Hari ni, 28 Dec, ku mc. Subuh tadi, dadaku sesak, susah nak bernafas. Balik dari klinik 7.30 pagi tadi, ku terus tido sampai kol 12 tengahari. Terkial2 tatau nak buat apa, hmmm...ku update jer la blog aku ngan apa2 citer kan? Takkan nak kuar, tubuh rasa tak larat jer.
11 December lepas, ku berkesempatan tengok Konsert Irama Warisan Kita @ Dewan Filharmonik Petronas, KLCC. Sebab paling utama ku nak tengok konsert ni ialah ku sangat minat dengan vokal Aishah sejak dari sekolah rendah. First Malay albumnya somewhere tahun 1990, yang memuatkan lagu hits 'Janji Manismu' harusla ku suruh arwah papaku beli kat Studio 26 (kedai kaset famous kat Pasar Besar Ipoh) kan? Walaupun kaset tu dah rosak, tapi ku berjaya mendapatkan dalam bentuk cd few years back. Selain 'Camar Yang Pulang', ku paling suka lagu track no. 6 iaitu 'Menanti'. Suara gemersik Aishah yang macam 'falsetto' tu, excellent siot masa bawak lagu ni, feel tetap maintain dengan vokal terkawal walaupun masa intro lagu. Ku suka Aishah, tetap evergreen!
Ok, berbalik pada citer konsert tadi, konsert bermula sekitar jam 8.30 malam. Di mulai dengan 'Sabah Overture' yang di susun oleh Dato' Johari Salleh, yang menggambarkan suasana damai di daerah Kundasang. Persembahan berdurasi 12 minit ni, di mulai dengan lagu lama 'Maggie', di ikuti 'Jambatan Tamparuli', 'Sugali Om Susugali' dan 'Gunung Kinabalu'. Dan selepas itu, penonton di hiburkan pula dengan lagu berentak Melayu deli yang di cipta seawal tahun 1923 iaitu 'Seri Mersing', ciptaan Allahyarham Haji Musa Yusof atau lebih di kenali sebagai Pak Lomak. Selain lagu2 lama, kita juga di hiburkan dengan lagu 'Cindai' yang di popularkan oleh Dato' Siti Nurhaliza tahun 1997, ciptaan Pak Ngah dan lirik oleh Hairul Anuar Harun. Lagu ini pernah dirakam dalam bahasa Mandarin oleh penyanyi Cina, Chien Bai Hui. Selesai 'Cindai', ku memang terleka dengan lagu seterusnya iaitu my faveret, 'Tunggu Sekejap'. Lagu indah yang komposer, lirik dan original singer, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, di petik dari filem 'Sarjan Hassan' pada tahun 1955.
Then, baru Aishah muncul untuk menyanyikan lagu 'Bahtera Merdeka' yang pernah jugak di nyanyikan oleh Dato' Ahmad Jais. Ku cakap ngan kowang, vokal Aishah siket pon tak berubah malah sama macam dalam cd taim nyanyi lagu ni, ok? Pastu, Aishah turut menyanyikan lagu yang berirama joget yang di ambil dari album Dato' Sudirman iaitu lagu 'Joget Kenangan Manis', ciptaan S. Atan.
Lepas break, konsert di sambung dengan di mulai lagu 'Pahlawanku' yang di nyanyikan oleh Puan Sri Saloma dalam irama keroncong, ciptaan Allahyarham Yusof B dan lirik oleh S Sudarmaji. Ada jugak versi Sanisah Huri tahun 1973 yang menampilkan susunan muzik baru berteraskan pop. Seterusnya, lagi satu lagu lama, 'Tudung Periuk'. Versi asal di nyanyikan oleh Momo Latif pada tahun 1930-an sebelum P. Ramlee memberi gubahan baru untuk filem seramnya 'Sumpah Orang Minyak' pada tahun 1958.
Pastu, Lah Ahmad muncul dengan menyanyikan lagu malar segar, 'Hijau' yang di rakamkan oleh penyanyi Zainal Abidin pada tahun 1992. Dan di iikuti lagu patriotik, 'Warisan', yang di muatkan dalam album Abadi tahun 1982 oleh Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Kemudian, penonton dalam dewan sekali lagi di bawa menghayati keindahan lagu ciptaaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, 'Getaran Jiwa' yang di petik dari filem 'Antara Dua Darjat' pada tahun 1960. Sebagai penutup, persembahan 'Gema Nadi Budaya' yang memuatkan medley lagu2 irama tradisional 'Mega Mendung' yang mengekalkan tempo asli, dan seterusnya mengalir ke rentak inang untuk lagu 'Pandang-Pandang Jeling-Jeling' dan bertukar ke rentak joget untu lagu 'Joget Hitam Manis' sekaligus menutup medley dengan impak yang hebat untuk konsert ini. Personally, menyeronokkan dan terhibur sepanjang persembahan 1 jam setengah tu.
No comments:
Post a Comment