Wednesday, October 28, 2009

Best Frenku Lelaki?

Salam...

Yer ker orang kata orang lelaki ngan orang pompuan tak leh jadik best pren? Sebab mesti salah sorang akan feelin2 lebih dari sorang kawan or terbabas jatuh ati? Susah nak kontrol sebab kalau dah lama kenal, dah selesa each other, mesti akan timbul rasa sayang suatu hari nanti. Sayang? Susah jugak sometimes nak identify sama ada sayang tu atas dasar seorang kawan atau lebih dari seorang kawan, sapo nak jawab tuh kalau jadik gituh? Camner agaknya yang salah sorang tu leh terbabas jatuh hati agaknya ek? Baik lelaki maupun pompuan? Hmmm...maybe sebab bila dah selesa each other, dah kenal baik or rapat, banyak spend masa sama2, berkongsi cerita, perangai masing pon dah tau, automatically akan ada rasa caring or ambil berat antara satu sama lain. Sebagai manusia, tak banyak, sikit mesti kita ada terasa or tersentuh dengan cara best fren kita tu melayan kita kot? Tu yang agaknya Ziana Zain kuar lagu cenggini, "Kita tak menduga, dari kenalan lahir sayang, hingga ku terlupa kau siapa..."he3x...

Aku? Hmm...kalau dah jadik camtu, sampai satu masa, maybe salah sorang perlu berterus terang la kot, senang siket. Apatah lagi kalau pihak lagi satu dah boleh terhidu hint2 yang diberi tapi wat bodo jer. Better berterus terang supaya masing2 tak bermain dengan assumptions sendiri. Nak terima ker nak reject ker tu antara risiko yang kena tanggung la kan. Macam aku, aku suka jer kawan ngan budak2 (eh, budak ker?) lelaki ni, derang simple, senang nak mintak tolong, tapi kalu bergosip, ngutuk leh tahan, dan satu benefit lagi yang ku suka bila berkawan ngan golongan Adam ini bila kita dapat dengar point of view kaum ni untuk macam2 topik, so takde la tengok dari perspektif golongan Hawa jer, ok per. "Oh, macam ni rupanya orang lelaki fikir ek?" Memang tak sama ngan orang pompuan. Perkara yang pompuan pandang serius, rupanya pada lelaki simple jer. Bertemu jodoh ngan kawan baik lelaki? Hmmm...akan ku pertimbangkan, selesa sebagai sahabat tak semestinya serasi hidup bersama kot? Kawan lelaki ku sendiri pernah cakap," Ko ni layan semua orang sama jer, so susah nak identify ko suka yang mana..."

Nota Kaki: 2,3 menjak ni heboh isu poligami...kawan lama soh cuba layan laki orang jer kalau orang2 bujang trang tang tang wat tatau, hu3x...Takkan ku tempah mautku sendiri, scary arrhhh...Watper nak bina kebahagiaan diri sendiri di atas kehancuran hati orang lain...Syyyy...tamau cakap besar yer...

Sunday, October 25, 2009

Ahad ku - 25 Oktober 2009.

Salam...

1. Bangun awal tapi tergolek2 berangan dulu atas katil, bestnya tido...He3x...ngaco Che Pi soh dia bangun arh. Baru jer nak sms, uiks, tekejut aku, sms dia plak yang masuk dulu, informed kawan dia Hafiz dah kuar wad PPUM. Oh ya, semalam aku ngekor Che Pi pi visit Hafiz yang kena operate sebab appendiks. Kesian...nampak sangat dia sakit. Masa kitaorang sampai tu, dia baru jer lepas operate, so still tak larat lagi. Dalam menahan kesakitan tu, sempat lagi dia cakap cenggini ngan aku, "Boleh tolong nyanyi satu lagu?" Ceh! Kat sitew jugak ku gelak. Itu citer semalam la. Pagi Ahad ku ni bermula dengan ku menyibuk breakfast nasi dagang gulai ikan aya ngan Che Pi kat Setiawangsa.

2. Lepas breakfast, aku sibuk ngekor Natrah n Iera Pretty ke Jusco AU2. Asalnya aku nak folo derang shopping jer tapi akhirnya aku telah di 'santau angin' dengan terbabas shopping, uwaaaaaa....Abis dalam RM 300 plus jugak la. Hasil tangkapan ku hari ini - 3 pasang dress takat lutut, 2 blouse, 1 skirt, 1 seluar, 1 belt, hik3x...Pastu aku pon tak sure bila ku nak pakai, bley? Baru jer last Wednesday, ku terbabas beli 4 pasang kain ela dan 3 pasang t-shirt Muslimah, hu3x...Semalam plak, 2 pasang tudung kat Kompleks PKNS, gilo! Retail therapy yang sangat di gemari oleh kaum Hawa! Well, walaupun aku tak minum lagi Jusmate 5, tapi size bajuku tadi semuanya still maintain M! Harusla bila amik Jusmate 5, aku pakai XS la kot!

3. Pas lepak2 minum petang kat Old Town, kitaorang gi try eyebrow threading kat Mico. Huh, pedih giler siot, treatment guna benang. Mata aku berair tak henti2 menahan pedih, tubuh keras kejong takut, muahahaha...Kawan aku lagi 2 orang tu, rileks jer. Ye lah, bak kata Iera Pretty, " Ko perawan lagi, sebab tu ko nanges," I like uols nyer statement!

4. Hmm..esok ada makan2 kat department, nak bawak apa ek? Selepas 10 tahun, first taim tadi ku terkial2 buat kastard cocktail, hu3x...Tatau la per rasa sebab dah simpan dalam fridge nak sejukkan. Resepi dah tak baper ingat, so ku redah jer tadi. Ku rasa macam jadik jer, he3x...Aku blaja wat ni 10 tahun dulu masa kat UIA sebab taim tu ada sorang kawan aku minat giler sorang abang senior ni. Abang tu tua 2 tahun dari kitaorang, budak Laws, jeng...jeng...jeng...Kawan aku ni buat kastard cocktail ni kat hostel, masak guna rice cooker, class kan, berusaha bersungguh2 untuk menawan hati abang pojaan! Sempat la ku intai dari tingkap bilik asrama, abang tu datang asrama kitaorang amik bekal tuh. Mana yang balance2 tu, kitaorang yang jadik tukang perabih, biasak arrr, murah rezeki. Tapi kawan aku tu tak bertemu jodoh pon ngan abang tu, masing2 dah kawen dan dah ada anak. Abang ni pada aku memang ensem, figure dia pun ada macam ciri2 charismatic. So tak heran la kalo member aku leh minat kat dia. Masa mula2 derang kawan2 tu, masa kawan aku ni pi umah abang ni (sebab kalo tak silap aku, parents abang ni nak tengok kawan aku, huyo!), aku pun ada la enter frame skali dalam itu wayang gambar, ha3x...Berani btol kawan aku tu kan? Kalo aku, huish, segannya nak gi jumpa parents lelaki yang aku suka nak plak kalo taim tu blom ada apa2. Wey, apa ku melalut citer orang laen ni daaaaa...Aku sebenarnya nak citer pasal kastard cocktail tu jer kan?

Nota Kaki: Gambo kat ateh tu takde kaitan yerk...semata2 perhiasan...

Thursday, October 22, 2009

Dalam Gerimis - Visa.


Rindu... semakin berakar umbi
Yang kurasai
Saat kau pergi

Hujan... bagai mengundang nestapa
Titis airnya
Bersama deru tangisanmu...

Buat kali pertama
Ku melihat (oh) airmatanya
Sejakku kenali dia
Sepinya kurasa
Disaat berduka
Inikah noktahnya
Pertemuan kita

Andai
Begitu suratan takdir
Usah lagi kita mungkir
Bersyukur pada rahmatNya

Kasih
Berpegang pada hakikat
Waktu yang bakal menjawab
Siapa yang benar

Pasti... aku kan tetap menanti
Ku dibayangi
Seribu mimpi

Hujan... menghilang dengan langkahnya
Ku merindui
Dalam gerimis
Yang menghiris...

Salam.

Aku baru sampai dari Temerloh sejam lepas. Penat dan mengantuk tapi ku gagahkan jugak nak berstory kat sini...Hmmm...pagi tadi on the way pi Temerloh, layan Hot AM Crew, tup...tup...berkumandang lagu ni. Aisey, Rock Kapak siot! Terus teringat zaman2 'chenta hati' sekitar tahun 1994, masa aku Form 4. Lagu ni kuar tahun 1994, aku tersangat suka giler lagu ni termasuk penyanyi utama kumpulan Visa ni, Sham Visa. Antara lelaki Terengganu terawal yang ku suka, wawawawa...selain dari Halim Othman, erk? Aku start minat Visa ni masa tahun 1993, bila derang start famous ngan lagu Untukmu Selamanya tahun 1993. Suka betul aku ngan suara Sham taim tuh plus mata2 yang ala2 sepet (aku memang suka ngan lelaki ala2 chinese looks masa skolah dulu, tersangat suka...). Zaman2 bingai tu, siap la ku gunting majalah yang ada gambo2 Visa ni, ku lekat kat file bawak pi skolah, he3x...Tapi album grup ni satu pon tak pernah ku beli sebab ku rajin dubbing kaset sama ada kat Studio 26 (sebelah supermarket Super Kinta atas Pasar Besar Ipoh) takpon ada satu kedai kaset Cina kat Kompleks Yik Foong, Ipoh. Kasik jer list lagu2 yang kowang suka, nanti derang recordkan. Yer lah, zaman2 tu mana ada download segala ni dari internet. Kaset2 dubbing tu still aku simpan sampai sekarang.

Dan lagi, lagu ni mengingatkan aku zaman suka sorang mamat nih. Latar masa ialah masa pertengahan tahun 1994, masa cuti sekolah 3 minggu, masa tengah berlangsung Sukan Malaysia ke 5 (SUKMA V) kat Ipoh, ceh! Masa tu kitaorang kawan2 jer dulu melalui tepon lebih kurang 7,8 bulan tapi tak pernah jumpa pon. Padahal umah dia ngan aku bukan jauh sangat pun. Adik aku arrrr, Angah cakap ngan aku, "Weh, Along! Si polan kan ada abang sebaya ngan hang, nama dia Mr Y, hensem tau!Budak Anderson, tet!!! First taim kitaorang jumpa kat pasar malam area umah dia, mama aku pon ada masa tu, Angah n member aku Ija. Memula aku expect dia mesti iras2 ayah dia jer, pendek (he2x...sudah ada niat untuk membuli dia taim tuh...) tapi bila terpandang saja wajah dia buat pertama kali malam itew, "Eh...eh...ensemnya mamat nih..." Huish, sambil bercerita ni, ku still leh teringatkan kaler t-shirt dan track bottom yang dia pakai malam tu, huh, sengal sangat! Pas daripada tu ada la jumpa kat Stadium Sultan Azlan Shah tengok game hoki sesama (tapi still di accompanied oleh kawan2 arrr...).Tapi first taim kuar berdua kalo tak silap aku 1 Oktober 1994, rewang2 pusing Ipoh, gi KFC (zaman student dating kat KFC kira agak grand jugak la, ha3x...). Kalo parents kitaorang nampak taim tuh or jiran2 kawasan perumahan nampak, isk, tatau nak letak muka kat ner.

Everytime kalo dengar lagu ni memang aku teringat zaman2 tu sebab lagu ni famous dan aku minat lagu ni masa aku kenal dan berkawan dengan dia. Masa tu, dia pon tau aku suka sangat ngan lagu ni dan siap pinjam kaset dubbing aku yang ada lagu ni. Bila taim nak jumpa nak passing kaset tu, kena sorok2 siket nak jumpa. Masing2 kayuh beskal; dia dengan beskal racing kaler merah and aku beskal nurse jenama Raleigh kaler merah, jumpa dekat bus stop yang macam tak baper nak digunakan depan SRK Sri Kinta, huhuhu...Kenangan...kenangan...

Nota Kaki: Oh ya, first taim kitaorang jumpa kat pasar malam tu, dia sempat passed gambo dia kat aku, ku simpan dalam album sampai la ni. Paling last dia kirim gambar kat aku, masa dia konvo UTM Skudai tahun 2003, grad Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah.

Wednesday, October 21, 2009

Aku dan Temerloh.

Salam...

Ari ni cuti, ada hal kat Shah Alam. Malam tadi aku meredah ke sana ngan Pok Li n Shahril (gua suka kalo kuar ngan kawan2 lelaki, gua sorang jer pompuan sebab gua rasa macam Ella and The Boys, ha3x...), then lepak minum kat Restoran Khalifah, Seksyen 7, pukul 3 pagi baru smpai umah. Oleh kerana tido tak cukup, so settle jer urusan kat Shah Alam, smpai jer umah, ku pulun tido tak hengat! Memang tak sedar apa2 dah, kroh...kroh...Ni ngantuk ku masih bersisa...

Oklah, nak tido. Esok, nak bangun awal. Rutin bulanan ku seperti biasa, turun Temerloh, yeay! Esok handle interview Penyelia Tol. Kalo sempat, leh singgah kedai Pak Usop Ikan Patin, nak makan faveretku sambal ikan bilis tempe nya yang sangat sedap dan pedas itew lawan ngan ais jagung, beh! beh! Kalo sempat, nak jupe Che Din, OM kegemaranku, he3x...nak citer2, macam biasa. Eh, next week pun turun Kuantan lagi, suka! suka!

Nota Kaki: Masa aku kecik dulu, tiap2 minggu mandi Sungai Pahang @ Temerloh, best woooo...Tempat jatuh lagi kan di kenang, inikan pulak tempat bermain...

Saturday, October 17, 2009

Melawan Kesepian.

Salam...

Hari ni Sabtu, 17 Oktober 2009. Kalau tak, plan weekend ni menghabiskan masa nak beraya di Kuantan. Ex-roommate aku kat UIA, si Saadiah Abdul Razak @ Dee ajak datang umah dia kat Taman Guru, ada besday party 2 anak dara dia, Najla Umairah (4 tahun) & Qaseh Qasrina (1 tahun). Personally sms aku, mintak tolong mana patut, antaranya soh handle telematch untuk budak2 sebab dia jemput 70 keluarga untuk majlis ni, huh! Family mertua dia dari Batu Pahat pon datang. Macam2 makanan la dia order, kuih muih kat Mok Na Tanjung Lumpur, ada barbeque segala, macam meriah jer kan?

Tapi semalam aku terpaksa la mengkenselkan diri sebab kaki ngan tangan aku sakit siot sebab ngangkut kotak2 yang beratnya bukan siket kat opis. Ni sumer gara2 nak pindah opis baru. Dah la opis ku takde lif, berdarah pusat la turun naik tangga dari tingkat 3 ker stor bawah tuh, nyaris tak semput jer. Kesian La dah excited bila tau aku nak turun Kuantan and nak tumpang umah dia. Sorry la, ek. May be next taim sebab kawan2 aku macam ada plan nak gi bercuti ke Kuantan 21 November depan dan macam aku jer drebar rasmi derang, he3x.

Hmm...aktiviti hari ni bermula seawal jam 10 pagi, breakfast bersama rakan2 selepak-Shahril, Che Pi, Pok Li dan Kak Mimi @ Leha Kelfood, Taman Melati. Selain melepak malam2 layan teh tarik kat mamak, ku cukup suka kalau dapat breakfast taim weekend ngan kawan2. Tapi kitaorang lepak kejap jer, dalam sejam lebih siket. Pastu, aku ingat nak gi bayar bil Maxis kat Ampang, isk, lupa la plak ari ni cuti Deepavali. Alang2 dah kuar, gi hantar cuci Baby aku tuh, dah lama dia tak mandi.

Balik umah dalam 1 tengahari, golek2 sampai tertido depan tv. Terjaga dalam 2.45 petang, sambung berangan sampai 3.30 petang, pastu bangun solat Zohor, then dalam 3.45 petang, bermula aktiviti ku kalau tak tau nak watper kat umah, iaitu mengemas rumah. Takdela kemas beria2 setakat nak keluar peluh 2 jam lebih siket jer kan:-

a) Menyapu dan mengemas bilik tidur sendiri yang tak baper cantik tuh
b) Menyapu dan mengemas ruang tamu, rak buku sikit, bentang karpet yang baru amik kat dobi, hmmm...lembut dan wangi pulak baunya, he3x...
c) Mengelap habuk2 kat meja komputer dan PC terbabit dengan menggunakan air mutlak dan Good Morning towel. Terima kasih juga pada Easy Off Bang kerana memudahkan kerja2 saya!
d) Mengelap peti ais (mudah sebab dalam peti ais aku memang takde stok makanan, ha3x..)
e) Mengelap dapur gas dan dinding yang terpercik segala minyak ntah apa2, cuci sinki, lap kabinet dapur (macam la rajin masak kan?)
f) Memberus bilik air (taim ni ku rasa diriku seperti Oshin yang rajin, hik3x...)

Sambil2 wat kerja, harusla di temani2 beberapa artis jemputan seperti Michael Jackson, Ahmad Jais dan Rafeah Buang, Alyah, Kerispatih, Anuar Zain, Lady Gaga, etc. Sambil mengelap2 tu, tanganku meliuk lentuk berangan menari lagu Selasihku Sayang, hu3x...Dah la mengemas sorang2, tamau la sunyi2 takde bunyi-bunyian ni, rasa macam kat tanah perkuburan jer...Sempat jugak berbalas sms ngan Natrah, juga online Facebook, so multitasking! Settle dalam pukul 6 petang, mandi, solat Asar dan potong mempelam cicah ngan kicap. Pas solat Maghrib n Isyak, ni baru bukak blog tatau nak merepek apa, sambil layan Buletin Utama, Majalah 3 dan jap lagi Cerekarama. Harusla ku tunggu sebab my faveret Awal Ashaari yang berlakon, yeay! Sambil2 tu, dok search internet, pening kepala mana nak pegi bercuti untuk habiskan cuti aku yang berbaki berbelas hari lagi ni...So itu sajalah aktiviti aku hari ini, as orang bujang untuk Melawan Kesepianku, he3x...

Nota Kaki: Aksi gambo di atas adalah di pengaruhi Dato' Aziz Satar dalam Seniman Bujang Lapok, he3x...

Thursday, October 15, 2009

Jenjalan Raya 2009..

Salam...

Hmmm...citer last weekend, baru terhegeh2 nak upload gambo hari ni. Amacam kowang last weekend, mesti sakan pi open house beraya kan? Aku macam biasa takde la banyak jemputan sebab aku tak ramai kawan kan. Last Saturday, rutin hari ku bermula seawal jam 6.45 pagi. Walaupun tengah uzur syar'ie taim tu, tapi ku bangun awal sebab nak prepare skrip pengacara majlis. Dalam prepare tu sempat chatting ngan Kak Fazni kat Australia dan Manisah kat New Zealand. Derang pon pelik asal ku bangun awal. Settle apa2 patut, dalam 10.45 pagi aku dah terpacul kat Hotel Cititel Express untuk Majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad, Felda Sungai Ling Baru, Maran, Pahang. Event start jam 12.30 tengahari tapi ku datang awal, nak discuss apa yang patut ngan partner ku, Baharen. Memang kitaorang pakat pakai baju kaler sedondon. Dia tak kesah sebab banyak stock baju Melayu. Macam baju yang dia pakai tu, actually baju yang dia dapat masa join perarakan Maulidur Rasul last year. Mamat ni nampak muda tapi actually umur dia dah 39 tahun, huh! Event kejap jer, dalam 3.30 petang dah settle. Thanks to Encik Jeff sebab kasik peluang job mc ni.

Dari situ, aku gerak pi umah ex-roommate aku masa kat UIA, Nordinah Mohd Kassim kat Selayang Mulia. Member wat open house merangkap house warming, birthday party anak dia sekali. Meriah giler ngan family dia dari Kuala Kangsar pun turun, family mertua dari Pulau Pangkor pun ada. He3x...ate teman suka bebenor berkumpul di kalangan orang2 Perak ni, ate peramah bebenor. Masa aku sampai sempat jumpa ngan kawan2 lain, Mahfuzah Zulkifli,@ Fuzah, Nuzha Mohamed Taha @ Nuzha, Noorita Mokhtar @ Ita Raziah, Sarizah Sulaiman @ Achik. Ni sumer budak batch aku masa study kat UIA. Except Fuzah budak BBA, yang lenlain tu sumer atas bilik aku masa kat Blok C, Mahallat Asma. Aku rajin pi bilik derang carik roti sapu planta tabur gula, he3x...

Family Achik Sarizah dan husbandnya Ustaz Azhar beserta Charlie's Angel derang, walaupun pompuan sumer tapi sungguh lasak. Kecik2 lagi dah pakai tudung, hafal hadis, solat sunat dhuha, etc...Hmm...anak aku esok, agak2 suka microfon jer ker, scary nih...

Besday Gurl, Wan Nabihah, umur 4 tahun. Muka stress jer bila taim amik gambor...tapi actaully mulut dia tersangat la pot,pet,pot,pet...macam mak dia. Bijak pulak tu.

Sempat posing kat beranda umah, together2 Nuzha with Baby Munawwar, anak bongsu Fuzah merangkap anak sepupu Nuzha dan yang atas dukung aku tu, anak dara Fuzah yang berusia 2 tahun, Insyirah. Bukan senang nak pujuk dia amik gambar, susah woo...ntah macam mana mood ari tu dia ok plak, siap leh dukung lagi.

Dalam pukul 6 petang, aku join budak2 tu gi beraya ke umah Siti @ Roslinda Alias kat Kampung Laksamana. Ni pon dah lama giler aku tak jumpa lepas grad UIA. Anak2 dia pon dah besar dah, 2 hero umur 5 dan 4 tahun. Orang Perak juga, Tapah mari. Husband dia pon budak UIA gak, antara pasangan bercinta yang hot gak masa study, wawawa...Now Siti dah jadik lecturer UiTM, ngajor Education nyer subject. In progress nak wat PhD. Husband dia dok racun aku soh sambung master, isk, stress! Memandangkan kitaorang dah kenyang giler dan sampai pun dah lewat petang, Siti jamu kiraorang ngan cucur ikan bilis n air teh, huh, layan! Balang biskut raya yang ku pegang tu adalah biskut raya chocolate chips yang sangat sedap dan ku habiskan separuh balang, sengal kan?

Lepas solat Maghrib, gerak pi umah lagi sorang budak batch aku yang dah lama gak tak jumpa lepas grad, si Za @ Rohaiza Zainal Abidin kat Taman Permata. Member anak dah 3 orang dah, baru dapat baby girl masa 2 Ramadhan ari tuh. Yang ngan aku tu, anak kedua dia, Amirah Zulfa, umur 4 tahun, sangat la petah bercerita. Sibuk demo depan kita orang step2 dikir barat yang dia blaja untuk perform masa konsert taska dia nanti, cute sangat!

Anak Achik, Syahirah pon umur 4 tahun jugak. Sangat lasak, banyak cakap, suka bergambar, pantang nampak kamera. Dengan konfiden datang kat aku terus duduk atas pangku aku nak amik gambar lepas aku posing ngan Zulfa, selamba jer...Ingat aku bantal agaknya, he3x...

3 dara pingitan yang masih single dan muda remaja...Taim ni actually dah ngantuk tapi ku tahan, muka dah berkilat2, huh. Kitaorang lepak sampai pukul 10 malam lebih kurang, dalam 10.30 malam aku dah sampai umah. Aku tido pengsan tak hengat sampai ke pagi...So ngantuk dan letih giler...

Pagi Ahad, terjaga dalam 8.15 pagi, kira kategori awal ni...Ingat nak ajak sesaper gi breakfast tapi mata still ngantuk...Bley ku smabung tido sampai pukul 12.45 tengahari, ada aku kesah??? Taim2 macam ni, ku rasa bermakna sungguh jadik orang bujang, takde saper nak kontrol. Mandi, sempat basuh kain segala, dalam pukul 2 petang, janji ngan Ita n Nuzha nak gi beraya ke umah Wa @ Najjua Farhan Ramli kat Taman Melati. Punyela dekat ngan aku tapi rasanya dah 2 tahun aku tak jumpa. Paling last aku jumpa dia kata nak buat master, now dah nak habis master dah bulan 10 tahun depan kat UTM, amik pendidikan. Hmmm...Wa jamu kitaorang ngan laksa Pahang n nasi himpit kuah kacang n daging masak masam manis, sedap! Macam biasa ku suka jugak menghabiskan biskut raya kat umah orang, he3x...

Khadeeja Nashreen @ Deeja, anak dara Wa yang umur 4 tahun. Mukanya sangat sweet dan fotostat muka ayahnya, Ustaz Fuad. Both of them orang Pahang. Wa orang Kampung Paya Pulai, Temerloh, husband dia orang Bentong. Bertemu jodoh taim wat KPLI kat maktab, opsss!!! Deeja ni nampak jer pendiam tapi mulut...huh! Kuat merajuk pon yer. Baru kitaorang sampai 15 minit kat umah dia, tengah duduk borak2 ngan mak dia, tetiba dia datang join kitaorang cakap camnih, " Kawan2 ibu tak kasik duit raya pon..." Aiyo!!! Masa kitaorang sampai tu, ayah dia kuar kejap. Bila ayah dia balik, bley dia jerit kat ayah dia, " Ayah! Masuk bilik, kawan ibu datang!" Owh, sungguh Islamic!

Lepak kat umah Wa until 3.30 petang, then kitaorang gerak pi Bangi, umah Achik Sarizah. Dia ada wat makan2, masak nasi minyak ngan ayam masak merah, gulai daging, bihun sup ngan pulut durian, pergh...Actually, kalo aku tak join derang ni beraya pon, aku akan gi kampung kawan aku, Nana kat Kampung Atta Duri, Teluk Intan, Perak untuk makan durian masa Sabtu tuh. Tapi sebab dah terikat job mc, so takleh join makan durian Teluk Intan, uwaaaaaa....Hmmm...sebelum ni aku tak pernah sekali pon berborak ngan husband Achik, tapi this time baru berborak. Huh, sangat ramah terlajak lelaki yang berasal dari Kota Tampan, Lenggong, Perak itew!

Dalam 6.45 petang, sempat singgah umah member UIA lagi sorang, Mohd Rizal Rosli @ Tok Ijal. Duduk kat area umah Achik gak kat Sungai Tangkas. Kitaorang baik masa sama2 join Projek Mentoring Gemilang UIA Censerve ngan BP Amoco Malaysia, dia Presiden kitaorang. Masa join program ni gak la, dia bertemu jodoh ngan wife dia, Tie, he3x...Dah ada 2 anak dara, Nur Ain Tasnim, 4 tahun dan Raudhatul Jannah, 4 bulan. Sempat makan keropok lekor 008, stock dari Marang, Terengganu sambil borak2. Yang best, pagi esoknya, aku dapat sms dari Tok Ijal," Manja, aku nak tanya semalam, tapi segan...tapi ni aku nak tanya jugak. Baju ko pakai semalam cantik la...apa nama baju tu? Kat mana beli? Rupanya Tie pun suka, hi3x..." Owh, tak sangka da gak orang minat baju yang ku pakai tu...

Dalam 7.45 malam, ku gerak dari Bangi, gi Selayang pulak. Lalu ikut MRR2, sah2 la jam giler kan. Ada makan2 ex-opis mate ku masa kat Jusco Metro Prima, Kepong. Dalam pukul 9.15 malam jugak la baru ku sampai. Sempat jumpa budak2 Jusco yang lain. Ni Mohd Afiq Zakuan, anak Kak Nurul Aini n Abang Zainizam. Tak sangka betul, budak ni dah besar, umur dah 7 tahun, dah darjah 1 pon. Masa umur dia sekitar 2 tahun setengah, ayah dia rajin gak bawak datang opis, aku rajin la melayan, dukung dia bawak jenjalan kat supermarket sampai ada staff aku ingat dia anak aku sebab chubby kitaorang sama, he3x...Masa dia salam aku, mak dia tanya, "Ingat lagi tak acik ni?" Dia tengok muka aku, then jerit, " Ingat!" Oh, harusla hati aku tersentuh taim tu kan...Masa kecik2 dulu, dia suka betul ngan sup ayam kaki atau bahasa betulnya kaki ayam!

Baby yang berusia 2 bulan ni, adik bongsu Zakuan, Nur Zarith Dahlia. Kesian baby ni...masa umur dia sebulan, baru dapat tahu, jantung dia berlubang, bukan satu tapi 2 ek, kesian kan...baby lagi...Hopefully, Baby Zarith boleh sembuh dan cergas macam orang lain, amin...Oh ya, tuan rumah yang jemput aku ni nama nya Kak Maszenah. Masa dia sms aku invite, dia kata, bwakla abang sayang sekali datang. Huh! Kat mana la aku nak sewa tu kan...Lepak kat sini sampai 10.30 malam, pastu terus balik umah, Isnin kilija maaaaaa...

Nota Kaki: Nak turun Kuantan ker tak hujung minggu ni, ek???

Wednesday, October 14, 2009

Lagu Kita...


Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Nota Kaki: Ada sebab kenapa aku letak lirik lagu ni kat sini. Ntah apsal, sejak dari minggu lepas, lagu ni dok terngiang2 dalam kepala hotak aku dan bibir mungil (huyo...) ku tak lepas2 nyanyi lagu ni kat opis. Hmm...terutamanya bila teringatkan 'seseorang', huh, saper tu? Biarlah ku simpan dalam hati sorang2 yer, antara saya dengan Yang Maha Mengetahui. Ada kawan2 pompuan UIA assumed aku tengah berchenta sorok2, wah, sungguh kelakar...Tapi kalau betul pon, aku tak berhasrat nak introduce pada public lagi, he3x...biar aku dan dia mabuk berdua dulu, huh, eksklusif nya! Bukan mabuk lah, lebih tepat mengenali hati budi, watper nak rushing, beb! Ada rakan sepejabat tanya pada sorang rakan, " Eh, Mirza tu takde boyfriend ker?" Lalu kawan ku menjawab, " So far yang dia cerita takde...tapi tak tau la pulak kalau dia sorok." Lalu yang bertanya, " Hmm...pelik jugak kalau takde sebab muka dia pon boleh tahan." Huyo...kalau camtu, aku yang tuan empunya diri lagi la kompius! Perlu ker ku amik Jusmate 5 untuk mantapkan lagi yang mana perlu? By the way, lagu ni aku suka since 1st taim aku dengar kat radio. Aku lagi suka lagu ni dari lagu Hanya Kau Yang Mampu-Aizat. Intro piano lagu ni sudah membuatkan aku membesarkan volume radio kereta aku taim tu. Dan bila di amati setiap patah lirik lagu ni yang direct dan simple dari mula sampai habis, sweetnya lagu ni! Lagu yang keseluruhannya menggambarkan perasaan rindu kita pada seseorang yang di luahkan melalui petikan gitar dan lagu, dengan harapan orang yang di rindui tu dapat dengar luahan perasaan kita. Perhaps semua perasaan tu di sampaikan melalui bahasa alam seperti angin bertiup dan kerlipan bintang, sangat comel! Hmm...lagu ini lagu saya dan awak, hu3x...Ke mana pon saya pergi, tanpa saya sedar, saya bawak awak ke mana2, selamat dalam hati saya, wahh...jeng, jeng, jeng...

Tuesday, October 13, 2009

Teater Muzikal Gamat

Salam...

Dalam sibuk2 kerja, penat beraya last weekend tak ilang lagi, kepala yang agak2 'weng', sempat lagi aku tengok pementasan Teater Muzikal Kanak2 Gamat kat Istana Budaya malam tadi. Actually ni first time aku tengok teater kanak-kanak. Teater ni kalau tak silap aku di terbitkan oleh CTRA Production dengan kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) (aku pernah register jadik ahli persatuan ni masa study kat UIA Gombak, tapi tak aktif, tapi keahlian aku still valid...), Istana Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kebangsaan (JKKN), ASWARA, Kementerian Kesihatan dan lenlain lagi. Teater ni arahan Zaifri Husin, skrip pun dia yang tulis. Menurut info, produksi teater ni menggabungkan hampir 300 orang termasuk pelakon, pemuzik, krew pentas, pereka kostum dan tatarias. Kat atas ni, gambar kat dalam IB sebelum pementasan bermula. Cantik stage tu dia wat latar kaler biru tepat dengan tema teater ni kat dasar laut.

Ni antara barisan pelakon utama teater ni, Amy Mastura sebagai Ibu Gamat. Macam biasa, lakonan Amy Mastura memang bersahaja dan selamba. Cuma aku rasa, time adegan dia kena mengubat tu, aku rasa macam pergerakan tubuh dia tak cukup 'strong'. Maksud aku, as Ibu Gamat, memang kita sedia maklum, gamat tu banyak khasiat kan, so time mengubat tu, better action dia tu lebih kemas dan meyakinkan supaya tak nampak longgar, pada aku lah. Selain dari Amy Mastura, pelakon lain Zuhairi Ibrahim sebagai Bapa Gamat, Datin Natasha Hudson (Ikan Buntal), pendatang baru, Anith Aqilah OIAM (Gama, anak gamat betina) dan lenlain lagi. Aku rasa Esther OIAM tu pon ada terlibat sebagai penyanyi. Kalau btol dia, suara dia memang sedap giler dan power, memang best especially taim lagu duet scene anak gamat betina, Gama bercinta ngan boipren dia Gam.

Budak kecik tu pemegang watak anak gamat jantan, Mat. Pelakon cilik ni baru berusia 9 tahun, Muhammad Aidil Solehin Marhalim, aku rasa budak ni sangat berani di atas pentas. Lakonan dia memang bersahaja, lontaran vokal cukup clear dan lantang, pergerakan tubuh yang meyakinkan sesuai dengan karakter sebagai anak gamat, pelakon cilik ni memang berbakat besar. Basically, sinopsis citer Gamat ni camnih:


Muzikal Gamat mengisahkan tentang suka duka kehidupan di dalam laut yang dihuni oleh pelbagai kehidupan laut. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ini termasuklah Ibu Gamat dan Anak Gamat (Mat).
Cerita bermula apabila Ketam Bunga, Ketam Batu dan Bintang keluar bermain di Taman Laut. Mereka tersesat ketika leka bermain dan telah berjumpa dengan Mat (anak gamat) yang dalam perjalanan menuju ke Taman Plankton tanpa pengetahuan ibu bapanya. Sedangkan ibunya (Ibu Gamat) menyuruh Mat duduk saja di rumah.
Di Karang Puaka, Kurita yang sedang menderita kesakitan kesan daripada pencemaran alam sekitar. Kurita mengarahkan pengikutnya, iaitu Obor-Obor untuk menangkap Ibu Gamat bagi mendapat lendirnya supaya dapat mengubati penyakitnya. Malangnya, Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat. Kurita teramat marah dan semakin sakit.
Ibu Gamat yang menyedari kehilangan anaknya telah berjumpa dengan Ikan Buntal (Polis Laut). Mereka berbincang dan mengajaknya berjumpa dengan Mahatahu (Belut Laut). Mahatahu memberi petunjuk kepada Ibu Gamat bagaimana untuk menemui kembali anaknya.
Ketika dalam perjalanan mencari anaknya pelbagai peristiwa berlaku yang disaksikan oleh Ibu Gamat, termasuklah banyak hidupan laut yang sakit akibat laut telah tercemar. Ibu Gamat mengubati mereka dengan kehebatannya. Dia turut terserempak dengan botol minuman yang masih mengandungi minuman kesihatan, telefon yang boleh berhubung ke dunia luar dan binatang lain yang sedang sakit. Ada yang sakit akibat obesiti, banyak merokok dan minum arak. Ada juga binatang yang sihat kerana mengamalkan gaya hidup sihat.
Akhirnya, Mat berjaya ditemui. Kurita dan Obor-Obor telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka mengaku bersalah dan dikenakan hukuman membersihkan Taman Laut. Mereka turut berjanji tidak akan mengganggu penghuni laut lagi.

Teater berdurasi lebih kurang 2 jam 15 minit ni memang menghiburkan. Kalau tak silap, ni merupakan pementasan pertama teater yang bertemakan dasar laut kat Malaysia. So secara keseluruhan, dari segi kostum, props, rekaan set, solekan memang menjadi dan menghidupkan suasana dasar laut tu sendiri. Bermain dengan warna, teknik pencahayaan lampu, susunan muzik memang membantu dalam memainkan peranan yang tak kurang penting dalam pementasan ni. Kalau nak ikutkan pementasan ni, bukanlah macam pementasan yang dianggap mega atau besar, tapi rasanya keseluruhan pementasan tu berjaya selari dengan konsep penceritaan Gamat tu sendiri, memang menghiburkan. Memang sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Konfem derang suka sebab sangat colourful, dan semua kostum untuk setiap karakter hidupan laut tu macam Ikan Buntal, Kuda Laut, Ketam, Udang Kara, etc pun dah cukup attractive untuk kanak2 tu stay and terus menonton. Masa di awal pementasan, ada scene ala2 pengenalan untuk setiap karakter watak, memang best sebab susunan muzik, kareografi pergerakan tari, nyanyian aku rasa bersesuaian dengan setiap karakter yang membezakan mereka antara satu sama lain. Memang comel sangat tengok kanak2 yang pegang karakter Umang-Umang contohnya yang menari ala2 shuffle atas stage, class uols, tak leh nak stop tuh...Umang2 tu nyer cangkerang, dari seginya kostum nya derang wat konsep macam sarung beg sekolah sangkut kat belakang, so bley letak tepi kalau tak guna, kreatif! Yang Landak Laut lagi comel, budak2 umur sekitar 5 tahun, terlari2 atas stage, comey giler! In order nak kontrol kanak2 cilik ni, akan ada satu karakter dewasa untuk awasi derang atas stage, so comel!

Dalam banyak-banyak aspek pementasan dalam teater ni, aku paling suka ngan kostum la. Pada aku bukan senang nak design kostum yang berkonsepkan hidupan laut. Hmmm...yang kaler oren tu Umang2, yang kaler biru tu Obor-Obor. Kalau aku, berdarah kepala hotak la nak fikir macam nak transformkan sifat fizikal hidupan laut tu pada rekaan fesyen, pemilihan warna yang sesuai, fabrik material segala, huh, kena kreatif! Apatah lagi, berdasarkan maklumat, tempoh latihan dan produksi ni singkat jugak la, so macam2 kena buat kan? Pastu dari segi aspek kareografi tari lagi, step yang bersesuaian ngan karakter, kostum pun kena tengok gak sesuai ker tak pelakon2 ni nak bergerak, macam2. Ingat senang kerja produksi? Apa2 hal, Teater Gamat ni memang menghiburkan. Kalau latihan mencukupi, aku rasa, lagi cantik kot movement pelakon2, lagi sharp. By the way, sekalung tahniah pada produksi ni, memang best!

Nota Kaki: Aku bley bayangkan kalau aku tengok teater ni dengan Ady n the Gang, konfem Mahera akan jadik bahan lawak sepanjang malam, wawawawa...Ada penyu, Ikan Buntal, owh...tidak...

Friday, October 9, 2009

AU2..

Salam...

Jam 11.47 malam, aku baru lepas mandi, cuci rambut ngan syampu Clear Ice Cool, biasa la, kepala rasa berat jer...Tadi pas kerja, Natrah ajak lepak kat Old Town White Coffee Kopitiam Jusco AU2. Saja makan2, borak2, nanges2 (sebab masing2 teringat kat arwah ayah, isk3x...), gelak2, gosip2, etc. Pastu, pusing2 tengok baju2 (faveret nih....), then balik sebab dating wajibku setiap Jumaat jam 9 malam, drama Nur Kasih, mana bley miss...Tetiba hari macam terjiwang plak tengok scene Adam ngan Nur Amina. Bestnya...cinta yang di pupuk dari zaman remaja, dalam hati memang mamat tu sorang jer then bertemu jodoh sebagai suami isteri walaupun awal perkahwinan ada macam2 rintangan, syoknyer...Lain la macam aku, cinta tak pernah di balas, wawawawa...bukan sekali ek. Takper, Ice Cool, beb!

Actually, semalam aku dah datang dah kat Jusco AU2 ni; ngan Natrah n Cairul gak. Kebetulan mamat tu ada training kat KL. Harus la dia yang belanja kitaorang sebab kidnap kitaorang kan, makan kat Kenny Rogers, pastu melalak tak hengat kat Song Box. Semuanya di sponsor oleh Cai, thanks!

Asal ek aku suka benor datang Jusco AU2 ni?

1. 5 minit jer dari rumah aku, dekat sangat2.
2. Nak makan ok kot choices kat sini; ada Johnny's, Black Canyon, Madam Lim, Kenny Rogers, KFC, Pizza Hut, Nasi Lemak Antarabangsa, Splendid, etc...
3. Customer tak ramai, so sangat lapang dan tak crowded, selesa....parking sangat senang!
4. Aku suka shopping baju kat sini, tak tau apsal, he3x...tetiba jer abis RM 200...walaupun choices tak banyak mana pon...
5. Ada Skin Food untuk ku beli lipstick dan mascara ku...dan juga kedai apa ntah yang jual Losyen Mustajab Pati Limau Nipis Dunia Herbs, hu3x...

Nota Kaki: Saya suka tinggal di area Keramat. Sudah 7 tahun saya menyewa di sini. Kalau nak beli umah, memang ku nak carik area sini gak @ Setiawangsa @ Wangsa Maju @ Gombak; apartment comel dengan 4 atau 3 bilik dengan beranda sederhana kat luar rumah, bila ek???

Wednesday, October 7, 2009

Raya Edisi Ipoh 2009.

Salam...

Hai, lama rasanya cam tak update blog ku ini kan? Facebook pun sama. Actually, last weekend aku menghabiskan masa kat Ipoh, beraya dengan kawan2 sekolah rendah. Aku gerak pi Ipoh dalam pukul 12 tengahari hari Sabtu. Cadangnya nak gerak pagi tapi aku gi ofis dulu, settle kije siket. Kalau ikut plan awal, patutnya aku beraya ngan derang ni minggu pertama raya tu tapi sebab aku lelah teruk, so terpaksa postponed. So, mana2 jemputan rumah terbuka sepanjang weekend lepas kat KL terpaksa la tak pergi, hik3x...Apa2 hal, thanks sebab sudi jemput. Aku ngan adik aku sampai Ipoh lebih kurang pukul 2 petang, so terus gi umah member aku, Mai kat Kampung Kepayang, salah satu kampung tradisional kat Ipoh. Zaman2 aku sekolah dulu, aku ngayuh basikal jer datang sini, ada la dalam 20 minit gak dari umah aku. Hmm...sakan ku melantak nasi ayam dan spagheti, makan bertambah tuh...Jeans lusuh yang ku pakai pagi tu terasa sedikit longgar lepas bulan puasa dah mula rasa ketat, huh...Yang sebelah kiri aku tu, Mai. Yang pakai tudung pink tu, kawan merangkap jiran aku dulu, Ina ngan 2 orang anak daranya, Jiqah dan Incha. Cepat btol masa berlalu, Jiqah tu dah usia 8 tahun, paling last aku jumpa dia masa tu umur dia tak sampai setahun lagi, lama btol tuh...Soklan paling best dia tanya aku, "Kak Mek umur baper tahun?" Bengkek jer mak dia bila anak dia pangge aku "kakak', yes!

Ni kat umah parents Ina, kat Kampung Baru, Ulu Chemor. Lepas ayah dia, Pakcik Dolah pencen polis pangkat Sarjan Mejar, chewah...(cayalah Cik Dolah, siap dapat pingat PJK dari Raja Nazrin lagi, hu3x..), trus beli tanah kat kampung ni buat rumah. Aku memang kenal rapat ngan family ni sebab jiran kan. Motor Honda C70, plat no CQ 47.....(baper ntah dah tak ingat....) yang aku pernah tumpang Pakcik Dolah masa gi skolah dulu pon ada lagi kat blakang umah, he3x...Biasa la, soklan2 maut dari Makcik Midah, "Mek, kamu ni bila lagi nak menjemputnya, jenuh makcik nak nunggunye?" (dengan loghat Perak telo Kg. Ketior Dalam, Kuala Kangsar). "Hish, ate makcik, jenuh le teman nok nunggu Anuor Zainnye, ntoh biler dia nak masuk minang, tok tau ler..."" Ntah2, dia pon nunggu kamu, tu yang dua2 tok kawen lagi tu gamoknye..." Wah, kesimpulan yang cukup baik dari Makcik Midah!!! Aah kan, ntah2 Anuar Zain pon tunggu aku kan? Masa kat umah Ina, Salwa pon join skali ngan bawak 2 orang anak daranya, Wiwin-5 tahun dan Iqa, 2 tahun. Sempat jamah mee hailam dan menghabiskan kuih raya yang mana patut, termasuk kuih siput, uh, best!

Pas umah Ina, kitaorang gerak pi umah parents Laney kat Simpang Pulai. Sampai pon dah 9.30 malam. Huh, sudah ku target nak makan per kat umah Laney, nasi lemak maknya yang sungguh sedap itu!!! 2 kali aku tambah siot, sampai mak dia pon tegur, aku makan tak angkat muka langsung. Siap ada barbeque ayam, spagheti lagi, dan bermangkuk2 cocktail ku hirup, sedapnye...Takper, aku dah spare Losyen Mustajab Pati Limau Nipis Dunia Herbs, hu3x...Kitaorang lepak samapi pukul 11.30 malam, tu pon sebab anak bongsu Salwa dah merengek ajak balik n anak2 Ina dah pengsan semuanya atas sofa, kalau tak, mau kitaorang borak sampai pagi. Aku tumpang tido umah Ina, sampai umah dalam 12.30 tengah malam, then, mandi, semayang, aku tido dengan jayanya, zzzzzzzzzz....

Bangun pagi, huh, sejuk siot mandi...ye lah, kampung kan. Best lepak2 kat dapur luar ngan Ina, Makcik Midah sambil borak2, suasana pagi tu sangat nyaman. Rileks2, lepak2 breakfast bihun goreng (makan bertambah lagi aku, he3x...), then dalam 12.30 tengahari baru gerak pi umah Salwa kat Tambun. Plan makan tengahari, lama btol kitaorang lepak sampai pukul 4 petang. Mamat yang ada dalam gambo tu, husband Salwa, Wan Shahrizal, classmate kitaorang masa sekolah rendah. Bila kitaorang tengok balik gambar kelas 1 Kuning, ceh, mamat ni berdiri belakang Salwa, hmmm...tup tup jodoh. Aku tengok balik gambo tu, ala...blakang aku budak pompuan India, patut la aku tak kawen smpai la, uwaaaaaaa.....

Sebelum balik KL, sempat singgah kenduri kahwin abang kawan aku, Syameen, iaitu Abang Yuri. Yang ni geng2 sekolah menengah. Kalau nak ikut list kawan2 aku kat Negeri Perak, sebulan baru habis agaknya nak menziarah. Tau la jumpa sorang, lekat 2,3 jam bukan sikit2 citer kuar. Sampai jer, kitaorang menghabiskan lauk pengantin. Lepak kat sini adalah sampai Maghrib baru balik, borak2 ngan, Syameen, husband dia Shahrul, Sari, Sabariah, Miqdad husband Sari sempat menilik tarikh lahir aku untuk melihat potensi diri, wah!!! Mamat ni tak habis2 soh aku jadik PA pak2 menteri sebab dia kata aku sesuai, tang mana sesuai pon aku tak sure. Sekali lagi soklan faveret dari Makcik Zohara, " Mirza, kamu ni bila pulak gilirannya?" Masa nak balik, Pakcik Khalili Cikgu Pencen plak berbisik kat aku, "Eh, kamu tak nak try mandi bunga ker?" Oh, apakah?????

Nota Kaki: Hari ni saya menerima beberapa kejutan manis untuk diri sendiri, simple tapi besar maknanya pada diri...

Thursday, October 1, 2009

Tsunami...

Salam...

Sudah 2 hari sakit kepala, sebab? Mentally tired...semuanya pasal kerja, non stop dari pagi smpai petang, makan lewat, kurang mood nak bercakap dengan orang, etc, tapi masih mampu bertenang, redah jer... Bila ofis kosong dah sunyi senyap, baru aku terhegeh2 turun tangga, balik...Ni rasa mual nak muntah, hiyyyy...mana tak muntah, walaupun kat umah, otak dok pikir kije opis lagi, waaaaaaaaaa....Salah sorang kawan aku yang menerima nasib yang lebih kurang sama this week, adalah Che Pi. Semalam dia dah MC sebab migrain, tekanan darah rendah sebab letih. Kerja dia pon tengah berlambak. Hmm...ko rasa ni ada kaitan ngan tsunami kat Sumatera tu ker, maka kepala kita turut 'tergegar' sama???

Nota Kaki: Bila la aku bley clear balance leave aku 13 hari lagi nih...