Tuesday, October 13, 2009

Teater Muzikal Gamat

Salam...

Dalam sibuk2 kerja, penat beraya last weekend tak ilang lagi, kepala yang agak2 'weng', sempat lagi aku tengok pementasan Teater Muzikal Kanak2 Gamat kat Istana Budaya malam tadi. Actually ni first time aku tengok teater kanak-kanak. Teater ni kalau tak silap aku di terbitkan oleh CTRA Production dengan kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) (aku pernah register jadik ahli persatuan ni masa study kat UIA Gombak, tapi tak aktif, tapi keahlian aku still valid...), Istana Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kebangsaan (JKKN), ASWARA, Kementerian Kesihatan dan lenlain lagi. Teater ni arahan Zaifri Husin, skrip pun dia yang tulis. Menurut info, produksi teater ni menggabungkan hampir 300 orang termasuk pelakon, pemuzik, krew pentas, pereka kostum dan tatarias. Kat atas ni, gambar kat dalam IB sebelum pementasan bermula. Cantik stage tu dia wat latar kaler biru tepat dengan tema teater ni kat dasar laut.

Ni antara barisan pelakon utama teater ni, Amy Mastura sebagai Ibu Gamat. Macam biasa, lakonan Amy Mastura memang bersahaja dan selamba. Cuma aku rasa, time adegan dia kena mengubat tu, aku rasa macam pergerakan tubuh dia tak cukup 'strong'. Maksud aku, as Ibu Gamat, memang kita sedia maklum, gamat tu banyak khasiat kan, so time mengubat tu, better action dia tu lebih kemas dan meyakinkan supaya tak nampak longgar, pada aku lah. Selain dari Amy Mastura, pelakon lain Zuhairi Ibrahim sebagai Bapa Gamat, Datin Natasha Hudson (Ikan Buntal), pendatang baru, Anith Aqilah OIAM (Gama, anak gamat betina) dan lenlain lagi. Aku rasa Esther OIAM tu pon ada terlibat sebagai penyanyi. Kalau btol dia, suara dia memang sedap giler dan power, memang best especially taim lagu duet scene anak gamat betina, Gama bercinta ngan boipren dia Gam.

Budak kecik tu pemegang watak anak gamat jantan, Mat. Pelakon cilik ni baru berusia 9 tahun, Muhammad Aidil Solehin Marhalim, aku rasa budak ni sangat berani di atas pentas. Lakonan dia memang bersahaja, lontaran vokal cukup clear dan lantang, pergerakan tubuh yang meyakinkan sesuai dengan karakter sebagai anak gamat, pelakon cilik ni memang berbakat besar. Basically, sinopsis citer Gamat ni camnih:


Muzikal Gamat mengisahkan tentang suka duka kehidupan di dalam laut yang dihuni oleh pelbagai kehidupan laut. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ini termasuklah Ibu Gamat dan Anak Gamat (Mat).
Cerita bermula apabila Ketam Bunga, Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka tersesat ketika leka bermain dan telah berjumpa dengan Mat (anak gamat) yang dalam perjalanan menuju ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan ibunya (Ibu Gamat) menyuruh Mat duduk saja di rumah.
Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran alam sekitar. Kurita mengarahkan pengikutnya, iaitu Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapat lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. Malangnya, Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat. Kurita teramat marah dan semakin sakit.
Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Ikan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan mengajaknya berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut). Mahatahu memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui kembali anaknya.
Ketika dalam perjalanan mencari anaknya pelbagai peristiwa berlaku yang disaksikan oleh Ibu Gamat, termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut telah tercemar. Ibu Gamat mengubati mereka dengan kehebatannya. Dia turut terserempak dengan botol minuman yang masih mengandungi minuman kesihatan, telefon yang boleh berhubung ke dunia luar dan binatang lain yang sedang sakit. Ada yang sakit akibat obesiti, banyak merokok dan minum arak. Ada juga binatang yang sihat kerana mengamalkan gaya hidup sihat.
Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka turut berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.

Teater berdurasi lebih kurang 2 jam 15 minit ni memang menghiburkan. Kalau tak silap, ni merupakan pementasan pertama teater yang bertemakan dasar laut kat Malaysia. So secara keseluruhan, dari segi kostum, props, rekaan set, solekan memang menjadi dan menghidupkan suasana dasar laut tu sendiri. Bermain dengan warna, teknik pencahayaan lampu, susunan muzik memang membantu dalam memainkan peranan yang tak kurang penting dalam pementasan ni. Kalau nak ikutkan pementasan ni, bukanlah macam pementasan yang dianggap mega atau besar, tapi rasanya keseluruhan pementasan tu berjaya selari dengan konsep penceritaan Gamat tu sendiri, memang menghiburkan. Memang sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Konfem derang suka sebab sangat colourful, dan semua kostum untuk setiap karakter hidupan laut tu macam Ikan Buntal, Kuda Laut, Ketam, Udang Kara, etc pun dah cukup attractive untuk kanak2 tu stay and terus menonton. Masa di awal pementasan, ada scene ala2 pengenalan untuk setiap karakter watak, memang best sebab susunan muzik, kareografi pergerakan tari, nyanyian aku rasa bersesuaian dengan setiap karakter yang membezakan mereka antara satu sama lain. Memang comel sangat tengok kanak2 yang pegang karakter Umang-Umang contohnya yang menari ala2 shuffle atas stage, class uols, tak leh nak stop tuh...Umang2 tu nyer cangkerang, dari seginya kostum nya derang wat konsep macam sarung beg sekolah sangkut kat belakang, so bley letak tepi kalau tak guna, kreatif! Yang Landak Laut lagi comel, budak2 umur sekitar 5 tahun, terlari2 atas stage, comey giler! In order nak kontrol kanak2 cilik ni, akan ada satu karakter dewasa untuk awasi derang atas stage, so comel!

Dalam banyak-banyak aspek pementasan dalam teater ni, aku paling suka ngan kostum la. Pada aku bukan senang nak design kostum yang berkonsepkan hidupan laut. Hmmm...yang kaler oren tu Umang2, yang kaler biru tu Obor-Obor. Kalau aku, berdarah kepala hotak la nak fikir macam nak transformkan sifat fizikal hidupan laut tu pada rekaan fesyen, pemilihan warna yang sesuai, fabrik material segala, huh, kena kreatif! Apatah lagi, berdasarkan maklumat, tempoh latihan dan produksi ni singkat jugak la, so macam2 kena buat kan? Pastu dari segi aspek kareografi tari lagi, step yang bersesuaian ngan karakter, kostum pun kena tengok gak sesuai ker tak pelakon2 ni nak bergerak, macam2. Ingat senang kerja produksi? Apa2 hal, Teater Gamat ni memang menghiburkan. Kalau latihan mencukupi, aku rasa, lagi cantik kot movement pelakon2, lagi sharp. By the way, sekalung tahniah pada produksi ni, memang best!

Nota Kaki: Aku bley bayangkan kalau aku tengok teater ni dengan Ady n the Gang, konfem Mahera akan jadik bahan lawak sepanjang malam, wawawawa...Ada penyu, Ikan Buntal, owh...tidak...

No comments:

Post a Comment