Salam...
Hai, lama rasanya cam tak update blog ku ini kan? Facebook pun sama. Actually, last weekend aku menghabiskan masa kat Ipoh, beraya dengan kawan2 sekolah rendah. Aku gerak pi Ipoh dalam pukul 12 tengahari hari Sabtu. Cadangnya nak gerak pagi tapi aku gi ofis dulu, settle kije siket. Kalau ikut plan awal, patutnya aku beraya ngan derang ni minggu pertama raya tu tapi sebab aku lelah teruk, so terpaksa postponed. So, mana2 jemputan rumah terbuka sepanjang weekend lepas kat KL terpaksa la tak pergi, hik3x...Apa2 hal, thanks sebab sudi jemput. Aku ngan adik aku sampai Ipoh lebih kurang pukul 2 petang, so terus gi umah member aku, Mai kat Kampung Kepayang, salah satu kampung tradisional kat Ipoh. Zaman2 aku sekolah dulu, aku ngayuh basikal jer datang sini, ada la dalam 20 minit gak dari umah aku. Hmm...sakan ku melantak nasi ayam dan spagheti, makan bertambah tuh...Jeans lusuh yang ku pakai pagi tu terasa sedikit longgar lepas bulan puasa dah mula rasa ketat, huh...Yang sebelah kiri aku tu, Mai. Yang pakai tudung pink tu, kawan merangkap jiran aku dulu, Ina ngan 2 orang anak daranya, Jiqah dan Incha. Cepat btol masa berlalu, Jiqah tu dah usia 8 tahun, paling last aku jumpa dia masa tu umur dia tak sampai setahun lagi, lama btol tuh...Soklan paling best dia tanya aku, "Kak Mek umur baper tahun?" Bengkek jer mak dia bila anak dia pangge aku "kakak', yes!

Ni kat umah parents Ina, kat Kampung Baru, Ulu Chemor. Lepas ayah dia, Pakcik Dolah pencen polis pangkat Sarjan Mejar, chewah...(cayalah Cik Dolah, siap dapat pingat PJK dari Raja Nazrin lagi, hu3x..), trus beli tanah kat kampung ni buat rumah. Aku memang kenal rapat ngan family ni sebab jiran kan. Motor Honda C70, plat no CQ 47.....(baper ntah dah tak ingat....) yang aku pernah tumpang Pakcik Dolah masa gi skolah dulu pon ada lagi kat blakang umah, he3x...Biasa la, soklan2 maut dari Makcik Midah, "Mek, kamu ni bila lagi nak menjemputnya, jenuh makcik nak nunggunye?" (dengan loghat Perak telo Kg. Ketior Dalam, Kuala Kangsar). "Hish, ate makcik, jenuh le teman nok nunggu Anuor Zainnye, ntoh biler dia nak masuk minang, tok tau ler..."" Ntah2, dia pon nunggu kamu, tu yang dua2 tok kawen lagi tu gamoknye..." Wah, kesimpulan yang cukup baik dari Makcik Midah!!! Aah kan, ntah2 Anuar Zain pon tunggu aku kan? Masa kat umah Ina, Salwa pon join skali ngan bawak 2 orang anak daranya, Wiwin-5 tahun dan Iqa, 2 tahun. Sempat jamah mee hailam dan menghabiskan kuih raya yang mana patut, termasuk kuih siput, uh, best!
Pas umah Ina, kitaorang gerak pi umah parents Laney kat Simpang Pulai. Sampai pon dah 9.30 malam. Huh, sudah ku target nak makan per kat umah Laney, nasi lemak maknya yang sungguh sedap itu!!! 2 kali aku tambah siot, sampai mak dia pon tegur, aku makan tak angkat muka langsung. Siap ada barbeque ayam, spagheti lagi, dan bermangkuk2 cocktail ku hirup, sedapnye...Takper, aku dah spare Losyen Mustajab Pati Limau Nipis Dunia Herbs, hu3x...Kitaorang lepak samapi pukul 11.30 malam, tu pon sebab anak bongsu Salwa dah merengek ajak balik n anak2 Ina dah pengsan semuanya atas sofa, kalau tak, mau kitaorang borak sampai pagi. Aku tumpang tido umah Ina, sampai umah dalam 12.30 tengah malam, then, mandi, semayang, aku tido dengan jayanya, zzzzzzzzzz....
Bangun pagi, huh, sejuk siot mandi...ye lah, kampung kan. Best lepak2 kat dapur luar ngan Ina, Makcik Midah sambil borak2, suasana pagi tu sangat nyaman. Rileks2, lepak2 breakfast bihun goreng (makan bertambah lagi aku, he3x...), then dalam 12.30 tengahari baru gerak pi umah Salwa kat Tambun. Plan makan tengahari, lama btol kitaorang lepak sampai pukul 4 petang. Mamat yang ada dalam gambo tu, husband Salwa, Wan Shahrizal, classmate kitaorang masa sekolah rendah. Bila kitaorang tengok balik gambar kelas 1 Kuning, ceh, mamat ni berdiri belakang Salwa, hmmm...tup tup jodoh. Aku tengok balik gambo tu, ala...blakang aku budak pompuan India, patut la aku tak kawen smpai la, uwaaaaaaa.....
Sebelum balik KL, sempat singgah kenduri kahwin abang kawan aku, Syameen, iaitu Abang Yuri. Yang ni geng2 sekolah menengah. Kalau nak ikut list kawan2 aku kat Negeri Perak, sebulan baru habis agaknya nak menziarah. Tau la jumpa sorang, lekat 2,3 jam bukan sikit2 citer kuar. Sampai jer, kitaorang menghabiskan lauk pengantin. Lepak kat sini adalah sampai Maghrib baru balik, borak2 ngan, Syameen, husband dia Shahrul, Sari, Sabariah, Miqdad husband Sari sempat menilik tarikh lahir aku untuk melihat potensi diri, wah!!! Mamat ni tak habis2 soh aku jadik PA pak2 menteri sebab dia kata aku sesuai, tang mana sesuai pon aku tak sure. Sekali lagi soklan faveret dari Makcik Zohara, " Mirza, kamu ni bila pulak gilirannya?" Masa nak balik, Pakcik Khalili Cikgu Pencen plak berbisik kat aku, "Eh, kamu tak nak try mandi bunga ker?" Oh, apakah?????
Nota Kaki: Hari ni saya menerima beberapa kejutan manis untuk diri sendiri, simple tapi besar maknanya pada diri...
No comments:
Post a Comment