Tuesday, November 17, 2009

Anak Perempuan...

Salam...

Lately ni, ku asyik terbayang2 jer keletah anak2 perempuan sekitar umur 2-5 tahun berlari2 sambil ketawa riang, so comel! Sejak dari minggu lepas sampai la hari ni kat opis, ha3x...sengal kan? Menyeronokkan ku rasa bila tengok telatah derang. Sempat berborak ngan kawan sebelah meja tentang anak perempuan tunggalnya berusia 5 tahun, Alexa. Dia citer, pantang anak dia nampak kelibat Kenari merah, mesti dia soh mak dia kejar, "Mama! Keta Aunty Mija!".

2 orang anak dara kat atas yang tengah sakan posing ni, anak ex-roommate aku masa kat UIA. Yang berbaju hijau tu, Wan Nabihah @ Kakak Nabihah dan yang kat sebelah tu Najla Umairah @ J-La. Najla dah ada adik sorang, Qasih Qasrina, derang dok Kuantan. Nabihah kat Selayang, sangat la bijak. Lagi sorang roommate aku pon anak pompuan jugak, Nur Nadhirah, dah lama ku tak jumpa, paling last masa budak tu umur 5 bulan, now kat Temerloh. Aku? He3x...ate bapak budak pompuan tu pon ku tak jumpa lagi, camner? Tapi ku rasa syok ada anak pompuan sebab ada kawan nak bergaduh, best! Nak plak kalo ada anak pompuan yang koje nak melawa jer, perasan cantik, huh, penat nak layan...Tapi btol kan orang kata, penat kerja automatik hilang bila tengok muka anak, chewah...

Nota Kaki: Mak Najla lahir January dan kawen tahun 2004, mak Nabihah lahir February dan kawen tahun 2005, mak Nadhirah lahir bulan March dan kawen tahun 2006. Aku lahir bulan Julai, so kawen maybe tahun 2010 ker? Ha3x...

No comments:

Post a Comment