Friday, October 9, 2009

AU2..

Salam...

Jam 11.47 malam, aku baru lepas mandi, cuci rambut ngan syampu Clear Ice Cool, biasa la, kepala rasa berat jer...Tadi pas kerja, Natrah ajak lepak kat Old Town White Coffee Kopitiam Jusco AU2. Saja makan2, borak2, nanges2 (sebab masing2 teringat kat arwah ayah, isk3x...), gelak2, gosip2, etc. Pastu, pusing2 tengok baju2 (faveret nih....), then balik sebab dating wajibku setiap Jumaat jam 9 malam, drama Nur Kasih, mana bley miss...Tetiba hari macam terjiwang plak tengok scene Adam ngan Nur Amina. Bestnya...cinta yang di pupuk dari zaman remaja, dalam hati memang mamat tu sorang jer then bertemu jodoh sebagai suami isteri walaupun awal perkahwinan ada macam2 rintangan, syoknyer...Lain la macam aku, cinta tak pernah di balas, wawawawa...bukan sekali ek. Takper, Ice Cool, beb!

Actually, semalam aku dah datang dah kat Jusco AU2 ni; ngan Natrah n Cairul gak. Kebetulan mamat tu ada training kat KL. Harus la dia yang belanja kitaorang sebab kidnap kitaorang kan, makan kat Kenny Rogers, pastu melalak tak hengat kat Song Box. Semuanya di sponsor oleh Cai, thanks!

Asal ek aku suka benor datang Jusco AU2 ni?

1. 5 minit jer dari rumah aku, dekat sangat2.
2. Nak makan ok kot choices kat sini; ada Johnny's, Black Canyon, Madam Lim, Kenny Rogers, KFC, Pizza Hut, Nasi Lemak Antarabangsa, Splendid, etc...
3. Customer tak ramai, so sangat lapang dan tak crowded, selesa....parking sangat senang!
4. Aku suka shopping baju kat sini, tak tau apsal, he3x...tetiba jer abis RM 200...walaupun choices tak banyak mana pon...
5. Ada Skin Food untuk ku beli lipstick dan mascara ku...dan juga kedai apa ntah yang jual Losyen Mustajab Pati Limau Nipis Dunia Herbs, hu3x...

Nota Kaki: Saya suka tinggal di area Keramat. Sudah 7 tahun saya menyewa di sini. Kalau nak beli umah, memang ku nak carik area sini gak @ Setiawangsa @ Wangsa Maju @ Gombak; apartment comel dengan 4 atau 3 bilik dengan beranda sederhana kat luar rumah, bila ek???

No comments:

Post a Comment