Saturday, February 6, 2010

Saya Mau Tapi...

Saya mahu tengok konsert ni sebab saya peminat Faizal Tahir! Dah lama saya bercita2 nak tengok dia perform live sebagaimana saya telah menonton persembahan artis kegemaran saya, Abang Anuar Zain di Istana Budaya tahun lepas. Saya juga suka suara penyanyi muda berbakat besar terutama bila dia yang mencipta, menulis lirik dan menyanyikan lagu faveret saya, Lagu Kita yang best itew iaitu Aizat. Walaupun saya tak baper minat Dato' Siti Nurhaliza, tapi kenyataan tak dapat di nafikan yang saya memiliki album2 nya yang original, saya tahu kebanyakan lagu2 Dato' Siti yang automatik saya terhafal, saya pernah menyanyi satu album penuh Adiwarna dari track 1 hingga track 10 ketika mandi kat shower semasa study di UIA Gombak (lokasi lebih tepat ialah shower tengah bilik air Blok C Mahallat Asma'; bersebelahan bilik C 2.5 iaitu bilik saya, he3x...), etc, ni antara sebab yang saya nak tengok jugak Dato' Siti perform live sebab saya boleh menyanyi bersama2 dengan dia. Saya pasti bila ketiga2 artis hebat ni di letakkan bersama di atas satu pentas bertaraf dunia, di iringi pula Orkestra Simfoni Kebangsaan, mesti persembahannya bakal memukau penonton.

Tapi sayangnya...tarikh konsert tu bertindih dengan tarikh saya mahu balik kampung, so saya takde pilihan lain. Saya terpaksa la tak pergi konsert ni, isk3x...Apatah lagi, tiket yang tinggal cuma berharga RM 250 ke atas, aiyyo...tak sanggup aku...ngeh3x...kata minat...

Nota Kaki: Tunggu Konsert Amy Search bulan March...

No comments:

Post a Comment