Saturday, December 5, 2009

Ketika Cinta Bertasbih...

Salam...

Hai! Ku nak sambung lagi catitan perjalanan ku ke Tanah Suci. Ari tu ku dah citer masa aku kat Madinah kan? Hmm...ku memulakan perjalanan ke Tanah Suci Mekah pada 2 Mei 2005 dari Madinah, mengambil masa dalam 5 jam perjalanan. Kitaorang sampai kat Mekah dalam waktu Zohor. Masa sampai tu, jalan nak ke hotel tutup jap, lepas abis orang solat kat Masjidil Haram baru jalan tu di buka. Kat Mekah, kitaorang stay kat Shima Palace. Hotelnya kecik sikit dari yang kat Madinah, ku dah tak sebilik ngan Mak Jah, ku sebilik ngan makcik2 laen, 4 orang sebilik. Makcik2 tu risik kat Mak Jah, aku ni ok ker tak, hu3x...Mak Jah kata, Mirza tu ok, cuma dia kuat tido, ha3x...Dari tempat menginap nak ke Masjidil Haram, dekat sangat2, 5 minit jalan kaki, best kan? Oh ya, sama seperti nak masuk Kota Madinah, nak masuk Kota Mekah pon ada jugak doa yang kita baca.

Lepas solat Asar (kat bilik jer), semua rombongan kitaorang berkumpul kat lobi hotel untuk sama2 menunaikan umrah dalam kumpulan. Huh, sepanjang berjalan kaki dari hotel ke Masjidil Haram (walaupun dekat), Allah sajalah yang tahu betapa berdebarnya hati aku nak masuk dalam masjid tu dan nak melihat Kaabah buat pertama kalinya. Bila masuk jer masjid (pun ada doa nak baca ketika melangkah masuk Masjidil Haram), melalui ruang solat, hmm...dari jauh ku dah nampak bayang2 Kaabah di depan mataku. Then, masuk jer kawasan tengah masjid tempat orang tawaf tu, nah! Kaabah tersergam indah di depan mataku, ini realiti, bukan Kaabah dalam gambar or atas sejadah lagi. Tanpa di suruh, airmata ku sekali lagi tumpah tanda kagum, terharu, rasa kerdil semuanya bercampur. Mataku tak lepas2 memandang ke arah Kaabah, hebat sungguh perasaan taim tuh. Akhirnya ku menjejakkan kaki di sini.

Kitaorang berjalan menuju ke Hajaral Aswad untuk melakukan tawaf. Ada satu garisan panjang untuk memulakan tawaf tu. Seperti yang kita maklum, tawaf di lakukan dengan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dan salah satu syarat mestilah dalam keadaan berwuduk. Sebelum mula, memang ku berdoa supaya, wudukku terjaga dan tidak terbatal, sebab yer lah, ramai orang. Aurat pon kena jaga betul2, cuma nampak muka dan tapak tangan saja (sepanjang kat sana memang ku pakai stoking tangan dan kaki, ku rasa terpelihara sungguh, hu3x...kalau aurat terbuka, cepat jer orang Mekah ni tegur tau!) Sepanjang melakukan tawaf, ku memang pegang buku panduan jer sebab banyak doa yang kita baca, ku tak hafal. Selesai tawaf, ku lakukan solat sunat tawaf di kawasan belakang Makam Nabi Ibrahim A.S (selalunya jemaah perempuan susah nak dapat tempat dekat ngan makam sebab penuh dengan jemaah lelaki). Then, selesai solat sunat, minum air zam zam yang sangat mudah di dapati di dalam kawasan masjid.

Then, bersedia untuk ke Bukit Safa untuk melakukan ibadah Sa'ie (dalam kawasan masjid jugak). Pun di lakukan ulang alik sebanyak 7 kali bermula di Safa dan berakhir di Marwah. Mula2 ku ingat, jemaah perempuan pun kena berlari2 anak ketika sa'ie ni tapi rupanya jemaah lelaki jer. Setelah tamat sa'ie kita pon berdoa dan bertahallul (menggunting sekurang2nya 3 helai rambut, bagi wanita dengan kadar panjang jari tangan). So, selesai umrah ku yang pertama! Kalau kita nak melakukan umrah lagi, kita kena la mula balik dari mandi sunat ihram tu, pakai pakaian ihram, miqat di tempat2 tertentu di luar Masjidil Haram, berniat, balik semula ke masjid dan melakukan tawaf, sa'ie dan tahallul tu. Umrah ni kita boleh lakukan banyak kali. 7 kali umrah sama dengan satu haji kecil.


Memandangkan kitaorang kat Mekah dalam seminggu lebih, so ku mengambil keputusan untuk melakukan umrah sehari sekali, ku memang target nak buat 7 kali sampai hari Ahad tu, 8 Mei 2005. Selalunya, lepas solat Subuh, kitaorang akan breakfast, then dalam pukul 8 camtu, amik teksi untuk miqat di Tana'im, lebih kurang 6 -7 km dari Masjidil Haram. Kat situ ada Masjid Siti Aisyah. Ku suka taim2 ni sebab ku akan buat solat sunat dhuha sekali untuk mohon murah rezeki. Then, after settle semua, terus balik ke Masjidil Haram untuk melakukan ibadah yang sepatutnya, dan selesai sebelum jam 11 pagi. Pastu ku balik hotel, tido jap sebelum masuk Zohor. Tiap kali waktu solat memang berjemaah kat masjid, sangat seronok. Lain betul perasaan nya bila mengadap the real Kaabah, terutamanya waktu Subuh.

Ada masa tertentu, kitaorang di bawa melawat tempat2 ziarah di Mekah. Macam kat atas ni, kalo tak silap aku, namanya Jabal Tsur, sebuah gunung yang tertinggi di antara gunung-gunung yang berada di sekitar Mekah. Di lereng puncaknya, terdapat Gua Tsur yang menjadi tempat persembunyian Rasulullah s.a.w bersama sahabatnya Abu Bakar r.a dalam perjalanan mereka hendak berhijrah ke Madinah.

Yang ni Padang Arafah, padang pasir yang sangat luas, di kelilingi oleh bukit2, jauhnya kira2 25 km dari Mekah. Kat sini la jemaah haji melakukan wukuf ketika musim haji. Dulu orang kata, kat Padang Arafah ni takde tumbuh-tumbuhan tapi masa ku pegi tu, ada pokok2 tumbuh. Orang kata tu salah satu tanda nak kiamat jugak, wallahualam...

Tempat yang di tunggu2 oleh orang bujang seperti aku untuk berdoa, he3x...Jabal Rahmah! Bukit ni pon kat Padang Arafah jugak. Di puncak bukit ni terdapat tugu putih, kat sini la Nabi Adam a.s dan Hawa bertemu semula setelah di turunkan dari syurga. Hmm...tetiba plak terasa nak serius carik jodoh, he3x...

Oh, tulis nama saper tuh? Anuar Zain? Ha3x...gilo per? Ku eksyen jer tuh, tak tulis nama sesaper pon. Walaupun salah satu tujuan ku ke sana untuk memohon petunjuk mengenai seseorang dua, dan jawapannya actually Allah dah kasik hint 5 hari lepas ku balik ke Malaysia melalui gerak hati aku. Cuma dalam tahun ni jer saja ku belajar melepaskan 'ia' pergi, 4 tahun jugak la kan?

Berlatarbelakangkan tugu putih Jabal Rahmah, antara gambar faveretku. Kalo tak silap aku, yang tolong amikkan ni, ada sorang mamat Arab kat situ. Dia yang beria2 nak tolong amikkan gambar aku, ku ok jer. Ku ingat lagi dia cakap," Masya Allah hajjah, anti jamilah!" Lalalalalalalalala...Kat sini jugak ku sempat berdoa untuk kawan lelaki aku (nama di rahsiakan...), dia mintak doa kalau jodoh dia dengan seorang perempuan yang dia sangat suka dan sampai la ni ku ingat nama penuh perempuan itu. Tapi tulah, perancangan Allah kita tak tahu, dia takde jodoh ngan perempuan kesayangannya itu. Dan aku agak surprise jugak, bila perempuan tu kahwin, dia hantar kad jemputan kat aku (ku kenal biasa2 jer, takde la rapat sangat) dan aku memang turun ke kendurinya kat Pontian, Johor. Dan kawan lelaki aku tu dah pun bertunang dengan orang laen.

Ni Masjid Namirah, kat Padang Arafah jugak. Masjid ni kalo tak silap, cuma di buka setahun sekali sajer iaitu taim musim haji. Kitaoarang jugak di bawa ke Mina untuk tengok tempat melontar jamrah. Masa tu kompleks melontar yang baru, dah siap, lagi besar. Kalo tak silap melontar jamrah ni ada 3 kan, Aqabah, Ula dan Wusta.

Ni kat depan Masjid Ji'ranah, salah satu tempat kita miqat, lebih kurang 24 km dari Masjidil Haram. Kalo ikut sejarah, kat sinilah, Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya ambil miqat umrahnya. Masjid ni dapat menampung lebih kurang 1000 jemaah, Ji'ranah ni adalah perkampungan di Wadi Saraf.

Selain kat sini, ada satu lagi tempat miqat yang ku pegi iaitu Hudaibiyah, 24 km dari Masjidil Haram. Tentu kowang ingat lagi subjek Agama yang kita blaja masa sekolah rendah citer pasal Perjanjian Hudaibiyah di mana para sahabat melakukan bai'at (janji setia) kepada Rasulullah s.a.w untuk memerangi kafir Quraisy, Bai'at al-Ridhwan.

Yang ni plak, Jabal Nur, terletak di sebelah Timur Laut Masjidil Haram. Kat sini lah terletaknya Gua Hira', tempat di mana Malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan membawa wahyu pertama. Gua ni agak sempit, hanya boleh menempatkan seorang dua untuk solat. Kalau tak silap aku, kalau start naik pagi, tengahari sampai la kat atas tu.

Ni kawan aku kat sana, jemaah paling muda berusia 5 tahun. Nama si comel ni Mai Nuril Rauqatul Awatif. Pangge Awatif ataupun Adik. Dia rapat denganku sepanjang kat Mekah, sebelah bilik aku jer. Sangat bijak, petah bercakap, manja dan suka bergaya. Kat sekolah tadika, masa umur 5 tahun tu, dia dah jadik tekong nasyid, ok? Boleh menyanyi dengan baik. Baju ngan seluar tu beli kat Mekah, inai tu pon dia sibuk2 nak pakai kat sana. Kalo makan dengan aku pon, nak soh aku yang kopek kulit udang, tamau orang laen buat. Sejak dari sini lah, ku sangat suka melayan kanak2 perempuan yang umur 5 tahun, seronok. Maybe sebab dah takde adik kecik kot. Sebab masa ni adik bongsuku, Muzi dah 14 tahun.

Ni masa kat muzium apa, aku dah lupa, he3x...Kat sini menempatkan bahan2 sejarah Kota Mekah macam Telaga Zam zam yang lama, dan macam2 lagi. Best jugak layan. Yang kiri kanan aku tu semua pakcik makcik Awatif. Ku dah kata kan, Awatif takleh renggang ngan aku, he3x...Selain dari tempat ni, kitaorang sempat jugak pi kilang mencetak Al-Quran, dapat la Al-Quran free sorang satu. Ku dapat dua, rezeki...Kilang buat kelambu Kaabah @ Kiswah jer ku tak sempat pergi sebab kalau tak silap kena dapat kelulusan dulu kalo nak masuk. Maybe rezeki next taim kot. Ku dah berisi masa ni sebab asyik makan jer, hu3x...

Ni kat dalam muzium lagik, amik gambar depan kelambu pintu Kaabah. Kalau dalam Masjidil Haram, kawasan tu kita pangge Multazam, antara tempat yang mustajab doa. Susah gak nak dapat peluang berdoa betul2 depan pintu Kaabah tu sebab selalu penuh dengan jemaah lelaki. Tapi, alhamdulillah, ku dapat peluang 2 kali kalo tak silap, macam biasa ku ternganga kagum bila berdiri depan pintu Kaabah tu. Dalam lingkungan Hijir Ismail pon ku dapat masuk 2,3 kali jugak kat dalam tu untuk berdoa (space nya terhad dan security tak kasik dok lama, nanti kena halau...) Macam mana ku tak seronok, dah la first taim buat umrah, banyak urusan aku di permudahkan, syukur sangat2!

Dan ku tak ingat hari ke berapa, lepas solat Maghrib, sementara nak tunggu solat Isyak, Pak Usop bawak kitaorang naik van pegi ke satu tempat nama Masjid Hajat. Huh, apa lagi, ku mengambil peluang berdoa banyak2 kat sana, tak sedar aku yang paling last sekali kuar dari masjid tuh. Ku memang taip siap2 doa yang ku nak pohon kat sana, adala dalam 3 pages, he3x...So far, page 1 ada yang dah makbul, now tengah kat page 2, page 3 perenggan last skali baru ku mentioned pasal jodoh, ha3x...tu yang lambat siket 'sorting'...Housemate ku marah btol bila ku letak pasal jodoh tu kat page last sekali, hu3x...Tapi best la, kawan2 yang kirim doa mintak di kurniakan zuriat, mak ayah sihat, so far semuanya alhamdulillah. Ex-housemate aku yang mintak aku doakan petunjuk ngan boipren dia masa tu pon, dah selamat bertemu jodoh dengan boiprennya itu dan la ni tengah tunggu masa nak melahirkan anak sulung mereka. Ada perkara simple yang ku wat solat hajat dalam Masjidil Haram pon Allah dah makbulkan permintaan aku taim tu.

Ni kat ladang unta, singgah nak minum susu unta fresh giler, tapi ku tak lalu nak minum, ha3x...Jenuh kena paksa ngan Pak Usop, owh...tekakku takleh terima.

Hari terakhir di Kota Mekah, bergambar di lobi hotel. Macam tak caya jer ku join grup orang2 tua dan aku sorang2 tanpa ahli keluarga, ku redah jer. Oleh sebab ku ni selalu berjalan sensorang (berani tak bertempat kan, he3x...), ku pernah jer kena 'tegur' dengan Allah. Masa tu baru habis wat umrah (yang ke baper kali, ku tak ingat), ku tak jumpa jalan keluar nak ke hotel, dok berpusing2 dalam masjid yang sangat besar itu. Semua ku nampak sama jer. Itulah antara dugaannya. Tapi bukan nak riak la, bila ku berada kat sana, ku memang menjaga tutur kata aku, memang behave accordingly. Kat Mekah, kita memang terasa 'dekat' betul dengan-Nya, tak tipu, ku memang rasa jadik orang baik sungguh la.

Ni pakcik2 yang dalam grup kitaorang, tak ramai pon, he3x...Kitaorang check out lepas solat Zohor, 11 Mei 2005. Sebelum meninggalkan Kota Mekah, wajib buat Tawaf Wida' (perpisahan/ selamat tinggal). Isk3x...lagi sekali menanges...Kalo perempuan yang tengah uzur syar'ie di kecualikan tapi bley pergi dekat dengan pintu Masjidil Haram untuk ucap selamat tinggal. Actually, kalau ikut perkiraan, ku patutnya uzur taim ku ada kat Mekah, tapi dari kat Malaysia lagi, tiap2 hari ku berdoa mintak di awalkan keuzuran aku sebab ku nak wat umrah tanpa terganggu. Dan alhamdulillah, periodku datang awal dan masa tu few days before berangkat ke Tanah Suci. Ku tamau ambil pil sebab ku lebih percaya, kalau kita ikhlas dan bersungguh, Allah akan dengar permintaan kita, lagi sekali syukur...

Sekeliling tempat penginapan dan masjid tu penuh dengan tempat shopping, tapi percaya atau tak, nafsu shopping ku 'mati sementara' kat sana. Maybe sebab dalam hati aku macam niat, selagi tak cukup umrahku 7 kali, ku malas nak beli barang beria2 kalo tak perlu sangat. Aku berjaya buat 7 kali umrah tu dan last sekali hari Ahad, 8 Mei 2005. Dan dalam hati jugak, ku berniat, lepas cukup 7x umrah, baru ku nak pi cium Hajaral Aswad. Bukan senang sebab kena berebut kaw-kaw punya, bertolakan segala. Pagi Isnin, 9 Mei 2005, sekitar jam 10.30 pagi, ku ikut Pak Usop ke Hajaral Aswad. Susah wooo...dengan panas lagi, orang tolak2 lagi. Pak Usop la jadik bodyguard aku, ku ingat memang tak dapat la peluang tu. Tapi Allah memang sayang aku, dalam dok tolak2 tu, ku tertolak ke depan, Pak Usop terus block orang lain, ku terus cium batu mulia dari syurga itu. Pada Hari Kiamat nanti, Hajaral Aswad akan memberikan kesaksiannya bagi orang2 yang telah menyalaminya dengan kebenaran. Lepas selesai semua, lepas Zohor tu, ku baru pusing2 carik barang nak beli bawak balik. Kuat betul azam aku tamau shopping awal kan?

On the way nak ke airport, sempat singgah Masjid Terapung kat Jeddah untuk solat Asar. Kitaorang nyer flight ke Kuala Lumpur pukul 9 malam, juga dengan Penerbangan Malaysia. Oh ya, masa kat Masjidil Haram, sorang anak angkat Mak Jah orang Indonesia yang dah lama menetap kat Mekah, ada bawak aku dan Mak Jah kat satu area dalam masjid yang di percayai tempat Nabi Muhammad s.a.w selalu berikitikaf sebelum menunaikan solat Zohor kalo tak silap. Hmmm...4 jubin marmar kat situ memang terasa lain kesejukannya dari marmar lain kelilingnya. Derang cakap, hanya orang2 yang dah lama dok Mekah jer tau space ni, wallahualam...

Ini lah Pak Usop, orang yang bertanggungjawab pada rombongan kitaorang kat sana. Mula2 tu, ada orang ingat aku anak dia sebab kulit kitaorang cerah dan kechubby-an tu ada sama sikit, ha3x...Sangat fatherly, masa ku selsema teruk dalam flight tu, dia yang kasik aku ubat segala. Masa balik pon, dia dok sebelah aku, memang jaga aku la. Terima kasih banyak2 , Pak Usop! Dia yang banyak guide aku nak buat umrah ni. Kitaorang selamat sampai ke KLIA dalam pukul 9 pagi. Satu perkara yang menyentuh hati aku, bila turun dari flight, Awatif dalam keadaan mamai baru bangun tido, nak berjalan pegang tangan aku, memang dia tak lepas. Sampai mak dia pon tegur, "Adik, sedar ker pegang tangan saper tu?" Dia wat tatau jer, jalan terus ngan aku. Hiiiiii...bestnya kalo ada anak perempuan....Lepas settle apa2 yang patut, ku terus beli tiket flight MAS ke Kota Bharu, sorang2, he3x...

Nota Kaki: Best kowang gi sana...kalau ada niat ikhlas, insya Allah Tuhan permudahkan, ku sudah melalui pengalaman itu. Ku nak pergi lagi lepas ini...doakan saya di jemput lagi ke sana sebagai tetamu-Nya, amin...

3 comments:

  1. tak sangka i baca habis entry ni..lagu siti pun best..:)

    p/s: 1st time here..welcome to my blog ok

    ReplyDelete
  2. Uiks, camner leh tersesat baca entry ni?

    ReplyDelete
  3. Hi Kak,
    I terbaca blog akak ni masa I google cari pasal doa dan jodoh. Akak boleh tak bagi alamat email akak kat I sebab I ada beberapa soalan yg nak ditanya tentang doa dan jodoh tetapi tidak selesa untuk dikongsi di sini.Harap akak dapat membalas mesej ini. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah terus merahmati akak sekeluarga.

    ReplyDelete