Sunday, January 3, 2010

Cuti @ Pulau Pangkor 2009.

Salam...

He3x...sudah 2 minggu berlalu, baru sempat nak tepek gambo2 masa gi Pulau Pangkor ari tuh. Percutian ni di rancang oleh beberapa orang kawan2 skolah rendah aku kat Ipoh. Kitaorang lepak kat Teluk Dalam Resort. Segala urusan booking di settle oleh kawanku, Laney n duit di kutip oleh treasurer yang di lantik iaitu Salwa. Ni second taim ku datang Pulau Pangkor. Kali pertama dan terakhir masa tahun 1994. Itupun masa ada camping pengawas sekolah kat sini. Aku pon dah lupa nama sekolah yang kitaorang camping tuh.


Ni pemandangan kat area resort kitaorang stay tu. Best jugak especially kalo nak bawak family datang bercuti. Konsep resort sini derang wat design cam 'kampung style'. Kalo setakat nak lepak hujung2 minggu; nak cover tido ilangkan penat, nak baca2 buku tamau orang kaco, ku rasa nak datang lagi ke sini, cool jer...

Ni adalah nasi lemak mama Laney buat untuk breakfast kitaorang (atas permintaan aku, hu3x...). Ku bertolak dari KL sekitar jam 6.30 pagi, 18 Disember tu, hari Jumaat bersamaan cuti Awal Muharam. Macam biasa, drive sensorang. Janji sumer berkumpul kat umah Laney dulu kat Simpang Pulai. As expected, orang KL sampai dulu, hu3x...Masa ku sampai pukul 9 pagi tu, yang laen tak nampak pon lagi. Ku tak heran sangat sebab yang lain tu mesti sibuk ngan anak2. Derang sampai dekat nak pukul 10 pagi jugak la. Lepas breakfast lebih kurang, kitaorang gerak ke Lumut dalam 10.45 pagi lebih kurang, Kat Ipoh, cuaca hujan dan mendung. Kitaorang konvoi 2 kereta jer; ku menumpang keta Salwa sebab ku suka nak bergaduh ngan anak sulung dia, Iwin, hik3x...

Depan Lumut Waterfront, sampai kat sini dalam 12 lebih jugak la. Kaum ibu dan anak2 mereka...Seronok dapat bercuti sama2 ngan kelima2 anak dara ni sebab semuanya menurut kata walaupun dari 'mak2 angkat' derang yang single mingle ni, syok wooo...Dari kiri; Incha, Iwin, Iqa, Nabila n Jiqah.

Masa nak tunggu turn feri jam 1.45 petang, tup2..."Eh, ku macam kenal jer pompuan sorang nih..." Bley la plak terserempak ngan budak batch aku masa study kat UIA dulu. Dia datang bercuti ngan kawan dia, dari Penang. Lama sungguh ku tak jumpa dia ni, dari lepas grad rasanya. (Tetiba ku rasa macam skema plak pakai t-shirt muslimah gi bercuti kan, muahahahaha...)

Ramai umat manusia berpusu2 nak naik feri kat jeti...Kalo tak silap aku, perjalanan naik feri ke area Teluk Dalam tu amik masa dalam 30 minit jugak la. Kalo nak gi Pangkor Laut pun naik kat jeti sini. Teringin gak nak jejak kaki ke Pangkor Laut sebab orang kata cantik dan sesuai untuk berbulan madu kan...(Tapi asal hati ku tetap kata pulau2 kat Terengganu juga yang still cantik dan best, ek...Haish, tetiba terbayang Setiu plak ni...)

Sampai kat jeti sebelah sana, dah ada coaster Teluk Dalam Resort yang menunggu. Pheww...takyah jalan kaki gi resort kan, giler jauh la weyyy dari jeti tuh...

Ingatkan kitaorang jer dalam coaster tuh, tup2 tengah sibuk2 nak amik gambo, ada lagi satu geng2 'ah so2' mana ntah, naik sekali, ceh! Kacau mood btol la...

He3x...muka mamat yang drive coaster tuh...Ku lupa nak tanya nama dia! Camner aku leh snap gambo ni? Harusla aku yang dok seat sebelah driver tu kan...Bagus customer service mamat ni, informative.

Kedatangan kitaorang di sambut ngan performance badut nih...n welcoming drinks. Kalo tak silap aku, filem Senario The Beach Boys tu shooting kat sini la...

Kat ruang tamu chalet kitaorang sewa. Ada 2 bilik. Tu bukan staff resort ek, tapi husband kawan aku, merangkap classmate kitaorang dari Darjah 1 Kuning, Wan Shahrizal. Sampai jer kat chalet, kitaorang menghabiskan bekal nasi lemak mama Laney dulu, huh, lapor tuh naik feri. Pastu rehat2. Aku per lagi, cover tido tak hengat punya, ngantuk weh...Yang lenlain tu gi mandi kolam. Aku tido sampai dah nak Maghrib, lena sesangat...Air cond best jer...

Dinner kitaorang untuk malam pertama kat Pulau Pangkor, Steamboat! Semuanya di sediakan kawan aku, Mai, civil engineer yang jugak cekap di dapur, jangan memain! Bahan2, dapur, periuk peralatan segala, dia yang bawak, cemerlang sungguh kawanku ini! Aku? Bangun2 tido jer, tengok derang dah siap2 nak wat steamboat, hu3x...Gambo yang kat bawah ni, adalah satu keluarga yang 'single2' belaka, yeah! Sambil makan2, borak2, layan anak2, sungguh menyeronokkan!

19 December 2009 - 2 family yang ada anak2 gi makan breakfast kat dalam resort. Yang bujang2 ni, beli breakfast kat luar. Hu3x...ku memang suka kalo dapat membonceng motosikal (sebab nak bawak ku tak berani walaupun ada lesen B2). Memang layan la naik motor keliling pulau, tepi laut ni, ku suka! Kitaorang sewa kereta n 2 motor. Harusla ku naik ngan Cik Mai. (Kalo ku ada husband sok, memang ku nak ajak dia gi pulau2 ni, naik motor tepi pantai, beh wooo...Sambil aku nak nyanyi lagu dangdut Amelina, "Asyik", amacam?) Kitaorang gi beli breakfast kat Teluk Nipah, 5 minit jer dari Teluk Dalam. Sorry to say la, peniaga2 kat situ, sangat KURANG AJARRRRRR, ok???

Selipar RM 10 yang ku beli kat souvenier shop dalam resort. Nak jaga elok2 sampai ku pakai semula masa nak gi Pulau Lang Tengah hujung bulan Mei nanti, ececeh...(Comel kan saiz kaki aku sebenarnya...patut la ramai orang kata aku comey...rupanya berpunca dari size kaki aku kot...hik3x...)

Lepas breakfast, dalam pukul 10.30 pagi, apa lagi, program mandi la! Ku tak mandi laut pun, rasa dok beh sangat...Ku suka posing Iwin dalam ni, macam Beyonce sangat! Dulu dia lagi berisi, tapi sejak join gimrama ni, dah susut sikit. Tu yang posing melentok sikit tu...

Walaupun ku tak pandai berenang, tapi ku sangat suka kalo dapat mandi kolam tau! Main2 air, berendam segala, best! best! Sebab per, bila kuar kolam jer, rasa susut beberapa inci, muahahahaha...(perasaan sendiri jewwww...) Tapi kitaorang mandi tak lama sangat kat kolam renang dewasa tu sebab bertukar jawatan jadik pengasuh kat kolam budak2 plak, haishhhh...

With my lovely Nabila n Iwin...sibuk gak ku nak masuk dalam kolam budak2 tu, hoho...Hmmm...tetiba rindu plak kat budak2 ni...Berlawan cakap ngan Iwin...dengan kuat merajuknya...(isk, macam perangai aku plak...), dengan keletahnya yang nak soh kita dengar dia bercerita macam2...Dengan Nabila yang suka 'gomol'2 ngan aku, I likeeeeeee!!! Aku pon tak paham apa motif dia suka main pipi aku, bley? Tapi aku pun suka sangat cium pipi dia, hu3x...Suka sangat ngekor aku, kadang2 sampai bergayut kat kaki aku, alahai...Malam last tu ku nyibuk nak tido sebelah dia. Bila bangun pagi, dia bukak jer mata, macam blur2 gitew, ku tegur, "Hai, Nabila!" Terkebil2 dia tengok aku sebelah dia, ku ingat dia nak nanges carik mak dia, cuak gak. Tup2, dia peluk aku, waaaaaaaa...Best giler feeling aku taim tu, beb!!!

Aiyo, budak pompuan ni kitaorang jumpa kat kolam tu, anak staff UKM yang datang wat Family Day kat situ. Baru umur 4 tahun, tapi masya Allah lasak gilo! Ku lupa dah nama gurl ni tapi pangge Kak Long. Dia bley ek berlari2 dari jauh, pastu terjun dalam kolam dengan konfidennya! Pastu, agak2 takleh naik sebab kolam tu tinggi, harusla dia cuit kitaorang yang kat tepi2 ni, "Makcik! Makcik! Tolong! Nak naik!" Pastu buat lagi, ha3x...budak2, layankan ajer! Masa turun gelongsor tu, dia leh menggelongsor terbalik, ok? Kitaorang yang ada kat bawah ni, terjerit2 kat dia, sikit pon dia tak peduliks! Parents dia ada kat2 situ gak, tapi biar jer sebab maybe budak ni dah biasa kot. Owh, kalo la anak pompuan aku macam ni, mau kurus aku...

Hu3x...join bebudak kecik skali! Dah puas mandi, masa untuk makan tengahari ok? Masa ni dah pukul 1 tengahari kot...

Dalam pukul 3 petang, kitaorang keluar jenjalan sekitar pulau. Yeay! Naik motor lagi! Ni amik gambo kat Kota Belanda, peninggalan sejarah kat Kampung Telok Gedong kalo tak silap.

Pastu singgah kat Pekan Pulau Pangkor. Ada lepak kat sini sampai pukul 5.30 petang kot. Dok membeli belah apa2 yang patut. Ku tak beli apa2 sangat, tetiba rasa tak pandai shopping, he3x...

Pemandangan kat Pantai Teluk Nipah, ku rasa yang paling happening kat sini. Macam Salang kat Tioman ku rasa. Ramai gilo umat manusia. Ingat nak mandi kat sini, tapi rasa cam dah lewat, sebab dah pukul 6 petang taim ni. Berenti beli nasi lemak yang sedap itew!!! (Mana tak gumuk...)

Hohoho...makanan tradisi orang Perak, ate! Lempeng Pisang! Ku first taim makan lempeng pisang ni awal December ari tu bila Makcik Rozi (makcik yang mengurut aku tu...), hidangkan aku makanan ni ngan kopi halia, perghhh...layan, beb! Sangat tradisional! Ala2 bancuhan macam cekodok pisang tu, cuma letak inti kelapa, then lipat ngan daun pisang, pastu bakar.

Then, balik resort, derang ni gi mandi laut kat tepi resort tu, tapi ku tak join, jadik pengasuh lagi! Memula aku yang bawak derang, mak bapak budaknya tak sampai lagi. Tetiba..."Cik Mekkkk...Iwin nak berak..." Pastu...Incha plak, "Aaah la, Cik Mek....Incha pon sakit perut tetiba ni, tak tahan..."Hah, amik ko! Aku plak yang kelam kabut carik toilet untuk derang. Pastu jadik tukang jaga pintu sebab pintu toilet rosak, muahahahaha...budak...budak...

Malam kalu, sajer usha 'Pentas Bangsawan' iaitu bilik karaoke yang di buka jam 9 malam. Tak melalak pon sebab tempatnya open, pilih lagu dalam list yang ada dalam clear holder, sah2 la lagu lama kan...Lepak pon sat ja...Yang lain2, ada yang pi tengok bola sebab MU ada game kat kedai makan berdekatan.

Hari ketiga. 20 December. Turn kitaorang bujang plak pi breakfast. Bawak Incha ngan Iwin sekali. Iwin nak makan roti canai. Bila habis, kitaorang soh dia makan yang lain plak, macam bubur nasi ker apa kan. Dia leh tengok muka kitaorang n cakap camni, " Nak suruh Iwin gemuk ker???" Aiyo...harusla sentap makcik2 single dia ni kan...Umur 4 tahun dah fikir kalo makan lebih2, leh gemuk, aduh! Inilah Laney, kawan aku yang mimpi aku di malam Krismas ari tu...Oh ya, correction...Dia kata laki aku dalam mimpi tu, kurus, tinggi dan berkulit cerah.??? Haishhhh!

Check out pukul 12 tengahari, naik feri 12.30 tengahari. 5 sekawan; aku, Salwa, Laney, Mai n Ina. Sekelas sejak darjah 1; kelas 1 Kuning, SK Seri Kepayang, Ipoh. (Ku suka wat posing camtu sebab orang pernah kata mata aku cantik, uwaaaaaa...perasan lagi ni aaaaaa...)

On the way balik, singgah kat bakery yang ala2 famous kat Sitiawan, eh ker Manjung, iaitu Rosegar. (Eh, perkataan Sitiawan tu mengingatkan aku pada seseorang, huargh3x...kalo 'mamat' tu baca entry ni, memang ngko pun yang aku maksudkan, lalalalalalalala...Ala2 balas dendam sebab ko selalu nyakat aku gak dulu pasal satu nama kampung kat Besut tu kan...)

Sampai Ipoh, dekat nak pukul 4 petang dah. Then, kitaorang gerak pi Kampung Tawas plak (except family Salwa tak join), jumpa lagi sorang member kitaorang, Norzita Yaakop @ Ita, pon dah lama tak jumpa. Dan lagi sorang, Muhaini Saim (dia pernah jual nasi lemak daun pisang mak dia kat sekolah, masa kitaorang Darjah 3, sedap wooo...) Kitaorang melantak laksa, keropok, ngan buah rambutan. Ita now dah dok kat Cherating, Muhaini still kat Ipoh, kerja ngan Telekom. Sumer dah beranak pinak. Lepak sampai pukul 6 lebih, pastu ku terus drive balik KL. Keta banyak gilo kat hiway, dalam pukul 10 lebih baru ku sampai umah Keramat. 11.30 malam, ku sudah terlena...

Nota Kaki: Masa dalam kereta, Salwa discuss ngan aku, next trip nak gi mana pulak. Ku tak kesah mana2 pon. Derang suggest sama ada Tiara Beach Resort, Port Dickson ataupun Melaka. Ku suggest lagi 2 tempat; sama ada Kuantan or Terengganu. Salwa sengih panjang..."Kowang jangan kawen la...nanti susah kita nak berkumpul macam ni lagi, he3x..." Arghh...akan ku heret laki ku itew nanti! Mintak2 la mamat yang kurus tinggi kulit cerah tu kaki jalan cam aku gak, baru best!

No comments:

Post a Comment