Saturday, January 30, 2010

Ibuk Mirza...

Salam...

Hai! Sejak2 kojo kat Shah Alam, harapkan wiken jer la ku dapat bercerita kat blog. Yer la, ku mana ada laptop sendiri yang bley ku bawak ke hulu ke hilir, harapkan laptop Yie ni jer la, hik3x...Hmm...jam menunjukkan 10.15 malam, ku bersendirian di rumah sambil melayan Cerekarama-Saloma Gombak, update blog dan at the same time feeling lagu 'Right Here Waiting' - Richard Marx. Haish...asal jiwang plak malam minggu ni? Adakah ku merindui seseorang? Isk3x...Sepanjang hari, aku just menghabiskan masa kat opis regarding preparation collective bargaining March ni, ada la meeting sikit after lunch tadi. Then, dalam 4.30 petang, aku chow balik. Ingatkan nak gi Red Box melalak sorang2, tapi rasa ngantuk plak, hmm...balik umah jer la. Sempat hantar My Baby Kenari pi car wash, beli Kosmo hari ni sebab aku sangat terpengaruh dengan artikel 'Cintaku Di Krabi' (aku nak gak gi Krabi tahun ni!!!!). Pastu, lepak jer la kat umah sampai malam nih....

Hmm...kerja sepanjang minggu ni, agak menganggu gugat kestabilan emosi aku actually, tapi still boleh di kawal, walaupun mulut aku pot pet pot pet, hik3x...Awal pagi Isnin, aku di kejutkan dengan 22 orang pekerja kontrak Indonesia mogok seawal jam 8 pagi. Masa tu aku tengah nak handle new staff report duty. Tetiba Exec aku datang, informed pasal hal ni. Isk3x...ni first experience aku nak handle staff mogok yang melibatkan pekerja asing. Memula tu aku banyak diam sebab terpinga2 tak tau apa2 n still tak faham dengan apa yang berlaku. Aku just observe Exec aku handle the situation. Mujur mogok tu berlangsung secara aman dan boleh di bawa berbincang. Then, sikit2 aku cuba 'masuk' dan sekitar jam 10.30 pagi, barulah derang setuju nak start kerja. Actually, derang tak puas hati dengan agensi yang handle derang. Bila dah jadik macam ni, terpaksa pihak aku plak campur tangan untuk redakan keadaan sebab effectnya nanti kat production yang balik2 orang akan carik HR jugak, huh! Sepanjang minggu bermula dari Isnin tu sampai ke petang Jumaat, isu ni still tak baper nak settle; dah jadik macam orang tengah plak antara agency ngan staff kontrak derang sendiri, huh! Bukan senang ek nak pujuk orang yang mogok....beerdarah pusat, berpinar kepala, beb! Kalo mogok yang 'kasar' tu, mau aku terlentang dah kot kat situ, he3x...Harusla di kalangan pekerja Indonesia tu, dah ada yang pangge aku 'Ibuk Mirza', wawawawawawwa...Dengan Assistant aku, derang pangge 'Kakak' plak, sentap aku!

Dalam sibuk2 tu, kesihatan aku pon turut terganggu. Aku pon tak perasan yang aku demam, he3x...Tapi memang dah terasa tubuh tak larat giler, tubuh panas, kepala rasa berat jer... Pastu, ada 'gangguan sakit puan' la pulak, menci! Tatau la kesan antibiotik ker apa...Masa umur 30-an ni plak macam2 hal....Bila tubuh tak sihat, kojo plak macam2 nak kena cover, camner nak stabil emotion kan, he3x...terbabas menitik airmata gak Selasa tu...Tapi cepat jer cover, memujuk hati sendiri dengan menyakat budak2 opis...

Nota Kaki: Gambo tu takde kaitan dengan story...Itu Shidah, kawan skolah menengah aku. Esok dia nak pi audition AF kat Bukit Jalil. Dia mintak aku jadik reference dia isi borang audition. 2 tahun lepas, ada sorang kawan aku pon letak nama aku gak. Aku? Segan kot nak pi audition2 ni walaupun untuk AF kali ni antara lagu audition nya ialah 'Tak Mungkin Kerana Sayang' - Alyah; lagu faveret aku taim karaoke. Shidah, Try Your Best untuk esok, ok? Lagu Yuna tu cool jer ngan ko...

No comments:

Post a Comment