Tuesday, February 16, 2010

15 February...

Salam...

Sempena 15 Februari 2010 yakni, semalam...Selamat Hari Lahir ke 31 tahun untuk Fatinah Tajul Ariffin @ Tina. Ni junior aku masa study kat UIA dulu, tapi lain course. Kitaorang kenal masa sama2 join Kursus Kepimpinan Rakan Muda (KARISMA) as fasilitator. Aku ngan dia kira rapat jugak actually, shared macam2 cerita, ku selalu pi lepak bilik dia kalo boring2. Ada orang ingat kitaorang adik beradik, hik3x...Walaupun la ni dia dah jadik ibu pada 3 orang puteri dan seorang putera; dan juga seorang isteri; dan juga seorang cikgu Bahasa Inggeris nunnnnn di MRSM Langkawi; jarang2 jumpa tapi kitaorang still keep in touch. Mau ungkit sampai ke akhir hayat kalo aku terlupa wish besday dia, muahahahaha...Family dia pon aku kenal coz few times gak la ku pi umah parents dia kat Bandar Baru Bangi tu. Tina ni ramai orang minat masa zaman study dulu; termasuk la sorang mamat batch aku ni, jeng3x...Tapi mamat tu pon dah kawen lain, setelah di reject. Ni yang aku nak gelak sorang2 bila teringat balik kisah lama2, walaupun bukan kisah aku (sebab aku takde kisah cinta kampus yang nak di kongsi, ha3x...). Hmmm...Tina bertemu jodoh ngan husband dia la ni; di kalangan kawan2 dia jugak. Teringat lagi 'senyum bahagia' dia bila abis bergayut ngan 'mamat' tu (masa tu baru kawan2...). Bila ku tanya, "Saper tu?" "He3x....'abang' kan..." Dari main2 perkataan 'abang' tu, terus tersangkut jadik 'abang' betul, hu3x...Dah nama pon jodoh kan...alhamdulillah...

Uiks, tersesat plaks gambo ni kat sini. Ku terjumpa balik dalam album lama baru2 ni. Ni abang kandung Tina, Abang Pezal, senior UIA aku, budak Laws. Antara trainer kitaorang untuk jadik fasilitator. Kan ku cakap tadi, ku kenal jugak ngan family Tina ni. So, masa kenduri kawen Abang Pezal; buat kat Penang, ku jadik gadis bunga telur, he3x...(Owh, ku pakai baju kurung biru itew lagi...). Masa tu ku naik bas dari Taiping sorang2 (taim ni family aku dok Perak lagi...), berenti kat Butterworth, nak feri pi seberang, pastu naik ala2 bas mini, pi area Gelugor kalo tak silap. Konfiden jer aku sensorang taim tu walaupun aku bukannya biasa sangat ngan Penang, main redah jer. Then, habis jer kenduri, petang tu jugak aku balik Taiping; sorang2 jugak...Dulu aku berani, la ni jer macam lemah semangat sikit, hik3x...

Oh, yang ni bukan abang kandung Tina yer...Ni lelaki kesayangan aku, Shahrul Anuar Zain yang menyambut hari lahirnya yang ke 40 tahun semalam, 15 Februari 2010. Semoga terus maintain sopan santun, lemah lembut, profesional dalam kerja, maintain bergaya juga! Semoga di pertemukan isteri yang solehah, amin...Saya akan terus menyokong Anuar Zain, penyanyi kesayangan saya!!!!

No comments:

Post a Comment