. Then, kat gerai faveret aku, PTS Publishing, macam tak banyak buku best yang ku nak beli; tapi ada la beli 5 bijik buku resepi yang comel2 yang harga RM 5.50 satu, ha3x...syok tengok gambar, tapi masak tak reti2 jugak, camner nih? Pastu, ada la beli buku ala2 'santapan rohani' ni kan..."Berubat dengan Solat" dan "Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah". Last year ku ada beli buku "Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah", tak abis baca pon lagi.

Memandangkan aku suka gak baca biografi pasal tokoh ker apa, so masa singgah kat booth Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, ku sempat beli "Siri Tokoh Anugerah Seni Negara" tapi cuma sampai tokoh kelima jer la. La ni kita dah ada 7 penerima which is the latest Dato' Ahmad Nawab. Last sekali, singgah kat Karangkraf, beli buku2 pasal 'chenta' ni, aku memang suka layan, wah! Dah juga koleksi ketiga aku "Lambaian Kaabah-Himpunan Kisah Benar". Suka baca pengalaman tetamu Allah kat Tanah Suci, buat pengajaran untuk diri sendiri yang memang kurang penghayatan agama ni, isk3x...

Nota Kaki: Mencambah kasih persis bayangan kasih hati nabi, membugar cinta tanpa sangsi. Iman dirai, perjalanan hidup bertambah kukuh lagi. Bagaikan cinta Aisyah, pengorbanan buat pencinta agung yang membawa cinta terus kepada Ilahi.


Saturday, March 20, 2010

Sri Mersing...

Salam...

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu.

Wah gitew! Melayu klasik sangat kan? Sesuai ngan rambut aku yang ikal lebat nih, ha3x...Malam semalam, aku berkesempatan tengok teater Sri Mersing kat Istana Budaya. Teater yang di adaptasi dari filem klasik Melayu terhebat sepanjang zaman arahan Allahyarham Salleh Ghani, Sri Mersing. Frankly, aku dah tak ingat sangat filem lakonan Allahyarham Nordin Ahmad ni sebab masa tengok filem ni pon taim aku kecik lagi. Dan masa ku dapat tahu filem ni nak di pentaskan, aku macam tak baper konfiden, ada ker orang nak pi tengok ek? Kalo ada, mesti pakcik2 makcik2 yang seangkatan dengan zaman tu la kot, tahun 1960 kalo tak silap. Tapi ternyata tanggapan tu silap bila ku sampai jer kat parking, memang ramai umat manusia yang memenuhi kawasan Istana Budaya, even yang beratur beli tiket sebelum show pon still ada. Walaupun dalam Panggung Sari tak penuh, tapi hampir penuh la, kira cukup bagus dah tu. Teater ni di terbitkan oleh Keno Production, penerbit eksekutifnya adalah anak pengarah filem itu sendiri dan arahan Rosdeen Suboh.

Oh ya, ku tengok teater ni bertiga; aku, Sha Tuyee dan Mala. Dengan tiket RM 53, puas hati dapat tengok kat depan, yeah! Watak hero di pegang oleh Ady Putra sebagai Damak dan Elly Mazlein sebagai Sri Mersing. Ada penampilan istimewa Dato' Mustapha Maarof dan Datin Hajjah Rosnani Jamil. Aku cakap ngan kowang, Dato' Mustapha Maarof still maintain segak and handsome ok! Karisma dia atas stage sama jer macam tengok dalam filem. Kalo tak silap aku, dalam filem dulu, dia pegang watak Deli, adik pada Damak, tapi dalam teater ni dia sebagai Pak Sireh. Yang lain tu, ada A. Galak sebagai Pak Malau, Azizah Mahzan (Mak Dara), Melissa Saila (Siantan) - dia memang excellent!, Rusdi Ramli (Bentayan), Abu Bakar Juah (Penghulu), Leez AF4 (Sri Melati), Hairi Anak Wayang (Merah) dan lain2 lagi.

Isi cerita? Aisey, tak larat plak nak citer, sure panjang lebar, he3x...Hmm...patut la DYMM Tuanku Sultan Pahang jadi penaung teater ni sebab rupanya watak Damak tu, anak Pahang. Pada aku, cerita ni banyak mesej pengajaran yang bagus untuk kita fikirkan. Pasal fitnah, hasad dengki sesama manusia, cinta dan juga maruah diri. Macam watak Damak, seorang pemuda yang ikhlas dan jujur, di senangi ramai tapi macam2 dugaan yang di tempuh terutama fitnah dari orang yang tak senang dengan dia hanya sebab dia orang merantau. Bila cuba mempertahankan diri, orang yang tak senang dengan dia, kata besar kepala pulak kat tempat orang. Bercakap benar pun orang tak percaya. Tapi bila kebenaran dah terbukti, sudah terlambat nak betulkan keadaan bila ada hati yang terluka, keputusan tegas harus di ambil untuk mengembalikan maruah yang tercalar walaupun keputusan itu mungkin menuntut pengorbanan besar untuk di lakukan. (Hmm...macam situasi kat ofis tet....)

Owh, fizikal Ady Putra sangat sesuai untuk watak Damak! Dengan ketinggian nya, I loike! Ku pernah bertembung ngan dia masa cuti Maulidur Rasul ari tu, sweet jer bila dia senyum kat aku. Aku memang suka tengok dia since dia berlakon drama 'Mya Zara' kat TV3. Acting nya ok cuma aku rasa macam tak cukup umpphhh bila adegan melibatkan pertarungan, silat segala tu. Rasa macam tak cukup 'fight' dan movementnya macam tak 'sharp'. Yus Raja Lawak yang pegang watak antagonis sebagai Awang Sulung pun tak mengecewakan, ada unsur humor jugak. Elly Mazlein sebagai Sri Mersing memang best! Penghayatan dia bagus! Kalo tak, takkan scene last sekali tu, mata aku pun berair sekali ngan dia kan, ha3x...Dia memang comel! Harusla taim hero-heroin berduet lagu 'Gurindam Jiwa' kat atas stage tu, aku pun turut berangan sama aku sekali ada kat situ macam Latifah Omar, wah! Tiba2 aku rasa aku dalam filem hitam putih! Berangan sangat ko ni kan!

Teknik penceritaan menggunakan 2 latar masa iaitu tahun 1870 (zaman Damak Ady Putra) dan tahun 1900 iaitu 30 tahun kemudian (zaman Merah anak Damak). Plot cerita kedatangan Merah ke Mersing dan cerita asal zaman Damak bergerak seakan selari dan pengakhirannya tetap sama di mana kedua-dua mereka akan pulang semula ke Pahang. Rekaan pentas memang di reka untuk menzahirkan 2 latar masa ni; antaranya ada set muara sungai depan pentas utama. Yang lain2, ok jer, takde hal. Cerita yang bagus!

Habis show dalam pukul 11 malam, pastu gerak pi Sentul ngan Sha Tuyee, lepak2 ngan Budi sampai pukul 1.30 pagi...sambil sms ngan Abang Nazim jugak, ha3x..."Rawan Seorang Perempuan"...

Nota Kaki: Selagi belum kering Sungai Pahang, selama itulah saya akan tetap menunggu...sengal!


Bro, lu memang best!

Salam...

Ari tu, aku ada citer yang aku nak pi tengok teater Antara kan? Hmm...3 minggu lepas rasanya. Aku tamau cakap sangat pasal teater arahan Erma Fatima tu. Oklah, boleh layan sebab aku bukan pandai sangat pasal teater ni, maksudnya teknikal la. Cuma sometimes, ada few adegan, aku rasa macam tengok persembahan untuk Minggu Penutup Orientasi, hah, bley? Teater tu ada selang seli ngan nyanyian jugak. Aku paling kagum ngan suara Azlan The Typewriter, power giler suara mamat tu, serius! Terus aku termotivated nak karaoke Laguku Untukmu Meet Uncle Hussein, tak tipew! Suara Jamal Abdillah pon best, sama jer macam kita dengar kat radio tu, maintain dari dulu sampai la ni.

Bila habis performed, macam biasa, ada sesi autograph. Biasalah, mana2 artis yang glamer dan ada nama, akan dok kat meja lobi IB untuk sesi ni, nak amik gambar ker apa kan. Masa ni la nak tengok dekat2 Nasha Aziz (selagi Kak Nasha tak kawen, saya pon tak kawen jugak taw!), Fahrin Ahmad, Ziana Zain (aku serius malu bila nak amik autograph Kak Ziana, si Natrah ngan Iera jerit2 cakap cenggini, "Kak Ziana, yang pakai baju hitam tudung hitam tu, bakal adik ipar!" Kak Ziana sengih jer tengok aku, tapi aku sempat soh kirim salam ngan Anuar Zain, yeah!)

Tapi mamat yang dalam gambar ngan aku tu, takde dalam sesi autograph tu. Aku rasa malam tu, yang paling outstanding performance nya ada lah dia! Wataknya sebagai Ketua Iblis, hu3x...lu memang best, bro! Walaupun dia tak sepopular artis lain, tapi dah lama jugak aku follow dia berlakon; sama ada drama tv or teater. Nama dia memang ku dah familiar, dan aku antara peminat lakonan dia jugak lah. Harusla lepas tengok teater Antara tu and aku promote nama dia kat Nat, kawan aku tu pon sudah naik sawan jugak ngan ini mamat sampai tertinggal la Fahrin Ahmad kat belakang, hu3x...Ada la sekali 2 chat ngan dia kat Facebook, dia sangat humble dan kelakar. Dan kitaorang berkongsi satu perkara yang sama iaitu ASTHMA, muahahaha...Oklah, untuk Encik Azhan Rani, semoga di mudahkan pintu rezeki, dapat banyak job lakon yang bagus2 and maintain sifat humble, tidak sombong itu, lu memang best, bro! Oh, ya aku nak promote jugak ni, nantikan kemunculan beliau dalam drama Habil & Qabil untuk slot Samarinda tak lama lagi, wah gitew!

Nota Kaki: Malam ni nak layan 'Sri Mersing'...stress macam mana pun, boleh di release dengan perkara yang kita suka buat, ok? Jangan fikir banyak, nanti jantung lemah!

Kesian Budak Manja Nih...

Salam...

Huh, hari Sabtu, 20 Mac 2010...kepalaku still rasa berat...pagi tadi bangun nak gi ofis pon rasa tak larat gilo. Kesihatan minggu ni tak berapa bagus. Seawal hari Isnin, ku dah MC sebab asthma. MC ku yang ke 5 walaupun baru 3 bulan kerja kat Shah Alam. 4 dari MC tu sebab asthma dan 1 lagi MC due to demam panas. Tatau pasal apa, tubuhku memprotes sebegitu sekali, tak cukup rehat barang kali.

Hari Rabu, 17 Mac 2010, lepas briefing, "morning market meeting", tetiba aku rasa stress semacam...rasa nak nanges pon ada. Haish, mampu ker tak tubuh aku ni bertahan untuk bulan2 mendatang. Kerja makin banyak,ku redah jer sebab banyak mende baru yang aku nak kena blaja, so aku ambil sikap positif. Kerja balik lewat pon takper, janji settle satu2. Plus, ada few new task yang ku tak familiar lagi, of course la amik masa nak buat, betul tak? Itu kerja yang current, tapi bila terfikir kerja2 mendatang yang membuatkan aku bakal sibuk sehingga bulan Oktober 2010, aku memang rasa nak nanges, isk3x...Boleh handle ker tak ni? Terkejar sana-sini, huh...fikir itu ini...

Hari Khamis, petang tu aku dah rasa pening kepala sampai rasa nak termuntah bila memikirkan pertengahan next month, boss aku cuti bersalin, so dalam masa 2 bulan tu, selain current portfolio aku-Recruitment, aku kena handle Training jugak, adeh....adeh...New financial year start April; hmm...Annual Manpower Planning (AMP), Annual Training Plan (ATP), Succession Planning for critical position, etc...Company event lagik...yang mana HR automatik jadik committee; 6th CA related matters yang dah start since January until October 2010, Management Gathering April ni...Mujur kes2 disiplin bagus kat sini, so IR related matters kurang sikit, tapi kalo ada, bos aku soh aku investigate carik info. Blom kena hentam ngan orang2 operations yang kita terpaksa tadah telinga dengar jer. Manpower untuk position Operator still kritikal, proses kemasukan pekerja asing still tertangguh sebab macam2 hal, sampai bila terjaga tengah malam dari tidur pun, perkataan pertama yang terpacul keluar dari kepala aku ialah MANPOWER, scary arghhhh! Sampai semalam, Jumaat, dah 2 hari berturut2 aku amik pain killer sebab tak tahan rasa sakit kepala tu. Semalam, aku balik awal, letak jer kepala atas bantal, memang aku 'jalan' terus...tengah tertido tu pon, ofis ada called 3x cakap pasal kerja pon ku tak sedar...

Bos soh aku amik vitamin sebab tubuh aku tak kuat...tak cukup dengan Jus Tok Guru dan minum susu Anlene coklat (eh, ni untuk tulang kan, ha3x...). Tapi pagi semalam, aku makan vitamin klinik kasik, asal tubuh aku still rasa lemah ek...Membebel juga sudah, cuma menangis jer blom...Kowang ada suggestions tak aku patut amik apa, makan apa, apa patut aku jaga (tidur memang kena cukup la kan...), nanti share ek? So far yang aku terfikir, aku patut carik boipren sebab bley mengadu ngan dia kalo tensen2, manja2 sikit, auw! Sengal!

Nota Kaki: "Dia ambil berat pasal ko lah, dia concern kat ko actually, aku gerenti, mesti dalam hati dia, ada rasa sayang kat ko, mesti punya...maybe dia tak sedar jer lagi..."


Monday, March 15, 2010

Asma' Gurl 2002.

Salam...

Pagi semalam, actually aku dah kena lelah. Malam tu aku takleh tido lena, kejap2 terjaga. Dahla telinga ku sakit sebab infection, terjaga teringat kerja opis plak, scary nih. Lepas sedut inhaler, aku tido balik sampai pukul 9 pagi. Walaupun agak2 macam still bersisa (dan tanggapan tu betul bila hari ni aku asthma lagi...), ku still gak bersiap2 nak gi gathering kawan2 batch aku ni. Start 12.30 tengahari tapi ku sampai lewat sikit, dalam 1.15 petang.

Ni gathering budak2 Mahallat Asma' UIA batch 2002, budak course aku, Human Sciences with minor Islamic Revealed Knowledge, wahhhhhhh!!! Harusla kitaorang kena amik subject IRK tu 27 credit hours, lebih kurang 9 subject dengan 2 daripadanya kena amik dalam Bahasa Arab, perghhh...Gathering ni, wat kat Restoran Seoul, tepi Federal hiway, kat ngan Mid Valley tu. Memandangkan untuk sister2 Asma', so sah2 la participants nya kaum Hawa jer. Kalo budak2 lelaki batch kitaorang, majoriti dok kat Mahallat Ali. Kalo Laws; As Siddiq ngan Nusaibah, kalo Econs; Al Faruq ngan Sumayyah; kalo sister2 IRK, BAR segala kat Mahallat Aminah, yang lakinya aku tak sure plak dok mana, hu3x...Budak Engine sisters batch aku stay kat Mahallat Hafsa, sebelah kolej aku jer.

Ni Kodok, he3x...Kawan aku Jai atau Zaidah anak Wak Sikun. Bekas reporter kat Mingguan Wanita dan...eh, lupa plak lagi satu, Dewan Ekonomi ek? Now, freelance photographer. Ku pernah ikut dia wat job amik gambo kawen kat Kuantan last year; sebagai driver, he3x...Bulan April, 10hb, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan, alhamdulillah. Insya Allah, kitaorang akan berkonvoi 2 kereta dari KL ke Sawah Ring, Muar, Johor. Tu aku sajer posing nak amik berkat, hik3x...Tapi picture ni cantik, ku suka! (walaupun mata ku sepet sebelah sebab taim ni baru sampai dan ala2 ngantuk lagi...)

Wah! Hepinya aku ngan Cik Ya ni atau Nurul Naimah Mohamad. Dah lama giler tak jumpa dia, paling last rasanya kat Jusco Mid Valley tahun 2003. Now, dia dah balik kampung kat Terengganu, tapi dok kat area Petronas Kerteh. Sudah kahwin dan ada anak 2, tapi body maintain tuh...Mulut gege riuh nih, ahaks!

Ada surprise, ok? Ya datang siap berniaga produk DHL lagi, ha3x...Usahawan berjaya sungguh! Aku plak, tak reti berniaga, tapi kalo tengok gaya tu, sesuai kan kalo jadik duta Beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal kan? Sebelah aku yang tudung biru tu, Idah @ Zuraidah Ramli, classmate aku masa matriks English Level 2 atau CCU. Idah ni orang Sibu, Sarawak, now jadik cikgu Bahasa Inggeris kat AU3. Husband kerja kat Dubai (tapi semalam husband dia ada, cuti...). Anak sorang tapi maintain lagi, sentap aku ngan derang nih, lawa jer lagi.

Orang Kampung Atta Duri, Teluk Intan, Perak, Nana @ Maziyana Abdul Malek, sebelah bilik aku masa kat Blok C, sama major ngan aku; Communication, amik PR. Wardrabo aku masa zaman study, aku rajin pinjam kasut dia, takpon baju dia, ha3x...Ada few things kalo shopping, barang kitaorang beli sama macam baju kebaya raya kat Jalan TAR, baju ala2 koboi jenama Goggles dan beg sandang jeans Padini Authentics dan platform kaler coklat brand dah tak hengat.

Kitoarang bertiga masuk jer matriks, terus amik subject Arabic Level 1, untuk budak2 yang takde background Bahasa Arab yang dari non-religious school. Ku ingat lagi nama ustaz yang ajar kitaorang, Ustaz Wan Ahmad Rahiman dan Ustaz Zakaria Omar. Yang tinggi tu, Imelda Shubari, orang JB. Pon dah lama ku tak jumpa dia. Masa Arabic Level 2 pon kitaorang still sekelas lagi, dengan ustaz faveretku, Ustaz Mohd Ali. Alah, ustaz yang nak amik aku jadik menatu dia tuh, he3x...Tapi kalo ustaz tu tengok aku sekarang, mesti dia kata, "Isk, menantu reject nih..."

Dengan Yana @ Suriana Megat Zabidi. Datang dengan puterinya, Khadijah yang berusia 1 tahun 6 bulan. Tup2, kerja sama group company ngan aku. Alahai, keciknya dunia...

Dengan Cikgu Zura @ Norhazura Hosaimi. Meriah datang satu family ngan husband dan 3 orang anaknya; yang sulung dah 7 tahun, no 2-6 tahun dan bongsu, 3 tahun. Berulang tiap2 hari dari Selayang ke Shah Alam, mengajar kat Batu 3, fuhhh! Seawal 6.15 pagi, dah kuar rumah. Aku pulak yang rasa letih...yer la, dah la kerja, ada anak 3 orang lagi nak kena jaga, penat kan?

Ngan Nazliwati, orang KT, tengah wat DBA ngan UUM KL. At the same time jadik lecturer kat salah satu IPTS kat Cheras. Antara yang memegang status single lagi macam aku, tapi dia dah 'section closed' la, he3x...Aku still 'section open', so sesaper yang berminat, boleh register lagi. Hati belum di miliki, ok? Wah, gitew!

Sanggup turun dari Kuantan 2 orang nih. Yang kurus tu, ex-roommate aku, si Dee @ Saadiah Abdul Razak, orang Lekir, Sitiawan, Perak. Now, cikgu kat SK Permatang Badak, beli umah kat Taman Guru. Yang kat tengah tu, La @ Suhaila Ibrahim, now PTD kat Biro Pengaduan Awam, Pahang, sewa umah sorang2 kat Kampung Tiram kalo tak silap. Still single dan makin kurus, bakpo ek? Kalo aku gi Kuantan, derang ni la antara yang akan ku kontek.

Bergambar ramai2 sebelum Cikgu Zura balik, anaknya dah mengamuk sebab nak main chopstik, ha3x...

Yang sebelah aku pakai tudung hitam tu, Suria Zakaria, organizer gathering kitaorang ni. Bersusah payah dia nak kumpulkan kitaorang, thanks, beb! Origin orang Kampung Kerinchi, kira sama ngan Rosyam Nor la. Yang sebelah aku yang tudung kaler purple tu, Mayyah @ Sumayyah Kamarudin, bakal adik ipar ku, muahahaha...Bagus jugak gathering ni sebab aku dapat tahu Mayyah ada abang yang umur 33 tahun yang still single, kerja engineer ngan company oil & gas, lalalalalala...Tapi Mayyah kata, abang dia' bekeng' siket...gulp! Garang2 yang aku cuak sikit nih...Tapi takper, aku akan berusaha untuk blaja masak ayam kerutub dan solok lada semata2 untuk abang ko tu, ek? Btw, Mayyah usaha pakai baju Bollywood tu sebab dia ingat aku datang ngan Anuar Zain, so dia nak amik gambar ngan Abang Nuar, hik3x...aku suka ko nyer statement itew!

Antara gambar faveretku...Oh ya, yang hujung sekali berdiri pakai tudung kelabu tu, Ita Raziah @ Noorita Mokhtar, orang Kampung Chabang 5, Tanjung Malim, Perak. Zaman study dulu, aku selalu gi bilik dia, carik roti ngan planta tabur gula, hik3x... Kalo kitaorang berborak, mesti nak cakap loghat Perak, kecoh and very the Pah Bedah! Still single mingle...

UIA's Next Top Model! Ada berani? Bukan main lentik aku nih, haishhhh...automatik plak jadik cenggitu. Sengih tetap maintain sama macam dulu kan? Tapi betul tak, masing2 tak nampak sangat macam dah 32 tahun, rasa sama macam zaman study dulu...

Lebih kurang 3 lebih, kitaorang gerak balik...Ramai2 macam nak keluar outing, hu3x...

Giler lama aku tak naik Putra LRT seyyyyy...Ku berenti kat Masjid Jamek, pastu tukar naik Star LRT gi PWTC, nak gi Matta Fair, jumpa Sha Tuyee, Encik Budi dan adik aku Yie kat sana. Pukul 9 malam, baru sampai umah, pengsan tak hengat sampai la lelah balik 3.30 pagi tadi, adehh...

Saturday, March 13, 2010

Natrah Idris 31 tahun!

Beb,

Selamat Hari Lahir ke 31 tahun! (12 Mac 2010). First sekali, aku nak cakap ngan ko, ko dengar sini baik2, ek. Jangan degil!

1. Jaga kesihatan elok2 and kurangkan makan, muahahahaha...(dan untuk aku kurangkan minum ais, hik3x...)

2. Lebihkan gediks ko yang memang dah natural tu (owh, malu aku ngan Fahrin Ahmad seyyyy...), dan aku peliks, gediks aku akan muncul bila ngan ko jer, apsal ek? Genetik nih!

3.Tensen2, ko tau apa yang ko bley buat ngan aku; sms, email or lepak2 makan kat Jusco AU2 or maybe Red Box lagi! Semangat dalaman kita kena kuat, beb! Persetankan mulut2 jahat itew!


4. Teruskan kuat berangan kalo itu yang makes u feel alive, wah gitew!

5. Setuju ngan Cik Jah; Ko tak nak kuat merajuk! Aku kuat merajuk takper Cik Jah kata.

6. Hmmm...yang ni 'berbunga' sikit laaaaaa...Thanks sebab suka kalo aku ngan 'mamat' tu sebab kitaorang sama2 'chumel', muahahahaha...Walaupun tak nampak bayang 'potensi' kitaorang macam mana, yer lah 'dia' pon kategori 'lelaki risiko tinggi'...tapi kot2 jadik ngan dia, aku sanggup berhenti kerja, beb! Jadi surirumah sepenuh masa, wah! Teruskan menyokong aku dan 'dia', hik3x...(Uiks, asal tetiba terngiang2 Lagu Kita Aizat plaks nih, haishhh...)

7. Ko plak, moga dapat lelaki yang best macam Fahrin Ahmad, lalalalalalalalala...(Ker ko memang nak Fahrin Ahmad?)

Wedding Lagi!

Salam.

Dari bulan February lagi, banyak jugak jemputan kenduri perkahwinan yang aku dapat. Tapi tak dapat attend. Ni cuti sekolah kembali lagi, meriah lagi ngan kenduri kendara ni. Hari ni Sabtu, aku ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor untuk wedding junior aku masa kat UIA, Siti Ruhaizah Abdul Hamid @ Kechik. Ku baik jugak ngan batch derang ni, maybe sebab kitaorang satu kolej and derang ni satu blok ngan adik angkat aku, Si Tina tu dan aku rajin gak ikut budak2 PEPIAS ni pi konvoi raya. Pastu lepas grad, pernah sama2 bercuti ke Cherating, kalo tak silap tahun 2006, naik satu van ramai2. Ok, Selamat Pengantin Baru to Kechik dan pasangannya yang berasal dari Kuala Terengganu, moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Jodoh tu memang sampai bila tiba waktunya kan? Well...antara kita 'berempat', Syameen dah selamat dan ada baby, Saba pon dah selamat bertunang cuti Hari Raya Aidiladha last year, Kechik pon dah selamat menikah, so akak la yang last sekali, as usual...he3x...Cool, beb!

Nota Kaki: Kalau ikut giliran budak2 bilik aku kat UIA dulu, antara berempat, aku jer yang bujang lagi, ngeh3x...

Group HR Conference.

Salam....

Masih cerita minggu lepas yang tak sempat di update, ngeh3x...Pada 5 dan 6 Mac ari tu, aku joined Group HR Conference yang di organized oleh HR DRB Hicom untuk semua HR subsidiaries. Aku datang kewat sikit pagi Jumaat tu sebab 'kes naik court tu kan'...Hari first buat kat Glenmarie Golf & Country Club, hari kedua kat Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie yang terletak bersebelahan jer. Tidur 1 malam kat Holiday Inn, owh, ku suka bilik hotel dan tv nya, sedap betul tidur! Aku tak kenal pon HR subsidiary lain ni, ramai giler orang2 tua, ha3x...Tapi makcik2 ni ada yang ramah, derang yang selalu tegur, senyum kat aku. Yang aku sempat kenal dari HICOM-Gamuda, Lake Kenyir Resort & Spa ( I like!!!), EON, Modenas, Rebak Marina, etc.

Pengisian nya adalah talk session la, ilmiah sungguh. Hari pertama; antara topik adalah Becoming A Preferred Employer, Performance Coaching (trainer best!) , Driving Organizational Productivity, Synergising HSE & HR Competencies (dok beh langsung...) dan ada sesi sharing parcatices dari other subsidiaries; EON dan Puspakom. First day, taklah ngantuk sangat. Aku memang suka gi training, dapat info, bley fikir2 sikit. Lagi satu perangai aku, taim training, aku suka menyalin nota kat slide, he3x...maybe strategy nak ilang ngantuk kot. Pastu, aku paling tak suka, taim trainer cakap kat depan, orang kiri kanan aku berborak ker, sms ker, apa ka, aku rasa terganggu. Majlis ilmu kena la respect sikit kan? Time lunch break, orang semayang Jumaat, sempat tido, mandi kat hotel. Malam cuma ada aktiviti ice breaking sikit, pastu settle. Kalo nak join Majlis Sambutan Maulidur Rasul kat Wisma DRB Hicom petang tu pon takpe. Lepas abis ice breaking, ku lepak kat bilik layan American Idol, derang ajak karaoke tapi ku penat and rasa malas (betul ker aku ni???) Pastu tetiba jer aku tertido depan tv, roommate aku kuar cari makan pon aku tak sedar...

Hari kedua, semua wajib pakai conference shirt. Program bermula seawal 8.30 pagi dengan sikit senaman Mental Taishou selama 3 minit 18 saat dengan 14 steps. Pastu sambung ngan talk lagi. Aku paling suka taim GM HR yang baru, Dr Khairir Khalil present pasal HR Initiatives, dia citer pasal Succession Planning. Well, aku memang kagum dengan lelaki yang knowledgable dan bagus pasal planning. Them, ada talk pasal Capability Development Planning, aku dah start mengantuk yang tak di tahan2 lagi. Sebab? Lepas breakfast tu aku ada amik ubat selsema, tak tahan laaa....allergic sejuk aircond kot. Lama gak aku 'tido2 ayam' tu, ada la 2 sesi kot termasuk taim talk dari Director General-IR, Labour Office, hah. bley? Ramai orang perasan aku tertido tu, hu3x...Abis dalam pukul 5 petang. Yang dalam gambar tu, Group Managing Director DRB Hicom, Yang Berbahagia Dato' Sri Haji Mohd Khamil, sangat cool ngan staff2, ramah. Abis jer, aku terus balik. Penat mental wooo...

Nota Kaki: Sibuk berpanjangan sehingga pertengahan tahun...Management Gathering next month hopefully dapat buat kat Lake Kenyir Resort & Spa or Rebak Marina, Pulau Langkawi...

Friday, March 12, 2010

Supported Employment OKU.

Salam.

Huh, ni curi2 masa nak update cerita minggu sebelum ni. Ku rasa ku start penat sejak awal Mac ari tu, terdrag sampai ke minggu ni. Teruk kan kalo tidur pon bley mimpi kerja, hik3x...Btw, 4 Mac lepas, hari Khamis, aku ada Seminar Sokongan Pekerjaan (Supported Employment) OKU kat The Legend Hotel, KL, anjuran Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) dengan Japan International Cooperation Agency (JICA). Actually, aku malas nak pi sebab nak settle kojo2 opis, tapi bos dah soh pegi, layan jer la.

Majlis perasmian oleh Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Gambar ni purposely aku snap untuk my kache, Chew Mei Kuen, ngeh3x...Lepas perasmian, ada pembentangan 45 minit by Dr Kenji Kuno pasal "What is Disability and JKM-JICA Project". Dr ni dah 10 tahun dok Malaysia, not bad la BM dia. Suka sangat dengan durian, boleh? Memandangkan aku ni 'kepenatan', dengan konfidennya, aku tertido sambil peluk tubuh dan menundukkan sedikit kepala tanda ala2 khusyuk mendengar. Tapi makcik2 kat belakang aku tu, perasan aku tido sebab time tea break, derang citer balik kat aku, muahahahaha...Qaypo sangat makcik2 tu kan? Taim tea break, aku seronok makan tak hengat; roti canai, bihun goreng 2x tambah ngan tart kastard, owh sedap betul food dia! Pas tea break, sambung ngan pembentangan kedua pasal "Supported Employment and Job Coaching" by Prof. Hiroshi Ogawa dari Otsuma Women's University, Tokyo. Lagi sekali, akak terbabas tido, deq non, ha3x! Cuma taim dia pasang video sikit2, baru aku bukak mata. Contents? Ok lah, cuma senario kat Jepun ngan Malaysia lain, so aku tak baper 'feel' sangat la nak layan. Tapi Prof tu macam ensem jugak!

Sesi ketiga, yang ni aku layan sikit, "Supported Employment: The Malaysian Experience" dari wakil majikan, GCH Retail (M) Sdn Bhd atau nama glamernya Giant, wakil NGO; United Voice dan wakil dari OKU sendiri; staff Giant Batu Caves, Aslam Sulaiman. Giant start projek ni since Oktober 2007, bermula dengan pengambilan seramai 12 orang, but now derang dah employed 110 OKU yang di tempatkan kat cawangan seluruh Malaysia sebagai Cashier, Sales Assistant, Customer Service Assistant, Bakers dan Data Entry Clerk. Aku suka motto derang " We Transformed Their Lives". Gambar yang kat atas tu, wakil OKU, Aslam Sulaiman. Aku tak baper pasti jenis disability dia tapi masa dia present ti, dia cuba communicate dalam Bahasa Inggeris. Sikit yang aku sempat take note pasal dia; dia habis sekolah Pendidikan Khas tahun 2003, then ada amik kursus mekanik tahun 2004, pastu kerja as mekanik tahun 2006, then 2006 unemployed. Tahun 2007, dia joined NGO, United Voice , tahun 2008 joined Giant sampai la ni. Sambil present tu, ada la tunjuk gambar dia. Tersentuh betul aku ngan effort dia nak present in English tu, satu perkataan BM pon aku tak dengar. Masa dia tunjuk gambar dia dengan parents dia kat depan pintu supermarket Giant, berair plak mata aku. Dari gambar tu, nampak betapa parents dia memberi sokongan penuh pada dia. Dan aku tak silap bila gambar tu di tayang, antara statements dia yang ku ingat," My father taught me how to ride the motorbike to work", "My parents give me advice to be patient and learn from mistakes"...Bertuah sungguh dia sebab dia sama sekali tidak di abaikan dan di beri sepenuh sokongan untuk menjalani hidup sama macam orang lain. Jika di beri peluang, mereka memang boleh buat.

Lunch time! Mujur terjumpa kawan2 HR masa kat Jusco; Kak Ellea n Anis. Makanan yang di sediakan memang lazat2 dan banyak gilo sampai tatau nak pilih yang mana! Anis tu pandai makan, sumer dia try dan sungguh berselera betul dia, macam Maria Tunku Sabri. Sesi petang, agak2 boring sikit. Ada perbincangan panel dari JPA, Jabatan Tenaga Kerja, Bahagian Pendidikan Khas, LHDN, Jabatan Pembangunan OKU, PSMB dan United Nations. Well...masa sesi soal jawab, aku memang tak berpuas hati dengan jawapan2 yang di berikan oleh seorang Puan Penolong Pengarah dari satu jabatan tu. Hmm...ini ker kualiti pegawai kerajaan yang di banggakan sangat tu? Sorry la, maybe sebab derang ni 'group elit', so aku sebagai orang luar punya expectations pun tinggi jugak la kan pada derang. Yer lah, cara pemilihan pon terpaksa bersaing kaw2 yang terpaksa melalui beberapa proses yang aku rasa sesetengah tu tak perlu pun dan tak menggambarkan personaliti sebenar, so bila tengok 'hasilnya' macam tu, owh, sungguh mendukacitakan aku! Serius! Agak memalukan la kalo dia kasik jawapan yang tidak menggambarkan kematangan, dan macam blur2 dan tak pasti. Apa lagi, kalo mende2 macam ni, orang yang aku sms untuk bergosip adalah Shahril, ha3x...kita memang suka ngutuk derang ni kan, tak baik betul! Tapi bukan semua, still ada yang bagus.

Nota Kaki: Dah lama tak apply kerja gomen...

Abang2 Senior Saya...


Salam.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi...Ku baru sejam sampai rumah Keramat, maksudnya ku sampai sekitar jam 1.30 pagi tadi. Hmm...sepanjang minggu ni adalah minggu yang mentiredkan mental saya, penat tapi masih boleh terkejar2 ke hulu ke hilir. Banyak kerja nak kena cover, tak habis2. Isnin n Selasa, ku balik 9.30 malam, hari Rabu balik 10.15 malam. Hari Khamis, ku sudah tak larat (lagipon uzur syar'ie, so memang rasa tak selesa la kan...), ku balik awal dalam lepas Maghrib, mandi2, syampu rambut, layan TV ala2 santapan rohani dengan menonton Semanis Kurma di TV9. Dan hari ni Jumaat, abis jer meeting pukul 6 lebih petang tadi, aku memang dah rasa terduduk kat kerusi, otak penat giler seyyyy...Check documents pon slow2 jer. Sambil sms ngan Abang Ajim, hik3x...Bila dia ajak "Jom dinner?" Yeah, pucuk di cita ulam mendatang sebab aku memang terfikir nak release kepala jap ngan borak2 kat luar. (Bro, ku sengaja strech kan gambar ni panjang supaya ko nampak kurus dan ko tak perlu mandi sampai 2x untuk nampak kurus, ok?)

Dari Shah Alam, ku gerak ke Kelana Jaya, Abang Ajim tunggu kat Shell. Sampai jer aku terus tanya, " Bang, asal nak makan kat area opis Che Pi kat PJ, kat sini takde tempat makan ke?" Owh, rupanya, mamat yang lagi sorang ni pon join skali. Dari Shell, ku naik keta Abang Ajim, amik Che Pi kat opis dia, naik satu kereta pi makan somewhere kat Damansara. Memandangkan tu kedai Siam, so semestinya Ayah Pi akan mengorder tomyam dengan konfidennya sebab dia rasa terhina kalo tomyam tu di masak oleh 'bangsa' lain, hik3x...Makan2, borak2 dan kowang rasa antara kitaorang bertiga, saper yang paling dominan bercakap??? Semestinya yang paling tua antara kitaorang, hu3x...Dan dia menjadi bahan aku ngan Che Pi malam ni, yeah! Best giler menyakat orang tu, merangsang dia supaya terus bercakap dan bercakap dengan menggunakan objek2 di sekeliling kitaorang sebagai keyword; sebagai contoh BALDI dan TISU. Korang kasik jer 1 perkataan kat dia, konfem jadik 'panjang cerita', muahahahahahaha...dia senyap tak sampai 30 saat, ok? Pastu dia mula 'vibrate' nak bercakap balik, oh tidak! Dan dengan sangat tenang dan yakin, dia mengaku dia adalah kategori pendiam sampaikan Ayah Pi terpaksa menahan ketawa sehingga mukanya bertukar pink!

Kalo tak di sebabkan staff kat situ dah angkat kerusi susun atas meja, rasanya mau kitaorang lepak tatau sampai pukul baper. Rasa macam sekejap tapi rupanya dah 3 jam kitaorang berborak, dari 9.30 malam sampai 12.30 pagi. Sharing moments Abang Ajim yang paling banyak sekali malam ni dan sesi ini bakal bersambung di Pulau Lang Tengah Mei nanti dengan beberapa episod Abang Ajim yang blom selesai, di ikuti kisah Ayah Pi juga! Janji tau! Teruja ni nak lepak tepi pantai malam2, cool, beb! Btw, kowang memang best!

Nota Kaki: Sudah 3 hari sakit telinga...

Monday, March 8, 2010

Nothing's Gonna Change My Love For You...



If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong

Our dreams are young
And we both know they'll take us
Where we want to go

(Chorus 1)
Hold me now
Touch me now
I don't want to live without you

(Chorus 2)
Nothing's gonna change my love for you
You ought know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love

(Chorus 3)
Nothing's gonna change my love for you
You ought know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you

If the road ahead is not so easy,
Our love will lead the way for us
Like a guiding star
I'll be there for you if you should need me
You don't have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I'll help you see forever too

Coretan: Bila tengok balik gambar lama ni...gambar konvo UIA aku tahun 2002, bley tak aku nak request ngan TV3, aku nak slot satu jam masa Hari Raya Aidilfitri tahun ni, untuk wat konsert solo dan aku nak try nyanyi lagu ni untuk parents aku, hik3x...(terharu tengok Misha Omar nyanyi lagu ni untuk parents dia sambil mengalir airmata, isk3x...) Ewah, ko ingat ko tu saper??? Tahap Misha Omar ker? (Eh, asal aku nampak kurus taim ni ek???)

Oh ya, actually, taim ni aku dah perasan yang arwah papa aku dah susut tubuhnya...Dan dia nampak sangat penat bila driving dari Kelantan ke KL untuk datang konvo aku, penghujung September 2002. Habis jer konvo, after lunch kat Greenwood, my family terus balik Kota Bharu. Beberapa minggu sebelum dia meninggal, adik aku Angah cakap, few times arwah papa belek2x album konvo aku, lama....Siapa sangka selepas 3 bulan aku konvo, dia pergi meninggalkan saya, puteri sulungnya yang tak cukup matang sampai sekarang, isk3x...Baju batik konvo warna ungu itu, ku beli bersama arwah kat Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu. Kasut konvo, ku beli dengan duit gaji pertama saya kerja Jusco masa J Card Day Jusco Mid Valley, jenama Alain Delon.

Sunday, March 7, 2010

Naik Court?

Salam...

Pagi Jumaat lepas, 5 Mac 2010, aku pi Mahkamah Majistret Shah Alam, dengan di temani Cik Loyar aku, Sha Tuyee. Sebab? Atas kesalahan trafik, hu3x...Al kisahnya, masa tu aku baru 2,3 minggu kojo kat Shah Alam. Masa tu aku ingat aku dah lewat sebab jalan jam, time tu dah 7.40 pagi (masuk kojo pukul 8 pagi...). Depan area opis aku tu memang jam pon pagi2. Aku plak taim tu agak gubra takut lewat. Patutnya, aku kena masuk simpang ke kanan yang kat depan sikit, tapi aku tengok banyak plak kenderaan yang masuk simpang sebelum tu, aku pon join skali. Sekali 'No Entry' daaaaa...Encik Polis Trafik plak dah standby kat situ, suweyyy btol laaaa...Harusla kena saman kan?

Yang bestnya, aku tak perasan plaks dalam masa sebulan berikutnya, aku boleh bayar kompaun kat mana2 cawangan trafik sebelum 5 Februari. So, aku ingat kalo terlepas deadline tu, kena pi court la. Itu apa yang aku paham la bila baca saman tu kan? Nak plak ni kesalahan pertama aku sepanjang jadik pemandu yang bersabit ngan No Entry. Kalo aku tak pi, Sha kata, nanti kuar waran tangkap plaks, haissshhhh! (Tapi aku macam pelik jer kalo pasal No Entry kena pi sampai Mahkamah Majistret, teruknya rasa...)

So, pagi Jumaat tu, seawal jam 8 pagi, ku ngan Sha gerak pi court. Sempat breakfast nasi lemak daun pisang yang lazat kat kantin mahkamah, best! Pastu, dekat nak pukul 9 pagi, baru pi court. Seumur hidup aku, ni la kali pertama aku masuk tengok rupa court selain tengok dalam tv tu kan? Tapi aku rasa lain macam, " Eh, Sha, yang mamat 2 orang tu lawyer ek? Kes trafik pon kena pakai lawyer ker?" Plus, aku rasa lain macam bila sorang mamat 'lawyer' tu pon macam pelik kenapa 2 orang minah ni ada kat situ...Sha soh aku tunggu kat situ jap, dia pi checked kat luar. Hik3x...sekali salah court la kitaorang masuk. Rupanya Mahkamah Trafik tu kat level lain.

Then,sampai kat situ, polis trafik kat situ mintak saman aku, dia check apa2 yang patut. Finally, derang punya advice, soh aku pi bayar kat cawangan trafik jer, dapat diskaun 30%. Sebab kalau yang masuk court ni adalah kes2 orang yang tak mau mengaku salah and nak buat rayuan segala. La yer ker...tak tulis pon kat saman tu??? Mana la aku tau kan??? Tak tunggu lama, dalam 9.20 pagi, aku ngan Sha gerak pi IPD Shah Alam, Cawangan Trafik, bayar RM 70 kat sana, settle! Hiiiiiiii...wat menggelabah aku jer...tapi menyeronokkan sungguh pengalaman naik mahkamah ini, ha3x...Nyaris tak pakai spek itam, kalo tak malu gilo ngan pakcik polis, hik3x...Dan nasib baik jugak tak sempat jumpa ngan Puan Majistret, kalo tak mau kena bayar RM 1000 ke RM 2000, ayyo!


Wednesday, March 3, 2010

Bila La...


Salam.

Sejak dari Khamis lepas, aku asyik kena 'belasah' taim 'morning market meeting'. Tapi tak kesah la sebab nature meeting tu memang hot nak plak isu faveret HR yakni manpower. Tapi ntah macam mana, aku dapat kekuatan 'menjawab' itu sebab knowing me, aku bukan jenis suka bercakap time meeting, sangat kurang gemar. Aku suka observe jer. Sebagai orang baru yang tak sampai 3 bulan lagi kojo kat situ, pandai2 jer aku nak menjawab kan sebab ada certain mende tu aku tak baper familiar lagi. Tu yang aku pelik dari mana aku ada 'kekuatan' nak 'menjawab' tu? Isnin, Rabu, aku 'menjawab' lagi, tapi hari ni aku plak yang rasa rimas, muahahahaha...Apsal taim tu mulut aku macam 'bertih goreng' ek? Bahaya la aku nih! Bila laaaa...nak jadik pendiam ni!!! Bercakap bila perlu!

Nota Kaki: Teringat cakap lecturer Psychology of Communication aku dulu, "Awak ni kuat melawan la!" Erkkkk???

Monday, March 1, 2010

Tok De...

Salam...

Ambo tok de nok update cerito...Sibuk ghetek nge kijo. Oh ya, camner kowang nyer cuti Maulidur Rasul? Balik kampung? Aku plaks...huh, frust terpaksa kensel gi Kuantan...apatah lagi bila kawan2 aku kat sana, sumer ajak datang rumah n ada yang dah plan nak wat barbeque (bak kata dia, macam nak sambut bini menteri, hik3x...) So, cuti aku cuma di penuhi dengan...-

Jumaat, 26 Februari 2010
- Pagi2, siap2 pi kojo, isk3x...orang lain sedap sambung tido kan? Pi opis, sebab coordinate 2nd interbiu untuk position Head of Section ngan my CEO. Ada la 3 orang candidates. Start dalam pukul 9 pagi. Frankly, aku memang ngantuk gilo...Settle dalam pukul 12 tengahari, wat kojo siket2 sampai pukul 1 tengahari. Pastu, pi umah Sha Tuyee, kitaorang gerak pi SACC Mall untuk lunch. After lunch, we did 'retail theraphy', yeah! Beli 2 pasang baju n kasut kerja (dah lama ku usha kasut Bonia itew...). Malam, join Natrah and Iera tengok teater Antara kat Istana Budaya (review lain entry, ok?)

Sabtu, 27 Februari 2010
- Bley tak aku malas nak gi opis walaupun ada kojo bos soh wat? Boleh kan? So, ku bangun awal2, aku pi layan tengok wayang sorang2 cerita 'Niyang Rapik', showtime 11.45 pagi kat MBO Cinema, Galaxy Ampang. Harusla ku nak tengok sebab ada my faveret Shaheizy Sam n Awal Ashaari. Abis tengok wayang, pi cuci kereta, bayaq hutang mana2 patut, then balik umah, golek2 depan tv sampai tertido. Dalam 4 petang terjaga, bangun, solat Zohor plus Asar (tak senonoh btol...), dalam kol 5, aku start mengemas rumah. Berpeluh2 jugak laa...natural sauna! Dalam pukul 6 lebih, aku goreng keropok habis satu bungkus nak bawak pi makan2 kat umah Mahera. Pastu, pukul 7 malam, mandi sambil basuh kain sambil menyanyi dalam bilik air, then solat Maghrib, siap2, pi umah Mahera untuk baca Yassin dan doa selamat. Lepak kat sana sampai 11.45 malam. Then, kitaorang geng2 pulau sambung menyembang kat NZ Wangsa Maju dari 12 tengah malam sampai 3 pagi, hu3x...

Ahad, 28 Februari 2010
- Oleh kerana berembun malam sebelumnya sampai 3 pagi dan mengemas rumah tanpa memakai mask, so awal pagi, ku di serang asthma lagi, haishhh...So, aku join lewat sikit program JobsMalaysia kat Kelana Jaya, dalam 11.45 pagi baru sampai. Oleh kerana sambutan kureng, so dalam 2.30 petang, kitaorang dah blah. Hmm...awal lagi ni...Lantas ku capai handset, ajak Natrah kuar minum, muahahaha...Betul cakap Ady, aku ni jenis tak dok diam. Lepak kat Old Town Kopitiam Ampang sampai 6 petang. Pastu, balik umah, lepas Maghrib jer aku dah pensan, ngeh3x...Well...syok jadik orang bujang taim2 cenggini! Takde siapa peduliks!

Nota Kaki: Cemburu dan bersifat protective tu tanda sayang, cinta, meh? Hmmm..let your heart decide...