Salam...
Hai! Alang2 ku sakan menghabiskan cuti sehari dua ni, harus la ku rajin nak bercerita kat blog ni kan? Memandangkan kita sumer still dalam bulan haji, so ku nak citer sikit (sure ke siket...) masa ku first taim menjejakkan kaki ke Tanah Suci beberapa tahun lepas. Bukan menunaikan haji tau (insya Allah, giliran aku lagi 8 tahun...), tapi ku berkesempatan buat umrah masa umur aku 27 tahun, tahun 2005. Gambar kat atas ni, masa kat KLIA, ngan adik bongsu aku, Muzi. Actually, taim ni ku baru jer seminggu dua kena operate mata kat Hospital Ampang Puteri sebab ada ketumbit dalam kelopak mata aku, wawawawa...Besar wooo...macam bengkak! Ku bertolak dari Malaysia pada 29 April 2005, dengan menaiki pesawat MAS, jam 3.15 petang. Hari tu hari Jumaat kalo tak silap. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk sampai ke Jeddah. Dalam flight, penuh ngan orang2 tua la kebanyakkannya, derang sumer sibuk baca apa2 yang patut macam Buku Panduan Umrah dan Ziarah ker, doa2 ker, etc. Aku? Oleh kerana taim tu ku tak sihat, selsema tak elok2 (sehari sebelum tu memang ku mc...), so ku banyak terkebil2 dalam flight tu...lama siot 8 jam dalam kapal terbang. Kejap tido, kejap bangun, pastu layan filem Berlari Ke Langit, he3x...Kitaorang sampai airport Jeddah dalam taim Maghrib (waktu sana). So settle mana2 patut, lebih kurang dalam 9 malam kitaorang naik bas bergerak ke Madinah.

Perjalanan dari Jeddah ke Madinah jauh gak, ambil masa dalam 5 jam. Sepanjang perjalanan tu, ku tidur lagi. (Aku memang camni, kalo jalan jauh, ku memang cepat tertido dalam bas, siap ternganga2 lagi, huish...). Lama pas tu, tetiba aku di kejutkan dengan suara Pak Usop, ketua jemaah yang bawak kitaorang bercakap guna microfon, terus ku terjaga. "Assalamualaikum...semua Tetamu Allah yang saya muliakan...." Isk3x...perkataan Tetamu Allah yang Pak Usop tu guna tersangat la menyentuh perasaan taim2 pukul 2 pagi tuh, siyes! Ada perasaan halus menyelinap masuk ke dalam hati...Memandangkan Madinah adalah kota suci, so nak masuk kena la ada adabnya dan doa2 khas terutama apabila telah hampir dan kelihatan rumah2 di Kota Madinah. Huh, taim baca doa tu, berjurai2 airmata ku turun, weh! Perasaan terharu, gembira, takut, tak percaya, semuanya berbaur. Rasa macam baru jer tinggalkan Malaysia, tup tup, ku dah ada kat kota suci tu. Nak plak sebelum tu, ku sangat stress dengan kerja, bengang dengan bos, he3x...sampai kat situ, ilang sumer tu, tak ingat apa dah. Kat atas ni gambar ku amik masa 1st taim ku tengok Masjidil Nabawi waktu lunch keesokkan hari nya (ku uzur syar'ie taim nih, so ku tak leh la pi semayang kat masjid kan...). Gambo ni ku ambil dari tepi hotel tempat ku menginap, 30 meter - 100 meter jer dari masjid. Tak berkelip2 ku tengok masjid ni. macam tak percaya ku dah sampai.
Kan ku dah kata ku kuat tido, ha3x...amik gambo pon tido! Ni hotel ku menginap, Hotel Anwar Al Medina Movenpick, satu bilik 2 orang. Oh ya, rombongan jemaah kitaorang ni takde la ramai sangat, dalam 20 orang kot lebih kurang. Agency yang ku ikut tu Perpel Travel and Tours, HQ nyer kat Terengganu kalo tak silap. Masa tu, nak gi umrah murah lagi. Ku pergi lebih kurang dalam 2 minggu, pakej dalam RM 3,700 kalo tak silap. Roommate ku pun cakap, aku ni kuat tido, huargh3x...Pantang letak kepala, jalan terus...kesian dia bersembang sorang2...
Inilah roommate ku masa kat Madinah, Mak Jah, orang Melaka. Ku baru kenal masa nak gi umrah ni jer, bley? Actually, Mak Jah ni mak mertua kakak kat opis aku kat Jusco Metro Prima, Kepong. Tahun sebelum tu, derang dah gi, tapi ku takleh ikut. So, rezeki aku tahun 2005 tu agaknya, sebab anak bongsu Mak Jah, Farah tak dapat gi sebab kerja. Memandangkan Mak Jah agak uzur, so agak menyukarkan pergerakan Mak Jah kalo nak masuk ke ruang solat wanita sebab husband dia cuma leh tolong sampai kat luar jer la. Memandangkan takde ahli keluarga perempuan lain yang ikut, so menantunya iaitu Kak Ira pon tanya la kat aku, kot2 nak gi. He3x...tak pasal2, ku jadik anak angkat derang plak! Tapi betul la orang cakap, kalau kita dah ada niat nak datang ke Tanah Suci, Allah memang permudahkan. Arwah papa aku soh buat umrah lepas ku abis belajar, ku aim dalam hati masa umur 27 tahun sebelum passport ku expired dan perkara itu terjadi!
Hah, ni Mak Jah ngan husband dia, Pak Hussin. Ku dah Meet Uncle Hussin awal2, ok? Class orang tua tu ngan spek itam dia macam John Travolta, he3x...Bila ku cakap cenggitu, istighfar panjang dia, astaghfirullah...Ku suka tengok pasangan Pak Hussin ngan Mak Jah ni, derang close macam best frenz jer, best! Romantik pun ada, Pak Hussin ni memang tak pernah sikit pon tinggal Mak Jah. Kalo tak, takkan Mak Jah pesan kat aku soh carik bakal suami macam Pak Hussin, ha3x...Actually, ku pegi umrah ni sorang2x (maksudnya tanpa ahli keluarga aku), so aku menumpang Pak Hussin jadik mahram aku. Nama nya clearly stated dalam visa umrah ku. Dan ketua jemaah kitaorang Pak Usop tu, sepupu Pak Hussin. Rombongan ku majoriti orang Melaka, dan semuanya orang tua. Ku sorang jer yang paling muda, pompuan plak tuh. Hmm...sebelum sampai kat sini, masa kat Malaysia, bila taim dekat2 nak gi tu kan, lain macam jer ku rasa. Yer lah, dah la first taim, dekat dengan-Nya plak tu, kita plak mesti pernah terlibat ngan macam2 dosa kan, so takut jer...Tiap2 hari wat solat sunat taubat, doa banyak2 mintak segala2 nya di permudahkan.
Ok, bila kat Madinah, memang aktiviti nya menziarah jer la kan sebab ibadah umrah akan di buat kat kota suci Mekah. Tak kiisah actually, sama ada kita nak menziarah dulu kat Madinah, then baru ke Mekah untuk perform umrah ataupun sebaliknya. Antara tempat ziarah ialah Masjid Quba' (gambar atas). Masjid ni lebih kurang 4.8 km dari Masjidil Nabawi. Ia adalah masjid yang pertama di bina oleh Rasulullah s.a.w bersama2 dengan sahabatnya, kalo tak silap, masa mula2 baginda berhijrah ke Madinah. Masjid ni di bina atas dasar takwa. Ia di kenali masjid ke4 termasyhur selepas Masjidil Haram, Mekah, Masjidil Nabawi, Madinah dan Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis. Masjid ni ada di sebut dalam Al-Quran. Keistimewaan Masjid Quba' ni pernah di nyatakan oleh Rasulullah s.a.w sendiri: "Barangsiapa telah berwudhu di rumahnya, kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba' lalu ia mengerjakan solat maka ia akan mendapat pahalanya seperti pahala mengerjakan umrah."
Selain masjid ni, ada banyak lagi masjid yang bley ziarah (tapi kitaorang tak gi), macam Masjid Qiblataini. Masjid ni ada 2 mihrab, satu menghadap ke Kaabah dan satu lagi ke Masjidil Aqsa. Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w sedang bersolat 2 rakaat dalam masjid ni, apabila wahyu diturunkan yang memberitahu baginda mengenai penukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Selain masjid ni, yang lain, Masjid Al-Ghamamah, Masjid Asy-Syams, Masjid Al-Fath, Masjid Bani Quraizah dan Masjid Juma'at.

Yang ni depan kedai jual kurma dan bahan2 makanan berasaskan kurma macam coklat ker apa. Kat tepi tu, memang ada ladang kurma. Kalo tak silap, the best kurma adalah datangnya dari Madinah. Jenis kurma yang paling mahal adalah kurma Ajwa' ataupun kurma Nabi. Kalo tak silap, kalo kita amalkan makan kurma Nabi ni setiap pagi, boleh menjauhkan amalan sihir terkena kat kita. Oh ya, tudung yang ku pakai tu, ku baru beli sebelum pegi umrah, he3x...Jubah tu memang koleksi zaman study kat UIA. Barang2 nak bawak ke sana, ku beli kat satu kedai kat area umah aku jer, kat Setiawangsa, lengkap sumer. Ku sempat jugak mengulangkaji Bahasa Arab berdasarkan buku2 masa matriks UIA dari Level 1-Level 4, muahahaha...Buku2 tu ku masih simpan sampai sekarang.
Ni kat depan Makam Saidina Hamzah (penghulu sekalian syuhada'), yang juga bapa saudara Rasulullah s.a.w. Ada orang cakap kat sini, bau wangi jer...Ku pernah terbaca catitan seorang jemaah haji wanita semasa berada di sini..."Sebelah tangan ku hulur ke dalam Maqam Syuhada Uhud, udaranya sejuk nyaman. Sebelah lagi tanganku berada di luar, udaranya panas. Air mataku berlinang. Semangat syuhada Uhud masih hidup..." Meremang seyyyy...berderau hati.
Ni pemandangan kat Jabal Uhud yang menempatkan Makam Saidina Hamzah tu. Korang pon mesti familiar kan ngan Perang Uhud, yang kita blaja zaman skolah rendah dulu. Ni kan perang yang umat Islam kalah tu. Perang lain yang ku ingat Perang Badar dan Perang Khandaq (yang strategi gali parit tu...).
Tempat ziarah lain macam Tanah Perkuburan Baqi' yang terletak di pinggir Madinah. Kebanyakkan dari isteri-isteri Nabi dan putera puteri Rasulullah di semadikan di sini. Tapi macam dah takleh masuk sebab dah berpagar. Kitaorang pun tengok dari tingkap bas jer.

Kitaorang kat Madinah 3 hari jer. Mujur periodku dah nak abis, so ku sempat solat Subuh hari terakhir ku kat Madinah, pagi Isnin tu, 2 Mei 2005. Ni gambar masjid tu taim Subuh tu, masya Allah, sangat cantik dan mengagumkan! Sayu jer feelin taim nih, macam biasa mataku terkebil2 dan mulut ternganga kalau kagum semacam. Istimewanya Masjidil Nabawi ni sebab ia menempatkan Makam Rasulullah s.a.w. (kalau dari luar, yang kubah kaler hijau tu...). Kalo tak silap aku, ada waktu2 tertentu jer leh melawat Makam Rasulullah ni. Masa ku pegi tu, jemaah lelaki jer bley masuk.
Alhamdulillah, ku bernasib baik dapat menjejakkan kaki ke kawasan Raudhah; yang pernah di sifatkan oleh Nabi sebagai sebuah kebun atau taman di antara taman-taman syurga. Hari tu, Ahad, 1 Mei 2005, selepas menunaikan solat Zohorku yang pertama, pengurusan masjid buka untuk jemaah perempuan. Huh, berebut2 nak masuk sebab masa derang kasik agak suntuk jugak la. Raudhah ni dalam Masjidil Nabawi jugak, yang membezakannya, karpet kat Raudhah kaler hijau. Ku tolak wheel chair Mak Jah bersaing sekali ngan jemaah lain. Sampai kat Raudhah, dah takleh masuk sebab dah penuh. Isk3x...frust gak taim tuh, tapi kitaorang sabar jer tunggu giliran. Yer la, mana bley nak marah2, beb kat tempat2 cenggini, mulut kena jaga. Tak sampai 10 minit, tetiba dari sebelah kanan, ku ternampak seorang pengawal masjid yang berpurdah, melambai tangannya ke arah aku. Rupanya dia panggil aku ngan Mak Jah untuk masuk ke satu area dalam Raudhah jugak, khas untuk orang2 yang uzur. Lantas ku terus tolak wheel chair Mak Jah dan pengawal tu terus bukak pengadang kat situ untuk kitaorang masuk. Syukur, Alhamdulillah, mata aku dah meleleh2 dah taim tu, rezeki, weh! Tempat yang kitaorang masuk tu di gelar Al-Mukabbiriyyah, sebuah tempat tinggi berbentuk segiempat, tempat para Muadzin melaungkan azan. Ku berkesempatan solat sunat, berdoa kat situ. Ku rasa, Mak Jah memang 'pasport besar' ku dapat masuk ke situ sebab pengawal tu memang panggil jemaah yang uzur jer. Mak Jah dengan baik hati menyuruh aku tinggalkan dia seketika kat kawasan tu, dan dia soh aku gi mana2 area lain kat Raudhah jugak. So, ku sempat beribadat jap kat satu area yang di namakan Mihrab Tahajjud, tempat solat Rasulullah di waktu malam untuk solat tahajjud. Isk3x...masa kat sini, makin laju sungai kecil dari mataku ini mengalir...tetiba jer rasa dekat , rindu dengan Rasulullah s.a.w...insaf seketika...
Hmm...tu sikit sebanyak catatanku kat Madinah. Frankly, tak puas berada di kota suci ni. Kalau orang yang menunaikan fardu haji, kalo tak silap aku, jemaah lagi lama kat sini, dalam 8 hari sebab nak cukup kan solat 40 waktu kat Masjidil Nabawi. Sabda Rasulullah s.aw.:"Siapa yang bersolat di masjidku 4o kali solat, tanpa sekalipun ketinggalan, ia akan mendapat kebebasan dari neraka , pembebasan dari seksaannya dan kebebasan dari sifat nifaq (munafiq). (Riwayat Imam Ahmad dan Tabrani).
Selepas Subuh dan melakukan wida' Rasulullah s.a.w (ucap selamat tinggal) hari Isnin, 2 Mei 2005, kitaorang meninggalkan kota Madinah untuk menuju ke Mekah. Singgah di Masjid Bir Ali (ku suka masjid ni sebab sangat menenangkan...) untuk mandi sunat ihram, memakai pakaian ihram, melakukan solat sunat tahiyatul masjid (sempat solat sunat Dhuha jugak untuk murah rezeki...), solat sunat ihram dan akhir sekali lafaz niat ihram umrah. Rasa lain jer sebab bila dalam ihram kan kena jaga perkara2 yang di larang (first taim, biasa arr, he3x...). Selesai semua, menyambung perjalanan ke Mekah yang mengambil masa 5 jam sambil memperbanyakkan talbiah, selawat atau zikir. Perjalanan yang menginsafkan bila melalui padang pasir di bawah panas terik. Kira ok kita naik bas ada air cond. Zaman Nabi dulu, naik unta dari Mekah pi Madinah, 2 minggu baru sampai, huh, cukup menginsafkan...
Nota Kaki: Saya mahu kembali lagi ke Madinah...

No comments:
Post a Comment