Thursday, November 12, 2009

Watak Ibu...

Salam...

Sejak Selasa lalu, 10 November 2009, TV3 start tayang balik Nur Kasih dari episod pertama, setiap Selasa hingga Khamis tanpa iklan, 7.25 malam. Memandangkan ku tak follow sangat drama ni dari mula, so la ni akan setia menunggu depan tv taim tu. Hmm...ku mula tertarik dengan pelakon Liza Othman sebagai ibu kepada Aidil dan Adam. Walaupun sebagai pelakon pembantu, tapi dia sangat sesuai dengan karakter fizikal seorang ibu, cara berjalan, cara bercakap, dan sifat motherly tu terserlah dengan natural. Antara scene yang ku suka so far bila Adam sewaktu kecil berkasar dengan ayahnya, melawan cakap yang kurang ajar, tiba2 Liza ni muncul dan pangggggg...sama si Adam, sambil suruh Adam mintak maaf cepat dengan ayah dia. Insiden ni depan surau or masjid. Sangat tegas dia ketika tu dengan facial expression nya. Then lepas Adam mintak maaf ngan ayah dia sambil menangis, terus dia mintak maaf ngan Liza sambil memeluk pinggang ibunya itu dan ibunya membalas dengan membelai rambut si anak, huh, ku suka! Emosi seorang ibu dari marah terus bertukar penyayang sekelip mata...

Lantas ku berangan, he3x...kalau di beri peluang memilih watak dalam Nur Kasih, ku tamau watak Nur Amina (walaupun ku tau ku boleh jer jadik heroin drama tuh, wah!), watak Sarah memang ku tak sudi sebab watak tu cemerlang di tangan Umi Nazeera, watak Katrina memang dah iras perangai aku, ha3x...Ku tertarik untuk melakonkan watak Hajjah; ibu kepada Aidil dan Adam (Leh tak nak partner ngan Rosyam Nor, ngeee...). Walaupun ku tak pernah jadik ibu, tapi masa zaman sekolah ataupun zaman UIA, kalau ada pementasan, memang aku selalu dapat watak IBU, tatau asal...Antara yang ku ingat...

a) Pertandingan Drama Antara Tingkatan 1993
- Masa ni Form 3, pertandingan kat asrama. Kitaorang wat citer Hijau Merah, inspirasi citer Bawang Putih Bawang Merah. Takde skrip apa, mau taruk jer nak cakap apa macam bangsawan dulu2. Props, set sumer memang hampeh, ikut dan jer tapi kitaorang menang sebab citer ni kitaorang wat tema komedi. Taim tu ku pegang watak mak tiri yang berambut sangat la boyish (rugged skal!) dan anak ku Shidah, anak tiri ku Azrin. He3x...memang ku balun real punya anak tiri ku itew, tarik rambut segala, ku seret ke lantai. Mujur tak hantuk ke dinding jer...Garang wooo...dah la suara aku kowang tau la pitch nya camner kan???

b) Teater Kelopak, Matric Mega Carnival 1997
- Yang ni pementasan persatuan ku masa matriks UIA, Grup Penggiat Sastera (GETAR). Actually pelakonnya semua lelaki, ku cuma pegang watak suara latar seorang ibu yang dah meninggal. Tapi tak ku sangka habis jer pementasan, ada sorang mamat Laws ni datang kat aku, cakap intonasi ku itu berkesan dan menyebabkan dia tersentuh (sebab taim tu dia tengah gaduh ngan mak dia...), so dia ucap thanks. Tak silap, nama mamat tu something cam Soffian.

c) Teater Infla Kasta, Pekan Teater Selangor 1999
- Yang ni pon ku terpilih pegang watak ibu yang kehilangan anak2 nya taim zaman kebuluran, perang di padang pasir. Last sekali aku mati kena tembak. Masa ni ku berlakon ngan abang2 senior yang tua 2, 3 tahun dari aku. Meleleh2 airmataku turun waktu atas stage taim scene carik 2 orang anakku yang hilang itew, isk3x...Feel wooo...

d) Teater Bujur Lalu Melintang Patah, Pekan Teater Selangor 2001
-Cerita berlatarbelakangkan Adat Perpatih. Cinta anak daraku yang di tentang oleh keluarga kerana bercinta sama suku, hu3x...Ku memegang watak ibu yang penyayang, class uols! Menurut kata colleague ku taim tu yang bernama Siput, gaya ku bercakap sesuai pegang watak ibu, selain ada la ciri2 lain yang ku dah lupa, he3x...

Itu citer dalam pementasan. In reality ku tak pernah merasa pown lagi. Tapi kawan2 pompuanku kata, takpon junior sekolah, takpon clerk opis or desptach opis ku, derang kata ku ada sifat keibuan itu tapi kalo ku ada anak sendiri, konfem ku sangat garang ngan anak2, ha3x...Mesti arrr, aku kan kuat membebel, pot...pet...pot...pet...Ada jer yang tak kena, suara naik dulu, baru aku cool, he3x...sejibik arwah papa aku...Itu komen orang, actual situation suatu hari nanti, ku sendiri pon tak leh nak jangka...

Nota Kaki: Kalau ada anak sendiri nanti, ku nak derang pangge aku 'Ibu'...

No comments:

Post a Comment