Tuesday, December 8, 2009

Teater Natrah @ Istana Budaya.

Salam...

Kowang dah tengok teater Natrah kat Istana Budaya? Ku dah gi menonton, last Sunday, 6 December 2009. Kitaorang gi bertiga, aku, Natrah dan Iera Pretty. Derang yang tolong belikan tiket, RM 33. Ku ingat seat kat upper circle tapi rupanya yang kat depan stage tu, belah kiri, hu3x...puas la ku nak tengok pelakon2 hebat ni. Seat ku L 35. Teater arahan Erma Fatima ni start dari 30 November until 9 December, tapi di fahamkan di extend sampai 13 Dec, tiket sumer sold out.

So, macam yang kowang sedia maklum, teater ni membawakan kisah benar mengenai Natrah @ Maria Huberdina Hertogh, anak gadis Belanda yang di pelihara oleh seorang ibu angkat Melayu yang beragama Islam, Che Aminah. Dia di serahkan oleh ibu kandungnya Adeline kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah di tawan oleh tentera Jepun. Setelah bapanya di bebaskan, ibubapa kandung Natrah mencari anaknya dann Natrah di temui berada di Kemaman oleh Penasihat British di Terengganu, Arthur Locke. Natrah di besarkan oleh Che Aminah dalam suasana dan pendidikan Islam. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan antara Che Aminah dan ibubapa kandung Natrah di Belanda. Che Aminah yang di wakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah di bebaskan dari York Hill. Kerana takut persitiwa berulang, Natrah di kahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di Singapura, ketika dia berusia 13 tahun dan suaminya 22 tahun. So, konflik agama dan isu penjagaannya telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.

Ni pelakon yang membuatkan aku teringin sangat nak tengok 'Natrah'. Sofia Jane binti Hisham atau di kenali sebagai Sofia Jane yang memegang watak Natrah ketika berusia 70 tahun. Aku minat giler ngan Sofia Jane ni masa aku sekolah menengah dulu sampaikan nama glamer aku tukaq jadi Myza Jane, ha3x...Sofia Jane cuma muncul bermonolog masa pembukaan dan penutup teater ni. Memandangkan dia antara pelakon wanita terbaik kat negara kita, so penghayatan lakonan dia memang best! Kalo dalam teater, ku suka part monolog sebab menguji penghayatan dalaman si pelakon untuk pastikan mesej yang nak di sampaikan tu, di fahami penonton. Dan sebagai penonton, kalu tak folo biji butir monolog tu, memang boleh lost, tak faham dan silap2 tertido sebab dialognya memang panjang, he3x...Ku suka kostum Sofia Jane malam tu sebab sama keler ngan dress yang ku pakai, ha3x...

Ini pemain watak Che Aminah iaitu Umie Aida, ku rasa dia memainkan watak tu dengan cemerlang, siyes! Dalam banyak2 scene teater ni, yang banyak membuatkan airmata aku bergenang ialah taim berebut hak penjagaan Natrah tu. Umie Aida memang menjiwai watak Che Aminah tu tapi aku terpaksa bersetuju dengan pendapat yang kasih sayang antara Che Aminah dan Natrah kurang 'ikatan perasaan' antara mereka melalui babak2 yang di pertontonkan. Walaupun tersentuh, tapi maybe blom cukup untuk kita turut sama merasai kepahitan, lara, kesedihan yang di alami Che Aminah dan Natrah. Maybe sebab banyak fakta yang nak di share dengan penonton sepanjang 2 jam persembahan tu kot.

Kalau dalam Pisau Cukur, ku rasa Maya Karin tak cantik dan Fazura lagi menonjol tapi on stage, ku baru perasan Maya Karin ni lawa giler! Serius ku tak pernah admit yang Maya ni cantik tapi malam tu, memang ku akui lawanya dia. Walaupun kali pertama berlakon teater Melayu, tapi ku kira lakonannya sebagai Natrah memang boleh di banggakan. Ku rasa kalo Diana Danielle yang bawak watak Natrah ni, mungkin nampak lemah kot, stereotype ku rasa, maybe jadik cam Airmata Maria? Sorry to say la kot, ku rasa Diana Danielle tak cukup 'strong' untuk watak heavy macam Natrah yang di angkat dari kisah benar. Watak zaman remaja Natrah yang di mainkan oleh Maya Karin menjadi sebab tak nampak beza dia dengan pelakon kanak2 lain.

Abang Adam! Abang Adam! Uiks, salah siri plaks! Hmm...pemegang watak suami Natrah, sebagai Mansor Adabi ni, tak friendly waktu sesi sain autograph. Agak mengecewakan aku walaupun aku tak minat dia. Sofia Jane, Umie Aida, Maya Karin yang namanya lagi besar, jauh lagi sporting, sempoi dan sangat best dan pandai melayan peminat. Kalo Encik Remy terbaca ni, hopefully dia leh improve area ni sebab dia ada bakat dan tengah hot di kalangan peminat sebab populariti drama Nur Kasih. Dia ok sebagai Mansor Adabi tapi ntahla macam tak baper menonjol ku rasa.

Bekas Ratu Cantik Malaysia 1991, Samantha Schubert sebagai Adeline Hertogh, ibu kandung Natrah. He3x...masa zaman sekolah dulu, ku suka betul tengok dia, cantik...Masa tu dia top jugak la, bersepah dalam iklan. Masa tu kawan aku, Yus, minat ngan model lagi sorang, Amylela Devi Chandran. Ok, berbalik pada watak Samantha, dia ku kira sama strong ngan acting Umie Aida. Performancenya cukup meyakinkan sebagai ibu kandung yang menanggung rindu yang sarat sepanjang berpisah dengan anak kandungnya, yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan haknya balik. Dia berjaya menonjolkan emosi itu. Walaupun muncul seketika, tapi lakonannya meninggalkan kesan di hati penonton. Dan kesan lakonan nya itu, ku tak salahkan langsung Adeline sebagai ibu kandung menuntut hak nya sebagai ibu.

He3x...ni yang paling ku tetiba rasa nak gediks, muahahaha...mak suka part manja2 memadu kasih ni, yeah! Harusla berangan nak pegang watak Maya Karin tu kan? Since kisah Natrah tu sendiri pon memang dah 'heavy', ku tak sangka plak yang Erma Fatima ada masukkan unsur2 muzik sekali, nyanyian segala. Memang dalam paper pon, dia ada mentioned pasal dia masukkan unsur 'Hindustan' siket. Kalo tak silap aku, lepas scene kat atas ni, memang ada scene macam Hindustan, lengkap penari2 dan lagu yang dialunkan tu macam melodi lagu Ladki Badi Anjani Hai dari filem Kuch Kuch Hota Hai (tajam gak telinga aku ni, he3x...)

Set kalu, ko memang kagum la tetiba bley ada church besar ngan patung Katholik atas stage tuh, ternganga mak...Ada impact la part 'mengKhatolikkan' Natrah tuh, dengan latar muzik nya skali.


Ni pemegang watak Natrah zaman kanak-kanak, kalo tak silap nama Adriana Maria, umur 11 tahun. Comel budak nih...tapi masa dia acting, ada masalah audio, so suara dia memang tak dengar, slow jer...Pelakon kanak2 lain best!

Sabar menanti sesi nak dapatkan autograf dari para pelakon. Que panjang giler, dengan petugas Istana Budaya tak kasik kitaorang amik gambar bila mintak autograf. Apa kes? Kononnya tamau orang beratur lama la. Kitaorang kena tegur (terutama aku la yang pegang kamera kan...) tapi harus la ku menjawab balik, " Apsal budak pompuan depan kitaorang bley lepas amik gambar posing ngan artis lagi, kitaorang tak leh pulak?" (Eh...eh...sejak bila ku pandai menjawab ni aaaaaaaaa...) Ku faham tugas petugas2 IB tu, tapi sometimes ku rasa macam kekwat jer.

Terserempak dengan junior masa kat RPS dan UIA, Raja Norhajjah. Datang dengan family dari Taiping, Perak nak tengok teater Natrah. Ku rasa dah 7 tahun, kitaorang tak jumpa. Soklan faveret di tanya, "Akak dah kawen ker blom nih?"

Apa ku buat tuh? Hurmmmm...sedang memangkah Remy Ishak...akhirnya...nanti...kecewa...

Nota Kaki: "Kamu, ke mari. Tolong warnakan pelangi yang tersenyum dihati saya hari ini. Mari!" Natrah memahami mengapa saya 'angau' ini hari, ha3x...Saya suka dia...

2 comments:

  1. ewah...

    pi tengok natrah. ku dapat peluang pi tengok percuma tapi kena lupakan sebab ada anak kecik... huhuhu....

    baguih ang buat review neh... takyah pi pun tak pe.

    ReplyDelete
  2. Uiks, takde la review sangat, Didee, komen biasa2 jer.

    ReplyDelete