Showing posts with label Jalan Jalan Cari Makan.. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan Cari Makan.. Show all posts

Saturday, December 12, 2009

My Farewell @ Sabak.

Salam...saja nak share gambo2 terakhir aku kat ACSB. Ku sudah tender 10 November lalu dengan cukup notis 1 bulan. Ni adalah keadaan meja aku sehari sebelum last day, bersepah macam biasa (orang ingat ku tamau resign sebab ku sibuk macam biasa, he3x...)

Ni adalah Restoran Sabak, tempat department aku wat farewell untuk aku. Tak jauh ngan opis, kat Taman Melati jer, dari tepi MRR2 pon bley nampak. Few times gak ku datang makan kat sini sebelum ni termasuk taim farewell Encik Onn, ex-Operations Manager OCC (ku yang sibuk2 actually taim tuh, ha3x...)

Baru sampai...keadaan lengang. Kitaorang gerak pas opis hour. Muka aku ngantuk macam biasa, he3x...

Natrah tukang amik gambar. Pasal makan, dia memang laju!

Ku suka seafood, tapi tak makan banyak, ha3x...

Apa2 hal, ku memang carik ni dulu, he3x...Sedap tau ayam masak merah dia tu.

Ku goreng sendiri tau!

Pantang nampak kamera, macam biasa!

My clerk, Nur Aimi dan kawan sebelah meja, Linda.

Not bad la dia nyer steamboat. Kitaorang lepak kat situ sampai 8 lebih, tapi ada yang dah balik awal terutamanya yang dah ada family. Kitaorang yang bujang2 ni, bila2 masa jer leh balik, he3x...

Nota Kaki: Plan gi steamboat lagi, celebrate besday Pok Yie, 3 Januari 2010, jom!

Sunday, November 8, 2009

Flaming Steamboat.

Salam...

Siang pi mandi Sungai Sendat, malam pi makan2 kat Flaming Steamboat, Bandar Sunway. Sempat tido sejam sampai 5.45 petang, penat wooo...main air. Then, bangun siap2 sebab janji 7.30 malam lepas Maghrib. Memandangkan ku uzur syar'ie, so awal lagi ku dah sampai, dalam pukul 7.10 malam. Sementara tunggu yang lain sampai, as usual, posing dulu!

Paling last ku datang sini masa opening Jusco Bandar Sunway few years back. Kalo tak silap, bulan puasa tahun 2007, so dah 3 tahun la. Taim tu aku nyer GM belanja kitaorang satu division berbuka puasa plus ada sikit farewell party. Now dah lain tempat ni, dah besar. Masa tahun 2007 tu kalo tak silap, tingkat atas ni takder. Murah...untuk adult nyer rate dalam RM 20 plus.

Kuah untuk steamboat, ada pilihan sup ngan tomyam. Aku suka seafood, terutama udang dan sotong. Masa tahun 2007 tu, memang beria2 sungguh ku meratah udang sampai penuh pinggan ku ngan kulit udang. Bos aku, Encik Hasdan kata, "Tak sesia bawak tapi malu la kalau Anuar Zain tengok..." Sambil di tambah2 gelak oleh Encik Firdaus dan Encik Ropi. Ces! Sejak dari hari itu, ku sudah kureng untuk meratah udang, isk3x...

Sempat baca Harian Metro sementara menunggu yang lain datang. Terpengaruh dengan iklan Garnier Fasha Sandha, tu yang dok meraba2 pipi sendiri yang berjerawat, arghhhh...Jerawat gatal! Orang kedua sampai, Abang Nazim, tukang booking tempat makan ni.

Then, Sha Tuyee ngan Adi sampai dari Shah Alam. Muka Sha ngantuk giler...muka tak larat, ngee...Walaupun ku tak pakai Garnier lagi, tapi ku tetap maintain bercahaya, wah! Then, geng Wangsa Maju; Ayah Pi, Mahera & Pok Im sampai, last sekali yang di raikan pasangan pengantin Kak Mimi n Pok Li.

Budak2 yang lahir tahun 1986! Dok diam2 kat tepi...setakat jadik tukang gelak jer dengar orang tua berborak.

Jemput makan! Macam2 ada, seafood bermacam2 jenis dalam 2 fridge besar. Awal2 lagi ku carik nasi goreng, maklum la orang kampung...ngan ayam goreng, rendang ayam, bihun goreng dan mende2 yang depan aku tuh...Pastu baru ku makan seafood, tu pun tak banyak. Ada la gak agar2, aiskrim macam2 perisa dan beberapa jenis air macam mango juice, orange juice, longan, tea, etc.

Ramai tau customer yang datang makan kat sini. Kebanyakannya family, meriah suasana! Food pun ok dan murah.

Mahera sangat khusyuk menghirup...

Ayah Pi sibuk dengan tugas2 rutin...yang lain tunggu makan jer, he3x...

Yang depan sekali tu bakal pengantin baru; Kak Mimi dan Pok Li. Hmm...cinta lokasi Pulau Perhentian 2008. Harusla kena pi balik pulau tu untuk berbulan madu kan??? Next year ku Project Leader untuk Pulau Lang Tengah, so sesaper yang nak join, tolong bawa sekali kawan2 lelaki yang single ek. Mana tau tahun 2011, aku plak menamatkan zaman bujang Cinta Lokasi Lang Tengah yang chantek itew! Kitaorang lepak2, ngutuk2, gelak2kan orang sampai pukul 11 malam. Abang Nazim belanja, yeay! Terima kasih banyak2. Ku sampai umah dalam 12.15 pagi sebab Federal Hiway n Bangsar jam ntah apa2. Tapi dalam pukul 1.30 pagi, ku kuar balik, ngekor Shahril n Pok Li lepak minum kat NZ Wangsa Maju, he3x...Ku suka jer jadik Manja & The Boys ni...nak plak derang datang amik aku kat umah. Lepak sampai pukul 3 pagi, baru balik umah, zzzzzzzzzz...sengal!

Nota Kaki: Lepas ni jom pi makan seafood kat Bagan Lalang plak, ek...

Wednesday, June 10, 2009

Tuuu...Dok Kor.

Salam...

Hmmm...sudah 2 hari aku tak makan nasik sebab aku nak kurus macam Lisdawati tanpa pergi ke Slim World, wawawa...Tapi ni aku nak citer tempat faveretku lately untuk breakfast. Nama kedai Tuu...Dok Kor, somewhere kat Taman Samudera, Batu Caves, dekat dengan opis aku. Di promote oleh si Linda IR and Aimi clerk aku. First time Linda belanja aku makan nasi kerabu bungkus, pergh...aku makan kat ofis dengan begitu berselera sekali, sedap seyyyy...So, last Friday, 5 Jun 2009, aku ajak Mahera n adik aku Pok Yie breakfast kat sini, belanja derang. Saja amik mood makan makanan Pantai Timur before bertolak ke Terengganu, ceh! Sebab aku dah pernah makan nasi kerabu, so this time aku nak try nasi berlauk sebab aku dah usha lama ikan rebus goreng itew! Very the kampung kan aku ni? Nasi putih biasa jer tapi makan ngan gulai ikan campur timun, ngan sambal lada yang di gaul2, tu dia...sedakkkk laaa... Nak plak alas ngan daun pisang, selera jer aku makan.Nasi berlauk ni faveret si Linda IR, dia selalu makan dengan gulai ayam,aku jer kampung, he3x...Kalo kat Kelantan, aku suka makan nasi berlauk dengan daging goreng kunyit.

Ni Mahera nyer breakfast...nasi kerabu dengan lauk daging bakar, telur masin n ayam goreng. FAVERET KU! Kalau ada solok lada (lada hijau muda yang di sumbat isi ikan campur kelapa setelah lada di belah tengah, he3x...) lagi beh! Tapi aku cuma akan korek makan isi kelapa tu jer, ladanya aku tinggal. Kopok tu kowang pecah2 kan dulu kecik2, then gaul skali ngan nasi biru tu, baru sedap makan, kruk...krak..kruk..krak...he3x...Adik aku pon makan nasi kerabu gak, terpaksa layan kitaorang bangun pagi walaupon jarang amik breakfast sebab sakit perut.

Lepas abis melantak nasi berlauk n nasi kerabu tu, he3x...macam tak puas ati jer tak rasa nasi dagang sekali kan? Aku pon bangun order nasi dagang gulai ayam, shared ngan Mahera, sebagai wakil makan untuk Che Pi, wawawa...Faveret Che Pi nih. Serius aku cakap, beb, gulai ayam dia memang sedap siot! Maybe next time bole try ikan aya pulok. So this picture is actually specially dedicated to you, my big bro, Che Piang, he3x...So next time masa weekend, after Subuh tu takyah ar tidur balik, kita gi makang nasi dagang dulu kat sini, ok? Kat kedai ni, kalo weekend, dalam pukul 8 lebey pagi tu, dah habis segala makanan tu. Family ramai makan kat sini, bawak anak2 breakfast, best! Sometimes, hari kerja pon, orang berbaris nak order makan kat sini. Abis breakfast, walaupon aku cuti, namun ku singgah jua opis, settle kerja siket....hmmm...

Nota Kaki: Sorry, tak sempat update lagi citer pasal trip Teganung, penat dan ngantuk baru balik dari Jusco AU2 tadi, sampai umah dalam pukul 10.15 malam. Lepak ngan Natrah n Ira, as usual sharing moment, hik3x...Lepak @ Nasi Lemak Antarabangsa, aku juz order tauhu sumbat, tu pon separuh tak abis, he3x...After Maghrib, rewang tengok baju2, perasan nak shopping tapi tak beli apa pon. Then, kitaorang gi lepak Big Apple Donut, terkial2 aku nak abiskan seketul donut tu ngan jus oren. Hmm...penat nih...tapi masih maintain bole 'ngumpat', wawawa...


Saturday, May 9, 2009

Restoran Ikan Sungai.

Salam...

Hai! Nak citer pasal Restoran Ikan Sungai. Dah lama teringin nak makan kat sini, kalo tak silap owner nya, family pelakon remaja, Liyana Jasmay. Lokasi restoran, kat Desa Melawati, dari tepi MRR2 hala ke selatan dari Gombak, korang dah bley nampak sebelah kiri. Address? No. 9, Jalan 2/4C, Desa Melawati, KL.No tepon: 03-41088501. Aku gi lunch tadi ngan adik aku. Suasana dalam restoran ok, ramai gak yang datang makan kat sini, majoriti bawak family.



Ni jenis2 ulam-ulaman yang di sediakan beserta sambal;sambal belacan, sambal tempoyak, sambal kuinin. Aku bukan penggemar ulam pun, sayur pun tak makan, sajer try. Ni saja dah RM 5.00. Aku cuma order air sirap biasa jer, adik aku amik honey dew.Sirap harga RM 3.00, honey dew - RM 4.50. Wah, macam Maria Tunku Sabri pulak aku ni kan, ngeh3x...Owh, sebelum tu, derang ada hidangkan snek ringan, kerepek ubi ala2 letak lada hitam siket n jeruk betik yang di potong dadu kecil. Sedap jeruk betik tu, charge RM 2.00.



Hah, kitaorang order 2 lauk jer, makan pun 2 orang jer kan. Ni lauk 1st, gulai tempoyak ikan patin. Actually, aku ni bukan la penggemar ikan patin (kalo gi Gerai Pak Usop kat Temerloh pon aku tak makan...), tapi aku nak try gak rasa sedap ker tak. Bila waiter dia bawak kuar hidang, maakkk aiiii....aroma kuah dia tu, pergh...memang best! Blom makan lagi tu...Kitaorang order ikan tu separuh jer, tu pon besar. Tapi aku cakap kat korang, gulai tempoyak dia memang BEST! Kuah pekat, ikan pon fresh! Memang superb! Selain gulai tempoyak, korang boleh pilih gak nak masak gulai lemak cili padi or gulai masam. Pilihan ikan selain patin: baung, kerai/ tengalan, jelawat or udang galah pon ada. Setiap 100 gm, harganya RM 25.00 kalo untuk ikan patin. Lain ikan, lain harga, macam Jelawat, setiap 100 gm, mencecah RM 48.00.



Ni lauk kedua, Ikan Kerai Goreng Panas. Setiap 100 gm, harga RM 22.00. Walaupun separuh, tapi makan sebelah jer, tak larat nak habiskan, siot! Kalau tak mau goreng, boleh pilih untuk bakar kunyit. Selain tu, ada gak Ayam Kampung Goreng, harga RM 6.00. Nasi putih, guna beras wangi, makan siket jer dah kenyang, terkial2 aku nak abiskan. Tapi memang sedap makan lauk2 kampung ni dengan nasi beras wangi, ralit.Kalo sayur-sayuran, ada gulai masam batang keladi, pucuk ubi masak tempoyak, gulai lemak rebung/nangka/kulat sisir (uiks, asal aku bole terlepas pandang gulai lemak kulit sisir ni, faveret aku ni...)acar rempah n sayur goreng. Dessert: Aiskrim/ asikrim tapai, tapai pulut n biasa la cut fruit macam tembikai n betik.



Aku suka derang letak gambo jenis2 ikan sungai ni untuk interior design restoran derang. Bahan bantuan pembelajaran yang bagus. Ikan2 memang fresh, aku rasa di bawak dari seluruh tempat kat Malaysia terutama sungai2 n tasik2 di negeri Pahang, Terengganu, Perak , Kedah n Johor. Kat bawah ni aku list down kan untuk kowang:-
a) Ikan Kerai - Tapah, Perak
b) Ikan Patin - Definitely Temerloh, Pahang
c) Ikan Tapah - Sungai Perak
d) Ikan Temoleh - Maran, Pahang
e) Ikan Belida - Sungai Muar, Johor
f) Ikan Kelah - Kuala Tahan, Pahang
g) Ikan Toman - Tasik Kenyir, Terengganu
h) Ikan Jelawat - Slim River, Perak
i) Ikan Lampam Jawa - Tasik Pedu, Kedah
j) Ikan Sebarau - Tasik Chenderoh, Perak
k) Ikan Keli - Tasik Chini, Pahang
l) Ikan Ketutu, Bujuk - Tasik Bera, Pahang
m) Ikan Sikang - Sungai Pahang
n) Ikan Rohu - Tanjung Malim, Perak
o) Ikan Haruan - Sungai Segamat, Johor.

So, sesaper penggemar ikan sungai, mai la datang makan kat sini, serius puas hati. Kalo datang ramai2 ngan kawan, ngan family, sure syok, layan jer. Kenyang sampai ke malam...Alahh...bila la nak diet ni...asik makan jer...