Thursday, December 31, 2009

Aik? Dah 2010?

Salam...

Hai! Cepat btol kan masa berlalu? Hari ni dah masuk 1 Januari 2010! Rasanya tak terlewat nak wish Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dan Tahun Baru 1431 Hijrah! (Aiyo, sydah 2 minggu la...) Apa yang menarik berlaku sepanjang tahun 2009? Ntah la, tak ingat sangat la...apa susah, tengok jer la entry kat blog ni untuk flashback balik. Rasanya takde perkara major yang meninggalkan kesan kot, ku rasalah...sebab ku menjalani hidup macam biasa.

Seawal masuk jer tahun 2010, ku sudah di serang asthma, hu3x...Sebelum tidur, sekitar jam 1.45 pagi, ku dah sedut inhaler 2x. Tapi pastu aku tertido pon tak baper lena. Then, dalam 3.45 pagi, haiyo...ku sudah mula sesak nafas la, weyyyy!!! Sejam 'bertarung nyawa' sebelum mintak tolong jasa baik sorang kawan untuk hantarkan aku ke klinik. Sementara tunggu, aku tawakal jer in case kalo apa2 jadik kat aku, rasa macam 'nyawa2 ikan' jer...susah giler nak bernafas, macam ada mende tersekat, ketat sungguh dadaku. 2x amik nebulizer, dan doc kasik amik oksigen gak. Dia nak refer aku gi spital tapi dia kasik dulu stok steroid untuk seminggu, tengok camner. (Hmm...masa ku tengah update blog ni, still tak stabil lagi actually...bley tak masukkan aku ke wad jer, biar aku tido jer kat situ...).

Ok, itu citer awal pagi tadi. Azam baru? Hmm...carry forward yang last year punya la kot, ada jer yang macam tak achieve lagi. Tapi ku ada satu azam yang memang aku terfikir bersungguh sikit nak improve iaitu " SAYA TIDAK MAHU MENCARUT LAGI ATAU MENGELUARKAN PERKATAAN2 YANG KURANG ENAK UNTUK DI DENGAR!" Hmm...aku paling banyak mencarut masa joined 1 company ni la kan, ha3x...sampaikan kawan2 rapat ada yang terkejut, "Eh, Manja! Sejak bila awak jadi macam ni? Dulu tak macam ni pon!" Apatah lagi bila last week, ku terdengar 'Panggilan Hangit Hot FM', ada sorang pompuan ni siap bley cakap "Kepala hotak hang!" secara live di radio pada Fara Fauzana 2,3 kali. Aku yang taim tu tengah driving, terdetik dalam hati," Iskkk...kasaqnya pompuan ni..." Terus termuhasabah diri sendiri, wah gitew! Sampai jer ofis, orang pertama yang ku email kasitau, saper lagi kalo bukan Ayah Pi, hu3x...

Itu KPI yang paling utama la untuk tahun ni, he3x....Nak tau yang lain2 gak ker? Ni hanyalah action plan untuk seronok2 ek...sama ada azam, niat, perkara yang ku teringin nak wat, akan buat, ada ku list downkan kat bawah (dan mungkin akan bertambah dari masa ke semasa, ok?)

1. Nak langsingkan wajah!!! Wah gitew!!!
-Saya telah membeli 4 produk Bio Essence with Pine Pollen iaitu Deep Cleanser, Deep Nourishing Toner, Radiant Youth Essence dan Face Lifting Creme. Tak mampu nak beli complete satu set...Setakat cleansing milk, ku baru jer beli Nivea punyer jer ari tu. In addition, mahu meneruskan penggunaan Gel Pengelupasan Syahirah sebab berkesan menanggalkan 'blach head' di hidung saya. Facial scrub dan masker so far takde masalah dengan Safi Balqis dan Mustika Ratu. (Haish....masa tulis ni, terpampang plak muka Nasha Aziz kat Tv1 ni, wah!!!)

2. Mahu menjaga kesihatan tulang!
- Hmm...bila umur dah masuk 30 tahun, tulang kita dah start reput kan? Hari tu dah check, so far ok lagi tapi dah kena jaga2. Semalam, ku sudah beli susu Anlene perisa coklat dan hopefully leh maintain minum, he3x...Oh ya, selain tulang, ku kena jaga makan jugak ler...kandungan kolesterol dan lemak dalam tubuhku tinggi, ni pon baru check gak ngan KPJ. Yang lain2 so far ok termasuk BMI aku, tapi sipi2 gak tuh...

3. Trip Jenjalan!
- Isk3x...tanggungjawab aku pada kawan2 plak tahun ni...Insya Allah, 28 - 30 Mei 2010 ke Pulau Lang Tengah, Terengganu.
- Cuti Maulidur Rasul 26 Feb 2010, maybe nak turun Kuantan, dengan Sha Tuyee.
- Cuti CNY 2010, macam nak ke utara; sama ada Pulau Langkawi atau Pulau Pinang.
- Trip Krabi kena postpone dulu sebab 6 bulan probations, takleh amik Annual Leave, uwaaaaa...
- Mahu berehat hujung minggu di Laguna Redang Island Resort, mau tido sepuas2 nya dan membaca buku...tapi tatau bila...

4. Sistem envelope!
- Mahu lebih berjimat cermat, aiyo...ni yang susah ni aaaaaa...So far ku cuma ada envelope untuk asingkan duit PTPTN untuk bayor balik. Maybe aku patut wujudkan beberapa lagi kategori seperti DUIT SHOPPING!

Nota Kaki: Sorry, jodoh related matters tak termasuk dalam list, dunno why...tanyalah hati,ok?


Tuesday, December 29, 2009

Terlanjur Cinta...


(Rossa)
Waktu bergulir
Lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema

Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

(Pasha)
Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh

Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

(Korus)
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta, aku tetap cinta….

(Rossa)
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh

(Pasha)
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan…

(Ulang Korus)


Nota Kaki: Hik3x...tak sabar plak nak gi melalak kat Red Box. Ada kawan nak duet ngan aku lagu ni, Terlanjur Cinta. Ku rasa macam tak lepas jer part Rossa tu, agak tinggi plak untuk aku. Redah jer, praktis banyak kali, sure ok. Btw, Ahad baru ni, junior sekolah called, request aku nyanyi masa wedding abang dia 23 Januari depan. Aiyo!!! Ku bukan pernah nyanyi untuk kenduri kawen orang, apatah lagi dia kata ni surprise untuk abang dia, bley? Macam la aku ni artis penampilan istimewa kan? Plus, nyanyi karaoke jer, kalo live band, harusla ku meroyan lebih sikit, huhuhu...Ku tak decide lagi camner tapi dalam kepala macam dah terfikir lagu2 yang nak nyanyi, bley? Dia soh nyanyi dalam 2,3 lagu such as Krisdayanti nyer lagu. Hmm...mestila lagu bertemakan cinta kan? Mmmmm...."Mencintaimu" macam ok, "Bukan Cinta Biasa" Dato Siti pon macam ok. Kalo ada cadangan lain leh kasik gak, timakacih...

Monday, December 28, 2009

Kau Sahabat, Kekasih dan Teman.

Ku harap sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beranika ragam dan rupa
Ada yang jujur, ramai yang berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru

Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka

Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan


Nota Kaki: Masih dalam mood lagu2 Aishah, he3x...Antara lagu faveretku, yang ku suka liriknya, menzahirkan apa yang tersirat dalam hati dan fikiranku, chewah! "Jadilah kau sahabatku, kekasih dan teman!" Memang nak 'somebody' yang bley jadik sahabatku; berkongsi macam2 cerita baik burukku. Saling menerima kekurangan dan kelebihan diri, menerima seadanya dan menyesuaikan diri. Bersama2 improve ke arah kebaikan, cheh! Dah banyak kali orang yang telek tapak tangan ku cakap, that 'somebody' adalah di kalangan kawan2 aku jugak, jeng...jeng...jeng...Wait n see!

Sunday, December 27, 2009

Konsert Irama Warisan Kita.

Salam...

Hari ni, 28 Dec, ku mc. Subuh tadi, dadaku sesak, susah nak bernafas. Balik dari klinik 7.30 pagi tadi, ku terus tido sampai kol 12 tengahari. Terkial2 tatau nak buat apa, hmmm...ku update jer la blog aku ngan apa2 citer kan? Takkan nak kuar, tubuh rasa tak larat jer.

11 December lepas, ku berkesempatan tengok Konsert Irama Warisan Kita @ Dewan Filharmonik Petronas, KLCC. Sebab paling utama ku nak tengok konsert ni ialah ku sangat minat dengan vokal Aishah sejak dari sekolah rendah. First Malay albumnya somewhere tahun 1990, yang memuatkan lagu hits 'Janji Manismu' harusla ku suruh arwah papaku beli kat Studio 26 (kedai kaset famous kat Pasar Besar Ipoh) kan? Walaupun kaset tu dah rosak, tapi ku berjaya mendapatkan dalam bentuk cd few years back. Selain 'Camar Yang Pulang', ku paling suka lagu track no. 6 iaitu 'Menanti'. Suara gemersik Aishah yang macam 'falsetto' tu, excellent siot masa bawak lagu ni, feel tetap maintain dengan vokal terkawal walaupun masa intro lagu. Ku suka Aishah, tetap evergreen!


Ini ialah Dato' Johari Salleh, merangkap conductor/ composer/ arranger untuk konsert malam tu. Konsert ni berlangsung selama 3 hari dari 11-13 Disember 2009. Musiciannnya terdiri dari gabungan Malaysian Philharmonic Orchestra dan Malaysian Philharmonic Youth Orchestra. Actually, ni first taim seumur hidup aku 31 tahun, ku tonton persembahan orkestra. Dan baru ku tahu, musician MPO ramai foreigner. Dari satu segi, ku rasa alangkah bestnya kalo konsert yang mengangkat lagu2 irama warisan kita ni, 100% di mainkan oleh pemuzik anak2 tempatan. Maybe in future kot sebab la ni dah bersepah IPT yang offer course muzik, so dah ramai la profesional musician nanti.

Ini lagi sorang penyanyi yang terlibat dengan konsert tu, Lah Ahmad. Ku takdela minat dia beria2 tapi suka gak la vokal dia. First taim tengok dia kat tv masa tu VE dan Ruffedge gilir2 wat intro lagu2 yang bertanding masa Anugerah Juara Lagu (tahun bila ku tak ingat, he3x...). Ku 'tertangkap' suara mamat ni best taim dia nyanyi korus lagu 'Menadah Gerimis' Ziana Zain. Sedap sangat suara dia! Masa tu rambut dia panjang lagi.

He3x...perkenalkan! Pasangan hero-heroin baru untuk sequel filem 'Syurga Cinta 2', muahahaha...Ku suka tengok Awal Ashaari dalam filem tu. Kat luar, dia sporting jer layan peminat tapi 'nampak macam elit' sikit. Dia pengacara untuk konsert malam tu, berpasangan dengan Deborah Priya Henry, bekas Miss Malaysia / World 2007. Walaupun aku beli tiket RM 40, tapi dapat plak seat kat depan stage, dapatla ku tengok kejelitaan wajah bekas ratu cantik tu. Serius lawa! Mix Indian ngan Irish. Tapi ku takde gambo ngan dia.

Cun giler pelakon sorang ni-Lisa Surihani! No wonder kawan lelaki aku, si Iwan Sapuan suka ngan dia, memang cun! Alang2 dah terjumpa, harus la ku snap sekali gambo ngan derang ni kan, bila lagi? Tak kesahla walaupun derang tak perform pun, janji artis.

Ni paling best; qaypo, havoc, gila2, sporting, etc- Scha Al Yahya! Dia ada bakat berlakon yang baik, ku puji lakonan dia dalam filem 'Histeria'. Nampak sangat kebantutan aku kan? That's y aku tak hantar penyertaan Dewi Remaja masa muda2 dulu, ngee...

Dengan idolaku! Punyala minat, masa aku memula masuk asrama RPS tahun 1991, taim tu Majlis Penutup Minggu Orientasi, ku nyanyi lagu Janji Manismu depan audience. Siap wat eksyen lentuk tubuh ke belakang sambil dongak kepala masa ending lagu tuh, ha3x....Then, masa ku Form 3, taim camping kadet polis kat Kuala Woh, sekali lagi ku nyanyi lagu ni dengan live band (1st experience ngan band PDRM nyanyi depan public...).

Ok, berbalik pada citer konsert tadi, konsert bermula sekitar jam 8.30 malam. Di mulai dengan 'Sabah Overture' yang di susun oleh Dato' Johari Salleh, yang menggambarkan suasana damai di daerah Kundasang. Persembahan berdurasi 12 minit ni, di mulai dengan lagu lama 'Maggie', di ikuti 'Jambatan Tamparuli', 'Sugali Om Susugali' dan 'Gunung Kinabalu'. Dan selepas itu, penonton di hiburkan pula dengan lagu berentak Melayu deli yang di cipta seawal tahun 1923 iaitu 'Seri Mersing', ciptaan Allahyarham Haji Musa Yusof atau lebih di kenali sebagai Pak Lomak. Selain lagu2 lama, kita juga di hiburkan dengan lagu 'Cindai' yang di popularkan oleh Dato' Siti Nurhaliza tahun 1997, ciptaan Pak Ngah dan lirik oleh Hairul Anuar Harun. Lagu ini pernah dirakam dalam bahasa Mandarin oleh penyanyi Cina, Chien Bai Hui. Selesai 'Cindai', ku memang terleka dengan lagu seterusnya iaitu my faveret, 'Tunggu Sekejap'. Lagu indah yang komposer, lirik dan original singer, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, di petik dari filem 'Sarjan Hassan' pada tahun 1955.

Then, baru Aishah muncul untuk menyanyikan lagu 'Bahtera Merdeka' yang pernah jugak di nyanyikan oleh Dato' Ahmad Jais. Ku cakap ngan kowang, vokal Aishah siket pon tak berubah malah sama macam dalam cd taim nyanyi lagu ni, ok? Pastu, Aishah turut menyanyikan lagu yang berirama joget yang di ambil dari album Dato' Sudirman iaitu lagu 'Joget Kenangan Manis', ciptaan S. Atan.

Pastu, konsert berenti rehat 20 minit. Nasi goreng USA ni bukanlah makanan yang di hidangkan taim break tu, ek? Ada buffet yang di sediakan kat lobby luar dewan; macam2 makanan tradisi ada seperti roti jala, kerepek2 segala.

Lepas break, konsert di sambung dengan di mulai lagu 'Pahlawanku' yang di nyanyikan oleh Puan Sri Saloma dalam irama keroncong, ciptaan Allahyarham Yusof B dan lirik oleh S Sudarmaji. Ada jugak versi Sanisah Huri tahun 1973 yang menampilkan susunan muzik baru berteraskan pop. Seterusnya, lagi satu lagu lama, 'Tudung Periuk'. Versi asal di nyanyikan oleh Momo Latif pada tahun 1930-an sebelum P. Ramlee memberi gubahan baru untuk filem seramnya 'Sumpah Orang Minyak' pada tahun 1958.

Pastu, Lah Ahmad muncul dengan menyanyikan lagu malar segar, 'Hijau' yang di rakamkan oleh penyanyi Zainal Abidin pada tahun 1992. Dan di iikuti lagu patriotik, 'Warisan', yang di muatkan dalam album Abadi tahun 1982 oleh Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Kemudian, penonton dalam dewan sekali lagi di bawa menghayati keindahan lagu ciptaaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, 'Getaran Jiwa' yang di petik dari filem 'Antara Dua Darjat' pada tahun 1960. Sebagai penutup, persembahan 'Gema Nadi Budaya' yang memuatkan medley lagu2 irama tradisional 'Mega Mendung' yang mengekalkan tempo asli, dan seterusnya mengalir ke rentak inang untuk lagu 'Pandang-Pandang Jeling-Jeling' dan bertukar ke rentak joget untu lagu 'Joget Hitam Manis' sekaligus menutup medley dengan impak yang hebat untuk konsert ini. Personally, menyeronokkan dan terhibur sepanjang persembahan 1 jam setengah tu.

Muka mengantuk, he3x...On the way hantar kawan ku balik ke Vista Angkasa, Kerinchi, lepak makan dulu, hik3x...(Camner tak gumuk kan...). Camner tak ngantuk, pagi tu, karaoke 4 jam kat Red Box Plus, Pavilion, pastu shopping jap kat sana. Malam gi tengok konsert orkestra, lepak2, 1.30 pagi baru ku sampai umah, lalalalalalala...Takde life?


Friday, December 25, 2009

Janji Kasih.


Mata yang memandang
Tak merasa keluh resah
Senang berbicara...

Namun mungkin
Takkan memahami
Yang tersimpan... di sanubari
Yang ku yakin
Apa yang terjadi
Menguji kesungguhan di hati...


Berjanji takkan berlalu pergi
Kasih pasti kan bersemi nanti
Mencipta sinar bahagia bersama
Aku kan buktikannya
Ke akhir nafasku ini

Masa telah memaksa
Ku lontarkan kata-kata
Agar kau mengerti

Tidak akan berterusan lagi
Kesedihan yang ada di hati

Kerna aku tak mampu menipu
Menyata keinginan... di kalbu

Suatu hari kan menjelang jua
Saat bersatu diantara kita... oh...
Suatu masa kan terbukti nyata
Duniakan menjadi saksinya


Berjanji takkan berlalu pergi
Kasih pasti kan bersemi nanti
Mencipta sinar bahagia bersama
Aku akan buktikannya
Ke akhir nafasku ini

Merantai jiwa takkan berpisah
Merungkai gundah menguntum indah
Terbuka hati yang lama melara
Akan ku buktikannya
Ke akhir nafasku ini

Nota Kaki: Antara lagu wajib nyanyi bila gi karaoke, lagu Dato' Siti Nurhaliza yang di petik dari album E.M.A.S. Ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh Dato' Siti sendiri. Memula tak minat sangat tapi bila album ni keluar, ex-housemate aku, Wywy suka lagu ni, ku cuba try dengar. Eh, macam best plak lirik dia. Harusla aku berangan nak nyanyi lagu ni untuk husband aku taim garden wedding kitaorang nanti, hu3x...

Mimpi Malam Krismas!

Salam.

Hye! Apa kowang buat cuti Krismas hari ni? Best kan tiap2 minggu, kije suma 4 hari jer, then Jumaat jer Public Holiday sampai la awal tahun depan 2010 (aiyo, so fast ka this year...). Seperti yang di plan, cuti hari ni memang ku nak cover tido jer (semalam ingat nak tengok wayang ngan Yie pon kensel, coz dua2 dah tertido depan tv, hu3x...).

Pagi tadi, tengah dok golek2 berangan, sekitar 7.30 pagi, tetiba ada sms masuk. " Nak breakfast?" Ku jawab, "Nak! Nak!". Saper lagi kalo bukan Ayah Pi ku itew! Memang ari tu ada cakap pon, kalo bila2 kitaorang free, nak lepak breakfast makan nasi dagang. Itu faveret breakfast dia ku kira, he3x...Macam biasa, kitaorang lepak kat Setiawangsa, nasi dagang ikan aya n teh o (seperti selalu) dari kol 8.15 pagi smpai 9.45 pagi. (Baru ku tau Ayah Pi pon ada beli majalah URTV, hik3x...).

Ok, itu citer breakfast. Dalam 9.35 pagi, tetiba ku dapat sms dari Natrah, " Beb, aku mimpi ko jumpa somebody n bakal kahwin..." Muahahaha...mau aku tak teruja excited citer sms tu ngan Ayah Pi tadi, dok tersengih2 baca sms tu! Pagi tadi Natrah still kat Melaka bercuti ngan family dia. Ku tanya, "Beb, dalam mimpi tu ada mentioned tak nama somebody tu?" (Harusla ku tanya sebab takyah la aku susah2 skandal ngan sapa2, ngeee...)

Blom sempat Nat replied, lagi satu sms masuk jam 9.38 pagi, dari Laney, kawan sekolah rendah aku kat Ipoh. " Mek, aku mimpi ngko ada 2 anak perempuan. Aku terserempak dengan ngko dan husband n maid kat shopping mall. Anak sorang cam 3 tahun lebih dan sorang lagi baby. Laki ngko kurus2 tinggi, hu3x...Muka anak macam muka bapak dia, tak putih cam ngko, gelap sikit, hu3x...." Aiyo! Apakah???? Camner 2 orang kawan fomfuan aku ni bley mimpi serentak mende yang hampir sama pasal aku nih aaaaaaaaaa...Sorang kat Ipoh, sorang lagi kat Melaka. Saper plak yang kurus2 tinggi, gelap siket tuh, jeng...jeng...jeng...

Jam 9.43 pagi, Nat replied," Serius aku tak dapat tangkap nama orang tu, sebab ko datang kat aku n bagitau nama. Tapi bila bangun tido, aku dah tak ingat nama tu. Siap dalam mimpi tu, ada orang cakap ngan aku, dah sampai masa untuk Mirza kawen...Ini petanda baik, beb..." Muahahaha...kelakor plak ku rasa, aku nak tau betul saper yang jadik 'suara ghaib' dalam mimpi Nat tuh, hu3x...Terus ku replied kat dia citer pasal mimpi Laney tu jugak. " Maksudnya ini memang petanda jodoh ko dah hampir ni:), she replied. Aiyo! Scary nih! Kalo pon aku ada wat solat sunat, doa mintak petunjuk ker, asal aku tak mimpi ek? Asal 2 orang kawan aku ni plak yang mimpi, haish! Musykil nih...

Hmmm...mimpi hanyalah mimpi, maybe derang tido tak basuh kaki n sebelum tido ada sikit teringat kat aku ker kan? Kebetulan plak 2 orang serentak mimpi pasal aku. Macam mimpi Laney tu, ku agak, dia maybe di pengaruhi statement dia sendiri sebelum ni masa kat Pulau Pangkor last week. Banyak kali dia cakap, aku nampak motherly bila melayan anak2 perempuan member kitaorang seramai 5 orang tuh (ku rasa macam tak pon, he3x...). So, maybe ada pengaruh kat situ. Dan lagi, rasanya ku ada citer pasal sorang mamat 'kekasih gelapku' itew, ha3x...Tapi mamat tu takdela tinggi mana pown. Mimpi Nat, hmmm...tak sure plak. Maybe dia windu kat aku, ha3x...Sebab kitaorang communicate almost everyday.

Nota Kaki: Eeeeeeee...gumuknya aku dalam gambo ni! Cik Mek ngan anak2 kawan; Nabila (atas dukung aku, 3 tahun, sangat manja ngan aku, gomol2 segala, ha3x...I like!), Kak Long Nabila-Jiqah (tshirt kuning) n Kak Ngah-Incha (tshirt itam putih).

Monday, December 21, 2009

Cak!!!

Salam...

Hai! Rasa macam lama tak merepek kat sini...sibuk ler, apatah lagi last week, 14 December 2009, ku baru start kije baru kat Shah Alam. Pagi2 lagi, sebelum Subuh aku dah bangun. Hari pertama, ku sampai ofis pukul 7.15 pagi, siap tido dalam keta kat parking lagi, baek punya. Mau tak ngantuk, kol 6.30 pagi dah kuar umah. Agaknya sebab tak biasa mandi awal pagi, perutku kembung seminggu, ha3x...macam budak kecik sangat!

So far, opis baru ku ok. Jauh lagi sistematik in terms of documentations dan work flow. Company policy kalu, baca jer Employee Handbook and CA, tak kalut2 nak carik memo2 lama yang filing berkurun2, ha3x...Bawah aku ada sorang Exec n sorang HR Assistant, 2 asset yang sangat bernilai bagi aku. HOD pon ok so far (biasak la bos...), few things dia ada coach aku. Orangnya kecik molek, tak banyak cakap tapi ada perkara yang ku kagum dengan dia, so aku telah menstresskan diri sendiri supaya satu hari nanti, aku bley jadik cam dia, hu3x...Hasilnya, hari pertama aku telah sakit kepala dan hampir muntah dalam kereta (plus gediks nak lalu Federal hiway, jam gilo smpai mabuk...), sampai jer umah, ku tertido trus...

As expected, kije line manufacturing memang banyak giler, tapi good exposure untuk aku. Aku responsible untuk Recruitment, Training dan Industrial Relations (agak2 leh biol tak pas ni, hik3x...) Selain dari kije2 ni, ku jugak bakal sibuk ngan event2 company yang mana HR memang automatik jadik committee. Hari ke3, aku dah di appointed untuk jadik committee Protocol untuk Appreciation Dinner Long Service Award, Best Employee Award n Zero MC Award, sekaligus jadik back up pengacara majlis. Tarikhnya? Uwaaaaaa...31 December ni, isk3x...countdown di Shah Alam la nampaknya...Next year bakal sibuk dengan 6th Collective Agreement antara company ngan Kesatuan Sekerja, perkara baru yang ku akan blaja, so 9 January ni ada training camner nak handle.

Hari ni Anlene bukak booth kat kilang aku nih, so ada pemeriksaan tulang percuma untuk sumer staff. So far, tulang aku ok, tapi tu lah, umur dah 30-an ni, kena jaga sikit sebab tulang semakin mereput (nyesal plak tak beli Anlene perisa coklat tadi...). Air teh o faveret aku kena limit 2 cawan jer sehari. Itu tulang, makan aku tak jaga plak, dah la kolestrol tinggi, hik3x...Apa2 hal, kije kat sini ku kena physically and mentally ok, penat n tough wooo...Jus Tok Guru plak ker?

Nota Kaki: Permudahkanlah segala urusan saya...yang penting 'waja' kan hati saya, amin...ku redah jua, macam biasa...

Sunday, December 13, 2009

Tunggu Sekejap...

Tunggu sekejap wahai kanda
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap
Dalam pelukan asmara ku

Jangan bimbang
Walaupun siang akan menjelma
Malam ini
Belum puas bercumbu dengan kau

( 1 )
Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh

( korus )
Jangan pula
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

( ulang dari 1 hingga akhir )

Nota Kaki: Mood gediks lagu2 lama, he3x...Ku suka version Jaclyn Victor, first taim dengar dia nyanyi masa Malaysian Idol, rasa macam klasik jer...ada kelasnya tersendiri. Harus la pas tu ku usaha hafal dan bawak style Jac gak, he3x...

Saturday, December 12, 2009

My Farewell @ Sabak.

Salam...saja nak share gambo2 terakhir aku kat ACSB. Ku sudah tender 10 November lalu dengan cukup notis 1 bulan. Ni adalah keadaan meja aku sehari sebelum last day, bersepah macam biasa (orang ingat ku tamau resign sebab ku sibuk macam biasa, he3x...)

Ni adalah Restoran Sabak, tempat department aku wat farewell untuk aku. Tak jauh ngan opis, kat Taman Melati jer, dari tepi MRR2 pon bley nampak. Few times gak ku datang makan kat sini sebelum ni termasuk taim farewell Encik Onn, ex-Operations Manager OCC (ku yang sibuk2 actually taim tuh, ha3x...)

Baru sampai...keadaan lengang. Kitaorang gerak pas opis hour. Muka aku ngantuk macam biasa, he3x...

Natrah tukang amik gambar. Pasal makan, dia memang laju!

Ku suka seafood, tapi tak makan banyak, ha3x...

Apa2 hal, ku memang carik ni dulu, he3x...Sedap tau ayam masak merah dia tu.

Ku goreng sendiri tau!

Pantang nampak kamera, macam biasa!

My clerk, Nur Aimi dan kawan sebelah meja, Linda.

Not bad la dia nyer steamboat. Kitaorang lepak kat situ sampai 8 lebih, tapi ada yang dah balik awal terutamanya yang dah ada family. Kitaorang yang bujang2 ni, bila2 masa jer leh balik, he3x...

Nota Kaki: Plan gi steamboat lagi, celebrate besday Pok Yie, 3 Januari 2010, jom!

My Last Day @ ACSB.

Salam...

He3x...sambung lagi. 9 December 2009, my last day kat ACSB. Tak rasa apa2 pon, biasa jer. Hmm...ni milo suam kegemaranku kalo kat opis. Sebelum ni aunty tealady yang bancuhkan untuk staff, tapi atas arahan bos besar few months back, staff kena bancuh sendiri. Tapi pagi tu, masa aku tengah 'ghalit' kat depan PC. tetiba aunty tealady wat special delivery kat aku. Terkejut giler, weh! Tambah mengejutkan aku lagi, dia still ingat minuman faveret aku ni, terharu giler, seyyyy...Memang masa dia dia watkan untuk staff dulu, kalo pagi memang ku mintak milo jer (alas perut kalo tak sempat breakfast) dan petang selalunya teh o ler. By the way, thanks Aunty Kumari! Appreciate it very much! Perkara kecil yang sweet tapi menyentuh emosi saya, he3x...Terasa diriku amat berharga, auw!

Bergambar dengan big boss, AIB, Encik Shahrizal (kiri) dan Encik Khalid (kanan). So far, ku takde masalah kerja ngan derang. Encik Shahrizal tu kaki menyanyi, suara dia sedap wooo...Tak sempat la nak duet ngan dia next staff gathering. Memandangkan dia orang Taiping, so ku selalu jer cakap loghat utara ngan dia.

Yang ni staf2 Marketing, AASB, subsidiary yang handle outdoor advertising. Tak sempat nak jumpa staf Development & Project sebab derang pi site. Adik aku, Yie kije ngan subsidiary ni la. Yie cakap, chinese lady sebelah aku tuh, si May, iras muka aku, uiks, ye ker? Punyer la banyak cakap amoi sorang nih, karaoke nyanyi lagu Ella, ok?

Hah, yang ni, big boss AASB, Puan Nik Firdaus, sebelah tu, husband dia, Encik Husni. Masa ku memula masuk company ni, Puan Nik la yang interview aku ngan bos aku. Kecut perut siot coz taim interview tu, dia garang betul. Ku memang ingat dah failed taim tuh. Bila dah joined, actually dia ok jer, sempoi. Suka gelak, tapi taim dia serius, takleh memain la kan, biasa la tuh.

Dengan staf2 AME HQ. Masa salam ngan Kak Fairos, clerk AME (yang pakai tudung pink tuh...), bila dia cakap,"Eh, sedih la pulak..." Tup, tetiba jer aku rasa sebak, isk3x...Mata aku berair terus...very the Neng Yatimah kan? Yang sebelah aku tu, Maintenance Manager, Pak Lah. He3x...kalo tengok dia, memang ku teringat arwah papa aku, ada iras. Sempat dia cakap, " Nanti jadik HR saya, bley?" Uiks, statement yang sama ex-bos aku masa kat Jusco, Encik Hasdan pernah cakap. He3x...ku ni 'kodok' jer, cik. Banyak lagi ku tatau actually. Kalo dengan staf2 kat site, ku paling rapat dengan AME-OCC, Temerloh dan Kuantan.

Yang ni dengan staf2 Contract Department, antara department yang paling ramai staff. Kebanyakkan staf2 kat sini, aku yang screened applications, interview, call untuk offer, brief offer letter, etc. So rasa macam tak best jer bila aku plak yang resign...

Ngan staf2 Broking & Operations, AIB. Derang ni best! Derang rapat macam satu family dari big boss sampai la ke anak buah. Dari pandangan mata aku, teamwork derang memang ok, friendly pun yer. Yang kat belakang aku tu (yang pakai tudung pink tu), ku kenal masa ku nak pangge interview. Thru phone call jer, kitaorang bley jadik 'ramah terlajak', ha3x...sebab dia kawan budak batch aku masa kat UIA, bley jer kan? Puncanya bila ku tengok nama sekolah dia kat resume, then sebaya ngan aku, hmm..harusla ku tanya, " Eh kenal tak si polan, bla...bla...bla...bla...bla...bla..."Bukan salah aku...salah taik lalat kat bibir aku ni...

Huh, idola aku kat AIB! Kak Lis yang maintain diva walaupun umur dah 30-an dan dah ada anak 2, still bergaya dan rugged! I like it! Ramah dan tak sombong. Masa ku salam ngan dia pon, mataku berair...Terkejut dia masa tau aku dah nak resign, a week before last day aku. Statement dia, "Lepas ni, saper lagi yang nak puji akak chantek?" Ha3x...kelakar ko, kak!

Ni kat Meeting Room Admin Department, tempat aku kena interview masa memula nak masuk company ni. Tak sempat nak bergambar ngan Abang Boboi, dispatch yang selalu mengusik aku sampai aku tak tahan nak gelak. Taim ni dia dah takde kat opis, dah kuar. Kalo aku nak kuar outstation, ku selalu liase ngan Vehicles Section kat sini. Yang sebelah aku tu, Kak Mimi, Admin Clerk yang ku interbiu lepas 2-3 minggu ku joined sini.

Staff2 IT Department yang selalu tolong aku kalo PC aku wat hal, terutamanya Fiza dan Khairi (model jurutol tuh, he3x...) Bos nya takde, outstation gi Manila. Hmm...derang nyer department ni patut tambah lagi manpower, tak cukup ler...kije banyak. Walaupun ku tak dok department ni, tapi ku bley nampak, workload derang tu tak tercover, siyes!

Waaaaaaa...Mr Roger yang baik! Sangat cool, ku suka sakat dia! Kalo terserempak, ku mesti tegur, "Ni hau ma?" Dia yang kasik training kat aku pasal ISO. Ku pernah lunch ngan dia sekali kat kedai mamak, kitaorang 2 orang jer, banyak jer cakap dia. Dia tak sempat nak tengok 'nasib' aku berdasarkan tarikh dan waktu lahir aku, ha3x...2 mamat sebelah tu, Internal Audit Executive, otai sumer nih...

My department - Human Resource. My boss takde, outstation pi Manila dalam seminggu jugak. Sepanjang 1 tahun 5 bulan ku kerja kat sini, sempat la merasa pi Manila sekali, masa awal tahun ari tu, 5 hari ku dok sana.

With Tina, Admin Exec yang ingatkan pendiam tapi rupanya banyak cakap gak, he3x...Ibu muda yang dah ada baby boy sorang.

Department PnC, Finance. Ni lagi satu department yang selalu 'kejar' aku gak, muahahaha...Derang ni jiran department aku, semua perempuan, dari big boss sampai la ke anak buah. Dulu ada la sekerat dua lelaki tapi dah pupus. So far, ku takde masalah gak berurusan ngan derang.

With my clerk, Nur Aimi. Sama jer 'boom boom pow' macam Exec dia jugak kan, ha3x...Dia baru joined pertengahan January 2009 ari tu. Masa dia masuk, aku kat Manila. Ngan clerk aku sebelum ni, Norley, ku still contact sampai sekarang, minah tu berenti sebab nak sambung blaja. File2 yang bertimbun tu, sumer section aku yang punye.

The one and only 'kumbang' kat department aku. Temporary ni, dia yang akan cover kije2 aku sementara dapat pengganti baru.

With my Senior Executive, 2nd boss kat my department. Senior aku jugak masa kat UIA, he3x...budak Laws.

Memandangkan ku balik lewat masa last day tu, Linda bawak anak dia; Alexa Edrianna yang comel itew kat opis. Aku yang request nak jumpa actually. Sebab dia ingat aku, Aunty Mija! Kalo nampak Kenari merah, memang dia ingat kereta aku. Garang nih...next year dah 6 tahun.

Meja sudah clear! Selipar tu bukan aku punye, memang ada kat situ, so ku pakai tiap kali nak pi surau. Kalendar atas meja tu, Cik Din OCC yang kasik.

Babai...bilik ofisku! 3 orang 'penduduk asal' bilik ini; Abang Edi, Norley dan last sekali aku (kami 3 beranak) sudah meninggalkan bilik yang banyak menyimpan 'history' ni, he3x...Di depan pintu ini, first taim ku kenal ngan Encik Zul, Admin Exec OCC. Di depan pintu ini jugak, aku pernah di perlakukan seperti 'orang bodoh' oleh seseorang, memang aku rasa terhina betul taim tuh, tergamam di perlakukan sebegitu rupa depan subordinate aku dan lepas tu memang aku nanges, ha3x...Biarlah dia...

Nota Kaki: Memula ku applied untuk portfolio Compensation n Benefits (CnB) tapi ACSB offer portfolio Recruitment (actually ni 3rd choice aku, lepas Industrial Relations, ha3x...) Tapi ku fikir, memandangkan ni first experience ngan company yang wat hiway maintenance n kutip tol, so ku fikir jer positif. Kalo aku dok Recruitment, ni peluang aku untuk faham operasi company ni macam mana. Dan ku tak salah percaturan pon tentang itu. Terutamanya dengan AME, banyak benda baru yang ku blaja, semuanya melalui pergaulan aku ngan orang2 kat site, tengok derang wat kije macam mana, borak pasal kerja derang, semuanya membantu aku memahami job scope setiap position. Hmmm...thanks for the friendship!

Cinta Pulau Perhentian...

Salam...

He3x...ini cerita Ahad lepas, 6 December 2009. Baru ada masa nak tepek gambar kat sini. Hari tu, ku ada kenduri member masa kije Jusco Mid Valley, pasangan Kak Mimi dan Pok Li kat Bandar Tun Razak, Cheras. Ni kenduri sebelah Pok Li. Belah Kak Mimi dah settle masa raya haji ketiga kat Penang. Ku menumpang keta Ayah Pi, gerak dalam pukul 12.30 tengahari. Hmm..nampak sangat aku pendek kan di apit 2 jejaka tinggi lampai itew...

Minah yang tak pernah lekang ngan spek itam nyer, hu3x...Saper lagi kalo bukan Sha Tuyee! Aku ni sometimes jadik PA dia, sebab jadual kerja dia selalunya ku tau, ha3x...

Selamat Pengantin Baru - Kak Mimi dan Pok Li! Hubungan yang terjalin selepas 11 hari balik dari percutian Pulau Perhentian 2008. Padahal sebelum tu, kitaorang memang satu geng sejak dari zaman kerja Jusco Mid Valley. Lama gak tuh...taim tu, masing2 dah ada boipren awek masing2. Tu la kan, jodoh kita tatau camner. Dah kenal lama sebagai kawan, tup tup...jodoh depan mata jer, cuma masa tu jer yang lambat dan tatau bila.

Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat, aminn...Tahun depan turn aku plak la kot, ha3x...Mama aku dah tanya2 ni, gubra plak aku dibuatnya. Mama aku soh carik lelaki yang lagi tua dari aku, jaga semayang, tak ensem takper janji hati comey. Bila dia sebut tak ensem tuh, aku dah terbayang muka seseorang, wawawawa...sengal kan?

Kitaorang blah dalam pukul 2 lebih. Tup tup, Abang Nazim sms soh tunggu dia plak coz dia dari kenduri kat Sungai Koyan, Pahang. So, ku dan Ayah Pi gi solat Zohor dulu kat masjid berdekatan. Lepas semayang, Ayah Pi kata Abang Nazim tak jadik plak nak pi kenduri sebab taim dah habis. So, dia ajak kitaorang lepak minum kat Ampang. Ku ok ajer cuma kesian ngan Ayah Pi sebab dia tak baper sehat. Kitaorang lepak dari pukul 4 petang smpai pukul 6 petang, kitaorang bertiga jer; Manja and The Boys! Habis bukak cerita zaman study kat UIA, dan beberapa citer laen seperti cita2 asal Abang Nazim, hu3x... Mamat tu memang banyak cakap!

Nota Kaki: Nantikan Cinta Pulau Lang Tengah tahun 2010...