Siang pi mandi Sungai Sendat, malam pi makan2 kat Flaming Steamboat, Bandar Sunway. Sempat tido sejam sampai 5.45 petang, penat wooo...main air. Then, bangun siap2 sebab janji 7.30 malam lepas Maghrib. Memandangkan ku uzur syar'ie, so awal lagi ku dah sampai, dalam pukul 7.10 malam. Sementara tunggu yang lain sampai, as usual, posing dulu!
Paling last ku datang sini masa opening Jusco Bandar Sunway few years back. Kalo tak silap, bulan puasa tahun 2007, so dah 3 tahun la. Taim tu aku nyer GM belanja kitaorang satu division berbuka puasa plus ada sikit farewell party. Now dah lain tempat ni, dah besar. Masa tahun 2007 tu kalo tak silap, tingkat atas ni takder. Murah...untuk adult nyer rate dalam RM 20 plus.
Kuah untuk steamboat, ada pilihan sup ngan tomyam. Aku suka seafood, terutama udang dan sotong. Masa tahun 2007 tu, memang beria2 sungguh ku meratah udang sampai penuh pinggan ku ngan kulit udang. Bos aku, Encik Hasdan kata, "Tak sesia bawak tapi malu la kalau Anuar Zain tengok..." Sambil di tambah2 gelak oleh Encik Firdaus dan Encik Ropi. Ces! Sejak dari hari itu, ku sudah kureng untuk meratah udang, isk3x...
Sempat baca Harian Metro sementara menunggu yang lain datang. Terpengaruh dengan iklan Garnier Fasha Sandha, tu yang dok meraba2 pipi sendiri yang berjerawat, arghhhh...Jerawat gatal! Orang kedua sampai, Abang Nazim, tukang booking tempat makan ni.
Then, Sha Tuyee ngan Adi sampai dari Shah Alam. Muka Sha ngantuk giler...muka tak larat, ngee...Walaupun ku tak pakai Garnier lagi, tapi ku tetap maintain bercahaya, wah! Then, geng Wangsa Maju; Ayah Pi, Mahera & Pok Im sampai, last sekali yang di raikan pasangan pengantin Kak Mimi n Pok Li.
Budak2 yang lahir tahun 1986! Dok diam2 kat tepi...setakat jadik tukang gelak jer dengar orang tua berborak.
Jemput makan! Macam2 ada, seafood bermacam2 jenis dalam 2 fridge besar. Awal2 lagi ku carik nasi goreng, maklum la orang kampung...ngan ayam goreng, rendang ayam, bihun goreng dan mende2 yang depan aku tuh...Pastu baru ku makan seafood, tu pun tak banyak. Ada la gak agar2, aiskrim macam2 perisa dan beberapa jenis air macam mango juice, orange juice, longan, tea, etc.
Ramai tau customer yang datang makan kat sini. Kebanyakannya family, meriah suasana! Food pun ok dan murah.
Yang depan sekali tu bakal pengantin baru; Kak Mimi dan Pok Li. Hmm...cinta lokasi Pulau Perhentian 2008. Harusla kena pi balik pulau tu untuk berbulan madu kan??? Next year ku Project Leader untuk Pulau Lang Tengah, so sesaper yang nak join, tolong bawa sekali kawan2 lelaki yang single ek. Mana tau tahun 2011, aku plak menamatkan zaman bujang Cinta Lokasi Lang Tengah yang chantek itew! Kitaorang lepak2, ngutuk2, gelak2kan orang sampai pukul 11 malam. Abang Nazim belanja, yeay! Terima kasih banyak2. Ku sampai umah dalam 12.15 pagi sebab Federal Hiway n Bangsar jam ntah apa2. Tapi dalam pukul 1.30 pagi, ku kuar balik, ngekor Shahril n Pok Li lepak minum kat NZ Wangsa Maju, he3x...Ku suka jer jadik Manja & The Boys ni...nak plak derang datang amik aku kat umah. Lepak sampai pukul 3 pagi, baru balik umah, zzzzzzzzzz...sengal!
Nota Kaki: Lepas ni jom pi makan seafood kat Bagan Lalang plak, ek...
Nota Kaki: Lepas ni jom pi makan seafood kat Bagan Lalang plak, ek...
No comments:
Post a Comment