Thursday, December 31, 2009

Aik? Dah 2010?

Salam...

Hai! Cepat btol kan masa berlalu? Hari ni dah masuk 1 Januari 2010! Rasanya tak terlewat nak wish Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dan Tahun Baru 1431 Hijrah! (Aiyo, sydah 2 minggu la...) Apa yang menarik berlaku sepanjang tahun 2009? Ntah la, tak ingat sangat la...apa susah, tengok jer la entry kat blog ni untuk flashback balik. Rasanya takde perkara major yang meninggalkan kesan kot, ku rasalah...sebab ku menjalani hidup macam biasa.

Seawal masuk jer tahun 2010, ku sudah di serang asthma, hu3x...Sebelum tidur, sekitar jam 1.45 pagi, ku dah sedut inhaler 2x. Tapi pastu aku tertido pon tak baper lena. Then, dalam 3.45 pagi, haiyo...ku sudah mula sesak nafas la, weyyyy!!! Sejam 'bertarung nyawa' sebelum mintak tolong jasa baik sorang kawan untuk hantarkan aku ke klinik. Sementara tunggu, aku tawakal jer in case kalo apa2 jadik kat aku, rasa macam 'nyawa2 ikan' jer...susah giler nak bernafas, macam ada mende tersekat, ketat sungguh dadaku. 2x amik nebulizer, dan doc kasik amik oksigen gak. Dia nak refer aku gi spital tapi dia kasik dulu stok steroid untuk seminggu, tengok camner. (Hmm...masa ku tengah update blog ni, still tak stabil lagi actually...bley tak masukkan aku ke wad jer, biar aku tido jer kat situ...).

Ok, itu citer awal pagi tadi. Azam baru? Hmm...carry forward yang last year punya la kot, ada jer yang macam tak achieve lagi. Tapi ku ada satu azam yang memang aku terfikir bersungguh sikit nak improve iaitu " SAYA TIDAK MAHU MENCARUT LAGI ATAU MENGELUARKAN PERKATAAN2 YANG KURANG ENAK UNTUK DI DENGAR!" Hmm...aku paling banyak mencarut masa joined 1 company ni la kan, ha3x...sampaikan kawan2 rapat ada yang terkejut, "Eh, Manja! Sejak bila awak jadi macam ni? Dulu tak macam ni pon!" Apatah lagi bila last week, ku terdengar 'Panggilan Hangit Hot FM', ada sorang pompuan ni siap bley cakap "Kepala hotak hang!" secara live di radio pada Fara Fauzana 2,3 kali. Aku yang taim tu tengah driving, terdetik dalam hati," Iskkk...kasaqnya pompuan ni..." Terus termuhasabah diri sendiri, wah gitew! Sampai jer ofis, orang pertama yang ku email kasitau, saper lagi kalo bukan Ayah Pi, hu3x...

Itu KPI yang paling utama la untuk tahun ni, he3x....Nak tau yang lain2 gak ker? Ni hanyalah action plan untuk seronok2 ek...sama ada azam, niat, perkara yang ku teringin nak wat, akan buat, ada ku list downkan kat bawah (dan mungkin akan bertambah dari masa ke semasa, ok?)

1. Nak langsingkan wajah!!! Wah gitew!!!
-Saya telah membeli 4 produk Bio Essence with Pine Pollen iaitu Deep Cleanser, Deep Nourishing Toner, Radiant Youth Essence dan Face Lifting Creme. Tak mampu nak beli complete satu set...Setakat cleansing milk, ku baru jer beli Nivea punyer jer ari tu. In addition, mahu meneruskan penggunaan Gel Pengelupasan Syahirah sebab berkesan menanggalkan 'blach head' di hidung saya. Facial scrub dan masker so far takde masalah dengan Safi Balqis dan Mustika Ratu. (Haish....masa tulis ni, terpampang plak muka Nasha Aziz kat Tv1 ni, wah!!!)

2. Mahu menjaga kesihatan tulang!
- Hmm...bila umur dah masuk 30 tahun, tulang kita dah start reput kan? Hari tu dah check, so far ok lagi tapi dah kena jaga2. Semalam, ku sudah beli susu Anlene perisa coklat dan hopefully leh maintain minum, he3x...Oh ya, selain tulang, ku kena jaga makan jugak ler...kandungan kolesterol dan lemak dalam tubuhku tinggi, ni pon baru check gak ngan KPJ. Yang lain2 so far ok termasuk BMI aku, tapi sipi2 gak tuh...

3. Trip Jenjalan!
- Isk3x...tanggungjawab aku pada kawan2 plak tahun ni...Insya Allah, 28 - 30 Mei 2010 ke Pulau Lang Tengah, Terengganu.
- Cuti Maulidur Rasul 26 Feb 2010, maybe nak turun Kuantan, dengan Sha Tuyee.
- Cuti CNY 2010, macam nak ke utara; sama ada Pulau Langkawi atau Pulau Pinang.
- Trip Krabi kena postpone dulu sebab 6 bulan probations, takleh amik Annual Leave, uwaaaaa...
- Mahu berehat hujung minggu di Laguna Redang Island Resort, mau tido sepuas2 nya dan membaca buku...tapi tatau bila...

4. Sistem envelope!
- Mahu lebih berjimat cermat, aiyo...ni yang susah ni aaaaaa...So far ku cuma ada envelope untuk asingkan duit PTPTN untuk bayor balik. Maybe aku patut wujudkan beberapa lagi kategori seperti DUIT SHOPPING!

Nota Kaki: Sorry, jodoh related matters tak termasuk dalam list, dunno why...tanyalah hati,ok?


No comments:

Post a Comment